Friday, December 31, 2021

Animal Rescue Ranger

Bila anak-anak kt asrama, mama la yang suka jalan - jalan, makan angin naik motor sama - sama dengan apak......pergi sana...pergi sini....tapi kalini, bagi chance la plak kt anak - anak naik motor dengan apak, sebelum balik ke asrama. Selalu, kalau balik, balik dengan tangan kosong atau dengan makanan. Kalini lain plak jadinya....

Rabu kelmarin, ngam ngam sebelum maghrib....tetiba dengar ada bunyi kambing kt depan rumah. 

"Mama!...Mama!..."

Apasal pulak la....terjerit2 ni.

"Mama, kita bawak balik anak kambing ni...."

"Haa? nak buat apa?"

"Dia terjatuh dalam longkang besar tu....skrg ni macam nak hujan, mak dia tak de kat situ...apak kata nanti dia iklankan kt wassap...tunggu tuan dia datang"

Hiii, asal binatang tak de mama je depa ni bawak balik rumah....teruk la mama. Asyik kene jadi mama tumpang pada binatang tiada mama. Kalini anak kambing pulak. Kecik lagi, baru lahir ni.......

"Bam, Dik, n apak yang jaga ye? mama tamau, mama geli....."

Terkekeh - kekeh budak dua orang ni gelak-gelak. 

"Nak letak mana ni, mama? kang dia makan pokok mama nanti..."

"haa pi bukak kandang kucing yang besar tu, buh dalam tu dulu la malam ni"

Sangkar tu, di 'cover' supaya tak kene hujan & angin sejuk. Malam Rabu tu, memang hujan lebat. Memang naya la anak kambing ni kalau dibiarkan situ. Air kt longkang besar tu pun dah meninggi & deras. Dari lepas maghrib sampai khamis tengah hari, masih tak de orang claim lagi anak kambing ni. Hujan masih turun....kejap lebat, kejap renyai...kadang2 berhenti. Kesian pulak nak lepaskan bebas tanpa ibu.

Saat dah reda sket hujan petang khamis tu, terdengar bunyi kambing kt area belakang rumah. Kuat kambing tu menjerit2....

"Mama, adik rasa adik dengar bunyi kambing la kt belakang ni......jangan - jangan tu emak dia datang cari anak dia tak?"

"Ok la kita try la, bawak dia tengok. Kalau ada mak dia, dia terima la anak dia. Kalau tu bukan kumpulan dia, kene reject." Kami bertiga pun bawak la anak kambing tu ke tempat mula-mula jumpa dia. Apak tak de. Apak kt opis. Cuti sekolah ni, mama stay kt rumah (sambil buat kerja & jd guru besar tak bertauliah)....

Sampai kat situ, memang ada sekumpulan kambing kat situ..... Anak kambing pun dilepaskan. Menjerit2 dia.....lari tak tentu arah. Dari jauh, mak kambing meluru datang. Sahut jeritan anak kambing. Adik beradik dia pun mai sekali....terjerit- jerit sekalik jugak....Jumpa maknya, terus dia menyusu pada emaknya. Semalam, bagi sayur, tak makan. Anak kambing ni tak belajar makan lagi agaknya. Dia hanya minum air je.

Kami pun cepat2 cabut. Takut weh, kang tak pasal-pasal kene tanduk.
Mak ayam pun garang, bila ada anak. 

Berjaya misi jejak kasih, kali ni.Lega rasa, Alhamdulillah.
Selesai sudah misi Rescue Ranger kalini...

Hiii,...anak kucing la, anak kambing la, ikan puyu la...ikan sepat la...anak ular rusuk kerbau la. anak tikus la....anak monyet la...macam - macam...

Selamat Tahun Baru , jaga diri baik - baik...😀

Thursday, December 23, 2021

Happy Anniversary & Happy Birthday, Abang

Ahad, 19 Disember tu sepatutnya apak balik dari Genting. Plan asalnya, kami nak g kuantan celebrate. Disebabkan banjir, jadi tiket wayang yang dah booked haritu, kira burn! Bukan rezeki....

Nasib baik, dapat balik hari isnin. Masa balik ke sini, apak travel balik ikut laluan n9....Sompek la lalu seromban & batu kikir.... Sampai situ, dia ingat buleh jumpe jambatan bosi,....Dia kata tak jumpa pun, mana?.....Aku pun tanya, gulai udang sebelango ado? Terlopeh lah tuuuu.... Hahahhahahahaaaaaa.....


Sampai kek kola pilah, dia beli itik salai & daging salai bawak balik....Jadi, satu hadiah anniversary, satu hadiah birthday. Tapi dua- dua kegemaran bini dia. Bukan dia. Disalai dengan asap dari bakaran kayu pokok langsat. Sodapnyeeeee laaaaahaiiiiiii......lamo bini die tak makan. Salaiannya memang cantik! Bau sedap! Aku tanya laki aku, ..... Orang tua ye yang punya kedai?.... Ha a.....jawabnya. Aku suka orang tua ni punya daging salai & itik salai. Orang tua ni, memang pandai buat. Tengok hasil salai pun tahuuuu..........orang muda sekarang, aku tak rasa ada skill ni. 

Tak po lah abang, milah tak do, tapi ecah adeeeee, kan...
Jom celebrate birthday & anniversary .... dah tua - tua pun, gedik sket jodohmu.....terimalah seadanya 😆


p/s: kerja phd ku hanyut ke laut juga minggu ni...hmmmmm

Bah 2021 - bertujuh tanpa apak

Jumaat 17 Disember, apak bertolak ke Genting sorang. Anak - anak & mama vote untuk tak ikut....Banyak kerja. Petang jumaat tu mama ada meeting. Jadi, tenghari tu tergerak hati nak stock up makanan trus sampai isnin. Time apak tak de, mama memang malas keluar, kecuali terpaksa. Selesai beli barang, masak cepat2...Lepas makan, trus duduk depan komputer. 

Masa tu tak sangka hujan dari khamis malam mencurah-curah tak henti-henti. Sabtu 18 Disember tu, hujan masih lebat lagi. Sepanjang hari, ribut tak henti. Baju siap terbang....Masa ni tak tahu lagi ada taufan. Lepas buka facebook, tengok newsfeed dari kawan - kawan baru tahu. Ingatkan satu, rupanya dua. Kt Selat Melaka satu, kat Laut China Selatan satu. Sejak bilalah Malaysia dah jadi laluan angin taufan eh?.....Kalau tak silap, masa belajar geografi dulu, kata Malaysia ni, selamat dari gunung berapi, gempa bumi dan laluan angin taufan.................................ilmu tu dah outdated ke????😕

Selagi air tak naik, tak memaksa kita pindah, tak perlu bimbang. Makanan cukup. Makanan kucing & ular (pet baru) cukup. Tapi kene watchout level air sekeliling. Lilin, torch, lampu kecemasan semua kami standby. Phone charged. Powerbank semua charged. Kalau tak de letrik, kita ready. Kalau tak de internet, mama akan guna mobile data. Kalau internet tak de langsung, kita teruskan je la hidup tanpanya. Kalau tak de air, kita jimat2 la air tangki. Kumpul periuk belanga, baldi & besen, tadah air hujan. Dalam kepala, dah plan macam - macam. Kalau kene lari, nak lari kemana eh?......Kita berenam lari ke UMP la. (6, sebab dengan kucing 3ekor, kalau ular ikut, bertujuh la) Kita menumpang teduh kat bilik apak, tempat mama buat kerja tu. Senang. Toilet banyak. Nak mandi pun senang. Balik nanti, apak nak carik kita senang......Bilik tu memang berguna. Kene marah dengan sv, merajuk gi situ. Lari dari rumah yang tak berkemas, writing ke situ. Rumah panas, tak de ekon, lari ke situ. Lari dari banjir pun, menumpang teduh ke situ. 😁

Bermesej2 juga dengan jiran. Ada yang scouting tinjau kawasan. Report, laluan mana boleh lalu dan laluan mana dah tak boleh lalu. Kami rasa kawasan kami selamat lagi. Tapi tengok gaya derasnya air tu, macam - macam boleh jadik. Dah pesan kat jiran, kalau air naik & nak kene pindah, mintak ketuk pintu bgtahu, jangan mesej je. Bimbang time tido kita tak baca......Tak pasal-pasal kang bangun esok, sorang - sorang hanyut kt tengah-tengah laut china selatan.......😉😄

Masuk 19 Disember, hujan dah mula reda. Masa ni, kuantan dah banjir besar. Kawasan rendah di Pekan pun dah naik air. Macam - macam cerita tentang mangsa banjir. Masih terkandas atas atap pun ada. Dah selamat di pusat banjir tapi makanan tak de & terpaksa berlapar pun ada. Cerita tentang banjir di Selangor pun tak berkurang jugak. Ada yang terkurung, tak de makanan. Bantuan tak sampai. Ada tu, bantuan tak dapat nak sampai sebab macam-macam masalah. Sampai kene pecah pasaraya....amik makanan. Dalam masa yang sama, terbaca juga tentang bangkai2 haiwan peliharaan mati dalam banjir sebab lemas, sama ada bebas, atau terkurung dalam sangkar dan terikat dileher.... Hmmm, innalillahiwainnailaihirajiun......Ada anjing yang talinya panjang, bertambat, dapat panjat tembok. Kesian. Takut. Sejuk. Lapar...dalam masa yang sama setia mengharap tuannya balik. Harapnya tuannya masih selamat & dapat balik bagi makan.......Kisah haiwan liar yang panik, pun ada....Antaranya, kisah tenuk dua beranak. Kesian. Tu blom campur kecoh dalam wassap, ada buaya........ 

Hmmm....harini, air dari hulu akan turun. Masih kene berjaga dengan sejumlah air banyak yang akan ke hilir. Kelmarin apak bawak anak bujang bantu bersihkan rumah-rumah staf apak yang terkena banjir... Dia punya semangat, sampai putus selipar. 😄....Mama & anak girl duduk rumah je. Semoga Allah mudahkan urusan mangsa - mangsa banjir dan diberi ganti rezeki yang lebih baik dari harta benda yang telah rosak/ musnah sebab banjir.....Amin.

Thursday, December 16, 2021

KL & Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi


Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi...
Lama teringin. Masa balik KL haritu, ikut apak duduk hotel. Tapi dan la balik 'kampung' sat....sempat merasa,....Heheh, antara masakan hotel, dan masakan yang kita teringin nak makan, mestilah kita pilih makanan yang kita nak makan, kan?...Tambah pulak mak kita masak,... Petua nenekku, untuk bagi rasa lemak pada siput ni,...kita bagi makan kelapa parut dulu. Biar dua tiga hari... Nak lebih lagi pun tak pe. Lepastu baru masak. Peerrrrrrrrhhh...memang lemak n manis isinya! 

