Sunday, December 29, 2024

Tumpang seronok - MyBrain 2.0

Baru - baru ni keputusan permohonan MyBrain 2.0 keluar...

Ada new postgrad PhD di fakulti dapat tawaran MyBrain 2.0.... Lega yang amat dia dapat berita tu...πŸ’

Elaun sara hidup, RM2.5k sekarang...Alhamdulillah,...rezeki dia. Elaun diterima RM700 lebih banyak dr aku terima dulu. Dengan serba serbi naik harga sekarang ni, aku rasa oklah untuk cover keperluan dia sepanjang belajar. Dia sedang berkira-kira nk belajar sepenuh masa supaya tak terganggu pengajian. Sv nya juga sudah menyuruhnya berhenti bekerja, supaya fokus. Dengan rezeki ni, dapatlah dia meneruskan niat tu... 

"Akak, nanti akak amiklah rak berkunci saya ni..."...katanya. 
"Orait, tengkiu..." Aku iyakan sahajalah. Rak yang ada untuk bahagian aku guna, semua tinggal yang tak leh kunci. Yang boleh kunci semua dah diambil orang. Dah bertuan. Jadi tu yang dia offer. Aku ni, sampai beli rak extra untuk simpan barang. Murah. RM 60. Boleh la. Asal mata aku tak semak. Aku ok. Kurang stress. Kalau ikut hati aku, wayar pun aku nk campak buang! Semak mata! πŸ˜†....In the end, walau apapun terjadi, dapat rak ke, tak dapat ke, aku dah urus keamanan meja sendiri. Ada rezeki, dapat. Alhamdulillah. Kalau tak de rezeki, meja aku masih terjaga... πŸ˜‰     

Berita 'gembira' student ni, mengingatkan kembali saat aku gembira terima biasiswa MyBrain dulu. Rasa seronok tu, memang tak tergambar dengan kata-kata. Walaupun masa aku terima dulu tu sikit, tapi nilah rezeki yang aku terima sehingga aku rasa bertanggungjawab untuk habiskan pengajian, bagi menjadikan aku seorang sarjana lulusan phd. Bila nak give up, aku cuba ingatkan diri. Aku tak terima biasiswa, untuk orang lain. Aku tak berhutang untuk orang lain. Aku buat untuk diri aku sendiri. 

By hook or by crook, aku memang kene habiskan pengajian!✨✨✨✨


Sunday, December 22, 2024

December 2024...

This month is the last in 2024,....cepatnya dah Disember. New year 2025 is coming...
I have student tests to mark, doctor appointments to attend, birthdays and anniversaries to celebrate, and, owh my, my my PhD work to do...I blom habih lagiii niii...haih! Hujung tahun lagu ni, ramai orang cuti nk celebrate krismas la, cuti sekolah la, cuti terpaksa sebab banjir la, nak cuti suka suka la walaupun tak cuti (ni student haku la ni, tak sambut krismas pun mau cuti, sabo je la)... tapi haku, cuti pun macam tak cuti je...duk berkepit dengan keje. 😎
Apak's and Bam's birthdays and my Anniversary are around the corner.....Minggu ni besday apak n anibersari kawen dengan mama....tak boleh lupa ni!!!
In case tak dan nk g mana - mana celebrate, mama dah standby beli aneka rempah beriyani....nk masak....kita still boleh celebrate kat rumah jugak..... so i decided to try few types and order from shopee...& cepat je seller hantar. 😍😍😍



Tinggal potong - potong bahan-bahan, letak - letak dan campak - campak je la dalam periuk kan? Nanti lepas try, kita boleh vote which ones are actually our favourite and buy it again....
Tak dan nak banyak celoteh kalini, nanti kita merepek and post lagi la ye,....janji nk post cerita haji tahun lepas tentang pengalaman kat madinah pun kita tak habis cerita eh? Ha a la....tak start tulis pun lagi. Masih duk dalam kepala lagi....

Monday, December 2, 2024

My dear dear room...

Oh my dear room,...

  gambar cermin tingkap je 😁

Masa dapat bilik ni, bersyukur rasa, dapat menumpang sini...tak la mewah, tapi selesa walaupun dengan kekurangan yang ada. Kecik, comel nuun di kayangan...Dulu, siling bocor. Sekarang dah tak lagi. Kalau lift rosak, jenuh mendaki!πŸ˜… Di sinilah diriku berjaya train naik tangga sampai atas, dan dengan tangga sampai boleh jalan 21km kt Mekah pun ok... Tapi sebelum sampai atas, sampai tingkat 2 pun dah penat! Rehat dulu, pastu sambung naik tingkat 3...rehat lagi.....naik lagi, sampai tingkat 4. πŸ˜†..........Tak de tingkap,...Tak de permandangan indah ala - ala Alps. Tapi sejuknya, macam kat Swiss...☃  Tak de gambar2 piala ke apa. Dekorasi yang ada, hanyalah jam dinding yang besar depan mata, supaya daku senang nk track masa ⌚. Kalau diberi peluang tak pindah dan stay kat sini, aku akan pilih untuk stay....Tapi pilihan itu tiada.

