Tinggal lagi 14 minit sebelum masuk 2023....Saje je nak tulis, ni post entry terakhir 2022...π
Saturday, December 31, 2022
Friday, December 2, 2022
Kekecewaan yang hampir tonggeng
Hahaha...busy busy buzzy bee harini tapi dan nak layan lagu ni sat.
Teringat kekecewaan yang hampir tonggeng, tapi tak.
Hidup mesti terus πͺ
π»π
Friday, November 25, 2022
Ya Allah murahkanlah rezekiku...
Semalam aku dapat berita Dato' Seri Utama Haji Anwar bin Ibrahim menjadi PM Malaysia yang ke-10. Dari 1998,....2022. Akhirnya beliau dapat jadi PM, pada usia 75 tahun. Tengah tunggu list siapa menteri kabinet kalini...Tak mahulah yang tak reti buat kerja, hanya pandai berkata-kata sahaja. Lepas pilihanraya, ramai menjangkakan harga barang akan melambung, minyak akan naik...π₯
Sebelum pilihanraya harga telur omega kat area rumah parents aku kt KL, sepapan 30 biji mencecah RM20.50. Yang biasa-biasa, dah cecah RM 17.00π². Telur ayam sudah menjadi makanan kayangan tau! Itu baru telur, belum masuk barangan lain...
Kalu dulu2, tak de duit, makan nasik dan telur goreng dengan kicap. Tu level susah dulu. Sekarang? Ni kira mewah. Kayanganlah sangat bila mampu beli telur. Tunggu lagi lama....dan lama. Lama - lama nak beli makanan yang lebih berzat dari tu semakin tak mampu.
Sedangkan badan perlukan makanan yang berzat untuk sihat. Tak kiralah tua ke muda.
Sorry mama n abah.
Dah tua-tua pun, anakmu ini tak de kerja tetap.
Dia dah tua esok - esok tak tahulah macamana nasibnya. Nasib baik suami panjang umur...Kalau Allah ambil masa Covid tahun lepas, tak tahulah apa jadi...........masih tak boleh lupa feeling tu sampai sekarang.
p/s: Ya Allah murahkanlah rezekiku...
Saturday, November 19, 2022
Pak Ketipak Ketipung
Wednesday, November 16, 2022
Signed Sealed Delivered
3 hectic weeks...otak penat, badan pun penat.
This semester, I plan to step down from my role as secretary postgraduate society at my faculty. Dah cukup setahun. It s fair to step down, I think. I have to finish up my models, my papers and my thesis. I really enjoyed being a secretary actually. Sebab tu masa lepas grad degree 18 tahun dulu, daku sempat apply & dapat kerja sebagai setiausaha...sebab aku suka, "setia"+"usaha"...π
Wednesday, November 2, 2022
My Birthday 2022
Sunday, October 30, 2022
My Guns N' Roses
2 days before my birthday...
Tinggal kami berempat je kt rumah ni...(me + 3 ekor meaw je yang ada). 2 kat asrama, sorang kat Sarawak... Nasib baik ada kerja tak siap lagi, tak lah sunyi sangat.π Sedar-sedar eh, dah malam? Cepatnye masa berlalu. Selain kemas rumah, basuh baju, hadap laptop, exercise, kita nak buat apa lagi eh? Haaaa layan lagu Guns N' Roses - November Rain, sambil menikmati November Sunshine...π
Memang tak de mood nak jalan - jalan.
Gonna stick to my guns, and smell the roses...πΉ
p/s: orang lain yang exam, orang lain yang gelisah...
Monday, October 17, 2022
Cherating 2022
Minggu ni, sempat landing di Cherating. Ikut apak kerja lagi. And I survived a super slow internet the whole weekend... Sebelum balik sempat 'cheat', singgah satu cafe yang viral kat sini. Hahahaha...Habis diet aku! This pic explains a lot lah kan... kenapa orang lain study kurus keding, aku pulak menjadi jadi gedempolnya...
Sempat practice cakap French sepatah je, "Bonjour" π
Sunday, October 16, 2022
Cikgu Fadli Salleh
Minggu ni, satu Malaysia kecoh dengan kisah seorang guru bernama Fadli Salleh. Sebelum-sebelum ni, aku sibuk. Aku tak dan nak amik pusing. Harini lapang sikit. Sempat amik pusing, dengan mengambil peluang membaca coretan Cikgu Fadli Salleh.
Realiti yang pahit : Tak semua orang suka manusia yang jujur. Kalau kt Belanda, "outspokenness" + "honesty" boleh diterima. Memang boleh sampai membulat mata, terangkat kening!!!
Di Malaysia???
Semoga Allah mudahkan & lapangkan niat baik cikgu ini.
Saturday, October 8, 2022
Ayam masak kicap π₯° π
Awal minggu ni, opah masuk hospital. Lepas meeting dengan cikgu mama, dapat je berita, sepantas kilat mama berkemas-kemas, amik apak kt opis & terus ke sana. (Alhamdulillah, sekarang dah makin sembuh. Harini, apak belikan kerusi sedap untuk mudahkan opah solat.) Masa menunggu kat foyer tu, mama ter-suka main dengan vendor machinenya...Dua tua - tua pun, nak main lagi...π. Output paling digemari, puding ni. Serius sedap! (Tengah lapar, apa ajelah yang tak sedapkan?) Lepas tu nak beli lagi, dah habis pulak... Tak perlah. Kita park memorinya disini...
Harini dua-dua anak balik rumah. Mama masak ayam masak kicap (takde hati, ayam sahaja, takde gula melaka) & sawi goreng tumis air. Makan dengan nasik panas. Tu je. Simple tapi sedap. Jadilah... πππ
Tuesday, October 4, 2022
Besut 2022
Alhamdulillah...team adik berjaya dapat no 1 di pertandingan sumo robotik di Besut kalini. Tak sangka. Ingat dapat sampai masuk level top 10, kira ok dah. Expectation tak tinggi, sebab team lain pun bukan calang - calang jugak terrer...Sekalik, dapat no 1.
Sebelum bertanding, adik bina robot sendiri sepenuhnya. Robot yang adik buat sendiri ni, jadi benchmark kekuatan (beserta kemahiran jokinya juga). Kalau robot yang team adik bina, boleh lawan robot adik bina sendiri, maknanya robot yang team adik buat tu ada chance la menang bertanding peringkat tinggi. So banyak kalilah kene tempur dengan robot sendiri dan robot orang lain sama...Terima kasih, pada guru - guru Pekan yang terlibat. Tak sangka boleh jejak ke sini lagi.
