Wednesday, March 31, 2010

Baik buruk urusanku hanya aku dan Allah saja yang tahu...

Sekarang fasa yang mana sedang menuju kemuncak kesibukan hidup aku...laki aku tak de...sibuk!...somehow, aku tertunggu2 le jugak bila giliran aku dapat bersembang dengan dia macam biasa...kami dah biasa berbual, share cerita, tengok movie sama...tapi bila dia sibuk camni, terasa sangat sunyinyer...sekalipun dapat berbual dengan kengkawan tapi tak sama feeling tu...hai, macam bermadu plak dengan phd die...huhuhuuuu...

Anak - anak lagik le terasa...pantang ada orang lalu kat depan, depa terjah kat tingkap nak cek sapa...kadang tu pulak dari bilik belakang, menjerit2..."Appppaaaaaaaaaak!!!...appak balik!!!!"

Sampai kat tingkap, sekali tengok...orang lain...
Turun balik dari sofa..."eh, silap...apak takdeeee...."

Kelakar pun ada...kesian pun ada...Pernah tu 72jam (sebelum ni aku tulis 36 jam...silap kire, patut 3 hari bersamaan 72 jam) tak bertemu sekalipun namanya tinggal serumah... 50l3h, sampai termimpi tak nak apaknya pergi keje...(pergi universiti tu pada die, pergi keje)


Aku paham, depa rindu nak peluk main dengan apak depa...tapi aperkan daya...

Saat - saat begini, aku lega & bersyukur aku ada bersama anak - anak...anak - anak merasa perhatian & kasih sayang dari aku sendiri sepenuhnya...tak payah risau2, orang nak buat menda yang bukan2 pada depa ke hapa...insya allah selamat. Laki aku pun senang hati je nak pergi tinggalkan umah & anak - anak.

Memang...kalau ikutkan aku nak keje full time...tapi tak sampai hati.  Maybe sok bila anak-anak dah besar sket, aku bleh comeback, join the workforce & work full time. boleh ke?

Kalau disini, bila anak dah besar, si ibu yang ingin kembali bekerja setelah berhenti kerja semata - mata nak jaga anak yang masih kecil sebelum ni....dipandang tinggi. Dieorang boleh terima comeback mothers ni dengan terbuka. Kalau kat malaysia gitu kan best? tapi realitinya aku tahu, jauh sekali...

Aku jeles!
Aku jeles dengan keadaan kat sini...sebab aku juga nak menikmati keadaan tu...

Tapikan...langit mana yang tak pernah mendung...bumi mana yang tak ditimpa hujan...Dalam hidup kita pasti ada ujian...Tak dinafikan, sesekali tu sakit hati gak bila ada jugak mulut2 pedih bertandang kat telinga berkaitan kerjaya sepenuh masa aku nih...

"Eh eh ...surirumah pun sibuk?..."
Ya! surirumah pun sibuk...apa ingat surirumah ni duk umah goyang kaki ke...?!
Kalau laki aku kaya, boleh gajikan orang gaji, tukang masak, tukang cuci tukang kebun...aku memang ler leh jadi surirumah goyang kaki...

Tapi aku sakit hati bila ada kengkawan yang dah bekerja / orang memandai-mandai buat statement andaian bongok camni...

"ko surirumah mana ade kelam kabut terkejar sana sini macam kiteorang ni?..."


Hah ape?!! Statement ni memang buleh membuatkan saraf pelempang aku aktif...aku ni dari celik mata sampai la tutup mata, keje dalam umah ni tak pernah henti menggamit aku untuk selesaikan...NON STOP...orang luar bleh plak nak judge aku yang berstatus suri rumah ni melenggang kangkung kat umah...memang aku hangin!!!!!!

"Hah, dah tu kenapa keje...duk le umah jd surirumah...".

"kalau tak keja tak cukup le nak idup kat kl ni... lagipun eiiii tak tahan aku nak duk berkepit dengan anak 24 jam...rimas!...kejap itu, kejap ini...hish....duk opis ni lapang le sket kepala otak ni haaa"

Nak jugak terkeluar dari mulut aku dengan setulus ikhlas dari hati,


"Ish...ish ...Kalau tensen, jangan beranak!" 

Beranak tahu...jaga tak sanggup...ape punya orang!
Bagi hamba allah yang macam ni sket pun aku tak jeles...sebab aku siket pun tak nak jadi macam orang ni...sukati la...bukan hidup aku...

Tuesday, March 23, 2010

Hujan Batu Di Perth Semalam...

 Ramalan cuaca semalam...
tapi aku baru view malam tadi pas ribut.

Mesti korang pernah dengar kata - kata, 'Hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri...' kan?...tapi semalam tak de hujan emas kat sini...tapi hujan batu dinegeri orang...
Takut, excited, risau semua bercampur baur...

Setelah sekian lama bumi Perth ni dahagakan hujan, semalam dilanda ribut kuat, hujan lebat mencurah - curah termasuklah hujan air batu.Besar jugak aisnya. Paling besar aku tengok sebesar bola golf...Malah ada orang kata ada yang lagik besar daripada itu. Banyak tingkap rumah dan cermin kereta pecah. Ada jugak kereta yang kemek kene hentam dengan hujan ais semalam. Ada jugak orang yang cedera ketika berada di tengah jalan masa hujan batu tu turun.