Minggu ni dapat perkabaran yang para felo akan kene pindah....
Tak tahulah lepas pindah ni macamana....but the less drama, less distraction, the better. 
My boipren dah ajak I pindah balik ke bilik lama FTKEE kalau rasa tak serasi dengan tempat baru....
That would be a good option.
Being alone is my need now....  

Friday, November 15, 2024

Leaving no stones unturned, Leaving no rewards unearned...

1. Ombak Kerja:  Semalam dah habis 1 test, 2 sections, minggu depan mai lagi 1 submission assignment masuk, quiz prehot pun tak habis lagi tanda...in total, 180 hasil jawapan pelajar kene tanda. Demi cari rezeki, dan untuk sara phd, antaranya untuk cover yuran PhD dan hasil2 kerja phd...aku tutup mata, terjun & buat je lah....  

2. Ombak Rezeki: Harini, bertambah rezeki,...sedikit sebanyak, boleh la update dalam resume. Alhamdulillah, asalnya aku ni hanya membantu je. Kalini, hasil usahasama dengan suami sendiri dan staf2 di fakultinya dapat anugerah & award...Along the way tu, macam-macam juga kita belajar...tengah-tengah sibuk ni, kita juga tak buang masa. Ni juga akan menjadi stepping stone untuk tembak KPI...bak kata iklan panadol, anda pikir saya ada masa nak sakit kepala? 

3. Ombak Rejection: Awal sem haritu, dah submit 1 paper. Semalam, teringat paper tu. Apa kabarlah agaknya. Tergerak hati doa, supaya dapat tahu result submission haritu...Tup tup harini, dapat emel. Paper kene reject pulak. Hmm,...disebalik gembira dengan kemenangan, ada cerita sedih dengan penolakan juga. Tapi tak pe la...Mungkin ada rezeki kat tempat lain. Amiiin. 😭... 

4. Ombak Ujian: Dalam masa yang sama, kes Tibi sedang naik di fakulti. Dah buat ujian mantoux & x-ray. Mudah-mudahan tak dijangkitilah....Ya Allah peliharalah aku dan ahli keluarga ku dan orang-orang disekelilingku dari dijangkiti penyakit ni. Amin. 

5. Kereta baru? Ha a. Kami beli kereta terpakai je. My driver sengal-sengal badan. Dah tua katanya. So dia beli yang ni untuk dia travel jauh selesa. Bini dia jadi ma'am besar je. Kalau incik somi mau bilikan kereta untuk bini, bini dia nak kereta apa? Kalau mintak BMW atau Mercedes, tinggi sangat. So, bini jawab Audi Q5 boleh? sportback tau...! Hahahahhaa, bini dia memang. Tak sedar diri. Gaji level B40, selera T5! Kesimpulannya, jangan tanya la.......😎

6. Ok, sekian angan-angan. Maafkan diriku kerana sangat sibuk dan akan bertambah tambah tambah sibuk lepas ni.............


Monday, November 4, 2024

H@ppy Birthday 2 M3...

November 2024...

Diri ni dah tak muda lagi...
Tarik nafas panjang-panjang...
Kita dah buat keputusan pilih jalan ni,...Hadap je lah. 
Kebetulan pula, topik di FB Public Health macam kene je...ok, kita sauk je posting ni tampal sini...😎  


Wednesday, August 7, 2024

Just me & my own world at the moment

credits pic: google

I gotta pull everything together. 

Gotta get the first draft done.
Semua tengah 'seksi-seksi' chapternya.
Isi tak kemas, bersepah, ada yang tak de kesinambungan, ada yang tak relevant, ada yang tak tutup kemas, sejemput sana, sejemput sini...Yang terputus tengah jalan, tergantung tak bersambung, terjuntai meleret, tergolek golek tapi isi tak de semua ada.
 
Nak siapkan tanpa stress. Boleh ke? πŸ˜‡

Saturday, June 8, 2024

Kenangan Bertamu di Mekah 2023

Minggu depan, jemaah haji 2024 akan bergerak ke Arafah...

