Minggu ni mama nak cerita kisah seorang budak yang sangat tinggi semangat ingin tahunya, namanya 50l3h. Dia ni sekarang rajin bertanya dan nak belajar tentang alam ciptaan Allah di sekelilingnya... baik tentang benda tak bernyawa, tumbuhan mahupun makhluk yang bernyawa seperti manusia dan haiwan.
Salah satu yang menarik minatnya ialah anak haiwan...dia merasakan anak haiwan ini sungguh istimewa...dia anggap anak haiwan ni macam dirinya juga...suka main, terlompat -lompat, rapat dengan mama, makan mama suap, tidur ngan mama...banyak yang serupa yang dia rasakan...agaknya pangilan 'anak' kot yang membuatkan dia ditimpa rasa 'sekapal' menjadi anak. - ANAK kepada mama dan apak.
Selama ni dia sedia maklum yang manusia mempunyai anak. Kemudian pengetahuannya berkembang, rupernya haiwan juga punyai anak. Tak kisah lah haiwan itu haiwan apa...asal rupa serupa tapi kecik, itu adalah anak kepada haiwan yang serupa tu. Kalau kecik sama kecik atau saiz lebih kurang tapi kecik dari yang dewasa, itu maknanya adik beradik haiwan tersebut. Itulah menurut pemahamannya buat masa ini...(entah tak tau nak cerita macamana dia kelaskan tapi itulah gayanyaa)
Sebab minatnya yang begitu kuat, mama pun rajinlah bukak youtube tunjukkan tentang macamana anak ayam menetas, macamana anak ayam dengar cakap mamanya(anak ayam datang kearah ibu ayam bila ibunya panggil)...macamana anak buaya menetas, macamana anak burung menetas, macamana anak burung makan(ibu burung suapkan makanan masuk dalam mulut anak burung)...dan lain lain yang berkaitan dengan anak binatang lain... Dengan penuh minat, dia tekun mendengar, bertanya dan gembira dapat belajar perkara baru.
Satu hari,dia pun ceritalah dengan gaya dan cara bahasanya sendiri, bahawa dia ni dulu berasal dari telur...mama ngan apak tunggu dia keluar dari telur...siap mengayakan lagik gaya dia keluar dari telur, sambil memanggil "Mama...Mama.." masa nak tolak kulit telurlah konon-kononnya...
Berdekah - dekah mama ketawa...tak tahan rasanya geli di hati ini...Pandai anak mama dan apak ni bercerita walaupun baru nak pandai bercakap dengan vocab dan tatabahasa yang sangat terhad.
Baru perasan selama ni asyik tunjukkan anak - anak haiwan yang keluar dari telur aje...tak pernah tunjuk haiwan beranak...hmmm...sesuai ke nak tunjuk sekarang? Pada pendapat mama, macam tak sesuai lagik nak tunjukkan sebab jenuh nak explain dan hal ini akan meleret ke hal yang lain pulak. Contohnya macamana anak ni bleh masuk dalam perut dan anak ini keluar ikut saluran mana...dan proses kejadiannya...Insya Allah, mama akan cari cara yang baik dan berhemah untuk ceritakan padanya satu hari nanti.
Hingga sekarang, mama masih duk teringat - ingat dan terngiang -ngiang suara dan gaya 50l3h bercerita dengan gaya - gayanya sekali...Kalau leh rakam saat tu mmg mama rakam. Apakan daya masa tak akan kembali. Yang tinggal hanya sebuah memori indah yang mama akan simpan dalam hardisk ingatan mama sampai bila - bila. Mama labelkan sebagai Memori Manis Yang Membahagiakan ...
Sekian cerita entry kali ni...
p/s: rindu membuak - buak pada blog ni, terhambur jugak malam ni, :D...
Friday, July 31, 2009
Sunday, July 19, 2009
Award dari Zue
Nie rules dia:1. Copy gambar di atas:
2. Kemudian pilih 10 org sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yg sama.
Rule no 1 tak de masalah... 
Rule no 2 x dpt ditunaikan tapi ianya dibiarkan menjadi open award, sapa yang sudi membawa award ni pulang ke blognya, saya alu - alukan. :)
Rule no 2 x dpt ditunaikan tapi ianya dibiarkan menjadi open award, sapa yang sudi membawa award ni pulang ke blognya, saya alu - alukan. :)
Lastly, terima kasih banyak - banyak kepada pemberi award ni - zue
Saturday, July 18, 2009
Bowling Day Last Week...