Dulu dah pernah buat. Masa buat tu zaman anak - anak kecik2 lagi. Kejap-kejap dibuka penutupnya, nak cek siput. Dalam sehari tu entah berapa puluh kali entah penutup tu dibuka-tutup untuk diintai. Sampai ada siput yang berjaya keluar dari bekas. Bukan sekor dua pulak tu....Sempat pulak siput ni pecut. 😄 Masa ni, yang untungnya, tak payah susah - susah lantik pengawal penjaga siput. Otomatik dah terlantik sendiri. Asal nampak je. dikutip la sekor, demi sekor siput tu masuk balik ke dalam bekas tu. Ada masa, sengaja dibiarkan sekor kt luar berjalan2, sambil dia lukis siput tu.....😆. Tak pasal-pasal jadi model. Hadoiiii laaaaa.....sabo je la. 
Tapi masa balik haritu, tak de budak. Hanya kita, lauk siput & kenangan yang terkenang, bahan gelak sama-sama...

Masa ikut apak g hotel, kita ni terperuk je kt atas....Nak turun sorang, malas. Alang2 beli makanan, beli 2-3 sekali bawak naik. Kayangan sungguh! Unless ada boipren hensem nk teman I, jadi bodyguard, tak pe la.......Apak kata, g lah nak jalan2 shopping apa - apa kat bawah tu. Ye la, bini pun dekat 90kg, sapa la yang nak ngorat kan?.....sentiasa secure je laki ku ini. Cuba bini dia 50-60kg,....Tak senang duduk nanti. Ni la kelebihan ada isteri bam-bam. Hahahahahhahaaaa 😉 Senang cerita, kita ni duk je la buat keje kt atas tu.  Senang. Tak serabut. Enjoy the "Get Away"...and the view dari tingkat 38.



Cuma hari nak balik tu ada sedikit haru. Tengahari ramai pulak orang nak check out. Lift penuh. Nasib baik kita awal tunggu lift. Tapi ruang menunggu tu penuh dengan manusia -manusia lain jugak. Ah, sudah........ Lakiku, kata dia nak turun bawah ikut tangga. Aku guna lift. Chances utk aku menyelit sorang dalma lift jauh lebih tinggi berbanding masuk berdua. Ok, aku dapat masuk lift juga akhirnya setelah hampir 40 minit menunggu. Dah sampai bawah, lakiku belum sampai lagi. 

Ah, Sudddah...
abang sayang, abang dimana...hati bini resah mengenang dikauuuu.....

♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯ 🎼 🎵 🎶

Tingkat 38 tuuuu.......Jangan la terjatuh ke apa ke ... Akhirnya, sampai jugak. Dia tersekat kt tingkat 14 ke 15. Tangga dah lain, lakiku kata. Kene guna lif. dah penat dah. Ha? Bayangkan la kalau ada kebakaran. Mau panik sekejap. Aduuuh...nauzubillah...

Tapi tu cerita minggu lepas. Minggu ni sempat balik Lenggong plak. Kalini berempat. Budak- budak dah balik dari asrama. Of course, singgah KL lagi. Singgah hantar belut plak. Siput berbalas belut. Nak jugak belut yang kt pekan niiiii, sabo je la.... 😄

Friday, December 3, 2021

I wonder....

Ooo,... Hmmmm....... Now this song really got in to my head la kan..... 😎😉


Thursday, December 2, 2021

Berdua lagi...

Today I read about new variant, Omicron. Hmmm.... Seram pulak rasa. Last time Delta wave...ni ombak varian baru plak nak mai...Semoga dijauhkan darinya...amin.


Tapi nak terperuk je kat rumah, bosan jugak. Sejak Nov, hampir setiap hujung minggu x lekat kt rumah....Dalam negara je. Itupun sebab apak ada urusan kerja. Lama - lama sampai jealous anak - anak kt asrama dengar....

"Jaga diri baik - baik naaaa, babai noooo...."
"Amboiii, mama & apak ni tiap tiap minggu jalan - jalan je ni..."😄😄😄

Setiap kali nak bertolak, sempat la tinggalkan bekalan & barang2 keperluan kat pondok guard sekolah masing-masing. Pastu babai dalam mesej je. Pandai-pandai la mika jaga diri,...Nak jumpa, tak boleh. 😇 Redha je la, kene tinggai...😉  (aku tinggalkan anakku dalam jagaan Mu Ya-Allah. Amin).  

Depa ingat, mama depa ni serupa lagu depa kot....kalau dpt p ikut apak outstation, duk melekat dengan game la, youtube la, etc Walhal, mama ni terperuk je dlm bilik hotel, buat keje...

Friday, November 19, 2021

Dulu, bukan sekarang...

Dulu masa suami aku study phd di uni Oz, semua kawan - kawan labnya ku kenal. Aku tak datang labnya kerap. Dengan anak dua orang. Pepaham je la budak-budak ni. Ada DNA aku agaknya. Tak reti duduk diam. Bimbang mengganggu je. Jadi, aku memang extend perkenalan....apa - apa hal, depa - depa ni la ku mintak tolong. Terutamanya tahun terakhir ms suami aku pulun habiskan study....

Sebagai student antarabangsa di negara orang ni pepaham je la. Macam macam ancaman ada. Yang tak suka islam la. Yang racist la.......Sengaja pukul curi. Sengaja buli suruh beli arak. Tikam curi kat perut dengan pisau...sambil jerit "GO BACK TO YOUR COUNTRY!!!", Kene samun dengan Abo & polis susah nak amik tindakan kat Abo .... Aku & anak-anak kat Msia. Kat sana, dah la laki aku merempat kat lab. Tak de rumah. Elaun dah tak de. Alamat pun, alamat tumpang. Makan, tido pun tak menentu..... Jadi, kawan - kawan ni la kita bergantung harap. Masa ni, student msia berkeluarga ramai yang dah balik. Yang laki single berapa kerat je. Ramai student lain, pompuan. Single & bini orang. Takkan aku nk suh depa lawan & jaga laki aku kot................Yang single, lagi la aku tak bagi.......hahahahaa...

Masa aku sambung belajar lak, beza betul........memang lain! (Mungkin di entry lain aku cerita ttg kelainannya) Dulu, aku memang sibuk dengan anak2....sambil2 aku pening nak pahamkan area study aku, sambil tu jugak, aku kene setelkan depa....Sekarang, bila anak- anak ke asrama, mcm banyak masa plak....so aku buat la keje sorang2. Aku revisit balik apa aku tulis dulu. Hmm....aku relatekan area ni dgn IS melalui BI. Kelmarin timbalan dekan research fakulti aku kata group research ikut sv di bidang mana..........Sekarang main sv aku, svno2, di bidang AI dan multimedia. Hmmm, sejujurnya aku suka bidang IS....Masters aku pun dalam IS. Kalau stick je...tak boleh ke? Aku menulis pun style IS......orang teknikal-engineering tak tulis style mcm ni. (aku tulis kat sini bukan dapat solution kan? Hahahhahahaaaa....patutnya, aku pi la tanya hari tu.....apela...tapi aku malas tanya depan orang. nanti aku tanya la )


“Syarat mendapatkan ilmu itu ada enam. (Yakni) cerdas (sehat akal), semangat bersungguh-sungguh, rajin/istiqamah, cukupnya modal (harta, kemampuan), petunjuk dari guru, dan waktu yang lama.”

---------------------------------------- 

Harini last day exam IGCSE. 
Alhamdulillah. Saat - saat berdepan dengan 3 paper terakhir, anakku jawab dalam keadaan demam. Asal exam je demam. Asal exam je demam. Masa exam checkpoint masa form 2 tu pun gitu jugak. Demam. Macamanalah masa SPM nanti niiii? 

Tuesday, November 9, 2021

A week - Break away

Harini dah fully come back to my desk....nak kene recap balik kerja2 lepas.
Minggu lepas, I took a week off. 
Rest. I had to. 
Apak amik cuti. Ajak balik kampung. Tukar angin....Balik kampung berdua je kalini. Tanpa anak-anak....

Apa lagi, joget hindustan la kan...😄😉 Balik KL. Lepas tu ke Lenggong pulak. 

"Balik ni, kene exercise ye....." pesan apak. Health is wealth...

Esok ingat nak g cari brokoli...lama tak makan brokoli. Bukan mengidam. Teringin. Sebelum kene usik, declare siap -siap. 😎 


Saturday, October 30, 2021

Banyak setel dari tak setel...Alhamdulilah...

Minggu ni :

1. setel yuran pengajian. alhamdulillah...

2. setel semua claim. alhamdulillah...

3. setel beli barang kembali ke asrama. 

4. setel belajar satu skill yang aku mungkin perlukan utk model nanti.

5. setel polish kasar satu paper. alhamdulillah... 

6. nak kemas rumah bersih2...pastu nak enjoy saat2 baki sisa sisa 3 series yang ada.....

7. esok macam nak masak lauk ayam sambal hijau aka ayam sambal shrek...hmmmm nyum nyum...


Penat & letih. Tapi minggu ni banyak yang setel, dari tak setel. Mudah mudahan kerja phd aku pun dapat setel & selesai dengan baik...amin.

Friday, October 29, 2021

Giant !

 

Harini gigih buat Mac N Cheese...Kebetulan sempat g Giant haritu, beli TexMex Cheese & Beef Pepperoni... Dalam pada itu, sempat juga tangan capai salmon! Aha!....lamo den tak makan salmon... Teringat masa kat perth dulu, ... asal bengap je, makanlah salmon, kaya DHA....😆😉. Hmm, tengah bengap sangat la ni....tu yang gini tuh 😆 Sungai Pahang sini, tak de salmon..Rasa - rasa la kalau import telur salmon, lepas tu pi lepaskan kt Sungai Pahang, mesti salmon - salmon yang menetas tu balik Pahang ek........Ha, iyolah tu...😉😅

Tak per la. Dah tak de, kita tangkap kt Giant!


Dalam video ni, dia buang kulit slamon. Kita tak buang kulit salmon. Kita suka...tambah lak yang garing2......😍

p/s: .....lepas semua ke asrama, sapo la yg nak buek kan mama air ye masa kt kompiter...sapo la nak tolong kemas rumah, sidai kain, masak nasik, potong bawang, potong sayur sumer sumer tu....😭


Monday, October 25, 2021

A week before my birthday...