Semalam, 7 Jun 2024, genap setahun waktu berlepas ke tanah suci Mekah...
Kenangan tahun 2023 lepas, masih lekat lagi di ingatan...Bila baca balik entry post lepas, terasa nak ulang balik momen tu...

Aku masih ingat pesan seorang teman, alang-alang dah sampai, pergilah cuba bertamu di hotel2 sekitar yang terdekat. Boleh merasa pengalaman baru dari sudut lain pula katanya... Jika bernasib baik, dapat book masa tengah murah. Masa booking ni, aku niat nk supaya suami boleh pergi solat jumaat dekat dan dapat pergi masjid dengan mudah. Masa kami duduk di Abraj, perjalanan agak jauh. Jalan pula selalu ditutup oleh askar. Masa ni, alhamdulillah, kebetulan ada rezeki aku & suami untuk bertamu di hotel yang lebih dekat Masjidil Haram...Kalini, rezeki kami di sini, SwissΓ΄tel Hotel Makkah...(Ada banyak lagi hotel boleh try. Ada sesetengah orang, tiap2 minggu bertamu di hotel-hotel berlainan)

Momen paling tak boleh lupa. Tulis idea phd depan kaabah. 


Sangat selesa. Memang kiteorang amik bilik yang dapat view kaabah

Boleh nampak dan lambai Abraj Al Janadriyah dari jendela πŸ˜ƒ...
Nampak orang kecik je, dot-dot halus yang bergerak...

First time solat, dengan kaabah kat bawah depan mata secara real.
Tak tahu bila lagi mampu ke sini...


Tak pernah try. Sapa nak try, silakan.


Tengah malam pun, masih banyak lagi orang...Ni gambar dari jauh.
Pernah masa habis tawaf, aku pergi kat kaabah sedekat-dekatnya...Doa.
Momen tu hanya melekat di sel-sel memori otak sahaja...
Tak terpikir nak snap amik gambar pd masa tu. Kiri kanan, orang saje.
Tapi dekat atau jauh, bila dalam berdoa, hanya aku dan Allah sahaja...


Macam-macam jenis roti ada. Aku amik gambar, sebab tak pernah tengok...


Tak pernah makan. Tengok je. Macam-macam jenis salad dan dressing ada...Tekak aku tak cukup arob la.
Tekak melayu & western shj nampaknya.


"Bang, bang tengok ni..."
First time masa aku jumpa ni, aku dah gelak sorang2 dengan laki aku....
Pas tu aku pun snap gambo hantar kat kekanda2 di bilik abraj sambil bertanya "anda nak haji mabrur yang ni?" πŸ˜†πŸ˜†
(Kami tak perlu berpanas ke mall. Kami lalu sahaja pintu hotel yang bercantum dengan shopping mall.)


Khabarnya, tahun ni bayaran haji naik lagi.
Bayaran penuh, RM33k....

Ya Allah, murahkanlah rezekiku supaya aku boleh kembali ke sini beribadah lagi ...

My Curry = Sea Prawn + Chicken Egg

Semalam jenjalan kat pasar malam. Tengah seronok jalan, ternampak pula udang besau - besau memanggil - manggil diri ini...Diri ni pun apa lagi,...sudah pastinya tergoda dengan panggilan - panggilan udang yang segar tergolek atas meja penjual tu. Tiba- tiba... 

Sedar - sedar dah terbeli. Eh eh dah terbeli? Maka bila dah terbeli, dah tentulah kene masak. Bila dah masak, dah tentulah kita kene makan 😍 
 
Hahahaha....ayat macam best sangat je πŸ˜‰πŸ˜. Walhal, biasa- biasa je hari kita harini. Sama je macam hari - hari lepas...Sebelum kita masak, kita buat literature review resepi dalam youtube. Resepi udang ni, kita tengok macam - macam style ada...





Dan tak semena-mena, tiba - tiba lalu plak egg curry resepi depan mata. Eh eh, apa kaitan pulak dengan udang pun tatau la...AI ni pandai sangat! Orang cari udang, dia pi tayang telur, apahal?...Dan sekali lagi, diri ini mudah terpengaruh. Tergoda pulak tengok kari telur. Lalu datanglah idea, nak masak kari udang dan telur....