Di dewan yang sama ni jugak, team adik pernah kene boo dengan pasukan lawan abang2 mrsm dulu. (Abang nak boo, boo lah....kita tak kira, kita lawaaaaaannn. Kita mesti menang πͺπͺπͺ) Kalini, abang2 yang dulu tu dah tak de. (Dah masuk Uni dah laa kot)...tapi cikgu depa ada lagi.
"Adik ingat cikgu diaaa". Oh MRSM Jeli!...π
Partner lama adik (masa pertandingan lepas) pun masuk jugak pertandingan robotik kalini. Kalini, dieorang wakil sekolah depa. Adik team up dengan partner baru dari sekolah adik sekarang. Sempat la bergambar sama - sama dengan semua partner-partner dulu dan sekarang...Besar- besar dah semua. Walaupun rezeki bukan berpihak pada team depa, robot depa buat tu antara great challenger! Power ah...Kali ni tak de rezeki jumpa di medan tempur. Mudah-mudahan dapat bertemu lagi next time...
On da way balik ke Pekan, kita singgah di Penarik jap, makan sotong, udang & ketam celup tepung...Apak kene attend meeting. Jadi tinggai kami dua ngap ngap kat meja sambil menikmati keindahan alam dan makanan dalam pinggan...(oho, tu la pasai,... jangan ditanya kenapa tak kurus-kurus ye...aiseyman)
Tahniah team adik !!! Semoga terus cemerlang & maju. Tak per la jaguh kampung pun. Bukan kampung orang lain....kampung sendiri.
Tuesday, September 27, 2022
Jadilah...
Hahahaha...Kalau boleh dapat, best kan? π Sekarang masih lagi membaca, cuma tak sempat nak baca buku cerita...Sekarang, kene hadap journal. Bacanya bukan macam baca novel yang best best tu. Yang ni kene carik motivasi. Contoh kt dalam youtube ni, permandangan tingkap dia di Glasgow. Cantik! Tak macam work desk kita. Hehehee...Asal ada tempat untuk kita pun, kita dah syukur. (Lagi mau komplen) Tak pe.Tak cantik pun tak cantik lah. Apa susah, kita pinjam permandangan dia.....Bila rasa - rasa macam penyakit malas nak menjelma, kita buka youtube channel ni. Biar kerajinan dia tu pindah ke kita...ha, meh sini meh...
Mudah-mudahan kita dapat habiskan study ni...Amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin.
Sunday, September 18, 2022
Ayamas & Asam Pedas Utara
Arini my mom's birthday.
Anaknya yang jauh ini tak balik KL kalini. Walaupun tak balik, tapi ayam panggang kita sampai ke rumah. (Kita ni suka ayam panggang. Jadi, kita pun bagi apa yang kita suka pada mak kita). Cuma kisah kalini ayam yang dicita, tidak mendatang. Rasa masa order Ayamas, order black pepper. Tapi sampai kat rumah, dapat percik walaupun kt kotak tu tulis black pepper. Aiseyman...Bukan rezeki my mom la dapat ayam blackpepper di harijadi tahun ni. Ayam percik plak yang sampai depan pintu nampaknya. Zaman sekarang dah moden. Dah boleh order kat sistem yang berkomputer. Semua tekan -tekan di hujung jari aje. Patut dah tak de salah-salah dah. Tapi, nilah yang dikatakan rezeki. Order betul, kotak betul, delivery ke alamat yang betul, tapi bila bukak tengok dalam, lain pulak yang dapat. Alahaiiiii,...Last last decide, baham aje la. Next time la, kita qada' ayam lain. Tak pe. Selalu, Ayamas tengah bulan & hujung bulan ada offer. No worries...
Esok nak makan apa ye....Nak masak asam pedas utara la. Meh tatap resepi bawah ni lama - lama, mudah-mudahan jadi masakannya itu...(Sekalik, entah-entah esok termasak lauk lain pulak π)
Sunday, September 11, 2022
Spending a moment with my chicken biryani
Sebelum semua balik asrama,...kita pekena biryani dulu... (mama ni macam saja je bagi orang rindu rumah, sebelum pergi asrama...π). Asalnya mama nak tanam telur dalam biryani ni, tapi apak kata kene jaga kolestrol dalam darah.....Terus tak jadi. Sudahnya, mama simpan keinginan tu dalam hati je. Telur dalam biryani ni, memang antara favourite mama...tapi apakan daya,...dah tua - tua gini, kene jaga kesihatan. Bila nak kene jaga kesihatan, kene aktifkan mode 'mampu mengidam sahaja' la...
Jap lagi, lepas semua pergi balik asrama, tinggallah mama sorang - sorang kt rumah ni. Apak ada dinner malam ni.
Hmm...nak buat apa lagi? Back to my desk la kan...
Thursday, September 8, 2022
Taman Negara : Kuala Tahan & Kuala Sat - 2022
Minggu ni, anak - anak cuti. Awal cuti ni tak pegang buku. Selesai basuh baju hari jumaat & sabtu, ahad tu kita bercuti ke Jerantut & Taman Negara, Pahang. Kita g...
Pulau Tawar : Museum Visit.
Kuala Tahan : Jungle Walk, Canopy Walk, Night Jungle Walk, Boat Ride, Sight-Seeing at Lata Berkoh, Fish feeding at Kelah Santuary
Kuala Sat : Boat Ride, Tubing ke hilir (tapi kita tak buat yg ni, sebab tak reti & tak nak baju basah sebab tu yang last yang ada), Fish feeding at Lampam Santuary
Pastu kita balik, tido macam tak ingat dunia...π
Harini, semua sakit - sakit otot...π. Anak - anak dah kembali pegang homework & buku & join webinar online...Mama? Harini, dah kembali ke meja jugak π
Tengkiu, apak...
Wednesday, September 7, 2022
Selamba Badak
Hari merdeka lepas (31 Ogos) ada jemputan kat Johor. Disebabkan jemputan ni dari teman lama kan...kita pun amik kesempatan penuhi jemputan sambil makan angin. Kenangan bersama masa kt Perth, memang tak boleh lupa la...Teman study IELTS, teman berpiknik sana -sini, teman pok pek itu ini....Lama tak jumpa. Rinduuuu....Tak pasal-pasal tersambut hari merdeka kt Johor tahun ni. (Masa ni berdua je le. Anak - anak ada aktiviti masing-masing kat sekolah)
Antara jemputan lain juga, termasuklah beberapa kawan-kawan lama kat Perth. Lama tak nampak wajah - wajah yang pernah kukenali suatu ketika dulu. Dulu, zaman dieorang & laki aku tengah sambung PhD..Masa ni, aku sibuk berkelek dengan anak kecik yang mentel - mentel belaka...Berbeza dengan sekarang. Dalam handbang aku, dah tiada diaper, botol susu, mahupun pam susu, hahahaha...Sekarang pun, semua dalam fasa hidup yang berlainan ...Ada yang belum habis lagi jadi 'bas sekolah' π
Dah duduk berkumpul kan, semua nostalgia zaman study kt sana dikenang semula...Memang aku tahu dan sedia maklum. Biasalah, dah jumpa, macam-macam cerita - ceriti ada....Dah pok pek sana sini, tiba - tiba tengah -tengah dieorang ready nak makan, aku disapa satu soalan...