Pfizer Dos kedua - Minggu ni, anak - anak dah setel vaksin dos kedua. Dua - dua demam. Bezanya, sorang kat rumah. Yang sorang lagi, duduk la sorang2, kat asrama. Yang kat rumah, dapat la makan sup ayam. Yang kat asrama, dengar sahaja lah cerita sup ayam...( Nanti bila dah boleh balik rumah, boleh qada sup ayam )...Dengar suara anak sakit kt telepon, rasa macam nk terbang je, ke asrama....amik bawak balik! tapi, niat tu tak diteruskan. Tak diterjemahkan kepada perbuatan. Mama hanya mampu berdoa dari jauh sahaja......Harapnya cepat sembuh la. Tiada komplikasi dari vaksin. Panadol, ubat selsema, semua dah mama bekalkan siap2. Utk makan, bila perlu. 


IGCSE exam
- Bam balik asrama awal sebab periksa. Nasib baik la sekolah dekat dengan rumah. Mudah urusan. Walaupun periksa, kene selitkan jugak sesi amik vaksin. Nasib baik sekolah arrangekan suntikan dos kedua di antara selang masa yang panjang dengan next paper. Harap-harap demamnya tu tak lama. Dah la periksa belum habis lagi..........Semoga Allah mudahkan semua urusan...

Balik ke asrama - Minggu depan, adik pulak balik asrama....So byk la kene shopping. 

Bye bye ikan puyu - Mama akan sibuk, mungkin tak de masa nak monitor ikan - ikan....Jadi, semua setuju, kita lepaskan semua ikan-ikan puyu tu ke tali air dan parit2. Sawah tengah kering sekarang. Takde air. Selut je. Taknak la ikan - ikan tu lemas, x de air....

Bye bye i10 - Hyundai i10 dah selamat dijual. Dah 10 tahun bersama. Memang banyak kenangan dengan kereta tu......banyak jasanya.... Sekarang, akan menjadi milik orang lain...

Musim hujan bermula ?- minggu ni, dah mula banyak hujan turun ke bumi....

Monday, October 18, 2021

Telur Masak Kicap


Malam ni tak banyak nak cerita. Yang terlintas  dalam kepala cuma cerita tentang telur masak kicap je...Apa cerita la teringin nak makan lauk ni tengah malam - malam ni eh? Ni antara lauk sahur yang ngam dengan nasik panas. Kita ni, suka yang ada cili api. Tapi nanti ada yang meraung pulak...so, patahkan cili api kt pinggan sendiri je la... 😄

Thursday, October 7, 2021

Projek Ikan Puyu

Gambar kat bawah tu ada 4. Satu gambar akuarium, set up dlm rumah. Satu gambar pam, untuk bersihkan air. Yang dua lagi tu gambar puyu & sepat. 

Anak - anak ikan puyu ni apak & anak2 tangkap kat parit & sawah. Gigih anak bearank p menyauk sana sini. (Gambar puyu, bawah kanan) Ni puyu jenis apa, kami tatau. Puyu siam ke, puyu sawah ke, tatau la janji kami tau diorang ni puyu...
Selain puyu, sepat pun tertangkap sekali. (gambar bawah kiri tu, gambar sepat....sepat apa tak tahu la, sepat ronggeng ke, sepat rawa ke, sepat padi ke, sepat siam ke, lantak la, tau nama dia sepat je...)... Puyu ni, aggressif ! Tak padan kecik! kuat mencubit! dia kejarnye sepat...mecicit sepat lari....habis tobek tobek la sirip sepat dikerjakan....Lepas tu dengan muka baik, puyu berenang macam tak bersalah,...Tapi bila setan dia datang lagi, dia pedajal sepat lagi.......gini la gamaknya depa ni duk dalam parit tu eh.... Nanti kau, aku gulaikan ko...

Ni tengah belajar lagi bela puyu. Buat masa ni bagi makanan ikan yg jenis biasa tu je dulu. Tumbesaran dia amik masa 4-6 bulan. Ooooo.....ok, sempat lagi la nak pikir masak apa. Sekarang kene pikir camne nak bagi puyu ni sihat & gemuk dulu. Well..... Pahang dah nak masuk fasa ke 4. Sorang anak dah kembali ke sekolah. Sorang lagi pun akan kembali ke sekolah jugak, tak lama lagi ni......

Yang tinggal kat mama ni, ...phd, puyu, miau & apak je la...Hmmmmmmmmmmmmmm....


Saturday, October 2, 2021

Busy!

2 minggu ni mmg busy...

1.  Setel urusan vaksin anak-anak.
2.  Setel urusan kembali ke sekolah.
3.  Setel daftar semester baru.
4.  Setel tengok apak & anak-anak tangkap sepat & puyu dari parit, letak dalam akuarium. Rancangannya nak bela puyu-puyu yang ditangkap sampai besar, lepas tu nak mama masak buat lauk masa balik dari asrama......ok, that's something to look forward to bila balik rumah nanti ...... Sekarang dah jadi penternak ikan lah pulak! ......"Mama, jangan sayang puyu-puyu ni ye, susah kita nak makan nanti..." 😄 

Ikan puyu sedap masak apa ye? 

Sunday, September 19, 2021

Online Shopping on September...

Sejak covid melanda, nak tak nak aku terpaksa aktif buka akaun online. Selama ni, aku macam orang tua, kan....Masa awal2 jd student lagi la,...langsung takde akaun bank online. Kalau malas g atm, buat transaksi, tak la gedik nak beli barang kan? So duit aku selamat dalam bank....Kalau ada apa kene yang bayar online, laki aku la bayarkan atau bayarkan dulu. Then aku bayar balik kt dia. Lebih kurang tiga tahun ++ lepas ...aku dah start ada online banking... buat transaksi sbb nk kekalkan akaun hidup je. Kalau tak, akaun jd dorman....

Tapi sejak ada bank online ni, duk umah pun boleh shopping. Masa kuarantin, online banking jadi keperluan. Yang asalnya tak mo rajin pun boleh terajin pulak shopping. Ni pun masih belajar kontrol diri supaya tak hanyut membeli....Kang stress je beli..Stress lagi, beli lagi... takut ketagih pulak. Tapi kalau untuk urusan spesel aku tak berkira. Hujung ogos lepas, lepas mak aku selosai amik vaksin, aku order baju kelawar batik dari kawan aku (tauke baju), minta dia hantar straight kt rumah. Dapat baju baru, baik sakit urat dia....Tak pasti ni side effect vaksin ke sebab dapat baju baru ke 😅😉...Adik aku pulak tumbang 2 hari, demam amik sinovac. Adik ipar aku demam amik Pfizer. Mak aku pulak duk risau kot aku pun tumbang sama........Alhamdulillah,...aku jadi kuat tido je. Pantang membaca atau menulis. Terus ngantuk.... 

Semalam, birthday mak aku. Aku & laki aku order ayamas hantar kat rumah.... Order online. Ucapan besday dengan ayam ke pintu......Adik aku belanja lamb steak....Mak aku kata, kalau dia perap tak sedap. Tak macam aku perap. Ha iyo lah tu....Aku cakap, ni sebab tak nak share kambing tu dengan aku kan sebab tu lah dia cakap cam tu.......😆😆😆😆😉. Ke sebab nak aku balik? 😅 Kalau la boleh travel 'online', aku dah travel dah ni.....

Kalau aku balik, selalu aku akan masak. Mak aku kata dia dah boring dengan masakan dia. Dia nak aku pulak masak utk dia. So, kalau aku rajin aku offer la diri. Kalau aku malas, nanti dia suruh aku g dapur, dia bgtahu apa dia teringin nak makan. Tapi dia tak nak masak. Dia nak aku yang masakkan. Either way, aku jugak la yang kene masak😂... Tahun lepas, masa laki aku ada kerja kt KL, aku sempat la balik rumah. Tahun ni, tak balik. Ayam panggang je la pengganti diri.... 😇

Masa call, aku sempat share pembelian eksotik aku dengan mak aku... Haaa, ni plak untuk aku. First time nk try... 

"Eiii, boleh makan ke tu? Sedap ke?"
"Hahahahaaa ....Belum try, belum tahu..." 😆😆😆

Laki aku plak dah telan air liur dah tu. Seram nak try katanya....hahaha 😅 

Wednesday, September 15, 2021

Semoga dimudahkan semuanya....



Sekolah dah nak buka... Exam dah nak dekat. Antara part yang best duduk rumah, sebab mama masak la kan?....Ni sambil menaip ni, tengah pikir nak masak apa la dgn ikan sembilang yang baru beli. Boleh la buat asam pedas ke masak gulai ke... Tapi tengok la jugak...kalau rajin, mood tak ke laut dalam, ade lah 😋

Hasil tindakan muka tembok memohon vaksin haritu, kita akan dikira fully vaccinated pada 20 sept, insyaAllah. Dah lengkap vaksin, boleh la masuk kampus....Most likely kita plan nk stay kat bilik kecik ftkee, buat kerja kat situ je. Terpencil. Tak jumpa sapa - sapa. Tak kacau sapa - sapa. Tak de keperluan masuk fakulti, kita tak masuk la. Kalau nak meeting dengan sv, online pun boleh je dr situ.....kurang risiko. Perlu ke ke uni? Pada ku perlu, utk progress ke depan.........sebab bila jauh dr dapur, tak nampak semak2 depan mata, senang fokus.... 

Ramai orang dah hip hip horray, seronok boleh makan kt kedai, bebas sana sini....Kita tak. Kita ada anak nak exam. Seboleh - bolehnya kita nak maintain selamat. Nanti 27 sept, semester baru akan start. Semalam selesai upload paper di lubuk repository universiti.....Next, insyaAllah, ada dua lagi on da way...

Kerja - kerja phd ni byk lagi,...
Semoga dimudahkanlah semuanya.....Amin.

Thursday, September 9, 2021

Just us...

Dah genap 6 tahun sambung belajar. Bila la nak habis niiiii........

Setelkan phd musim pandemik ni mencabar. Semoga dibukakan jalan penyelesaian yang baik. Semoga Allah mudahkan urusan... Amin.  