Kalau dah jodoh kan,....Udang di laut, telur di darat,...Dalam periuk dessini, bertemu jua...Jadi harini, kita ada lauk kari udang dan telur, 2 in 1 curry...Ni kira dah lain kan? tak sama macam kari orang lain kan? Dan, kalau tak cukup lagi novelty, kita 'madu'kan lauk ni dengan ikan selar kuning goreng garing... Semua berjodoh dalam pingganku harini. Kecik-kecik je rezeki harini,...Kalau ada rezeki lagi, lenkali kita baham jenahak ke ikan merah ke tenggiri plak ye...


Friday, May 17, 2024

My Sunshine

Harini, tertengok dan dengar budak ni nyanyi lagu you are my sunshine kat FB... sampai melekat kat kepala, teringat-ingat nyanyian dia...Geramnyeee tengok, rasa nak gomoi2, gigit pipi tu. ( Teringat anak-anak dengan guitar depa masa kecik - kecik dulu... Sampai atuk depa ni, gigih cari & beli guitar...Dah besar, masing - masing dah malu nak mama gomoi2...)  


Disebabkan penyanyinya comey, tak terasa mood lagu yang asal. Malah, siap selit versi di'rock-metal'kan lagi 😍...Sebenarnya, dalam versi asal lagu ni sangat sedih, nyanyian Johny Cash. 



Disebabkan lagu ni terlalu sedih, ada versi modern yang lebih menyedapkan hati dibuat...untuk jadi lullaby...Contohnya : 



Kurang sikit sedih, nak nyanyi kat baby / anak2...kan?

Kat bawah ni juga lagu yang sama, tapi mood berbeza...Hahahaa, kita saje je tepek lagu yang ada penyanyi hensem-hensem. Sampai dua plak tu...πŸ˜‰


Kesimpulannya, hidup ini penuh dengan macam-macam rasa...😎

Sunday, May 12, 2024

Aidilfitri 2024

Aidilfitri 2024, kami sambut biasa-biasa sahaja...

1. Tak buat open house. Tapi join taman terbuka sahaja. Sumbang air sirap ais + sambal tumis telur. Sapa nak makan dengan nasik boleh, makan dengan lodeh boleh, nak makan dengan mi goreng boleh...nak ratah boleh. Sapa tak minat telur, boleh tengok je... Selain daritu, kami penuhi jemputan rumah terbuka je, itupun terima kasih pada yang sudi jemput. Sekarang, bukan semua orang mampu nak buat rumah terbuka. Kita pun faham. No hard feelings. 

2. Keje berlambak! Duduk diam-diam sahaja. Selesaikan satu - persatu pelan-pelan. 

3. Abah masuk hospital. So sambut raya pun, macam tak raya sangat. Dokter sarankan buat angiogram. Lepas dia tengok & dengar kisah orang bilik sebelah, dia lari. Ish ish ish...kelam kabut dokter dan nurse, sebab pesakit nak lari, takut nak buat angiogram. Dia minta dokter evaluate semula...Sekarang tunggu la next appointment utk eco & CT scan. IJN penuh. So maintain je la kt PPUM. Masa aku takut nak masuk bilik bedah, dia pesan jangan lari. Bila time dia, boleh lari pulak...πŸ˜‚

4. Kami berempat tak de baju raya tahun ni. Pakai je baju raya lepas yang ada. No problemo.  

5. Tahun ni, aku ambik cuti raya 3 hari je, tapi panjangnya boleh sampai dekat 10 hari. Untung tahun ni. Cuti ada, bonus pun ada. Boleh simpan buat bayar yuran.πŸ˜‡...

6. Sebab dokter dah tegur, berat aku dah naik, maka aku tak makan beriya sangat. Kene exercise dan kene puasa balik lah nampaknya...start qada'... Memang gendut ni...adeiii...

7.  Tahun ni, tak berapa nak boleh manja mengada sangat. Raya ni, kalau tak turun dapur ni boleh di kira melampau... Semua orang tak larat. So aku kene kuat......


Saturday, May 11, 2024

My third one...

After marking assignments and joining Citrex, I am back at my desk, writing and modelling. I took a break from my desk for a while, and it was good. 

kredit pic : to the owner.

Mudah mudahan dapat siapkan...my third one (It's my thesis and my publications). 

Perjalanan nak siapkan, lawan malas, lawan malu, lawan kata - kata pedih sindiran dari orang lain, memang panjang...

Semua pelajar phd mengimpikan nak grad. Tak de yang tak nak grad. Bila dah grad, semua pelajar yang dah ada phd mengimpikan nak ada kerja yang stabil. Begitu juga dengan aku.......Tapi, masa depan, aku tak tahu. Buat masa ni, aku teruskan pengajian. Jadi first author, dan corresponding author pada hasil-hasil kerja aku....Tak de plan nak quit. Tambah pula dah dibelit dengan hutang phd. (Aku yang tanggung,...😭😭😭). Hutang pun boleh jadi motivasi...

