Tuesday, June 28, 2022
My emotional cup
Wednesday, June 22, 2022
Capah-capah
Minggu lepas dah berperang dengan demam, selsema sakit tekak... Memang jadi, sleeping beauty lah jawabnya.
Minggu ni lega sket.....Tapi paling tak tahan sekali, kerja yang kita ingatkan dah boleh setel, rupanya tak boleh setel lagik.........aiyoyoyo! Pikiran ni memang dah mencapah-capah dah ni...dah tak memfokus... Mhmmmmmmmm...
Nak layan lagu m.nasir kejap la...ubat stress.🌻
Tiada Kata Secantik Bahasa...
Minggu ni,... 20 June! Besday adik!
Kebetulan ahad lepas, sekolah dik ada hari sukan. Jadi, Isnin dapat cuti, pelajar boleh outing. Apa lagi kan? Memang outing laaaaa dik ni. Dia punya outing, macam biasalah. Siap berangkut berguni-guni baju kotor, untuk dibawak balik basuh kat rumah. Sidai. Pastu angkut balik ke asrama. Sementara menunggu kering, ...kita dua g meronggeng dengan kt bandar pekan ni...
Bam kt asrama. Apak kerja.
So, memang tinggai kita dua jelah yang celebrate. Dengan mama & apak ni, nak throw bithday bash, birthday surprise itu ini, memang tak delah. Belanja makan, special sikit dari biasa, boleh la. Itupun, apak kata tak boleh selalu. Mama sentiasa doakan semoga Allah pelihara & murahkan rezeki dan mudahkan urusan dunia akhirat anak-anak...
Mama & apak ni, tak selamanya muda...
Apak nampak tua tak pe.
Tapi mama kene maintain muda sokmo...hah, cepat pujiii mama, cepaaaat.....😄
burrpp,...hmmm, alhamdulillah kenyang dah kene puji. 😉
Saturday, June 4, 2022
Cuti Sekolah Lagi
Rasa macam baru je hantar anak balik asrama. Dah cuti. Rumah yang sunyi sepi ni terasa penuh dengan orang kembali. Kucing pun seronok! Kemain gedik dia nampak tukang layan & usap dia balik...😆.
Berbeza dengan sebelum - sebelum ni, musim cuti sekolah kalini ni, Hi-way jam! Nasib baik dua-dua ni sekolah kat sini aje. Bukan hi-way je, kat tempat kami yang jalan biasa ni pun banyak kereta atas jalan. Perjalanan 15 minit jadi 40 minit. Orang start balik kampung awal barangkali. Bercampur pula dengan kesesakan orang lelaki nak solat Jumaat. Selesai amik bam, hantar balik utk ready solat Jumaat, kene setel adik pulak. Mentang-mentanglah rumah dekat. Masing-masing bawak balik barang separuh lori! Tak muat single trip!
Harini dapur mesti berasap! Tak pe, tak pe, pembantu ramai... Mama masak kari ikan harini...Apak kt Jerman tu, makan la roti dengan cheese puas-puas. Jerman banyak roti...Nak sedap lagi, jemputlah cicah kari kami ni. Walau beribu batu, insyaAllah sampai gambar karinya......'Fisch-Curry' ... Hahahahahahahhaa mesti nangis apak baca ni, sebab makanan sejuk-sejuk je kat sana....😆😆😆
Macam biasa la, kari mama memang tak de santan...Masak pun sambil nyanyi - nyanyi lagu...Kalini, lagu hindustan 'Likhe Jo Khat Tujhe' ....Dengan harapan, sedapnya tu macam kari kat India sana hahaha...ke sedapnya tu tiada tolok bandingnya? 😉😋