Masa awal daftar dulu, apak bagi kebenaran, dengan syarat tak abaikan keluarga. There is no point utamakan phd, tapi famili tergadai, anak terbiar, jiwa sewel, nyawa melayang, .....  6 tahun banyak kenangan. Yang pahit memang kita tak lupa la. Pengajaran besar!!!!!!! Tapi, yang manis juga tetap sedap dikenang....😎

p/s: I m working one on one now... please bear with me 💻 ⛾

Sunday, September 5, 2021

Macam mana boleh terminat Paella

Malam ni, I m thinking about paella. The reason?....Deiii, sebab sinang kireje laaaaa.. Main campak je semua masuk....itu dalam masak laaaaaaa......First time aku try paella, masa kt UK...tahun 1995...masak untuk subject home economics. Dalam jadual, memang subjek tu last sekali...Hehehe, semua orang kene masak, bawak bahan (simpan dalam bekas sendiri & masuk dlm peti sejuk. cikgu siap buatkan compartment khas lg utk aku, bantu supaya tak bercampur dengan non halal stuff. hasilnya, lepas tu muslim student lain pun dapat guna) masak ramai2...Masa ni, kalau bahan kita tak cukup ke kita g la jalan2 ke counter kwn2 mintak sket atau kalau ada lebih n tak nak bawak balik, kita offer la kt classmate, guna... Bila dah siap masak, makan ramai2.....Sebagai homework, kita kene listkan resit bhn yang kita beli, kira kos, kira kalori makanan, kene cerita plak kenapa kita pilih nk letak bahan2 tu dlm paella kita, (resepi asas, cikgu dah senaraikan, yang kita tambah tu, kita kene explain kenapa).....haaaaa banyak kan kene pikir? masak pun macam projek...walaupun byk kerja 😅😇, it bring lots of good & sweet memories.....

Tu lah kisah asal usul ku minat paella. Sampai sekarang, minat. Next round lepas belajar masak paella tu, masak sendiri kt rumah plak. Paling sedap, masa panas2, baru masak. Kalau tunggu sejuk, muak! ku suka tambah hirisan cili api sikit. Ubat muak.
Some versions use wine. Well, kita boleh adapt je resepi mengikut selera kita. Minus the wine! Kalau yang kt tepi tepi laut, suka la seafood version paella. Yang jauh dr laut, biasa ayam atau arnab. Sesetengah letak chorizo. Kalau nak letak jugak, sebagai orang islam, kita boleh pilih halal beef chorizo atau lamb chorizo. Kalau tak nak letak pun, no problem. So, now I am gonna park some of my fav paella recepi here, ....nanti bila ada mood nak masak boleh try....😍😍😍😍





Friday, September 3, 2021

much ado about eating

1. Last time teringin nak merasa telur itik goreng!......So,....taraaa... Ooo telur kuningnya lebih besar dari telur ayam,...telur putihnya plak lebih kenyal dr telur ayam....tapi overall, sedap je, belasah dengan ns putih panas + kicap + cili api. Dah lapar kan, baham aje la. Ni gorengan asian crispy fried egg style.....suka ada garing2 sket sket kat tepi tepi tu....Pas ni nak try telur apa plak? telur angsa? telur burung unta? haa boleh boleh....jom! telurnya blum ada lagi, tapi kita jom je dulu....😊


2.  Hari ni, setel perapan kepak ayam sebesen. Sebesen ni sikit je kalau ikutkan. Kalau ada 100, 100 tu sekejap je licin! Jangan tak tahu, orang dalam rumah ni memang pelahap semua😅.....plannya, esok kita bakar, kalau tak nak esok, lusa pun boleh... Ni, mmg buat untuk ratah...sambil tengok movie ke, tak pun buat makan dengan roti nan! 😋


3. Tetiba nak makan laksa pahang yang merah tu. Rasa laksa pahang, guna mi laksa gandum, bukan spegetti. Nk buat tak reti, nak order tak tahu sapa yang buat sedap... Nak cuba masak, tak de mood. Kita dah spend banyak energy tang lain, kita tak mo serabut2. So, mood nak makan je ada.......Nanti bebila ada mood nak try masak laksa pahang, kita try....not this time. 😉😇


p/s: 7 September ni, genap 6 tahun jadi student,... 

Sunday, August 29, 2021

Sirih pulang ke gagang, ikan balik ke lubuk, kucing balik ke rumah.... ^_^

Apa khabar ngan encemboi? 
Lepas operation, Dr monitor dia. Cek, makan, buang air, makan ubat etc. 
Dr cakap masa stay kat klinik, dia tak lalu makan. Kalau makan pun sikit je. Agaknya tak biasa dengan susasana klinik & wajah2 tak dikenali. Mesti takut. Selalu, ada kita kemain garang dgn org dia tak kenal,....Semua org dia tak kenal kene marah. Kalini, mesti dia kompius, nak marah ke nak sembunyi. Nak sembunyi tak larat. Redha je la.....Sedih kene tinggal juga mungkin kot. (Dah pesan, jaga diri, dia yang tak paham bahasa, nak buek camno). 

Masa dia operation, sempat la jugak mama search internet, tengok anatomi kucing jantan. Tengok part yang Dr cerita masalahnya. Hmmm........ tengok n baca je la mampu, selain doa. Hopefully, semua lancar & speedy recovery.  

Hari dia balik rumah, nampak la dia kurus sket. Ada bahagian yang Dr terpaksa cukur utk operation. Sampai je pintu rumah, apak keluarkan dia dari carrier. Nampak mata dia bulat tengok tengok keliling rumah....cek cek rumah...Haaaaaa rumah akuuu......Nampak dia ceria bila nampak adik! Adik pandai usap dia. Dia sangat sangat laaaa suka kene usap! Kemain muka dia 'seronok kene urut'.........😄

Dr pesan makanan dia kene beli yang mmg spesifik. Haiyoo!...bantu dia senang buang air & kurangkan kesukaran kencing. Ubat jugak diberi. Utk ni, apak & adik take care urusan makan & ubat. Hari pertama kedua ok lagi nak bagi makan ubat. Masuk hari ketiga, dah cerdik. Macam2 taktik ada. kemam, tolak dengan lidah, luah balik, dan paling teruk sekali, dah pandai kunci mulut! 😆😆😆

Sebelum2 ni, masa anak-anak tak de, mama la yang urus bab makanan pet anak - anak ni. Bila pkp, anak - anak ada kat rumah, anak-anak la handle. Kadang2, mama tolong. Cuma bab makan dia lepas operation, mama memang sengaja tak urus. Tapi dia carik2 mama, datang kt meja. Duduk depan monitor, baring depan keybod...suh pegang dia. Ok, mama pun usap la dia.....ingat dia nak manja je. Tapi tak, dia nak minta mama bagi dia makan......siap kunyah tangan kita......Aiiiii....mamat niii....Hiiii, pandaiiii niii..... kalau dia pergi kt apak & adik, kene makan ubat dulu, baru dapat makanan. So dia pergi kat mama. Kucing pun pandai mantik ngelat....Dengan mama tak de ubat....Kalau mama juga handle ubat, dia hilang tempat manja nanti. Mana lagi mau tumpang manja............ Tau dah sifir dia ni...... ooo sebab tak mo makan ubat tak sedap, baru ingat mama ye....😁

Wednesday, August 18, 2021

Just a quick review

1. Encem boi cakit...
Masa apak tak de, dia la antara peneman kami bertiga... lepas apak balik, dia pulak cakit. Dia tak macam selalu. Lain dari biasa. Mengiau, distress. Makan tak mahu. Minum tak mahu. Muntah - muntah ada la beberapa kali. Kita ni usap la dia. Tak reti nak cari punca. Rupanya dia ada masalah batu karang. Masa bwk ke veterinar baru tahu. Kesian la ke dia yang selama ni menahan sakit. Batu karang ni dah lama. Serasa mama, bab makan, kita dah jaga. Dokter kata, penyakit ni biasa terjadi pada kucing jantan yang dah di'kasi'......Hmmm....Masa sebelum pisah, doktor dah suruh bagi kata - kata terakhir sebelum operation. Hmmm.....nak nangis tapi control. Ramai orang kt luar klinik. Simpan dlm hati je la. Kami semua doa untuk dia, semoga operation berjaya.... Harini, dokter kata dia dah sedar lepas operation, tapi tak nak makan... Esok kita risik lagi, dia ni cemana.....


2. Health gadjets
Beberapa gajet kesihatan dah sampai ke rumah....




oh, ada satu lagi...pembaca gula dalam darah... Ni pun  apak beli jugak la....memandangkan side effects dr ubat mama ni boleh menyebab gula dalam darah tinggi dr normal, jadi wajarlah kene cek.................huhuhu, tapi mama takut nak cucuk jari, keluarkan setitis darah n cek. Hahahahahahhaahaa.....Masa tak de gajet ni, boleh la cakap tak tahu............ni dah ada, buat buat tak tahu pula......😅

3. Vaccination : my first shot!
Minggu ni, entah macamana entah, tetiba rasa nak try dapatkan vaksin. Asalnya ada viral kata boleh walk in kt pusat ppv di UMP.  Hati kita pun berbunga - bunga laaaaa....tapi sampai sana, pic kata tak de walk-in. Viral palsu! Apak dapat panggilan mysejahtera. Tak macam mama. 😔. Ku hanya mengiringi kekasih hati hingga ke pintu ppv sahaja....Keutamaan pada yang ada temujanji mysejahtera. Then, kalau ada kosong, most likely, UMP akan utamakan staf UMP yang belum ada vaksin. Sebab ni PPV kan, bila ada kekosongan baru diorang panggil org lain, isi kekosongan yang ada. Tapi, daku try je la. Mohon nak vaksin jugak. Malu, tapi terpaksa buat muka tembok juga, ...Mana tahu ada rezeki....Lama tunggu. Dah petang, baru boleh tahu ada kekosongan ke tak. Kalau ada rezeki, dapatla dipanggil masuk. Kalau tak de, tak de la. Nasib la.... 
Alhamdulillah, lewat petang kelmarin, ada rezeki (atas ihsan SUK Pahang). Dapatlah vaksin & temujanji untuk dos kedua akhirnya. Next appointment, boleh vaksin sama-sama apak. Dah tak payah jadi tukang iring sampai ke pintu lagi. Cuma, hajat hati I nak Pfizer....tapi tetiba terjodoh dengan Sinovac pulak.....tak perla, kan...... Janji dapat vaksin... Dah dapat ni pun, syukur sangat. 

Tuesday, August 3, 2021

Sup Ikan Jenahak

Kelmarin, kuterima panggilan dari bilik gerakan. Keputusan swab kedua kami bertiga negatif. Alhamdulillah....Petang semalam, kami potong gelang secara rasmi. Macam masa swab test kedua haritu, suasana petang di situ, lengang. Tak banyak orang. 

Lepas tu, kami terus ke Tealive sebelah hospital lama pekan...Meraikan kebebasan dari kuarantin. Kami beli empat. Apak punya pun ada.....Tak tau la dia lalu ke tak, kami main belasah je........Lepas dia balik, nak habiskan sesenduk nasik pun payah....Ayam dia tak lalu. Daging pun tak mau. Telur tak lalu. Bilis tak lalu. Ni kira gamble je ...... Kalau ikut tekak dia, semua tak lalu makan.............deria rasa tak de, selera pun tak de. Alhamdulillah, dia minum sampai habis...Selalu, dia bukannya suka minum susu.