Ya Allah, mudahkanlah aku habiskan phd dan lunaskan hutang ini.

Sunday, April 28, 2024

Nasi Ayam Claypot

Raya lepas, daku sempat rembat sale belanga Dessini 1. Murah! Lani, dah 2 minggu unboxing periuk belanga baru. Kemain rajin masak πŸ˜‰. Semangat, dapoq berasap! Ingat nk try buat nasi ayam claypot. Jadi sebelum buat, kene review camne orang buat nasi ayam claypot...Khabarnya, nasi ayam claypot ni asalnya, menu orang cina. Selaku orang islam, bahan yang tak halal, kita tak payah guna. Kita pilih dan guna makanan yang halal, dan tanpa was-was sahaja...

Kalini, aku guna je bahan2 yang ada di dapur. Bawang merah, bawang putih, dan halia, dipotong halus untuk tumis. Untuk ayam, aku guna drummet, gaul dengan kicap+lada sulah+bawang putih+garam+tepung jagung. 8 ketul. Bahagi 2 dengan laki aku, maknanya sorang dpt 4 ketul. Tak de pecah2 telur, tak macam Hong Kong style. Dan aku juga x de minyak bijan. Minyak saji je aku guna sebagai ganti. Dan aku tambah daun rosemary, perahan air asam jawa dan kukatok dua batang cili api, buh sekali kt dalam. Akhir sekali, aku taboq daun sup sikit. Masak je, terus tutup api. Angkat, terus buh atas meja. Enjoy makan berdua sambil tengok cerita hantu korea dengan laki aku.... 😍 [ Teaser ]

Sambil mata tengok cerita, berpeluh-peluh kami habiskan nasi ayam claypot panas-panas. Ginilah, dating dengan student phd, g dating kat depan depan tv je... (Kalau g cinema pun membaziaq ja. Bini tidoq!) Sejak guna periuk ni, masak nasik beriyani dlm ni, pun keraknya habis dimakan. Tak melekat! Masak nasi ayam claypot pun, licin! (claypot apanya, nasik ayam dessini kot, nama yg patut diberi πŸ˜†) Next. nak try apa plak ye? Hmmmmmh...

 




Sunday, March 31, 2024

Tiada Ganti

Ada orang-orang yang dalam hidup kita kalau die orang takde, tiada ganti...Tak serupa dengan seribu orang lain yang datang dan pergi dalam hidup kita....

Kenapa la yang baik susah nak cari ganti? Yang sengal2 ni, banyak plak bersilih ganti datang dan pergi dalam hidup. Sabo je la...

Ramadhan 2024

2024, anak bongsu pulak ready untk SPM. 

Risaunya mama. Macam kita pulak yang nak amik SPM lagi. πŸ˜…
Tapi tulah, mama akan sibuk. Sama macam masa bam amik SPM.
Adik kene pandai2 la belajar sendiri. 

Mama & apak doakan dari jauh. (walhal dokek yo, sobolah tu ha). Dulu masa mama nak SPM, nenek doakan supaya cemerlang yang tak cemerlang sgt, supaya mama tak pergi fly oversea. Dah pergi, takut tak nak balik. Pergi & duduk sana terus. Tinggalkan dia. Sabo je la. Kan dah makbul! Dan kesannya, mama melekat sampai tua kat Msia sahaja. Kutip je la hujan batu kat negara sendiri... Ingat boleh kutip hujan emas, bawak balik ke negara sendiri. Tapi sekarang dah kene cukai!!!...kira 2x la kene cukai. Entah - entah, lepas darab bahagi campur tolak, mungkin end up, habuk je yang dapat. Huwawawawawawa...😭


Bulan Ramadhan ni masak simple2 je. Masak sodap2 kang, orang sini terasa orang sana terasa...Haaa masak jelah yang biasa-biasa. Takde orang yang terliur. Yeke x de? πŸ˜‰




Friday, January 26, 2024

Mina 2023

Aku janji nak sambung pengalaman di Mina kan? Aku ambil masa nak publish sini. Ada masa sempat tulis. Ada masa tak. Jadi aku buat sikit-sikit. Tulis sikit-sikit, lama - lama jadi bukit...

Di Mina, jemaah haji menetap lama sikit dalam khemah kat sini, berbanding di Mudzalifah. 