"Ko? Dah?"
"Dah, kak..."
"Ooo ko dah submit yeeee?"
"Eh apo plak, submit submit ni.....saya jawab dah makan la kakkk....Waduh, salah konteks niiii" πππ
Hadoiiiiii!!! Akak nan sorang ni...Nak jugak diusik zaman PhD aku...Lama tahan mulut nak bertanya dari awal tadi agaknya. "Haduh,...Blom merdeka lagi la akak. InsyaAllah in-progress. Doa-doakan lah semua baik-baik, & selamat habis..."...Tu je la ayat rasmi yang aku gunapakai. Terus disambungnya kisah student dieorang plak, saat dieorang baca thesis student la, masa viva la, saat buat correction la....dan termasuk juga cerita lain dan lain dan lain lagi...Hahahaa! πππ
Tu yang penggalas status ancient student tak nak jumpa orang kan? Nanti kene tanya. Yang aku? Selamba badak je. Lepas bagik je jawapan seayat dua, cepat - cepat tukar topik. Dalam hati "Ya Allah ya Tuhanku, mudahkanlah urusan hambaMu ini...Amin."...
Rasa nak lari pun ada.
Thursday, August 25, 2022
Takdir & sejarah
"What brings you here?"
"Fate....and History...π"
Telinga? Alhamdulillah, telinga dah dapat dengar kembali. Cuma kadang2 tu macam tertutup, tapi lepas tu terbuka balik. Kita yang dah biasa merasai nikmat mendengar, tetiba tak dengar, stress rasa... Bila tengah tertutup tu, anggap jelah dunia ni sedang senyap sepi. Tenang je. ( Bila petang, laki balik kerja, menjeritlah dia kat luar rumah kuat-kuat sampai terkeluar anak tekak suruh buka pintu, bini dia buat dek je. Tak datang-datang sebab tak dengar. π . Mudah mudahan tak de apa - apalah telinga ni. InsyaAllah)...Online? No problem. Sebab pakai earphones kan...
Kalau ikut hati ni, ada banyak cerita nak tulis, merepek meraban kat sini....tapi buat masa ni, kene simpan dulu....sebab kerja tengah banyak...πππππ»πππππππππ°π±πΆ
My cousins dapat offer NUS & NTU. I think this is the greatest news this week. Alhamdulillah...
Tak ramai boleh tembus NUS and NTU kat Singapore.
Thursday, August 4, 2022
Tawau 2022
Destinasi 2
Destinasi seterusnya, Tawau. Masa kt KK, kita menghadap laut China Selatan. Kt Tawau, kita menghadap laut Sulawesi. Flight ke sini dari KK, amik masa 55 minit. Flight kami ada delayed. Sampai Tawau, di waktu malam. Kawasan hotel kami di Tawau ni juga tak jauh dari kedai - kedai. Senang nak cari makan & beli barang. Tapi agak jauh dari lokasi - lokasi tumpuan utama pelancong ke bandar/pekan Tawau.
Sini, banyak makanan orang Bugis. Malam pertama kami sampai, kami ke kedai makanan bugis...
Kat sini, maghribnya awal. Isyaknya juga awal. Subuh pun awal. Bayangkan kalau start kerja jam 8 pagi tu, terasa macam eh banyaknya masa aku kat sini...panjangnya waktu kat sini. Tak terasa terkejar - kejar.
Masa kami kat Tawau, Allah mudahkan jalan kami, dengan pertemuan dengan ibubapa student apak. Kedua-dua dah bersara. Asalnya, lepas check-out hotel, kami nak jalan-jalan sendiri macam kt KK. Kalini, siap ada tourist guide, entertained sampai balik ke airport Tawau. Dibawa kami berjalan-jalan menjelajah Tawau dan pasar- pasar sekeliling. Siap jumpa ikan tuna lagi! Maklumlah, kami ni tak pernah tengok ikan tuna,....Tu yang excited giler tu π...(Bukan yang hidup)
Masa kat Tawau ni, sempat kami beli belah makanan laut. Yang ni memang kene check-in masa flight. Terima kasih sangat pada ibubapa student apak ni. Semoga Allah balas kebaikan dan murahkan rezeki mereka berlipat ganda...
Masa kat Tawau ni, telinga mama ni masih tak dengar sangat. Kang orang tanya lain, mama jawab lain. Apak ni memang betul- betul kene cover mama... Pulak tu, minyak wangi pun terlupa bawak. Maka habis buah limau kita kutip bawak balik hotel, habis buat sental badan supaya tak berbau....Ye la ko dah jalan sana sini, mau tak 'haruuuuuummm'! Angket je ketiak, pengsan...
Sekarang dah sampai semenanjung dah. Masih tak dengar lagi ni,...Semalam balik Pekan (dari KL) dengan bekal asam pedas...Sampai rumah, just masak nasik je & tambah lauk telur mata sorang sebijik. Harini, sibuk kemas rumah + basuh kain + setel2 urusan lain. Tak sempat nak usik kerja lagi ni. Esok la start usik kerja-kerja PhD semula. Cuti kalini, memang tak bawak laptop. Memang guna pen dan kertas je. Brainstorm idea. Lipat & simpan.
Esok, harap dapat jumpa la dengan cikgu modeling....apa khabar agaknya dia lepas surgeri selasa lepas....Dari jauh, kita doakan dia juga.
---
Alhamdulillah.
Kota Kinabalu (KK) 2022
Tak sangka hasrat nak berjalan - jalan ke Borneo tercapai tahun ni. Kene pulak masa time mama dah rasa tepu sangat dah ni. I reached my 'need-to-recharge' moment. Kebetulan, apak ada urusan kerja ke sini, jadi apak ajak lah mama ke sini.
Plannya, lepas habis je conference aritu, kami berdua nak ke Sabah. Kebetulan kalini, apak kene pergi dua tempat kt Sabah. Oklah tu, timingnya tu sesuai sangat. Disebabkan kita nak kene travel multiple locations within short period (2 malam sahaja. 1 destinasi, 1 malam), jadi apak nak travel as light as possible. Senang katanya. Semua beg, masuk cabin sahaja. Beg apak comel je. Cenoet! Beg mama berganda lebih besar dari apak.π... Sampai sana nanti tak de kereta. Jadi, kaki kene kuat menapak sana sini... Makanya, barang- barang memang tak boleh bawak banyak...