Dah tu? takkan lah tak nak makan langsung? ok, itu tak mo, ini tak nak, kita try ikan. Masa tgh kuarantin haritu, mama tebalkan je la muka pesan ikan dengan jiran. Antara tenggiri, merah dan jenahak, amik la mana yang fresh nanti. Last - last, jiran bawak balik jenahak. Jenahak pun jenahak la...... 

Selalu kalau ikan jenahak, mama buat kari, asam pedas, goreng kicap halia, goreng berlada atau goreng biasa je. Tapi kalini mama try buat sup. Harap - harap apak boleh makan la. Mama buat style sup siam sket. Perah limau sket & ketuk jugak la cili api sebiji dua buh dalam sup. Alhamdulillah, dia makan habis...

Hari ni mama ter-ngok-ngek sket. Tergoreng ikan kembung keras macam batu pulak! Aisey men....terlalai kejap... Tapi, anak bujang buat ratah je. Dengan tulang2 dia kunyah. Mama masak, mestilah sedapkan?...Batu pun, batu lah! Bukan sehari dua goreng ikan.....dah bertahun pengalaman goreng ikan...tapi harini, masih  lagi tergoreng keras macam batu........Syukur laki kita makan je sampai habis.  Tak baling kita ke dinding...sorry lah, sekolah tinggi-tinggi pun, masih goreng ikan keras macam batu bini abang ni... 

Sunday, August 1, 2021

Terkenang satu masa dulu...

 

Kenangan masa kecik.......
First time, aku dengar laguni masa cerita Pancha Delima kat Tv1 kot. Tayangan ni, malam gitu.... Disebabkan ayahnya tak nak kene makan (atau kene kacau entah aku dah lupa) dengan makhluk yang menyeramkan, maka ayahnya bagi anaknya pada makhluk tu, sebab anaknya sudi, jadi ganti......(at the end, turned out that makhluk, ular tedung sumpahan, yang asalnya putera raja hensem lakonan allahyarham tan sri datuk dr jins samsudin...Nasib baik la makhluk tu tak makan dia ).....Laguni, si anaknya itu nyanyi atas kereta lembu masa ayahnya nak hantar dia pada makhluk tu..........

Mak aku pun notty jugak....Sambil lipat kain, mata tengok cerita, mulut dia keluar modal mengusik....muahahahaha... mak aku aku cakap tu lah kene pergi sekolah, kalau tak mama bagi je la makhluk yang suka mintak mintak anak orang tu.....😆😆😆.....Aku siap cakap, tak nak la.....offer diri pun tak mo... Kemain aku pongoh. Siap merajuk, sedih hati lagi sebab mak aku tergamak nak bagi aku kat makhluk tu.......😆😆😆😆😆😆😆😆😆... macam iye iye je....

p/s: ni bukan sebab aku belum habis sekolah tauu...😎

Friday, July 30, 2021

Gulai Udang Sebelango

Semalam swab ke dua....aku sengaja datang petang. Pagi, budak2 ni ada exam. Datang petang, lebih santai rupanya. Orang tak ramai. Tak macam masa kami buat swab test pagi haritu.

Lepas daftar kat meja, tunggu pun sekejap je. Pastu dah kene panggil.

"Encik, saya nak buat sebelah sini pulak la harini (sambil tunjuk lubang hidung belah kiri). Hari tu dah buat sebelah sini... (sambil tunjuk lubang hidung belah kanan)....sejak tu, besar sebelah rasa, hidung saya ni.....oksigen banyak masuk!"

Tergelak besar dua orang tukang swab depan aku....yang sorang lagi tak habis terkekek-kekek...

"Boleh, puan ... tak de masalah" jawabnya sambil gelak gelak.

"Anak - anak saya sekali ye?...."

"Ok!"

Pagi, masa budak - budak ni ada kelas & exam,....ku gagah jua lah masak lomak cili api udang sebelango kt dapur sorang2.... ikan goreng + ulam bayam brazil je. Tu je lah lauk kami. Time apak tak de makan udang tak rasa bersalah. (Sebab apak tak makan udang. Sebulan adalah sekali, time apak baru dapat gaji). Ada orang suka letak belimbing besi....eh, bukan, silap....belimbing buluh la, buah setar/ buah kundang, ubi kentang, rebung, terung kecik, timun muda sekali dalam gulai lomak......tapi aku, kosong je ni.....apa yang ada la. Anak bujang makan berkali2 tambahnya.....Petang, lepas lubang hidung dah besar dua - dua, tinggal rehat je. Kemas rumah sikit2, makan, solat, tido je la... (keje phd? hanya bina model & buat slide je minggu ni)...

Alhamdulillah, dapat sedut byk oksigen.... 

Harini, apak balik. Bilik untuk apak pun dah ready. Sementara keputusan swab belum keluar, kita isolate dulu. Tongah pikir nak masak apo la eh harini......


------------------------------------------------------------

Daripada Busr bin Arthoh berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
اللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُورِ كُلِّهَا، وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ
Maksudnya: “Ya Allah, perbaikkanlah kesudahan segenap urusan kami serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan siksaan hidup di akhirat.” (Riwayat Ibn Hibban: 949)

Thursday, July 29, 2021

Blocks of stories….

Blocks of stories….semua block bergerak seiring...walaupun permulaannya di titik masa yang berbeza

Block no 1 : emotional roller coaster seorang isteri kepada pesakit covid19.

Positif? Dapat je result tempohari dari KKM, apak diarah berkemas2 untuk dikuarantinkan di pusat kuarantin. Tengok update mysejahtera tu macam tak percaya je. Betul ke result test ni? Kenapa orang lain -ve? Ada kemungkinan tak result ni false positive? Rasa macam nak jadi tangkai jering ….. tangkai muda, yang kedekut, tak nak melepaskan jeringnya. Saat saat ni rasa, biarlah duduk dirumah, dapat homecare treatment. Apa masalahnya? Turned out, KL and Slangor boleh kuarantin dirumah bila asymptomatic, tapi tidak di Pekan. Pekan tak cukup fasilities dan tenaga pakar kesihatan, untuk membolehkan pesakit covid19 yang positif duduk kuarantin dirumah. Kalau nak buat perangai tangkai jering yang liat nak melepas jeringnya sebagaimana mama tak nak melepaskan apak pergi, KKM boleh panggil polis….seret ke pusat kuarantin. Berat hati ini nak melepaskan buah hati ni pergi……..even saat van KKM pusing uturn lalu lagi sekali depan rumah dan berlalu pergi, pun mata ni tak habis lagi lepaskan pergi, meleleh air mata depan pintu…………………………Rumah, sempat disembur KKM. Satu rumah bau clorox! redha je la.......sepanjang hari jugak mama membersihkan rumah. Nasib baik sempat cover komputer, n laptop dengan kain....kalau tak basah kene sembur.....

Sebelum apak pergi, barangan dapur & keperluan rumah dipenuhi, order & beli dengan khidmat runner. Jiran-jiran dan kawan2 yang berdekatan ada juga yang membantu, sorang sedikit membeli baki barang2 yang tak cukup. Yelah, kalau barang keperluan kita hampir setroli-dua,….kesian juga nak susahkan orang. Sikit2 boleh la……..barang dieorang sendiri lagi….

Dalam kuarantin ni, belajarlah kami hidup sendiri.........(saat-saat ni syukur ada jiran2& kawan2 yang perihatin yang hantar makanan atas tembok, bantu pos barang, sudi amikkan ubat, offer beli barang, topup phone anak untuk pdpr dan byk lagi......terharu rasa....)

Bila apak mula menunjukkan tanda – tanda sakit setelah 5 hari di pusat kuarantin pertama, dia decide nak tukar pusat kuarantin kepada yang lebih secure dan terasing. Tapi, pusat kuarantin kedua ni tak free. Walaupun berbayar, kami nampak ada keperluan untuk kuarantin asing dari pesakit lain, dan sangat penting. Tambahan pula, makin ramai lagi new comers masuk. Kalau di kl/sngor, pesakit covid stage 1 & 2, atau pesakit asymtomatik, boleh kekal kuarantin dirumah. Tapi bila keluar gejala – tanda demam,batuk, sesak nafas, sakit tekak, kelesuan,…. KKM akan ambil untuk kuarantin. Tapi, saat ni kami risau, dia mendapat jangkitan kuman covid di pusat kuarantin pula sebenarnya. Sapa yang duduk di pusat kuarantin tu, tahulah keadaan sebenarnya macamana kat sana. Yang ni mmg a real struggle. Struggle berdepan dengan penyakit dan mentaliti diri dan orang sekitar. Saat ni, real positive covid19 conditioned menunjukkan taringnya. Apak dah mula tak larat. Progressing ke stage 2.

Saat tahu je ni, mmg banjir la mama ni. Asyik drama air mata je. Rasa sejadah dan bantal ni masam sebab basah dengan air mata je. Harapan dan doa je yang mampu bagi. Nak apak sembuh cepat. Boleh balik. By this time around, keputusan swab test mama & anak – anak, -ve. Alhamdulillah. Masa ni, apak sangat tak larat. Apak kata, mama kene kuat & terus positif…..  

Atuk tanya, semua cukup? duit cukup? ….  

“cukup….stok makanan, cukup,…..orang je tak cukup...” replyku pada abah (atuk).

Saat – saat cenggini nasib baik la tak duduk kt US ke OZ ke……mana la nak cekau bayar kos medical? Nak bayar dengan taik hidung? Kat Msia ni, utk sementara ni, kami mampu lagi survive. InsyaAllah...

Next stage, cemana la kita ni ya? Esok aku & anak- anak akan buat swab test ke 2.....tempoh kuarantin dipanjangkan lagi la, nampaknya....

Block no 2 : emotional roller coaster seorang student phd, networking, learning & meeting new people.