Lebih kurang, 10 minit sebelum ribut...

Suasana tenang. Takde sebarang angin. Panas, tapi taklah membahang. Aku agak ribut dah nak dekat.
Aku keluar, cecepat angkat kain. Then, cek peti surat, nak amik surat sebab tak mahu surat basah kerana bila tengok langit kelam dan gelap semacam, aku agak akan hujan lebat nanti tu mesti lebat kaw kaw punya. Tapi masa tu aku tak menjangkakan akan ada hujan ais. Aku ingat sekadar angin taufan kuat dan ribut petir.


Masa ribut nak bermula...

Masa aku masuk rumah. Rumah gelap giler. Huh? cepatnya gelap. Dua beradik tu, duk berdua dekat-dekat. Yang paling takut sekali,Em4n. Dia duk dekat - dekat abangnya. 50l3h excited. Takut takde dalam kamusnya...itule masalahnyeee...takut tu masuk dalam kamus mama, bila takut tak de dalam kamusnye.

Tak lama pastu mula dengar guruh, aku start cabut line telefon dan off tv, komputer dan router. Memandang henfon aku masih entah kemana, dan satu-satunya talian perhubungan aku iaitu phone VoIP, akan dimatikan, aku siap call abang (yang masa tu berada di opis) yang aku akan matikan talian dan aku akan on kan balik bila ribut reda.

Tengah ribut...


Pastu, aku bawak anak2 ke tingkap. Lampu rumah sengaja aku biarkan tutup. Saje nak bagik anak - anak feel, dan kenal macamana duk dalam ribut. Then, macam on time plak...angin kuat menggila datang...hujan air bertukar menjadi hujan batu...berdentum dentam bunyi. E-m4n semakin excited walaupun takut. Excited nak tengok kat luar apa yang jadi. Sesekali sembunyikan muka kat ketiak aku. Senyap je,dalam pelukan aku. 5oleh punya excited giler, tak payah cerita le.

"Mama, ais!...ais banyak! Look!"

Aku p berlari sat amik kamera. Dapat je kamera datang balik kat anak - anak...
Jakun dan prak sat kami bertiga beranak tengok hujan batu...

Ikutkan aku nak keluar, amik gambar. Tapi mengenangkan aku ada anak kecik, hasrat tu terbantut...cukuplah sekadar dari dalam rumah.

Tetiba datang angin condong bersama hentaman ais bertubi ke tingkap. Aku bawak anak - anak lari ke bilik. Bina kubu bantal dan selimut tebal sekeliling...suh anak - anak masuk, duk diam2 situ. Kalau perlu dengan tilam2 katil sekalik aku buat kubu...

Then aku capai beg kecemasan,letak berdekatan... (berisi dokumen penting cth pasport etc, incase paperhal, memang cabut lari ngan beg dokumen ni je)

Taufan menggila kat luar. Pokok besar yang gah, meliang liuk seakan nak menyembah bumi...Pas tu aku dengar bunyi tingkap pecah. Tapi bukan umah aku. Umah jiran mungkin. Dalam hati tak henti2 berdoa...masa ni Allah je tahu perasaan aku. Macam - macam aku pikir. Takut bumbung rumah runtuh pun ada...Siap plan kalau perkara cam tu jadi aku nak kene buat ape next, dan next, dan next. Intai jugak kat luar, in case banjir...memang aku kene lari dgn anak - anak ke blok umah pangsa besar sebelah rumah... 

Tapi dalam tengah pikir yang bukan - bukan pun, sempat aku berlari jap ke tingkap depan yang mana, dekat ngan beranda, buat rakaman hujan batu dengan kamera...sambil tengok2 keadaan kat luar, adakah kritikal sampai aku kene carik tempat perlindungan lain...nauzubillah.

Alhamdulillah, apa yang aku takutkan tak terjadi. Semua berakhir dengan selamat. Bumbung dapur aku bocor. Habis air masuk rumah. 1/4 dapur aku basah. Kereta buruk kami juga selamat. Tapi penuh dengan lekuk lekuk... Ni ler, first time aku dan family mengalami hujan batu macam ni. Sebelum ni kalau hujan batu kat sini, kecik je aisnye...ala - ala macam salji tapi bila jatuh ke bumi, dia mencair...

Pas habis ribut, siap buat sujud syukur, sebab dah semuanya dah berlalu dan kami semua selamat.

Maha Suci Allah.
Tuhan Sekalian Makhluk dan Alam.

Timbunan ais di rumah jiran

Ais Free...sape nak?

Awam hitam kehijau-hijauan di langit...
masa ni aku ingat nak snap gambar kilat sabung menyabung tapi tak dapat lak...

Hujan lebat membasahi bumi dengan semahu-mahunya

Keadaan lepas ribut...
sorry kualiti gambar kurang sebab tengah tak duk diam...


