Thursday, May 20, 2021

Tupak Sutong

Tengah-tengah pkp ni, tetiba teringin nak makan ketupat sotong...
Nanti pas siap 1 paper ni, nak g buru bahan - bahan la...😊 
Resepi mana yang jadi faveret? Susah nak kata. Kadang kita suka ketupat sotong terengganu... Kadang kita suka ketupat sotong kelantan....Kalau ketupat sotong utara, macam ketupat sotong terengganu, tapi tak manis, & tak de halba. Cara masak pun berbeza. Kalau yang pantai timur, rendam semua sekali, letak atas api. Yang utara, masukkan bahan - bahan bila santan cair mendidih - halia + bawang merah + garam + daun pandan + sotong, nanti dah nak hujung baru masuk santan pekat. Gula buh sikit ja.... Lagi satu, sotong kita memang tak suka buang baju sebab kita suka kulit sotong... So jangan terkejut bila nampak sotong kita berbaju purple, tergolek riang dalam mangkuk ye.....πŸ˜„

Versi Terengganu


Versi Kelantan


Wednesday, May 19, 2021

PKP? and an offer I can not refuse?

PKP ni...

1. Sambutan raya singkat dan kurang distraction raya...  

2. Boleh selektif dalam jumpa orang.

3.  Masa ni juga lah online sharing lebih banyak. Seminar & workshop online lebih banyak....(Kalau nak harap boleh attend fizikal, mmg rabak la poketku nk bayar, flight, hotel,......tapi tu lah, ilmu tak datang sendiri ye...bersyukurlah hidup di zaman ilmu boleh klik di hujung jari)

4. Ada masa aku kat rumah. Ada masa aku kt uni. Kt uni, bilik tertutup. Tak berkongsi. Solat, makan, semua solo. So, no problem. Balik, tak yah pegang keje. Lebih baik, untuk kesihatan mental.

5. Anak - anak ada dekat dengan kita. Sekolah atas talian.Yang mana tak reti, mama & apak cuba bantu.  Sebelum ni gajet share, tak sangka outbreak berlarutan dan jadi masalah bila masa nak buat ujian. The best part, aku terasa sangat sangat suka bila anak ku dapat anugerah pengetua...pointer lebih dr 3.5,...usaha dia sendiri (bukanlah maksudnya, tiada guru. Ada.....Cuma aku kurang campur tangan dah. Dia yang urus sendiri ). Sekarang, aku monitor je. Dah boleh study sendiri. Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki lebih sket untuk anak-anak ada work desk (+ pc) sendiri... Semoga dengan adanya support ni, anak - anak boleh guna untuk belajar, manfaatkan untuk pembangunan diri sendiri...

6. Sakit pula gigi ni...Bila berdenyut, tak lena tido,........Bila tak cukup tido, mmg senang je aku jadi crabby....πŸ¦€πŸ¦€πŸ¦€......

7....... Oh,  another offer I can not refuse?....terima je la ye. Tetiba lagu 'speak softly, love' 🎯 main dalam kepala....🎢🎢🎢....


Saturday, May 15, 2021

Raya 2021- Raya dalam PKP

12 mei - 7 jun 2021, PKP start semula.....

Sejak PKP, memang tak dinafikan ramai merungut. Yang menjadikan modal lawak/sindiran pun tak kurang juga. Peniaga makanan raya yang banyak terkesan. Yang mana terima tempahan makanan, banyak dah keluar modal dengan harapan pelanggan akan bayar kemudian. Sekali, PKP. Hamik ko! Ziarah langsung tak dibenarkan. Ziarah dalam rumah shj yang dibenarkan. Peniaga makanan yang amik order makanan macam kuih, lemang, masakan lauk raya la yang susah hati. Order dah ambil. Duit dah keluar........Sekali orang kensel. Mau mcm ayam berak kapur.....

Salah satu pelanggan yang terlibat, kami lah. Plan 'open-table-on-street-eat-at-home' yang asalnya nk dibuat pd raya pertama di taman perumahan ni terpaksa batal.... Hmmm, Lemang dah tempah. Bila contact orang lemang tu, belum sempat nak cakap yang kita nak batalkan tempahan, sayu je dia... Dia bukan bekerja makan gaji, pendapatan utama memang dari berniaga. Kita yang niat nak batal tadi, terkensel la. Kita simpan je ucapan kensel tu. Kita teruskan. Apak & mama decide, kita kekalkan tempahan.Tak dapat buat jamuan, kita htr kat jiran2 taman di malam raya....... Dengan cara ni, ramai pihak gembira di hari raya...

Rabu pagi sempat buru ayam baru sembelih utk dibuat rendang. Rabu malam Khamis, lemang habis, rendang hijau ayam pun tinggal sekadar untuk sarapan pagi raya..... Alhamdulillah. Tak de yang terbazir. Memandangkan jiran-jiran pun tak de lemang lagi, dan kebanyakkan pun memang plan nak masak pagi raya.......So, memang langkah kanan la....rezeki ke pintu di malam raya.