"Kalau dinda busuk, abang kene cinta jugak yeee..."
Ujian!
Masa nak ke Sabah ni, mama ada batuk -batuk & selsema sikit (no covid, no influenza). Tak sangka, masalah ni menjadi masalah besar masa flight. Tiba - tiba satu nikmat pancaindera kene tarik. Nikmat pendengaran! My ears were blocked! Bayangkan tetiba telinga rasa macam tersumbat. Tak dapat dengar jelas semua. Dengar sikit-sikit je. Bunyi hujung-hujung je.
For me, setiap kali nak bercakap, memang kene pergi depan muka apak, face to face. Kadang-kadang kene tepuk2 dia untuk attention (supaya dia sedar yang bini dia ni dah kurang pendengaran. Bukan apa, takut terlupa). Tengok muka. Tengok mimik muka. Tengok bibir. Tengok the rest body language sambil cakap. Rasa - rasa aku tension tak? Tension la!!! Apa boleh buat? Sekarang, daku yang menjadi pihak yang 'kurang pendengaran'. Suka tak suka, kene sabar. Jalan pun, tak boleh jauh - jauh. Sebab kalau apa-apalah, memang aku tak dengar...
Nampak macam romantik je. Cakap sikit, kene pandang muka. Bila berdua, jalan dekat-dekat. Kene pimpin tangan. Cakap dekat-dekat. Kadang berbisik2 kat telinga. Walhal, kene jaga pasangan 'pekak' supaya tak hilang....π
Kami sempat jumpa doktor di klinik masa landing di Sabah. Doktor kata, sepatutnya kalau selsema tak boleh naik flight. Infact dia suruh tangguh perjalanan, rehat dulu, supaya bagi masa untuk recover. Tapi tiket perjalanan kita dah booked. So dia bagi ubat kurangkan symptom selsema. Sebab kalau tak setel ni, nanti takut lagi teruk. Sebelum naik flight kene makan ubat tu. Tak mampu elak, tapi hanya mampu kurangkan sahaja. memang terasa la pressure tu. Kene tahan sikit. Tempoh 'pekak ku' ni akan panjang lah tempohnya... Sabo je la kan. (Saat menulis ni pun, telinga masih tak berapa boleh dengar lagi.)
Destinasi 1
Sampai KK, lepas checkin kt hotel & solat, kami berdua teruskan misi jalan kaki. Kebetulan hotel kami ni, tepi je pasar Filipina, Pasar Sinsuran. Kami pun jalan - jalan la sekeliling. Semua masuk! Pasar basah, pasar kering, gerai buah, gerai sayur, gerai makan tepi-tepi tu semua kami lalu. Sebelum ke sini, sempat la risik kawan-kawan yang pernah kesini dan pernah duduk sini. Dengan guide-guide melalui cerita-cerita depa dan encik google, sangat membantu kami meredah semberono je kat sini. Dah alang- alang sampai kat sini kan, kene la lalui, tengok dan alami sendiri. Baru banyak ceritaaaa....ππ
Petang, lepas penat berjalan, kami ke KK Garden Seafood Restaurant. Kami main walk-in gitu je. Nasib baik, tak penuh. Kat sini, kita boleh pilih seafood segar hidup dari akuarium untuk dimasak oleh restoran. Harga berpatutan ikut selera, saiz hidangan, jenis masakan dan ketebalan poket ye...Ada banyak restoran yang best - best lagi kat sini. Tapi yang ni dekat dengan hotel dan sesuai dengan poket kami (tak tebal, sebab tu kene jaga bajet π ). Mama memang teruja la kan. Ni lah first time nak try makan lobster. Ketam pun amik jugak, Giant Crab comel je.
Ngam-ngam kita nak dinner, kat luar restoran mula ribut, hujan turun selebat-lebatnya. Nasib baik dah masuk dalam. Kalau tengah jalan lagi, mau basah lencun. Dari 5.30pm - 8.30pm, 3 jam encik suami teman bini dia makan dalam restoran. Dia tak makan seafood. Dia makan yang dia boleh makan aje, sambil layan berbual dengan bininya yang 'pekak' ni mengopek setiap inci isi dari cengkerang lobster dan ketam gergasi depan mata sampai licin selicin-licinnya!!! π
Dah depan mata, dah atas meja, enjoy je la to the fullest. Seumur hidup ni la first time. Hahaha π.....Malam, dah sampai hotel, kami sambung turun lagi, cuci mata lagi & makan buah pulak. Kita layankan aje la. Esok lepas apak setel kerja dia, nak kene ready ke destinasi seterusnya pulak...
---
“Tiga doa yg sangat mustajab; doa orang yg puasa, doa orang yg dizalimi dan doa orang yg musafir.” (Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.)
Monday, August 1, 2022
Entry dari Pulau Ketiga Terbesar di Dunia
Saat aku menulis kalini, aku bukanlah dalam keadaan mode menulis macam biasa. Aku menaip entry ni, melalui sebuah fon cabuk kesayangan, dari sebuah pulau ketiga terbesar di dunia ni.
Koordinat? rahsia....π
<update cerita kemudian>
( to be continued... )
Tuesday, July 26, 2022
Genting Highland 2022
Saat tengah menulis ni, daku sedang berada di salah sebuah bilik hotel di Genting Highlands. Pergi berdua je, sebab anak - anak kat asrama. Sebelum apak ke bengkel pagi, sempat dia paksa mama naik ke tingkat 41, melihat permandangan awan di celah - celah banjaran titiwangsa yang berbalam - balam, menghijau...
Cuba bayangkan seseorang yang tidak kurus macam aku naik ke atas dengan tangga macamana? Dengan kaki tau! Satu langkah, satu anak tangga. Penat badan aku pecahkan lemak, iaitu dari tenaga kimia kepada tenaga kinetik, tenaga keupayaan, & tenaga haba untuk naik ke atas. Tak tahu la berapa Joule dah terbakar. Tu belum masuk tenaga bunyi, pok pek pok pek yang dijana mulut yang mengomel-ngomel dan komplen. "Lama lagi ke?" atau "dah tingkat berapa ni?" atau "dah sampai ke belum ye?", atau "ala bang, penat la " atau, "jom la naik lif, bang"...........π
Dan hasilnya, tak jugak kurus. Tapi diri ni dapatlah tengok permandangan atas awan. Cantik kan? Mujur laki tak tiup whistle jerit2 macam askar masa naik tangga. Nak mendaki naik tangga, punyala slow. Tapi masa turun kemain laju, sebab guna lif! Hahaha...Sebab nak cepat sampai, gi sarapan punya pasal...π
Bab makan, laju je! π
Friday, July 15, 2022
Doa semampu boleh
Minggu ni, dah start solo kembali.π
Harini banyak idea, mencurah2...Alhamdulillah...Lepas raya, terus sibuk dan sibuk dan lagi sibuk. Awal tahun ni aku dah secure scholarship untuk attend & join bengkel & conference bulan ni. Hadir secara online je. Aku nak join satu course online tu, tapi aku 'ter'fail pulak exam untuk kelayakan naik ke next level. Tak boleh naik darjah la pulak...Kene makan DHA banyak-banyak lagi ni... Alaaaa...πTak per la. Nanti kita try lagi. Ni, tengah berkira - kira nak pilih jalan yang mana kita nak ambik... semoga Allah bagi petunjuk dan mudahkan urusan...Doa jelah semampu boleh. Amin.
