Saturday, June 22, 2019

......... Xiao Long Nu? Hehehehehee...

Satu malam, aku kat corner tepi, hujung rumah tengah buat keje kt laptop...

"Akaaaak...Ooo Akaaaak...Kak 415y4H ke tu?" adik ipar aku panggil kat pintu.

"Haaa...yeeee..."...mulutku jawab tapi mata kat laptop, masih terus menaip.

"KAK 415y44444H !!!"

"Yeeeeeee...sayeeeee....napeeeeeenyeeeee"...aku stop menaip. Toleh.

"Ayan nak kompemkan ni kak 415y4h,..."

"Yeeeee...kompem...akak ni"

"Ayan nak kompemkan jeee...sbb nampak macam hantu...HAHAHHAHAHHHAHHAHA"

"Hah?...Hantu?"

"Ha a...Ayan cuak dah tadi...tu yang ayan tengok betul betul...pastu tegur tu"

Macam hantu adik ipar aku kata aku...bertuah betul.
Aku pun bangun...g kat dia...

"Akak punya lawa cenggini,...ayan kata macam hantuu???" (sambil gerbang2kan baju kelawar baru)

(Alaaaaaa aku patut ngaku je tadi, boleh jadi modal mengusik dia...)

"Ha laaa...dah tu, dengan rambut mcm tu...duduk macam tu kt situ...Ayan takut hantu je...Hahhahahahahaaaa..."

"Alaaaaa...takkan tak de langsung nampak macam Xiao Long Nu kot?"

"Apa kak? Xiao long nu? Ade hati nak jadi xiao long nuuuuuuu...Kah kah kah kah"

Memang berdekah dekah laaa malam tu...maunye tak. Sbb kakak ipar dia ni versi yang dah 30kg terlebih, ketot sikit n ada anak 2...hahahhahaha

p/s: so paper ni la aku nak publish dulu....paper perasan nak jadi Xiao Long Nuuu...... nak jadi Huang Rong, bukan tengah mood cheeky...

Terjebak jugak akhirnyaaaa...

Ye, aku tahu aku kata tak buat open house tahun ni...Mood raya aku memang tak de. Tapi terbuat jugak, sebab termakan pujuk manis ni...Aiseymen...Asal gurau gurau,...sekali jadi betul betul plak. Mak - mak budak- budak sekalian ni...bila excited, enjin tengah panas...mmg laju! Tension tension run experimen tak jalan jalan, dia g run majlis raya jalan terus. Dengan aku aku sekali terseret...

Modal share ramai-ramai. Khamis confirm tarikh majlis & start order, jumaat send invitation, jumaat - sabtu beli barang. Ahad setup majlis raya. Simple. Memang pilih time minum petang...

Malam sabtu, memang malam membawang ramai-ramai...kecoh! Dengan periuk periuk jalan sekali...Hahhahahaha, luaran je macam postgrad mama, perangai macam kanak kanak ribena kat tadika semua...

p/s: aku send 4 invitations je

So, minggu ni clear! Dah tak yah pikir2 dah...sebahagian sel otak aku da bebas...
Minggu ni, fakulti lakiku ada eac...hiiii, laki aku susah hati ttg akreditasi ni. tido tak lena...sampai ngigau2 pun ada. Aku siap boleh sedar lagi, dengar apa la yg dia ni merapu. Risau sangat dia ni...aku duk sebelah pun, macam tak nampak je...perasan, tapi tak kecik hati. sbb tahu...masa depan orang/student dalam tangan dia dan orang orang terlibat...satu kaki dah masuk dalam neraka katanya. gaji berjalan. Hmm...ye la. kami sekeluarga ni makan minum, belanja pow duit dia. kalau gaji tak bersih, susah la... 

Tuesday, June 4, 2019

Esok Hari Raya 2019


1. Baju raya.
Tahun ni, pakai je la apa yang ada. Dalam kepala banyak nak pikir. Tak sempat nak shopping kaw kaw...Shopping pun kat pasar pagi bandar Pekan je, tak pun pasar tani Kuantan. Tak de tema raya. Memang sengaja. Biarlah colour tak sama, yang penting hati. Hati yang kene dekat selalu.