I looked at my work. Hmmmm…banyak lagi ni nak kene buat. Kene buat sambil menyambil. Since I already secured a scholarship for this course, then I should complete the lessons all through, sampai habis. Kalau kat Msia, aku tak dapat peluang ni. Sayang nak lepaskan......Walaupun I was a mess at one end, I kept everything good at this end. My kids were supportive, tolong kemas rumah, buatkan air, jadi my alarm bilaku tido, pembantu tukang masak………….My partner, a former course mate too, a German mom of four, baru habis viva masters. Bila dia join gak, ade la teman. Dia nak sambung belajar lagi, hahahahhhaaa….ooooo man, katanya pening dia nak start….blur segala. Iye, masa aku tahun satu, aku pun pening. I was a dumb phd student and a fool too masa tu…….Ada sekali tu, satu hari dia tak dapat join. Rumah dia kene banjir salji….( sebab skrg, byk ais mencair turun dr gunung………..duduk kt alps ke minah ni? Aku pun tak pernah tanya exact lokasi rumah dia, tapi dalam kampung dia, ada la dalam 15 rumah….maybe one day I will ask, keypoh plak). So masa dia tak de, aku berpartner dengan minah blond dari Finland ni. Bila partner aku muncul semula, aku balik dengan partner German aku…….Alhamdulillah,…..banyak belajar. Banyak jugak tak reti, but at least I know, apa yang tak reti, berguna atau tak yang kiter perlukan untuk kerja phdku nanti……While all that was going on, saat – saat ni, aku doa sangat aku & anak2 tak positive. Kalau tak camne la nak habiskan course ni, kalau tak belajar tak tahu…..Tambah plak lepas suamiku cerita ttg keadaan kat pusat kuarantin….. I don’t think aku boleh tahan. (kang, ada yang mengata aku menja, mengada........)And, I did not tell anyone in this class ttg my family issues...…i just kept all to myself.


Block no 3 : Latest news, my 92 years old tok is Covid19 +ve, and in ICU now. Semua yang pernah ada contact kene buat swab test. Ni termasuk my parents and my sister…..

AND I don’t know how to take this news…………………………………..Hanya mampu berdoa dari jauh je, untuk apak,...dan doa untuk my mom, my abah & adik and the rest of family members...😓😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 .

Saturday, July 17, 2021

Quarantine : Survival mode

1. Status aku dalam kuarantin ni, aku tak canang umum. Kat Fb pun tak. So yang tahu memang famili & orang2 terdekat. 

2. Saat aku menulis ni, keadaan kami memang tak macam saat aku bebas macam dulu. Kalini aku menulis tika saat kami sekeluarga terkurung penuh. . Kalau masa PKPD, at least boleh la juga keluar kan?  Ni, tak boleh keluar langsung. Aku belum level paranoid.... Masih rasional. Kebimbangan terkawal ye...so dont worry. 😊 Makan, minum, sabun, syampu cukup, alhamdulillah...

3. Walaupun hati ni, meronta nak keluar....tapi kalau gedik keluar jugak ni, dengan tangan bergelang,.....mampus la kene hambat! Pastu viral pulak,. Sedap je la kot kene salai, jadi bahan tomahan netizen...Pastu kang kot ada spesis terlebih rajin jadi penyiasat persendirian tak berbayar.... Tak pasal pasal-pasal...nama aku, ic aku, gambar aku, no plat kereta aku, famili aku, harta benda aku termasuklah tricycle berapa, kucing, ayam, ikan laga, siput babi berapa ekor, nama apa, semua maklumat di korek........Ish, gitu lah kan, berdasarkan kejadian yang lepas - lepas kan?......Pastu kalau dapat tahu la aku student postgrad, sah bertambah2 lah kene lumur dengan sindiran dan cacian....Hasilnya, universiti terkenal, fakulti terkenal, dan student sapa yang tak guna otak niiii??? Sapa la supervise student yang tumpul critical thinking ni?... Sv pun tak cukup baldi nk tutup muka nanti 😆😁......Dan tak pasal juga aku akan berdepan dengan tindakan undang2 sebab menjadi individu tak reti bahasa. Aku bukan jutawan. Walaupun karpet beli dari Nilai, tapi kerje tak de.... nk bayar kompoun sendiri pun tak mampu....

4. Tapi bukan itu sebabnya aku tak keluar....(walaupun, ade lah sikit2 iye 😆).....Aku bimbang kalau aku yang jadi agent penyebar tanpa aku sedar (Nauzubilahiminzalik)...Ni yang aku tak sanggup... Saat ni aku doa sangat, harap swab test laki aku -ve. 

5. Saat - saat ni juga, bukan kami je yang kene kuarantin. Jiran2 sekeliling pun ada yang kene kuarantin sama. Tak semua la. Ada yang tak kene kuarantin, tapi ada yang baru bersalin, ada yang berkelek dengan anak kecik sebab suami outstation, ada yang berpenyakit mcm kencing manis, darah tinggi etc, ada yang baru lepas vaksin tak larat......Kes sporadik juga banyak. Kita pun paham tentang risiko. Semua orang ada kekangan masing - masing...

Jadi, aku track wassap, kutip balik dan kompilkan :

  • Nombor - nombor runner dalam daerah pekan...(main belasah je, tak tahu lah boleh caya ke tak ni...kang duit dah bagi, barang tak de....hat ni agak merisaukan)
  • Nombor - nombor penjual barang basah (ayam, ikan, daging) yang boleh COD.
  • Nombor-nombor penjual makanan yang boleh COD ke rumah. 

Khidmat cod ke rumah, berbayar ye, tak free...Time - time gini semua servis perlukan duit.
 
6. Saat-saat ni, ketenangan dan suasana dalam rumah sangat penting. Tambah pula ada anak nak exam. Kebersihan, tanggungjawab, keceriaan, semua penting. Tambah-tambah lagi komunikasi : pemilihan kata, intonasi, masa, semua kene kira.....  

7. Saat - saat ni kene ingat untuk panaskan enjin kereta & motor....

8. So far, kami buat apa yang kami boleh buat. Selebihnya, berdoa. Semoga Allah jauhkan kami dari musibah dan dimudahkan urusan. Amin. 

Thursday, July 15, 2021

Unforgettable moments....


Tak banyak nak cerita...Nak tayang gambar mi sup daging je....Buat kenangan. Kita sorang je suka pedas, jadi kita letak hirisan cili api sket... Hujan - hujan hadap mi sup, panas - panas, mmg comforting!.......5 hari lagi raya haji, Aidiladha. Kita tak de feeling nak masak2 spesel la tahun ni. Apak kata, tahun ni makan makanan biasa je la...Masak apa yang ada. Tengok la...mungkin mama masak. Mungkin gak apak order je dr luar... 

Saat - saat macam ni, nak relaks-relaks. Tenang2 aje. Tak mahu menambah stress yang ada. 

I read about toxic positivity today. Ye betul, aku setuju tentang ni. Kalau perkara tu tak ok, acknowledge je, tak ok. Jujur je. Tak perlu nafikan. Selama ni, aku ingat, it is ok untuk kita share kita punya kebimbangan pada orang - orang yang kita sangka boleh kita rely on. Tapi sangkaan aku salah. Aku pernah bgtahu jujur keadaan sebenar masa aku sakit, atau masa anak aku tengah kritikal di hospital......Aku tak minta ditimang, dimanja atau di beri hadiah, di kalungkan bunga atau dijemput dengan helikopter ke apa......Tapi lepas kejadian lepas, bila individu ni menengking, mengherdik dengan ucapan kata yang menyakitkan hati....Sakitnya Allah je la tahu...Aku tak hingin berdebat tentang sikap & hatibudi sesama islam..........Tapi something that I learned from that moment, kalau aku sakit, atau ahli keluarga ku ada musibah ke, aku memang tak contact individu yang menyakitkan tu.......

Sampai bila - bila aku tak lupa...

Sunday, July 11, 2021

My Cat Walking Memories....

Sekarang, sesi berjalan tak lama. Dekat dekat sahaja. Bolehlah dapat dalam 3000 steps atau 6000 steps sehari. Untung lebih sikit dapat la cecah 10 000++ steps.  Kalau ada apak, berani la nak menapak jauh. Kalau sendirian berhad, dekat dekat aje....duk ulang lah pi mai pi mai tang tu ja...
Tadi, tengah-tengah berjalan, ada sekor kucing ni datang,...Mengiau. Memang kalau sekali pandang, seiras macam kucing kiteorang yang hilang tu...Kucang!!!

"Eh bam, dik.... tengok kucing tu....dia datang kat kita la.....macam Cang.......Cang ke tu?" Masa ni, dua - dua beradik ni dah kedepan dah masa ni. Cek kucing tu...

"Bukan la mama..... ni boy,..." Surut kembali harapan nak jumpa Cang....Kami sama - sama kembali terima kenyataan yang Cang dah tak mungkin kembali lagi. 

"Alaaaaa....Encem boi, rupanyaaa......awak ni imposter betul laaaa"....

Dulu kalau kami jalan - jalan keliling kampung, Cang selalu nak ikut, jalan sama-sama....Anak - anaknya 3 ekor lagi memang tak ikut. (Tapi ada sekor yang nampaknya bakal akan lekat perangai tu, buat masa ni blom level ni lagi, tapi jalan sama-sama, teman & tunggu kt surau n teman balik dr surau, tu ada)...Selalu, petang - petang time evening walk, jalanlah kami sama - sama berlima....ramai-ramai.....cuma dia, kene pakai jeket. Bimbang dia panik, takut bunyi kereta, dia lari lintang pukang. So kita boleh kontrol dia tarik dia, terus peluk. Bila ada kita, dia kurang takut. Kadang tu, dia degil. Ada hati nak jalan sendiri, macamlah reti.....Lepas tu kalau lalu rumput2 tinggi, dia takut .... Bila tak nampak kita, mula lah dia jerit2 (mengiau kuat)...Panggil orang amik dia. Haiiiii....... Kadang bebel gak kt dia. Pastu dia buat muka macam tak bersalah je pandang kita..... berapa kali mama nak pesan pun tak tau la.....telinga ada, tapi tak paham kot. 

"Hang ni paham dak, orang pesan jangan pi main sana? "
"Meawwww" menjawab, tapi duk buat jugak......





Sebelum dia, ada sekor kucing oren jantan kami bela main2. Masa ni, dia la peneman mama tulis proposal....masa duk rumah Kuantan. Kucing orang rumah depan sebenarnya. Depa ada banyak. berbelas - belas....semua oren. Tapi mamat sekoq ni memang lekat sungguh dengan kiteorang. Kalau kita exercise, dia pun jalan sama - sama sekali. Kalau mama round taman 40 pusingan, 40 pusingan juga dia round dengan mama. Ikut semua langkah mama. Kami panggil dia Jan. Sebab dia jantan kot. Pernah sekali tu, masa dia sakit, apak bwk ke klinik Pekan, & pastu bawak dia ke Ancasa Hotel, sebab apak ada meeting. Apak tak kurung dia. Memang biarkan dia bebas.....Petang, dia ada lagi kat tempat apak lepaskan dia. Tunggu apak bwk dia balik rumah semula....Bab menunggu, dia memang sabar.