Monday, July 4, 2022
Me and 'the kids are sick' moment
Tuesday, June 28, 2022
My emotional cup
Wednesday, June 22, 2022
Capah-capah
Minggu lepas dah berperang dengan demam, selsema sakit tekak... Memang jadi, sleeping beauty lah jawabnya.
Minggu ni lega sket.....Tapi paling tak tahan sekali, kerja yang kita ingatkan dah boleh setel, rupanya tak boleh setel lagik.........aiyoyoyo! Pikiran ni memang dah mencapah-capah dah ni...dah tak memfokus... Mhmmmmmmmm...
Nak layan lagu m.nasir kejap la...ubat stress.π»
Tiada Kata Secantik Bahasa...
Minggu ni,... 20 June! Besday adik!
Kebetulan ahad lepas, sekolah dik ada hari sukan. Jadi, Isnin dapat cuti, pelajar boleh outing. Apa lagi kan? Memang outing laaaaa dik ni. Dia punya outing, macam biasalah. Siap berangkut berguni-guni baju kotor, untuk dibawak balik basuh kat rumah. Sidai. Pastu angkut balik ke asrama. Sementara menunggu kering, ...kita dua g meronggeng dengan kt bandar pekan ni...
Bam kt asrama. Apak kerja.
So, memang tinggai kita dua jelah yang celebrate. Dengan mama & apak ni, nak throw bithday bash, birthday surprise itu ini, memang tak delah. Belanja makan, special sikit dari biasa, boleh la. Itupun, apak kata tak boleh selalu. Mama sentiasa doakan semoga Allah pelihara & murahkan rezeki dan mudahkan urusan dunia akhirat anak-anak...
Mama & apak ni, tak selamanya muda...
Apak nampak tua tak pe.
Tapi mama kene maintain muda sokmo...hah, cepat pujiii mama, cepaaaat.....π
burrpp,...hmmm, alhamdulillah kenyang dah kene puji. π
Saturday, June 4, 2022
Cuti Sekolah Lagi
Rasa macam baru je hantar anak balik asrama. Dah cuti. Rumah yang sunyi sepi ni terasa penuh dengan orang kembali. Kucing pun seronok! Kemain gedik dia nampak tukang layan & usap dia balik...π.
Berbeza dengan sebelum - sebelum ni, musim cuti sekolah kalini ni, Hi-way jam! Nasib baik dua-dua ni sekolah kat sini aje. Bukan hi-way je, kat tempat kami yang jalan biasa ni pun banyak kereta atas jalan. Perjalanan 15 minit jadi 40 minit. Orang start balik kampung awal barangkali. Bercampur pula dengan kesesakan orang lelaki nak solat Jumaat. Selesai amik bam, hantar balik utk ready solat Jumaat, kene setel adik pulak. Mentang-mentanglah rumah dekat. Masing-masing bawak balik barang separuh lori! Tak muat single trip!
Harini dapur mesti berasap! Tak pe, tak pe, pembantu ramai... Mama masak kari ikan harini...Apak kt Jerman tu, makan la roti dengan cheese puas-puas. Jerman banyak roti...Nak sedap lagi, jemputlah cicah kari kami ni. Walau beribu batu, insyaAllah sampai gambar karinya......'Fisch-Curry' ... Hahahahahahahhaa mesti nangis apak baca ni, sebab makanan sejuk-sejuk je kat sana....πππ
Macam biasa la, kari mama memang tak de santan...Masak pun sambil nyanyi - nyanyi lagu...Kalini, lagu hindustan 'Likhe Jo Khat Tujhe' ....Dengan harapan, sedapnya tu macam kari kat India sana hahaha...ke sedapnya tu tiada tolok bandingnya? ππ
Wednesday, June 1, 2022
Naik harga, weh !!!
Tuesday, May 10, 2022
Aidilfitri 2022
Lepas pengumuman raya, sempat whatsapp group family risik khabaran raya. Malaysia raya mengejut, pada hari Isnin. Spore maintain Selasa (Kecoh juga kat sana). Indonesia, Brunei dan Thailand, Isnin. Aussie, US & Arab Saudi pun Isnin (yang ni tak terkejut la sebab dieorang memang dah puasa dulu dr Malaysia)... Anak bulan nampak awal tahun ni. Dan memang ramai orang dah tak tahan nak raya. Kami yang biasa-biasa pun, nak kata tak raya, rayalah jugak. Berjumpa jugaklah sanak - saudara.....walaupun dalam masa yang sama kita harapla tak kene Covid. Susah jugak nak elak...
Bukak balik paper lepas.
Berlambak-lambak keje...
Thursday, April 28, 2022
Coretan sebelum sahur
1. Setelah 2 tahun, akhirnya macam dah boleh bebas dari Covid je bunyi nye......Mask yang dah beli banyak - banyak ni, kami pakai je la sampai habis... Scan MySejahtera pun dah tak perlu khabarnya. Hmm.....
2. Kelmarin ada majlis berbuka puasa di fakulti apak. Alhamdulillah, dapat jumpa wajah - wajah yang dah lama tak jumpa. Dah jumpa tu, macam tak cukup mulut nak berborak. Lama sangat simpan emas dalam mulut. Habis keluar semua emas - emas tu... pok pek pok pek! Majlis pun berjalan lancar & meriah walaupun dalam uni sahaja... Walaupun makanan utama dah ada, kita bawak juga la pot luck. (alhamdulillah habis licin!) Ni pun macam tak cukup mulut dan perut nak makan. Banyak yang sedap2. Habis majlis, dah gendut, balik rumah, terus mandi n basuh baju.
3. Baju raya tahun ni mama setel awal. Dari bulan dua aritu dah siap. Tahun ni tema: Krim & Pink. Sepasang je. Itu pun simple je. Tak de labuci-labuci atau kristal swarovski atau batu permata tertepek kat baju. Spesis nak cepat macam aku kalau boleh nak express. Tak yah gosok lagik bagus.
4. Alang - alang dah berjaga ni, nak p goreng nasik sat la...masak sahur. Nasik goreng apa? nasik goreng hentam sajalah.....asal lalu nak makan, ok jek...