Mungkin pada tahun lepas, Allah nak bagi ujian bagi compartment (khemah aku & kekanda roommate. khemah org lain ok) kami ni lebih sikit. Penghawa dingin kami tak sejuk.  Panas. Tapi tidaklah sepanas dan sebahang udara di luar. Bila dah panas, kene kerap minum air.  Mungkin sebab nilah kot, bekalan air di khemah kami pula selalu tak cukup. Ye lah, berbotol-botol air kami guna untuk minum dan untuk basahkan baju dan tuala. Tudung yang asalnya kat kepala pun, kami basahkan sekali. Kekanda-kekanda yang lebih berumur, dah tak larat nak menapak jauh. Beberapa hajjah dah tumbang. Pergi melontar pun terpaksa menggunakan khidmat wakil......

Jadi kami yang masih muda dan gagah, offer diri 'scouting' cari air. Kami merantau dan menjelajah ke maktab lain amik air sejuk bawak balik ke khemah, edar-edarkan pada ahli-ahli memerlukan...Saat ni, Allah je lah tahu betapa nikmatnya air sejuk....memang macam unta haus kami minum! Air kosong je pun. Subhanallah sedapnya memang tak tergambar dengan kata-kata.... Sebahagian kami isi dalam botol spray untuk basahkan muka dan untuk lembapkan badan...Nikmatnyeeee Allah je tahu. Sampai sujud syukur! Itulah antara yang dapat kami lakukan. Nak mandi, kene beratur panjang dibawah mentari... 

Banyak nau cerita aku masa haji ni kan? Orang pergi semua ok. Tapi bila aku pergi, macam- macam cerita....Kalau nak cerita bab kenangan ni, terlalu banyak. Tak dapat nak lupakan...

Antaranya :

1. Tak dapat makan nasi. Sebutir pun aku tak lalu. Walhal, nasik la makanan yang paling aku suka. Tapi sampai sini, selera aku berubah 180 darjah. Indomie pun aku hanya boleh makan sampai 7 suap, masa baru masak, panas-panas. Masuk suapan ke-8, dah sejuk, aku terpaksa berhenti. Bimbang keluar balik. 

2. Aku hanya makan buah, roti dan biskut sahaja kat Mina. Aku bagi bahagian aku pada orang. Sepanjang masa aku doa, supaya Allah bagi aku kekuatan buat ibadah kat sini, terutamanya melontar, kene berjalan kaki pergi balik sendiri. Suami aku dah siap offer diri untuk buat lontaran untuk aku, tapi kalau boleh aku nak buat sendiri...Ni haji aku. Next time, tak tahu ada rezeki lagi ke tak ke sini (walaupun aku doa supaya ada rezeki lagi kemari). Alhamdulillah, Allah makbulkan. Aku mampu buat semua sampai habis.

3. Sepanjang perjalanan melontar, ramai jemaah indonesia mengulang2 zikir beramai-ramai. Pernah sekali tu, siap nanyi lagu sepohon kayu beramai-ramai. Aku pun nyanyi sekali sampai habis hujung jalan masuk ke maktab....  semangat tu penting weiii, ...( saat - saat ni, anytime boleh tumbang )πŸ˜‚

4. Setiap kali, aku dengar orang rebah di tepi aku, atau aku nampak orang angkat orang pengsan di depan aku....... aku doa kat Allah, kuatkan aku supaya aku boleh sempurnakan haji aku dengan baik. 

5. Setiap kali berjalan melontar, aku akan simpan bekal buah pear/epal, sebotol air zamzam, setin pepsi/coca cola atau sekotak air buah dalam beg merah. Aku bukanlah peminat Pepsi. Tapi Pepsi arab, memang sedap giler di tekak aku! Entah kenapa Pepsi di Malaysia tak sama rasa macam kat sana punya. (Kat Msia, jeling pun tak. Tak teringin langsung) Macam2 bekal aku simpan kat dalam beg tu! Kalau pikir balik. Beg tu kecik je. Kalah poket doraemon!