Dah berminggu dah daku tak update blog yang bersawang ni...singgah jenguk sini, tapi jari tak berkesempatan menekan keyboard mengarang walaupun dah ada idea kat kepala ni nak mengarang apa...
Minggu lepas, ahad bersamaan 5 julai 2009, ada pertandingan bowling anjuran mypsa-wa di Cannington. Antara peserta, mama dan apak kepada budak-budak berdua ni...hehehee.
Kami berdua team yang berlainan. Bukan gado ke hapa...tapi saje je join team ngan kengkawan masing - masing...Apak lagi pandai main dari mama walaupun taklah teror sangat tapi dia lebih terorlah dari mama yang tak pandai main sangat. Maklumlah mama ni stage beginnerlah katakan...hehheeee
Sepanjang permainan, bila sampai turn masing- masing, masing - masing kene passing anak...bila sampai turn apak kene bowling, anak - anak akan diserahkan pada mama...dan begitulah juga sebaliknya. Nasib baik lane apak sebelah ngan lane mama je. Tak jauh. :)...Iman pulak, bila dah kenyang senang je dia tido. Jadi boleh katakan hampir separuh masa kat sana dia tidur dalam stroller tanpa menghiraukan hiruk - pikuk sekelilingnya.
Memang sentiasa kalau nak jalan keluar...perut kene pastikan kenyang dulu. Terutamanya anak - anak...perut kenyang, hati senang. Bila anak - anak tenang, mama ngan apak pun senang.Tu pun bawak jugak bekal untuk kunyah - kunyah. Bak seperti pantun dua kerat ni, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati...
Alhamdulillah, semuanya bejalan dengan lancar. Sungguhpun tak menang, seronok jumpa kawan - kawan yang sememangnya dah lama tak jumpa. :)
Marapana Wildlife Park
Sabtu semalam, kami sekeluarga ke selatan Perth. Nilah selatan yang paling jauh kami menapak setakat ni...(Bleh caya tak, dah 3 tahun kat sini, ni selatan yang paling jauh kami pi????)
Kali ni destinasi kami ke Marapana Wildlife Park, Karnup WA, yang terletak kira - kira 66km dari rumah kami. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Tempat ni dibuka setiap hari, 10am hingga 5pm, kecuali krismas. Bayaran masuk jugak merupakan antara wildlife park yang murah kat sini.
Ni kali pertama kami menjejakkan ke sana. Sampai sana, budak - budak berdua ni memang tersangatlah excited.Kami diberi dua bekas makanan untuk memberi makan pada haiwan - haiwan ni. Sesetengah haiwan tak boleh diberi makan oleh pelawat. Contohnya buaya, ular, dinggo, koala. (ade lagi, tak ingat pulak apa tapi tak banyak yang tak boleh diberi makan oleh pelawat) Tempat ni, yang bestnya boleh merasai 'hands on experience' sendiri...kat tempat lain, selalunya tak dapat nak pegang binatang binatang ni. Selain murah, tempat tinggal haiwannya sangat bersih. Tak berbau busuk...
Bila boleh pegang dan rasa binatang - binatang ni, sudah tentunya sukalah budak - budak ni...
Alhamdulillah, dieorang berdua ni belajar banyak hari ni...Harap depa boleh hargai dan belajar sayang pada makhluk ciptaan Allah lain yang turut berkongsi alam dengan kita sebagai khalifah di bumi ni...

Thursday, July 9, 2009
Realiti Kehidupanku Sekarang...
Harapkan pagar...
Pagar belakang rumah yang tumbang masa ribut lepas dah dibaiki ..alhamdulillah.
Tak de dah lagi paku tercacak - cacak...kat belakang tu. Selamat sket nak lepaskan budak - budak bermain kat belakang...Harap pagar tu dapat memagar kukuh sampadan kawasan rumah ni supaya anak - anak ku tak terlepas jauh dari pandangan... ha ha ha ...kire nak berjalan je budak berdua ni...
Sewa naik lagi...
Sewa akan naik lagi. Kenaikan kali ni terlalu banyak. Sekarang tengah dalam rayuan untuk kurangkan kenaikan harga sewa. Harap ianya dapat pertimbangan pihak bertanggungjawab sewajarnya. Risau dan susah hati plak rasa...Tak sabar tunggu keputusan rayuan. Huhuhuuu...
Tarif eletrik naik lagi...
Tahun ni tariff eletrik naik lagi. Kenaikan dibuat sebanyak 2 kali tahun ni. Satu Pada April dan satu lagi pada bulan ni, Julai. Kenaikan tu hampir sedolar gak huhuhuuu...aiyooyooooo....manelah nak korek duit ni...Air dan gas pun tak ketingalan jugak naik.
Sejak economic recession ni, banyak barang dan perkhidmatan naik harga. Kehidupan semakin mahal...
Teringat dulu masa kekecik, kalau aku mintak belikan apape masa tengah poket abah 'kering',abah aku selalu cakap tak deduit nak beli sekarang, kene tunggu abah dapat gaji...Disebabkan aku rasa lambat sangat, aku suh abah aku mintak kat bank. Pergi kat mesin, nanti mesin tu keluarlah duit... Ha ha ha semudah tu je aku rasa boleh dapat duit masa tu...sekarang bila dah besar, realitinya jauh sekali... tahulah sendiri macamana nak kene uruskan duit untuk hidup...mujurlah anak - anak belum reti meminta - minta lagik...
Kurang pening, heheheee...

Subscribe to:
Posts (Atom)