Sunday, December 29, 2024

Tumpang seronok - MyBrain 2.0

Baru - baru ni keputusan permohonan MyBrain 2.0 keluar...

Ada new postgrad PhD di fakulti dapat tawaran MyBrain 2.0.... Lega yang amat dia dapat berita tu...💝

Elaun sara hidup, RM2.5k sekarang...Alhamdulillah,...rezeki dia. Elaun diterima RM700 lebih banyak dr aku terima dulu. Dengan serba serbi naik harga sekarang ni, aku rasa oklah untuk cover keperluan dia sepanjang belajar. Dia sedang berkira-kira nk belajar sepenuh masa supaya tak terganggu pengajian. Sv nya juga sudah menyuruhnya berhenti bekerja, supaya fokus. Dengan rezeki ni, dapatlah dia meneruskan niat tu... 

"Akak, nanti akak amiklah rak berkunci saya ni..."...katanya. 
"Orait, tengkiu..." Aku iyakan sahajalah. Rak yang ada untuk bahagian aku guna, semua tinggal yang tak leh kunci. Yang boleh kunci semua dah diambil orang. Dah bertuan. Jadi tu yang dia offer. Aku ni, sampai beli rak extra untuk simpan barang. Murah. RM 60. Boleh la. Asal mata aku tak semak. Aku ok. Kurang stress. Kalau ikut hati aku, wayar pun aku nk campak buang! Semak mata! 😆....In the end, walau apapun terjadi, dapat rak ke, tak dapat ke, aku dah urus keamanan meja sendiri. Ada rezeki, dapat. Alhamdulillah. Kalau tak de rezeki, meja aku masih terjaga... 😉     

Berita 'gembira' student ni, mengingatkan kembali saat aku gembira terima biasiswa MyBrain dulu. Rasa seronok tu, memang tak tergambar dengan kata-kata. Walaupun masa aku terima dulu tu sikit, tapi nilah rezeki yang aku terima sehingga aku rasa bertanggungjawab untuk habiskan pengajian, bagi menjadikan aku seorang sarjana lulusan phd. Bila nak give up, aku cuba ingatkan diri. Aku tak terima biasiswa, untuk orang lain. Aku tak berhutang untuk orang lain. Aku buat untuk diri aku sendiri. 

By hook or by crook, aku memang kene habiskan pengajian!✨✨✨✨


Sunday, December 22, 2024

December 2024...

This month is the last in 2024,....cepatnya dah Disember. New year 2025 is coming...
I have student tests to mark, doctor appointments to attend, birthdays and anniversaries to celebrate, and, owh my, my my PhD work to do...I blom habih lagiii niii...haih! Hujung tahun lagu ni, ramai orang cuti nk celebrate krismas la, cuti sekolah la, cuti terpaksa sebab banjir la, nak cuti suka suka la walaupun tak cuti (ni student haku la ni, tak sambut krismas pun mau cuti, sabo je la)... tapi haku, cuti pun macam tak cuti je...duk berkepit dengan keje. 😎
Apak's and Bam's birthdays and my Anniversary are around the corner.....Minggu ni besday apak n anibersari kawen dengan mama....tak boleh lupa ni!!!
In case tak dan nk g mana - mana celebrate, mama dah standby beli aneka rempah beriyani....nk masak....kita still boleh celebrate kat rumah jugak..... so i decided to try few types and order from shopee...& cepat je seller hantar. 😍😍😍



Tinggal potong - potong bahan-bahan, letak - letak dan campak - campak je la dalam periuk kan? Nanti lepas try, kita boleh vote which ones are actually our favourite and buy it again....
Tak dan nak banyak celoteh kalini, nanti kita merepek and post lagi la ye,....janji nk post cerita haji tahun lepas tentang pengalaman kat madinah pun kita tak habis cerita eh? Ha a la....tak start tulis pun lagi. Masih duk dalam kepala lagi....

Monday, December 2, 2024

My dear dear room...

Oh my dear room,...

  gambar cermin tingkap je 😁

Masa dapat bilik ni, bersyukur rasa, dapat menumpang sini...tak la mewah, tapi selesa walaupun dengan kekurangan yang ada. Kecik, comel nuun di kayangan...Dulu, siling bocor. Sekarang dah tak lagi. Kalau lift rosak, jenuh mendaki!😅 Di sinilah diriku berjaya train naik tangga sampai atas, dan dengan tangga sampai boleh jalan 21km kt Mekah pun ok... Tapi sebelum sampai atas, sampai tingkat 2 pun dah penat! Rehat dulu, pastu sambung naik tingkat 3...rehat lagi.....naik lagi, sampai tingkat 4. 😆..........Tak de tingkap,...Tak de permandangan indah ala - ala Alps. Tapi sejuknya, macam kat Swiss...☃  Tak de gambar2 piala ke apa. Dekorasi yang ada, hanyalah jam dinding yang besar depan mata, supaya daku senang nk track masa ⌚. Kalau diberi peluang tak pindah dan stay kat sini, aku akan pilih untuk stay....Tapi pilihan itu tiada.

Minggu ni dapat perkabaran yang para felo akan kene pindah....
Tak tahulah lepas pindah ni macamana....but the less drama, less distraction, the better. 
My boipren dah ajak I pindah balik ke bilik lama FTKEE kalau rasa tak serasi dengan tempat baru....
That would be a good option.
Being alone is my need now....