6.  Antara peristiwa mencabar bila ditawarkan 'jawatan pengurus tandas' secara tiba-tiba. Ada satu masa tu punyalah ramai sangat orang nak ke toilet sampai potong barisan menjadi amalan hajjah hajjah Msia. Ada yang marah - marah sampai nyaris nak merusuh depan toilet...Haduuhh...Awal-awal tu aku hanya nak jadi orang memerhati sahaja. Malas nak campur. Biarlah dieorang setel sendiri, boleh? Tak pun biar sahabat maktab ke datang tolong. Kita ni duk diam-diam, jaga diri sudahlah. Tapi entah macamana entah, aku kene tarik dengan sorang kakak ni, kene jadi manager barisan toilet. Aku cuba nak tolak. Aku malas nak deal dengan crowd. Tapi keadaan masa tu teruk yang amat menyebabkan aku rasa kene bantu. Aku pun stepped in, bantulah akak-akak 'pengawas tanpa gaji' ni. Dieorang bukan sahabat maktab pun, tapi membantu atas rasa tanggungjawab. Dalam keadaan ni, paham-paham je la bila kita nak menguruskan ramai manusia yang sedang tidak sabar, panas, marah-marah, bertolak-tolak, menjerit-jerit sana sini macamana. Ditambah pula dengan dengan mulut2 yang tak sedap telinga nak dengar. Tengah buat haji pun, masih bermulut longkang. Kalau ikut baran-hulk aku, nak je aku tenyeh mulutnya tu kt jamban Mina tu. Tapi mungkin Allah yang nak didik aku, barangkali. Sabar. Lepas tu, keadaan berjalan lancar dan semakin baik lepas cleaner Afrika datang (dia jadi pengawas sekali). Alhamdulillah.

7. Masa aku tak larat, suami ajak aku balik Mekah. Jadi, kami plan balik ke hotel Mekah dengan berjalan kaki sebelum habiskan lontaran terakhir. Malam tu sebelum tidur, aku berkemas. Masuk je subuh, aku solat dan ready. Aku bawak semua (barang yang dipek) pergi melontar, dan niat akan datang kembali ke Mina semula malam nanti. Aku bawak bungkusan junjung atas kepala macam mem-mem afrika kat sana. Laki aku cakap, "Eh eh orang Afrika mana ni?" .😁 Kami berjalan sampai dalam jam 9 pagi. Tinggal dekat 2km je lagi nak sampai hotel masa ni. Panas matahari dah terik. Aku tak larat 😒. Suami aku pun cari teksi sapu. Dia try call grab. Tak dapat. Kereta tak boleh masuk kawasan tu. Sesak dengan manusia. Kami pun jalan lagi ke depan. Baru nak naik, dah kene sailang dengan orang Afrika. Pemandu tu dah deal dengan kami, tapi bila nampak ada peluang untuk buat duit, dia minta kami share ride. Aku tak nak share. Jadi kami teruskan lagi perjalanan. Tak lama lepas tu, kami dapat naik teksi sapu seorang hamba Allah dari pakistan ni sampai ke hotel. Sepanjang jalan, kami nampak orang-orang afrika berjalan beramai-ramai ke mekah dan aku assume, ke arah Masjidil Haram. 

Aku cakap kt laki aku, "Bini abang yang putih ni, tak larat nak jalan lagi 2km. Tak macam mem mem afrika kat luar tu..." Tak dinafikan, memang kuatlah jemaah haji dari Afrika ni. Depa berjalan kaki di tengah panas terik di tanah arab ni, macam tak de apa-apa.  

Aku puteri lilin. Caiiyyaq weh...  

Sampai hotel, aku mesej kekanda-kekanda room mate, bagitahu yang aku dah sampai bilik, supaya depa tak bimbang. Semua terkejut! Hahahaa... Kekanda - kekanda kat Mina boleh lah guna tempatku, untuk tido lapang sikit dan untuk solat....Bilik semua dalam keadaan baik. Aku dan suami teruskan je dengan plan asal (tak tukar niat). Tak perlu susahkan orang, minta tolong angkat beg ke apa2, nanti kami balik sana, setelkan sendiri...Pastu aku tido. Bangun tido, aku pun melepas geram basuh dan sidai semua kain-kain sebelum semua jemaah balik esok. Aku sental semua kain sampai bersih. Lepas tu mandi dan guna toilet sepuas-puasnya. Damai dan tenang. Sunyi. Tak de orang nak ketuk2 suruh keluar. Itupun satu nikmat rupanya. πŸ˜‚ Lepas tu, kami terus pergi tawaf dan saie haji. Kami setelkan haritu jugak. Malam, kami kembali ke Mina. Sambung berjalan kaki 6-7km lagi. Sememangnya, kalau dikenang kembali, tak sangka aku sekuat tu.  

Malam tu aku balik khemah, kekanda roommate dan jiran sebelah tanya, mana aku menghilang, dan macamana perjalanan aku...Ternganga semua, bila aku cakap aku berjalan sejauh 20km++ Hik hik hik hik....Balik ke Abraj yang dirindui.πŸ˜‚....mungkin nilah hikmah pergi haji masa muda. Alhamdulillah. 