---------****---------


Update : Baru jumpa tadi,...sekadar share.

Friday, March 19, 2010

K o s o n g....

Pagi tadi, family dari lenggong dah selamat pulang ke Malaysia...

Alhamdulillah, sejak ada tamu sepesel dari Malaysia ni, anak bujang ku dah banyak bercakap bahasa melayu...hehehehee...sungguh terasa sangat perubahannya...walaupun hanya seminggu, tapi nampak banyak perubahan...

Semalam die 'ponteng' sekolah...heheheee...pepagi lagi aku dah call sekolah, inform kat cikgu die yang die tak ke sekolah...Saje bagi die main pepuas dengan family Lenggong, sebab semalam last day mereka kat sini. Pagi ni, tercari2 lah budak2 berdua ni mana pergi atuk, opah dan toklang depa...walaupun dah puas cerita semalam, atuk, opah & toklang balik kampung arini, tapi still mau carik jugak...dari depan sampai belakang, cek dalam bilik tido, bilik air...bawah katil pun depa p cek jugak ha ha ha ha ...

Pas aku explain still macam blur - blur lagik muka...agaknya nak tanya lagik, tapi tak tau macamana nak tanya lagik kot...then aku bawak budak berdua ni ke komputer tunjuk gambar...umah kat kampung, bagitau atuk opah ngan toklang dah balik sana...tunjuk gak gambar2 raya tahun lepas kat sana...somehow macam teringat balik lah kot...

E-m4n lak aku tak tahulah die ingat ke tak...aku rasa tak, tapi tak tahulah...yang si abang tu aku nampak...die macam teringat balik ler...refreshkan jugak gambar-gambar sepanjang masa atuk,opah & toklang depa kat sini...


yerlah kan,...dah duk jauh gini...aper lagik la cara nak bagi cucu ingat muka, selain dari gambar...

Harini, lakiku kembali sibuk...banyak keje tertunggak.
Budak- budak ni pun terasa kembali, ketiadaan apak disisi...apekan daya,...terpaksa jua harungi nak siapkan PhD... Aku sekarang pun,da tak mau tambah - tambahkan keje...lebih look forward nak kurangkan keje sebab nak duk sama ngan anak - anak...Pas ni kene lebih banyak spend masa dengan dieorang...dan aku terpikir nak start mengemas ngemas rumah ni la...nak clearkan barang...


Malam ni, aku tengah mencari idea...tapi somehow terasa tenang dalam kekosongan...
Tak de idea...

ha ha ha ...
k lah, selamat malam.

Tuesday, March 9, 2010

Dah lama dan akan lama lagi...

Dah lama tak berkesempatan update blog ni...idea ada, masa pulak yang terhad.


1.Berkemas...!!!
minggu ni ada tamu dari m'sia. Jadi memang sibuk le mengemas itu ini...Kebetulan awal minggu ni ada inspection rumah...kire sesuai sangatlah tu...kemas untuk inspection, sekaligus kemas untuk tamu yang nak datang...siapa? hehehee...atuk, opah & tok lang dari Lenggong nak datang. Insya allah esok pagi depa sampai...sure bersawang lagik la blog ni...heheheheee...maafkan daku blog,...


2.Hilang...;(
Dah hampir 3 minggu henpon hilang...entah mana lah perginya... masa kemas - kemas rumah tengok2 jugak celah- celah yang berkemungkinan menjadi tempat terselitnya henpon tu, tapi hampa. Tak mengapalah...agaknya sok sok tu jumpalah tu...

Patah tumbuh hilang berganti...daku kini sudah punyai pengganti...murah je. Hari tu ade offer AUD 20 je. Tak de function canggih manggih...sumer basic function je. Aku dah cukup bersyukur...byk2 function mahal2 pun bukan aku nak guna sangat...


3.Kehilangan lagi...?
Minggu ni aku akan kehilangan seorang teman...beliau dah pun berjaya mendapatkan phdnya dan akan pulang berkhidmat di tanahair tak lama lagi...Terasa gak lah kot nanti mcm tak cukup korem tapi biasalah kan, dalam hidup ni dah menjadi lumrah...kawan datang dan pergi...

Kini hidup beliau boleh kembali seperti normal...ha ha ha .... kembali normal??? ahha ha ha...Bunyinye memang macam lawak je dengar...tapi ketahuilah, orang yang buat phd ni sebenarnya letih minda & fizikal mengharungi cabaran, dugaan dan ujian dari luar dan dalam diri sendiri masa nak menyiapkan phd... Macam - macam korban dan pengorbanan perlu dibuat, huhuhuuu...

Jangan kata orang yang buat phdnyer aje...kalau die dah kawen pasangannya jugak secara langsung dan tak langsung kene ready jadi korban, terkorban dan buat pengorbanan jugak...(aku cerita ni  dari sudut view aku sebagai pasangan kepada orang yang buat phd, view pasangan orang lain aku tatau sbb lain orang lain pengorbanan dan saiz pengorbanannya)

4.Apa yang aku tengah pikir sekarang ni...?
Aku tengah pikir tentang hidup aku dan masa depan aku...
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...
sekian.