Hari raya, rezeki datang ke pintu kita pulak...😍😍😍...sapa yang tak mampu balas pun tak pe. Kita paham... rezeki lain datang kemudian, insyaAllah....

Jumaat petang, aku dah busy kembali. Dari Laut China Selatan ke Lautan Pasifik pastu lompat ke Lautan Atlantik aku jelajah. Ada discussion online... 

Sunday, May 9, 2021

Raya di rumah sendiri lagi tahun ni...

Sedih tak dapat balik kampung belum pun habis lagi.... Ditambah pula dengan berita larangan merentas negeri dan daerah yang akan berkuatkuasa bermula dari 10 mei - 6 jun. Huhuhuu lamanya...

Mood I mmg down la....
Bila duduk terperuk di tempat yang sama, lama sangat, rasa bosan pulak..... Tak macam selalu (sblm pkp), boleh balik kampung. Dapat la moment untuk 'break away' sekejap. Tapi kalini, hanya hati je yang mampu merentas daerah/negeri.....Tak perlu surat kebenaran. Tak perlu beratur. Takkan jem. Polis takkan boleh saman. Dan insya Allah, takde kes hati tersesat di daerah/negeri mana-mana... Kalau dia g situ, dia mmg tuju ke situ, bukan sebab dia sesat πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„ 

So,......kita release tension dengan nak parking resepi je la kalini,....Raya pertama ni, ingat nak try resepi rendang hijau dengan ayam la tahun ni... Bagi diri thrill sket nak sambut raya di rumah sendiri... Mungkin, kalau rajin, nak rebus nasik impit sket. Lemang, dah tempah. Sengaja, plan raya kalini memang minimalist. Simple. Kang byk2 kang tak termakan pulak.



Disamping tu, rasa kene simpan juga stok keropok ke, mi, mihun, kuetiau, hirisan ayam/ udang / daging , telur n sayur sket......kot tetiba ada tamu nak sampai, tak tahu nak jamu apa....bole la....bersilat didapur kejap....tapi kalau tetamu tetiba je datang, n makanan pulak tak de,... rumah pun bersepah,dan hanya air sirap je mampu menjadi hidangan...kita pun naik segan......Sejujurnya, sebagai tuan rumah, kita lebih suka diberitahu awal, supaya ready... tak kelam kabut.... Pepaham je la, ni rumah suri-student, bukan rumah dato'- datuk' atau tan sri................i tak de bibik...sambil goreng telur pun duk pikir kenapa run coding ni tak jadik-jadik ni.

Tahun ni, Dendang perantau dah jadi Dendang di rumah sendiri...

Malam ni sempat keluar daerah & masuk semula sblm border tutup, pastu terperuk la selama sebulan, yeeeeehaaaa.................πŸ˜‡

Saturday, May 1, 2021

Thank you, MyBrain15

 

perkongsian dr member dlm whatssap

-o-o-o-o-

2016, 5 Tahun Lepas...

Bila kenang balik, memang bersyukur dapat menjadi insan yang sempat menerima MyBrain15. Masa aku apply ni, ramai yang kene reject, yang resubmit tak dapat. Jadi kene apply semula. Since aku dah dapat, aku rasa sangat rugi kalau tak dapat habiskan... 

-o-o-o-o-

Setelah 5 Tahun Berlalu...

Tahun ni, penutup program MyBrain15. Suka tak suka, 31 July 2021 ni last date boleh buat claim. Maknanya baki peruntukan untuk thesis yang disediakan akan burn gitu je lah. Ini juga bermakna, kene siap sedia untuk korek tabung, guna duit sendiri..........Bersabarlah wahai diri,....Jimat-jimat, apa yang ada... InsyaAllah, akan ada rezeki kat mana - mana nanti πŸ˜₯

Dalam hati ni, Allah je la yang tahu....bimbang bila belum habis lagi... tu belum masuk perkara-perkara yang kadang tu buat aku rasa ralat je. Kadang terpikir, kalau aku pilih area yang menyebelahi skill aku, mesti dah grad..... ye ke? Sebenarnya, takdir Allah, tak de sapa yang tahu....the grass is always greener on the other side,.... Hmmmmmmmmm,...Bila sebut bab 'kalau' ni,.......'kalau itu', 'kalau ini'....... segala macam kemungkinan pun boleh ada. Tengah pikir apalah aku nak karang dalam surat kat KPT nanti ye.... 😐

"Saya suka belajar,....walaupun dah banyak saya belajar, tapi saya ni tak pandai-pandai lagi, Tuan KPT.........Hari-hari sy berdoa supaya hati saya terang, mudah paham, dapat guru yang baik dan dimudahkan urusan......Bagi saya masa sikit lagi untuk habiskan pengajian saya....boleh?"

p/s: hmmmmmmmmmmmmmh...