8. Lepas ramai yang dah Nafar Awal, iaitu hari terakhir kami di Mina, barulah ramai terasa dapat mandi dan pergi ke toilet dengan selesa. (Aku dah setel puas-puas masa kat hotel kami) Masa tu juga, aircond kami pulih dan kami dapat merasa hembusan aircond yang sejuk dan nyaman. Ada di kalangan kami dah berpindah khemah ke khemah yang kosong (penghuni dah balik Nafar Awal). Malam terakhir disitu juga, aku dapat tidur yang lena. Penat dalam gembira. Banyak urusan haji dah setel (habis ihram). Walaupun kami berdepan dengan ujian air dan aircond, kesihatan, toilet, tapi bekalan makanan, buah dan jus buah tak pernah putus. Sepanjang perjalanan banyak sumbangan diberi. Termasuklah Indomie di pagi raya Aidil Adha. Pagi raya tu, satu khemah geli hati dengan keadaan diri sendiri....Indomie + air panas adalah hidangan pagi raya haji paling nikmat kami rasai haritu...Tiap kali pandang Indomie, teringat.....nilah makanan paling sedap jemaah haji masa raya Haji 2023.

Bersambung lagi....

(Tak tahu bila)

Tuesday, January 16, 2024

Joget Burung Merpati...

Tahun ni, anak bongsu aku dah nak masuk tingkatan 4. Tahun depan dah nak ambik SPM. Mamanya ini belum habis lagi belajar? Orang lain dah nak pencen dah...
Iya. Mamanya ni sibuk belajar dan nak habiskan belajar & cari kerja. 
Sekarang, makin tebal kulit dan telinga aku...
Orang nak mengata apa, katalah.
Aku bukan buat maksiat. 
Kalau aku sakit, dieorang ke yang bayar?
Makan minum aku dieorang ke yang keluar belanja?
Semua perbelanjaan masa hari tua aku nanti dieorang ke yang tanggung? 
Tak kan?

Dah tu? Takkan dah tua-tua nak mengemis sana sini,...?
Lama-lama orang pun menyampah. Aku bukan ada taik hidung emas yang boleh aku jual.

Ada orang kata dah tua-tua, nak kerja buat apa? Dah tua, kene buat banyak ibadat, ingat mati.
Apa kalau kerja tak boleh jadi ibadah ke?
Kerja pun boleh jadi ibadahlah. 

πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯...

Ok, ada baiknya aku duduk diam-diam, di tempat yang tenang-tenang aje...Nanti habis pula pahala aku. πŸ˜†πŸ˜‡πŸ˜ˆ

Mudah-mudahan Allah bukakan jalan, dan dikurniakan kecukupan dengan rezeki yang baik-baik... 


Saturday, January 6, 2024

Film Review : 12th Fail

Last wednesday night, me & my husband watched a Hindi movie. Khamis, student akan buat test. Jadi hujung minggu mesti sibuk nak menanda. Jadi, aku pikir, baiklah rehat-rehatkan minda dulu sebelum sibuk melanda.

Tajuknya, 12th Fail. 


Pelakon semua aku tak kenal. Walaupun tak terkenal, lakonan tak kalah hebatnya. Menjiwai watak!  

Cerita ni, tak de joget2, baju bertukar-tukar, scene kenyit-kenyit mata dengan lagu ke, pastu baju seksi-seksi ke...Satu pun tak de....πŸ˜…Cerita ni mengetengahkan tentang kesusahan hidup, cita-cita, pengorbanan, tanggungjawab, berusaha gigih nak mengubah nasib, kerja bersungguh-sungguh, nak berjaya dengan cara yang jujur dan betapa payahnya nak menongkah arus berdepan dengan perangai tak elok (rasuah, cemburu, dengki, sabotaj, penindasan ) masyarakat sekeliling. (Nak tahu lebih, klik la link tajuk cerita tu, nak lebih lagi, boleh tengok sendiri).

Cerita ni berdasarkan kisah benar. Nak berjaya dengan cara jujur, sampai 12 kali gagal...πŸ˜“

Nak jujur atau tak ni bergantung pada sikap. Prinsip hidup. Pada aku, antara scene sedih yang cukup terasa, bila barang hero dicuri bersama hasil simpanan nenek dia dan bila ayah hero rasa menyesal dengan prinsip kejujuran yang dia amalkan selama ini, apa guna jujur jika itu hanya menyusahkan dan hidup merana? Ni dua scene yang paling 'terasa dalam' pada aku. Selebihnya, tengok sendiri naaaaa.........😎