Selalu asal mama balik pasar, mesti dia lari dari jauh sambut. Tak pun dia tunggu atas tembok. Turun kereta, mama pun bagi la sekoq ikan kt dia. Selalu pagi2 lepas hantar budak2 sekolah, singgah pasar taman tas atau jaya gading sat, beli brg basah. Belilah juga tamban ka selar kuning kecik sekoq dua untuk dia.......sampai orang jual ikan pun tu pun dah tau. Asalnya dia bagi free, tapi mama byr jugak hujung2 tu. Yela kalau sehari amik sekor-dua.....sebulan, byk jugk la kan. Jadi cukup sebulan mama byr la orang ikan tu....

Satu tabiat dia yang lain dari kucing lain.....Dia ni suka bagi hadiah...lipas, lipan, cicak, katak.......kadang tepi katil....menjerit2 kita tengok badan tikus dia menggonggong nak bagi kt kita.....adoiiii....pernah mama membebel kat dia. Semua dia bagi tu, mama tak mo....hang buat main kat hang dah la......bukan boleh makan pun.....Sekali, satu hari tu dia pi amik drumstik sapa laaa mai letak depan pintu,.......pandai pulak tu kira, 4 ketul,...Spot yang sama dia tinggalkan hadiah hadiah lain.... kita bagi dia makan peha ayam dia bagi tu, dia tak mo, usaha angkat letak situ....suh kita amik. Adeiiii laaa......

Jenuh apak mesej satu taman, tanya sapa hilang ayam 4 ketul....tak de sapa mengaku. Dah tu hang beli mana Jan ????  sampai harini kami tak tau......... Masa kami nak pindah pekan, ingat nak amik dia, bela kt Pekan....Tapi sehari sebelum tu, dia dah kene langgar......Mati...............Sedih! Feeling sedih tu....tak tahu nak kata. Asal nampak kucing oren mesti terkenang Jan..........Sampai la apak bwk balik baby kucing dari surau.......Yang kemudiannya, anak - anak namakan Kucang. Terubat sikit sedih tu. Sekarang, Kucang pun dah tak de. 


La ni, tinggal 3 anak - anak Cang kat rumah ni.....Nilah pun, 3 ekor yang budak budak ni bergomol n buat main....ubat rindu... Nanti sampai masa, saat Allah ambil semula, semua akan tinggal kenangan.

Wednesday, July 7, 2021

Spoiling myself...

Pahang Dah Masuk Fasa ke 2

I think I need a break for a moment. I m gonna spoil myself with :

1. Good food...I know, I said I dont want to celebrate me with food. But hmmmm, diriku ini memang sangat teringin nak makan beriyani ni...mana nak carik kat pekan ni ye? i wish i can just order je sampai kat pintu......kalau tak sedap camne? nak kene masak sendiri ke? aiyyooyooo amma appa........dah kalau tak de yang sedap, kene la jugak turun dapur kan? Rindu beriyani kat Perth dulu.......nak yang tu, boleh ?.....hmmmmmmmmm dalam mimpi.... kita tengok dalam youtube dulu la eh...


 


2. Good hair oil & hair serum...
Bila tua - tua ni cenggini kembali ke sekolah, bertambah-tambah je uban tumbuh & rambut luruh....Jadi, untuk kurangkan effek uban dan keguguran rambut sebab stress, terpaksa ku jaga.......so I pow his money to buy good hair oil & hair serum for me....Rambut hitam je bini dia, sentiasa muda je 😆.....Sambil2 sapu minyak kat rambut, boleh urut kepala....👍💝

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya (menjaga kebersihan rambutnya)." (Hadis Riwayat Abu Daud - Hadis Hasan sahih)


3. Good and comfy baju kelawar...
Banyak dah nak buruk dah.... So, submit je paper, 3 trus ku order..........Boleh jadi motivasi, tulis paper lagi ni.....ye, pow duit lakiku juga 😆


4. Good movie...Last time tengok cerita A Quiet Place 1, pastu A Quiet Place 2...Dedua best. Past ni nak tengok cerita apa plak eh......hmmmm...

  
5. Good exercise? Yup, I should spend time doing that too...modelling exercise ke body exercise? dua-dua HARUS! 

Friday, July 2, 2021

Chicago

Describe what you feel today.

Dengan lagu je boleh? 


Sunday, June 27, 2021

Wat Tan Hor

Lama  tak makan koteau hongkong......Ke namanya koteau kungfu eh?....Entah kompius nama banyak sangat. Sesetengah kedai, dedua tu sama je. Sesetengah kata lain. Yang koteaunya kene goreng dengan kicap tu, kungfu. Yang koteaunya kene goreng dengan telur tanpa kicap tu, hongkong...........Oooo gitu....Mana - mana pun aku ok. Aku minat nak makan je....nama cinanya, wat tan hor... Rasa kalau resepi asal tu ada wine, kita tak yah letak wine. Mo man tai (no problem)... Masih lagi hou hou sik (sangat sedap). Nak ada kick lagi? perah limau sket & letak hirisan cili api sket...(kurang muak)👍👍👍

Ok, parking resepi kat sini dulu...


Dalam ni ada udang kan? tak mo udang nak ganti daging pun boleyyyy lorrr.....

Saturday, June 26, 2021

Bear with me...

1. This week I managed to get my pre-presentation done (for conference). Yeay... But I wish I can be as natural as nigella, in front of the camera ( nigella lawson, tukang masak tu)....Ha? apa? lawa? Ha'a utk umur 61, lawa laaa....kan...........hahahaha, tapi bukan itu la fokusku. Fokusku pada kebolehan berucap depan kamera secara asli.......fluent, charming & relax.......and I m far far far away from that...... My end pre-recorded presentation kan, dah macam pembaca cerita bed time stories.......😆😆😆  another kind of slide karaoke, i think.............................. i wanted to improve that recording, but my husband said, improve next presentation laaa........let this one go........😎. Ok, I let go my perfectionist thingy.......... lepas siap, daku tido sepuas puasnya............😪😪😪

2. At first I thought nak present je, direct secara live. Less the hassle......tapi nasib baik jugak, buat pre-recorded. Turned out, malam tadi berdentam dentum guruh kat langit. Masuk je my session & my turn, angin ribut berbunyi, kilat sabung menyabung, guruh berdentum dentam.......Asyik terperanjat bunyi guruh je.....😅.....Hadoi, aku kene off mic, bagi tahu.....kalau aku on mic ni, semua dengar my thunderstorm here...😆. By the time slide last berbunyi, "Ok, i m ready for the Q&A session"....trus ku sambung, "...Here I am...(di ikuti dengan bunyi guruh dentum dentam)"..........Hahaha kinda funny! "I have the thunderstorm with me ..." sambil gelak - gelak.....😄😄😄.... Chairperson masa tu kata "it s ok, we are here to share knowledge " sambil gelak - gelak 😄😄😄... Siapa sangka, ribut kat luar tu membawa rahmat, kurang stress....

3. This paper yang daku present hari ni, sebenarnya hasil digest 1 semester. Ye, amik masa satu sems just nak paham yang aku ni nak setel jenis 'ketakpastian yang mana?' Banyak memori paper ni,..........Masa tulis paper ni,....tak reti nak start. I was in a mess! Stress dengan diri sendiri. Stress dengan tanggungjawab. Stress dengan phd. Banyak tak tahu. Tak reti tulis ni sangat sangat tension. Stress tak tahu nak mula tulis satu hal lagi. Stress kene marah dgn sv satu lagi..........Twas kinda like chicken & egg situation. Sebab banyak nak kene baca & paham... aku bertambah - tambah stress,tapi bila baca aku tak paham langsung! Ada sorang akak ni (phd dia fully qualitatif), nasihatkan aku supaya, kodkan satu - satu.......kalo tak, nanti bila dah move on benda lain, aku akan lupa. Kena start baru, lagi stress. So atas cadangan dia, aku organized guna software. (dulu pernah guna utk master utk data analysis, tp tak pernah terpikir utk guna for LR, perhaps for the thesis). And yes, she was right! Sikit - sikit, lama - lama jadi bukit. Kalau dah lama tinggal pun, boleh trus pick up & sambung. Dah lama tinggal, pun ada lagi, tak lupa........Hmmmm, bersyukur Allah temukan dengan dia di saat aku bengap masa tu. Hasilnya, the fresh from the oven version, present masa monsoon symposium 2018....... ni pun banyak kenangan juga ni. Aiyooooo....... I don't want to touch that memory. 

4. Today, another paper is accepted. Alhamdulillah.  Last time got rejected. Kadang lepas tulis tu, terasa bimbang nak menaruh harapan.... but, this one, I m happy it is accepted.

5. Right before the conference started, I met my modelling teacher...... we had some technical discussion. Some of my technical work does not make sense.......ni memang nak nangis ni......heheh.  Semoga Allah mudahkan urusanku.....Amiiiiin. At this rate, I just want to go to the person who I know I m safe with, secured with, I can share my imperfections & worries without rasa macam kene tikam bertubi - tubi kat jantung ni......

6. Thank you apak,...mama dah masak. dah kemas. dah cuci toilet. apak took over the kids ms mama sibuk. Thank you, please bear with me, a little longer ya.... 

Monday, June 21, 2021

Chocolate mousse cake

Kalau sebut chocolate mousse cake, rasa-rasa keknya rupa cemana?  Apa? Tak reti nak bayang kek yang mana? ok, tak pe...masa aku mention kat anak-anak masa first time pun, macam - macam jenis kek coklat disebutnya....Tak per lah. Salah teka tu biasa la. Yang betul tu, syabas ye. Biasa, kalau sebut kek ni, dalam kepalaku start terbayang dua jenis ni...Ni, ada ku letak dua tepek youtube kat bawah ni, bagi sapa yang tak pasti cemana rupanya. Nak try buat sendiri pun boleh, no problem. Silakan...Sedap tak sedap, ikut selera la...pandai - pandai la eh. Padaku dedua sedap...dedua kusuka... Kalau dah depan mata, dah terletak dalam pinggan, aku memang tak nak share 😏.... renyah nak buatnya tau...Hanya pemalas cam aku je tahu menghargai...😇😉





Besday adik.....!

20 Jun, birthday adik...Yeay!!!!

Tak de hadiah, jamuan gah di hotel mewah ke... Semua tak de...

Yang ada doa mama, apak & bam... + kek coklat mousse + lauk kari ikan merah...

Ha? Pasai pa nak kari ikan merah plak?
Sebab masa kat asrama, makan kari duk tringat kari mama kt rumah....

So, semalam, mama memang masak kari ikan merah ni khas sempena besday adik....
Kalau kat kedai mamak mahaiii tauuu,...
Nak nak hat kepala ikan merah.... Hat bessaq lagi laaa....
Tapi tak pa, mama hidung tak mancung ni dah pandai masak kari....
10 tahun apak tunggu mama pandai masak kari,...
Dalam 10 tahun tu jugak la apak & anak - anak sabaq duk pekena kari cayyaq jaaaaa,...Kata orang, hat tu bukan kuah kari, tapi ayaq kari......😆😆😆
La ni, siap sayang kuah kari mama, simpan untuk esok, nak pakat pekena dengan roti canai....😊

Sekarang, anak dia yang suka kari....😁...mama bukan peminat kari, tapi dah ada orang suka, masak je la...fulfilling request...