2. Makan - makan.
Tahun ni, aku tak buat makan-makan, tak de jamuan ke etc.
Hantar makanan ke destinasi berbuka puasa je. ( eg. jiran2, sekolah anak2 sempena hari guru...)
Ramadhan ni kadang masak sendiri. Ada masa order kat hujung jari je. Ada masa petang bawak balik tarpau lauk dari kedai. Ada masa beli kat bazaar Ramadhan. Paling best sekali, tahun ni hari hari dapat bantai jus mangga. Sedap. Aku la pelanggan setia kedai air mangga ni...

Masa kt rumah mak aku, tahun ni dapat daging kuda. Hah, excited sket nak masak. Buat rendang sikit n goreng bawang lada kt KL. Pastu apak beli extra untuk bawak ke lenggong buat rendang. Kalini, rendang kuda resepi mak mertuaku. Lama apak rindu resepi mak dia... yang ni, aku memang angkat bendera putih la. Leading chef, still mak mertuaku. Dah 15 tahun kawen pun belum pandai pandai lagi masak sebijik sebijon macam dia. Hehehehehee...bila dah kawen kene la tolerate dengan apa yang suami kita suka walaupun selera kita berbeza. Redha je la, tangan bini dia lain. Aku jadi tukang potong2 je n basuh basuh pinggan mangkuk dan periuk belanga je. Biras dan ipar duai lain semua pakat ada baby tahun ni. Aku je yang x de budak kecik. Untuk ni aku dah standby baju kelawar raya. still cantik untuk duduk dapur. Hahahahahaha

3. Indoor spring cleaning. 
Aku dah bersihkan rumah. Gotong royong dengan anak anak. (Apak? Dia busy...)Toilet dah dah sental, hall, dining & bilik semua dah bersih.
Lagi aku tension dgn study aku, lagi bersih aku sental kot.
Bersih sampai boleh buat operation theater! Hahahaha...iyo la.

Baju? Aku dan askar askar sekalian dah buat 'lipaton'...
Setinggi tinggi gunung baju tu berjaya kami lipat akhirnya.
Alhamdulillah, lega hati bila tengok bakul - bakul baju kosong.
Kurang stress bila tengok rumah bersih n lapang.
Ni kalau orang turki datang mesti dia kata rumah aku mcm org miskin, sebab x de karpet. Budaya diaorang, ukuran kemewahan terletak pada karpet tuan rumah. Ok,...well, aku suka lantai tu kosong. Tak de karpet. Bukan negara sejuk pun. Lapang. Senang sapu. Senang lap... Apasal tetiba aku compare dengan turki eh? Yang sebenarnya, aku rindu makanan turki, Pide. Hmmm, Pide oh Pide bila la boleh ubat rindu ni...

4. Luar rumah? 
Kawasan luar aku sapu2 je. Kawasan rumah masih berpasir macam gurun sahara. Teringin nak buat kebun herba atau kebun sayur la. Kat rumah lama, dah ada. Rumah baru ni, dah setahun x de perubahan. Tapi ikan ikan yang apak, adik n bam tangkap dah kami letak kt tong...siap ada pokok kiambang lagi. saje je letak kat tempat air hujan dari bumbuang jatuh. Kot kot boleh try hydroponik ke aquaponik yang boleh bela ikan sekali...Tengok kebun orang & kawan kawan dalam FB terinspired plak...
Setakat ni, sisa batu-batu kat tanah dah bertong-tong aku clearkan dan buang. Rasa macam ada lagi tak habis buang...Rasa nak sambung lagi la clearkan batu batu ni. Then plan nak letak tanah hitam sebelum start tanam rumput. Aku plan nak amik rumput gajah besar atau rumput gajah mini. Aku suka rumput ni. Lembut. Tak manja. Tak payah siram air sangat. Kene pijak-pijak pun no problem. Tahan lasak. Memang suit dengan taste aku. Aku tak rasa nak amik rumput karpet kot. Mahal satu hal. Lipan dan ulat gonggok suka bersarang bawah rumput karpet satu hal.
Hmmmmmmmmmmmmh...persoalannya, bilo la ekau nak buek semuo ni dak ecah oiii...
pelan pelan eh...study aku tak siap lagi.