5. Tak banyak cerita kalini. Tak de mood.
Tuesday, April 19, 2022
Ketuk Ketuk Ramadhan 2022
Ramadhan kalini...
1. Berdua aje.
2. Kadang masak, kadang beli. Kalau masak, masak simple - simple je. Tak nak spend masa lama - lama.
3. Sabar menahan diri dari balik kampung, sebab kerja banyak & anak - anak kat sini berdepan dengan macam-macam ujian.
4. Sabar menahan diri dari membeli makanan yang anak-anak teringin di bulan Ramadhan ni... Sebelum pecah tembok asrama tu, mama & apak elakkan membeli makanan yang anak - anak teringin sangat. Sebenarnya, kami ni boleh je nak beli & enjoy makan kegemaran anak - anak tanpa bagitahu depa, tapi dimanakah keseronokan itu kan???...Untuk tease, memang best! π...Atas rasa tak sampai hati nak buat cenggitu, maka kita pilih untuk bersabar....Tunggu anak-anak balik, makan sama-sama. No one left behind...π
5. Kita potong rambut. Dah panjang sangat! Tak dinafikan setelah sekian lama bela lambut panjang, rasa sayang nak potong. Tapi kalau tak potong, rimas pula rasa. Jadik, baik potong aje la. Dah tak boleh berlakon The Ring lagi...π
6. Berat kita turun lagi. Ada chance cun balik macam Catherine Zeta Jones masa muda dulu ni.....ππ.Hahahhaa...Macam ye iye je. Yang penting sihat.
7. Banyak - banyak berdoa...semoga Allah swt mudahkan urusan.....
8. Ramadhan kalini tak de apa nak ketuk. Ketuk kepala sendiri ada la...π
Sebagai penutup entry ni, meh kita tengok resepi Buko Laici plak kalini. Tak pernah buat, tapi nampak sedap untuk hidang time buka puasa π
Apo cerita la anak sorang ni & sorang nu
Sekarang dua - dua beradik kat asrama masing-masing. Bam sekarang dah jadi senior. Seronok dia, sebab batch dia sekarang adalah batch paling senior. Suka bebenor jadi 'abang senior'. Hahahhahahaa... Dik pulak dah naik form 2. Dia tak suka jadi senior. Dia suka maintain jadi 'adik junior' je ...Sabo je la.π... Kata dik, dia homesick. Tak sabar nak balik....(homesick apanya budak ni, rumah dekat je...π). Sekarang ni, bila dah jadi senior tak boleh la nak homesick-homesick ni. Apapapun, mama ni lega hati sangat, bila tahu all is good kat kat asrama dik.
Berlainan plak kisah kat asrama bam. Di asrama bam plak,...habis satu batch dilanda serangan Covid. Dari sepenuh - penuh orang, tinggal la beberapa kelompok je yang ada. Beberapa dorm kene kuarantin, termasuklah dorm bam. Semua yang kene kuarantin, tak boleh pergi sekolah. Bam tak demam. Batuk & selsema je. Test Covid, pun negatif. Hmmm...(boleh caya ke test kit tu?) Katanya, dia stay je kat arasnya tu. Makanan berbuka di hantar, & sahur pun dihantar. Tinggal bangun je, bersihkan diri, tunggu je situ, semua sampai....Harap - harap badan bam kuat la lawan. Vaksin dah lengkap 2 dos. Tak de booster. Kawan - kawan yang positif dah balik, atau kalau yang duduk jauh kene kuarantin kt tempat khas. Terasing dari yang lain-lain. Ubat-ubatan pun ibubapa batch ni support, tong tong ramai2.
Walaupun gitu, sebelum masuk asrama aritu, mama dah bekalkan panadol beberapa papan, ubat selsema, cair kahak & ubat batuk. Multivitamins pun dah bagi jugak. Tiap2 minggu hantar bekalan makanan. Bimbang terlajak berbuka ke, sahur ke, atau lapar ke tengah malam, adalah makanan untuk dimakan. Tak lah mewah. Cukup-cukup je. Bila ada kawan memerlukan, boleh tumpang, bagi...
p/s: saat - saat macam ni penting ada alat komunikasi untuk berhubung...
Friday, April 15, 2022
My short stories
Hmmmmmmm...update cerita pendek je kali ni.
1. Busy the whole week...with home-study affairs, supporting faculty & escorting my husband sana sini...
2. Now that my svno2 dah sihat dari Covid, rasa nak kene jumpa ni. Dah sebulan dah on hold...
3. Sejak Rusia lancar perang ke atas Ukraine, aku tak jumpa dah student dari dua negara ni dlm discussion group lagi. Hidup mati pun tak tahu. PhD sendiri dah tough. Tetiba berdepan dengan perang pulak. Tak sanggup dengar kalau ada yang kene bom ke, kene tembak ke...Walaupun tak seagama, aku still doakan dieorang are still good. Aku sumbang juga derma ke tabung misi bantuan ke sana...walaupun tak seberapa..............
Hmmmm...
Friday, April 1, 2022
Sepi sendiri lagi...
Hmmm...nak tulis apa eh kalini...
Hutang puasa dah habis. Dah qada dah semua-semua. Alhamdulillah. Lega. Dalam banyak - banyak puasa 8 tahun kebelakangan ni, 3 tahun hujung ni aku dapat puasa dengan baik, macam dulu-dulu.
Tak lama lagi budak - budak dah nak kene balik asrama,...Masa apak dapat gaji aritu, kita dah belasah udang goreng kunyit. Yang nak makan kurma ayam dah dapat, yang nak makan kari ayam dah dapat, yang nak makan ikan masak sambal pun dah dapat. Esok tengah pikir nak buat ayam lemak cili api plak. Esok jumaat. Ingat nak shopping la barang2 rumah & keperluan balik sekolah sekali. Sabtu & ahad, kita enjoy buat benda lain. Nampaknya, Ramadhan ni aku akan menjalani moment moment sepi seorang perindu lah nampaknya....π’
Harini, aku kongsi video pensyarah, seorang prof dari uitm yang sedang viral tu dengan anak-anak. Aku pesan kat anak - anak, jangan terkejut jumpa guru yang mulutnya macam ni. Tu belum dengar kene maki dengan bos lagi. Aku tak suruh tiru perlakuan prof tu. Gaya bahasa dia sangat tak sesuai. Tapi aku tanya anak - anak, apa point yang nak disampaikan prof tu? Dia nak suruh student tu bersungguh dalam belajar.