Meh tengok resepi, kari ikan merah naaaaa....
Dalam resepi tak dak kerisik, mama letak kerisik... 


Thursday, June 17, 2021

As Happy As Clams

Lala ni...antara makanan laut yang aku & laki aku suka makan...Tak macam udang & ketam. Yang ni aku sorang je enjoy. No competition. Aku bolot semua...(Oh, bila ada anak, kongsi dengan anak-anak) Hahahaha.....Tapi, tang lala & kerang, kami kongsi kegemaran. Namun, disebalik perkongsian tu, anak ku yang sorang ni je tak mewarisi kegemaran yang sama. Lala ataupun kerang (tapi ketam & udang dia makan). Entah cemana pulak dia tak mewarisi kegemaran tu walaupun dari kacukan induk yang sama je dengan adik... Trait ni lompat turun kt si adik je. Tapi tak pada si abang...Kadang bergurau juga dengan dia, betul ke DNA bam ni? Hahahahaaa...DNA silap kod ke? Kah kah kah.....Sambil kopek lala, cerita kat dia....Lauk lala ni, time mama & apak susah dulu, ni lah antara lauk kami... Agaknya, dalam perut dah makan banyak sangat kot. Bila dah keluar dari perut mama, dah tak teringin....

Sekarang dah besar dah budak ni.... I told my son, kalau kat oversea ni....By the age of 16, bam dah kene keluar dari rumah. Belajar berdikari. Kene kerja, kene sewa rumah sendiri, you have to work for your own money... kat Msia, you don't see that happens to all family.  I told him in 9 years, pada usia 25, apak dah jadi apak. Bam dah lahir..........

"Eh mudanyaaaa....9 tahun tu tak lama....dah jadi apak?"

"Haaaa.....Ye la...Tau pun, tak lama....By the time bam lahir, mana paham bahasa....Ei, sabar eh, kita tak de duit untuk beli susu awak bulan ni, awak jangan nangis yeee........Tapi tak, bam nangis je, melalak....Tak peduli, time bam nak susu, bam nangis jeee....Dah dapat susu, bam diam...Tu blom time sakit, time diaper busuk nak kene tukar.... Time tu, jimat-jimat la mama n apak ni...Makan pun cubit-cubit,... nak kumpul duit beli rumah lagi....Kereta pun yang kecik je mampu.....Nak beli besar lagi, tak mampu.......Nanti zaman bam, time umur 25 tu, rasa - rasa nya cemana?"

Ye, ingat lagi zaman tu. Kami ni pernah sampai level terpaksa meminjam duit untuk beli susu anak. Bos apaklah yang bagi pinjam duit ....Kesiannya kiterorang ni dulu.........(Sekarang, bos apak dulu dah jadi student PhD apak (grad dah pun, Alhamdulillah).... Budak yang dia bagi pinjam duit beli susu pun dah besar). Masa ni, yang murah - murah je, macam ikan selar kuning (sekilo rm2)& lala, kami buat lauk....Jarang nak buleh Tenggiri, Merah, Jenahak, Tetanda jadi lauk...... huhuhu...Suka, tapi tak mampu. Berikat perut, (untuk dapat simpan duit nak beli rumah), nak bayar sewa, bayar kereta, nak bayar hutang belajar lagi....Single income, berapa je la baki yang tinggal...

Ye,....ingat lagi zaman tu... Kalau masa duduk dengan parents, mama dah biasa naik kereta yang lebih selesa......Dah kawen, kene sedar. Susah ke, senang ke, kene sama - sama... Bersyukur sangat dah masa boleh bayar kelisa tu........Dalam rumah, kosong. Heater air panas x de...Aircond pun tak de. Mandi air sejuk pun, air sejuk la........Memang keadaan memaksa mama ni turun dari kayangan, berpijak dibumi nyata....

So bila dengan anak - anak ni.... cemana? Boleh sabar tak hidup susah? Mampu ke berusaha sendiri? Mampu tak berusaha tanpa dengki? Mampu tak, tak jadi parasit ? Ada orang, sebab dia susah lah dia jadi parasit. Jadi parasit lah mudah, hidup senang...Ada juga, spesis tak boleh tengok orang lebih dari dia, dia nak sabotaj, nak sailang. Hmmmmmmmmm..... Benda ni, semua berbalik pada nilai apa dipegang oleh seseorang individu..... 

Bila pikir, boleh jadi risau,....Ya Allah peliharalah anak - anak ku...murahkanlah rezeki mereka, cukupkanlah mereka & mudahkanlah urusan mereka dalam hidup mereka... Amin.

Itulah, susah dulu, kami makan lala...
Sekarang pun masih dapat menikmati lala lagi... As happy as clams....bersyukurlah, walaupun berdepan dengan macam - macam ujian, masih dikurniakan rezeki yang datang dari pelbagai arah....


"(Ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, ‘Sungguh jika kalian bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu. Tetapi jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat," (Surat Ibrahim ayat 7).


Wednesday, June 16, 2021

Craving for something sweet too much

1. Sekarang buat kerja fully dari rumah sahaja....Tak masuk uni langsung. Lepas submit 1 paper, projek mathematical modelling, daku slow down dulu...

2. Saat - saat ni macam - macam teringin nak makan,...tengok durian, nak pengat durian,...tengok labu, nak sira labu, tengok sagu, nak sagu susu & gula melaka, tengok mangga nak smoothie mangga........semua manis manis.....hiiiiii....kuatnya nafsuuuuuuuu menggoda...... tak boleh layan sgt ni...bahaya!

3. Anyway, my parents are getting Astrazeneca vaccine soon. Alhamdulillah. Semoga mudah urusan. Me & my husband, blom dipanggil untuk vaksin lagi...hmmmmmmmmmmmmm lamanyaaa lahaii,...x pe, kami rakyat malaysia yang penyabar. Mudah mudahan ada lah rezeki kami....Pfizer ke, kan 😉.....amiiin.

4. Meh tengok ikan siakap masak asam jawa ala thai kejap...kita parking resepi sini dulu...yep, i got a big fish to fry here 😉 

Sunday, June 13, 2021

Born To Be My Baby

Alhamdulillah, dah submit dah project. 

Tak perfect,...ada part part yang tercuai, hmmm😓.... Tak per la. Terima la hakikat. Apa nak buat, benda da lepas. Yang penting, siap n submitted, walaupun ada anak soalan yang termissed. Apapun, dah selesai 1 sem. Alhamdulillah...

Lama tak dengar born to be my baby.... meh layan jap. 


Esok..... eh esok? apa plak esok, harini la. 😄.... ok, harini start bangun tido nanti, tak nak pegang kompiter. Hmmmm,...nak masak apa ye..... 😍

Thursday, June 10, 2021

Husn Hai Suhana - The beauty is charming

Lama tak tengok cerita hindustan.... 

Kita ni minat cerita hindustan yang lama-lama dulu....... Tu lah, masa kecik kecik dulu mana ada internet,...henpon pun tak de.... dengar radio + tengok tv je la. Kotak hitam yang sering dikutuk dalam karangan bahasa melayu, punca kelalaian dan sumber hiburan masa tu jugak yang ditatap mata ni bila masa lapang.....Semua tv3 punya pasal 😆....Tiap-tiap sabtu tengok panggung sabtu, sampai tua melekat .... kalau cerita cina, Jade Theater...

Tapi dah tua -tua ni, nak tengok cerita pun tak sempat..... Minggu ni aku sibuk nak siapkan project math modelling...Dapat run algo tu rasa macam nak berjoget satu rumah!!!

Kalau la boleh joget cam budak ni kan best.... hahahhahahaa


Govinda punyaaaa la seronok tengok orang joget lagu dia dengan Karisma Kapoor...Husna hai Suhana....(jangan tanya lirik dia ttg apa ye, mesti ayat ayat org bercinta la kot dalam hindi, aku tak paham satu habuk pun, kecuali tajuk)

Nanti, aku nak carik cerita apa nak tengok lps siap projek ni.....Asal best & worth to enjoy! Bahasa, aku tak memilih...Tamil aku tengok, telegu, iran, azerbaijan, serbian, turki, rusia, jerman, perancis, italy,... semua aku bantai......😄......


p/s:....kene celebrate dgn movie, bukan dengan makanan sbb diri ni dah semakin jauh dari berat badan idaman nampaknya...😔

Sunday, June 6, 2021

Char Siu Chicken

Char siu chicken...?  Ha, kali ni kita ke dapur cina pulak...Ada orang makan Ayam Char Siu dengan nasik ayam, mi kicap cina atau jadi hidangan lauk nasi putih pun boleh...

Apa cerita tetiba selera ke chinese cuisine harini? Entah, tetiba teringin nak makan...Esok nak pergi beli la thigh ke kepak ke drumstik ke, perap semalaman......Lebihkan sikit untuk buat ratah.... Sayur? hmmm buat sayur campur la, tak pun kukus je kailan....tak pun salad je la...Pemalas kan...? Tak pe, dapat bini pemalas pun lantaklah, yang penting kenyang semua...😉


Saturday, June 5, 2021

Kerja banyak

Kerja banyak = kerja rumah + my study ... Meh, nak tarik nafas panjang - panjang....


The bad news is this song stuck in my head... 😉 and, the good news is, there is a rezeki at my door, alhamdulillah...😎

Thursday, May 20, 2021

Tupak Sutong

Tengah-tengah pkp ni, tetiba teringin nak makan ketupat sotong...
Nanti pas siap 1 paper ni, nak g buru bahan - bahan la...😊 
Resepi mana yang jadi faveret? Susah nak kata. Kadang kita suka ketupat sotong terengganu... Kadang kita suka ketupat sotong kelantan....Kalau ketupat sotong utara, macam ketupat sotong terengganu, tapi tak manis, & tak de halba. Cara masak pun berbeza. Kalau yang pantai timur, rendam semua sekali, letak atas api. Yang utara, masukkan bahan - bahan bila santan cair mendidih - halia + bawang merah + garam + daun pandan + sotong, nanti dah nak hujung baru masuk santan pekat. Gula buh sikit ja.... Lagi satu, sotong kita memang tak suka buang baju sebab kita suka kulit sotong... So jangan terkejut bila nampak sotong kita berbaju purple, tergolek riang dalam mangkuk ye.....😄

Versi Terengganu


Versi Kelantan