Untung la apak awak ada kerja. Ada gaji. Boleh beli makanan. Mampu beli buku, adakan komputer, untuk anak-anak belajar. Mampu adakan internet laju kat rumah. Bersyukurlah....Hargailah. Gunakanlah dengan baik....... Kadang terasa geram juga, bila depa asyik lalai. Nak main game sepenuh jiwa je kerjanya........Aku pun rasa nak guna mulut puaka jugak lah, (tapi bukan jenis mulut puaka-jamban la), boleh??? Dah kalau cakap elok-elok, melampau sangat. Kene bagi sedas-dua jugak ni...baru jalan... "Hah, kau! Kau buat apa?! Kau kan dah ada buku & komputer? Kenapa kau tak belajar? Baik kau belajar sebelum aku naik angin..."ππ
Wednesday, March 23, 2022
Papillae Pizza
Monday, March 14, 2022
Semester Baru 2022...
Oh, dah masuk semester baru dah bulan ni. Semester baru ni, asalnya ada PG Retreat Day...tapi mungkin sebab kes covid pun banyak naik aritu, & semua orang pun banyak yang sibuk di fakulti, jadi program ni ditangguhkan, maka postgrad memang retreat terus...π...Jadi, kita kick off semester sendiri je la...
So yeaaaaaay balik sekolah semula....ππ»πππππ
Tetiba teringat ayat karangan anak aku dulu....
"Mak saya tidak seperti mak orang lain. Mak orang lain pergi kerja... Mak saya suka pergi sekolah sahaja,..."
Aduh! Ayatnya...❤.
Luahan anak - anak terbiar ni...Amat - amat dasyat!
Kelakar (tapi pedihnya tu masih terasa di sini π)... Hmmm, masuk sekolah menengah ni dah tak de kene buat karangan keluarga saya... Dah tak de orang nak berkepit dengan kita lagi. Dah tak de orang nak sibuk - sibuk dengan kita dah π....Tak de dah tangan comel mengorek bawah pintu toilet & mata yang mengintai bawah pintu π...Dulu gi toilet pun, ada orang escort. Dan dah tak perlu keluar masuk rumah berkali2, drive sana sini nak hantar ke sekolah la, kokurikulum la, sekolah agama la, tusyen la....Selesai dah tu semua. Been there, done that!
Sekarang fasa baru. Yang best, mama dah boleh merasa sarapan nasik putih dengan telur dadar atau mata lembu anak - anak gorengkan, makan dengan kicap, tak pun nasik goreng ke, roti bakar cheese ke...dengan air teh...air milo,,.air sirap ke, air mangga atas meja. Ada masa mama boleh order dari meja kerja mama...Terus sampai. Hehehehee...π....Part paling susah, kene jadik cikgu & guru besar...π
Yang kenit kenit dulu ni lah support team mama ada, on this side...Dah tua ni, selaku ancient student, kita usaha je la. Walaupun ada beberapa perkara yang kita sangat ralat, tapi hati ni selalu doa supaya Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik. Mudah-mudahan dapat selesaikan study ni dengan baiklah hendaknya...Amin.
Sunday, March 13, 2022
Buncis!
Sedapnye lahai lauk kacang buncis tu,...Tergoda! My all time favourite! Rasa nak bawak keluar je dari youtube tu, hidang depan mata. (walaupun di malam buta ni heheh)π. Tambah plak ada udang kan, π... Tapi kalau tak de udang, nak 'partner'kan dengan ayam goreng kunyit ke, atau hirisan daging ke, atau gorengan telur hancur ke pun sedap jugak....Kalau goreng kosong dengan bawang pun, pada kita yang sememangnya peminat kacang buncis ni, pun sedap jugak...Apatah lagi kalau dimakan bersama lauk ikan goreng atau ayam goreng dan nasik panas...
Masa ni la nak amik peluang enjoy puas - puas, sementara bebudak ni ada kat rumah. Nanti depa balik asrama, sunyi balik dapur ni...Anak - anak ni bakal sambut Ramadhan kt asrama tahun ni....Tinggal beberapa hari je lagi kat rumah ni......Huhuhu, lepas ni semua mama kene buat sendiri, sorang-sorang....π
Saturday, March 5, 2022
10 things to do this weekend
3. Bersihkan rumah.
6. Nak layan movie, tapi belum pikir lagi nak tengok citer apa. Hmm......citer apa best ek...?
7. Nak jalan kaki 10,000 tapak...Lama tak jalan jauh - jauh.
8. Nak naik motor jalan - jalan.
9. Nak minum air kelapa + ice cream soda.....lama tak buat.
Monday, February 28, 2022
Peralihan kampung : dari utara ke selatan sikit...
Bulan Feb tahun ni, opah (mak apak) dah pindah sepenuhnya dari Lenggong, ke selatan sikit, sempadan antara Selangor dan Perak. Lepas pkp, adik-beradik apak merasakan adalah lebih baik kalau opah duduk berdekatan dengan anak -anak dan famili (adik beradik opah yg lain), supaya terubat kesunyiannya. Masa balik kampung aritu, apak & anak - anak gigih tolong packing. (Tak macam mama. Mama ni, jadi menantu bertuah je. Tak boleh angkat brg berat2)
Perjalanan dari rumah parents mama ke sana mengambil masa dalam sejam++ ke sana. Dah tak jauh sangat macam dulu. Siap boleh balik hari lagi. Kalau dari Pekan, boleh bypass KL ikut Genting Sempah, jimat 40minit -1 jam. Sukalah apak, kampung dia dah dekat.....
Tapi dia masih sayang rumah kayu lenggong tu...
Senibinanya cantik....Tukang kayu yang mahir dan penyabar je mampu bina cenggitu......zaman sekarang ada lagi ke yang setanding? (Tak jumpa lagi setakat ni...)
@-@-@-@
Minggu ni lecturer yang pernah ajar mama subjek logik dan digital mama masa tahun 1 dulu telah pulang kerahmatullah. (Beliau lecturer fakulti apak, pernah ajar apak jugak...). Teringat satu kejadian masa zaman kami (mama & kawan2 masa study) duduk rumah sewa dulu di IM 8. Beliau pernah datang tolong baiki lampu rumah kami yang meletop dan fius main switch box yang terbakar. Nak mintak tolong pakwe, pakwe tak de. Tak declare lg. Hahaha...Yang ada pakwe pun, duk jauh. Senang citer masa ni semua single.π....Jalan la kaki ramai - ramai ke rumah beliau, minta tolong. Hasil pertolongan beliau, terselamat lah kami dari kegelapan malam tu.
Beliau jugalah yang bagi peta Perth zaman pengajian beliau (kertas coklat), sebelum kami (mama & apak & bam ) bertolak ke Perth, sebelum apak sambung PhD kat sana. Berbekalkan peta lama tu lah kami jadikan panduan sebelum dapat beli puku peta panduan baru tahun 2007. Kami ganti dengan peta Perth terkini (pada masa tu) yang baru pada beliau. Ubat rindu kat sana, zaman pengajian beliau dan isterinya zaman tu.....
Sekarang hanya tinggal kenangan...
"Sesungguhnya semua ini hanyalah milik Allah, dan hanya kepadanya kami kembali. Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."
@-@-@-@
"Dari Ummu Salamah r.a., berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: Ketika kalian menyaksikan orang sakit atau meninggal maka berkatalah yang baik. Sesungguhnya malaikat mengamini terhadap apa yang kalian katakan." - (H.R. Muslim)
Sunday, February 20, 2022
New Semester is coming
Seminggu lagi, dah nak kene daftar semester baru...
Tutup sem ke buka sem ke...
Sibuk serupa tu jugak...
Being a postgrad, everyday is Monday...π
Keje banyak. Meh layan lagu ni plak...
Monday, February 7, 2022
Topik borak dengan orang luar...
- Negara
- "What kind of people are you?"...."I can't quite guess your race".....
- Nama aku
- Solat & identiti sebagai seorang muslim
Saturday, February 5, 2022
Is it me you looking for?
Minggu lepas, pelepasan cuti CNY diberi pada batch bam untuk balik. Dah 3 minggu bam balik maktab. Terasa kosong bilik dia kt rumah...Tapi minggu lepas, terisi semula dengan tuannya.π Sepatutnya minggu ni batch bam balik ke maktab semula, tapi harini pengetua menerima arahan untuk tidak membenarkan pelajar yang bercuti CNY balik ke maktab. Jadinya sekarang, semua ada kt rumah...π Mama & apak kene jadi cikgu kat rumah semula nampaknya...
Hmmm....
Ya Allah, mudahkanlah....Amin.
Monday, January 31, 2022
Tag : 3 Iklan drama...
Iklan 2 : Gelora
Iklan 3 : Hutang Tak Bayar
Tuesday, January 25, 2022
Menjelajah ke Rompin 2022
Minggu lepas apak ada bengkel kt Rompin. Tak larat - tak larat pun gedik ikut jugak. Lepas amik booster ni memang terasa kepala pusing, nak muntah & nak tido je memanjang. Kalau tak ikut, duk rumah bukan buat apa pun. So kita pi jalan - jalan, tengok sana ada apa. Salah satunya, pi tengok kedai makan. Kedai makan kat bandar Rompin ni, boleh kata semua menu ada udang galah. Ada yang mahal, ada yang murah. Kebanyakan kedai makan, boleh walk in. Ada yang kene tempah dulu, sebelum datang makan. Takut permintaan tak mampu ditunaikan agaknya....Ada satu kedai tu, kami nak mai, tapi org tu habaq udang dia dah habih. Jadi bukan rezeki la nk makan situ. Tak pa la. Lenkali. Malam plak, aktiviti tengok bulan naik dari arah laut.
Hari ahad tu, apak kata dah boleh buat aktiviti bebas. Ingatkan lepas check out, kami terus balik Pekan. Sekali dia pi bawak ke Taman Negeri Rompin daaaaaa. Adeiii la....Mama ni dah la pakai skirt!!! Sampai sana, sarung seluar. Habis kaki ni kita lumurkan dengan minyak angin cap yu yee....Takut pacat panjat!
Ni kalau shoot cantik2 ni boleh nampak macam Canada. Perasan je, tapi bukan Canada. Hakikatnya, ce tengok. Pokok kiri kanan kat jalan tu pun lain. Yang sama, suasana. Dalam kesunyian, penuh dengan bunyi-bunyi makhluk hutan. Bunyi sungai mengalir. Bau segar hutan. Di bawah langit biru dan awan nan putih ni, tersergam pokok - pokok hijau hutan negeri Pahang. Sumber oksigen dunia ni! Habitat semulajadi pelbagai haiwan. Ha...harini kita bawak saintis kecik, tengok hutan negara kita.
Dulu combined Endau-Rompin.
La ni, dah asing - asing. Jabatan hutan belah Rompin urus hutan belah Pahang ni.
Yang kt Endau, bawah pengurusan Johor.
Ni, student postgrad melayan perasaan...
Model tak siap, dia lari masuk hutan...πππ
Dua kedai ni famous dikalangan bike riders. Orang datang tak putus - putus.
Tapi daku, tak boleh stay lama - lama, banyak sangat makanan.
Berat baru je turun dr 95 ke 92 ke 89kg ni....kita nak turunkan lagi...insyaAllah.
Mee udang! Ooops...alamak termakan tiga-tiga plak udang tu...ππ
Apak? Dia tengok je anak bini makan.
Dia makan lauk lain...
Sokmo gitu.
Tuesday, January 18, 2022
Short update
1. Bam dah balik asrama. Tengah exam akhir tahun. Dalam masa yang sama, debaran semakin terasa. Esok keluar result, IGCSE. Mama & apak ni hanya mampu doakan yang terbaik. Amin. Dalam masa yang sama juga tadi dah pesan, kalau dapat tak ok, its ok utk frust. Tapi jangan lama - lama. Terima hakikat, & move on....
2. Adik blom balik asrama. Dia pdpr je. Kemain seronok budak asrama-sekejap-masuk-sekejap-balik ni enjoy.
3. Rabu ni, mama akan amik vaksin penggalak....kenapa la namanya 'penggalak'....macam gatai je bunyiknya ....Tapi mama percaya, vaksin penggalak bukan menyebabkan orang gatai....π Dengar cerita, ramai yang tumbang, pening-pening, sakit kepala & susah nak bangun. Nasib baik jugak adik ada ....Harap-harap badan ni kuat la...Amin. Kalau haritu dah amik Sinovac, jadi vaksin penggalak depa akan bagi sama ada Pfizer atau AZ. Erm...ok, nanti kita tengok dapat apa...
4. Kerja pun dah belasah awal...so, time tumbang nanti, slow la sket....atau maybe no progress at all.
Wednesday, January 12, 2022
Polisi baru : beli 10 free 1
Beli 10 ayam percik, dapat 1 free...
Best polisi baru abang ni...
Harini, sy nak beli 3...Minggu depan saya mai singgah lagi naaa...Lama - lama nanti cukup la 10 tu. 20...30...pun tak per...
Tapi kan, bang....
Saya tak nak ayam free je...
Saya nak abang...
Eeehh,...Bukan untuk kawen lagi,...Bukan...Bukan...Ooooh...No...No...Merajuk suami saya kang...
Abang sekarang menteri kesihatan kan, apa kata...Abang supply data utk model saya, boleh?
Saya student je,...Bukan polis paling lawa di Malaysia....
Hahahahahahahaha....Terima lah entry angan - angan merapu di awal tahun...
Berangan no 1!


.jpg)










.jpeg)







