Thursday, December 31, 2020

Post penutup 2020...

Coretan 15 minit terakhir 2020, sebelum masuk tahun 2021....

1. Tahun ni tahun last aku ada anak yang bersekolah rendah...Lepas ni sah dah tak cakna ttg upsr, atau apa apa berkaitan silibus sekolah rendah, kafa ke, surah apa nak kene hafal, bila ujian amali etc.....

2. Setakat ni si adik daftar dulu sekolah menengah yang diberi PPD. Walaupun mama ni kalau boleh nak push adik masuk sekolah pilihan mama....tapi,...bukan mama yang nak belajarnya. Yang belajar nanti, adik. Tak adil mama push. Memandangkan doa seorang ibu ni mustajab, biarlah mama doa untuk adik, x putus ...semoga mendapat sekolah yang baik, guru-guru yang baik, kawan kawan yang baik, fasiliti sekolah baik...  Amin.

3. Dulu ms baca surat tawaran ke asrama bam, mama yang meleleh air mata....apak plak gelak gelak terkekek jeee... katanya, nak sedih apa nye, bukan berpisah beribu batu...15 minit je dr rumah....... Bila kenang balik,...ye, kelakar plak rasa.... Tapi, cayalah... masa tu mmg tak kelakar,...dgn mcm2 kisah yang berlaku kat asrama, mama bersyukur dah berlalu.......... syukur, bam dah berdikari, kuat, berani! kalau la ada time machine boleh patah balik, i wanna thank myself for my patience, my strength..... walaupun ms tu aku rs mcm at the bottom of the sea je masa tu...org mengata macam2 pun, tahan aje lah, my commitment endured macam macam...
Back then, masa tak de Covid19 dulu, apaknya outstation sana sini...
Mama sorang2 je, dgn anak...
Hmmmmmmmmm....
Sekarang?
Hmmmmmmmmm....Yang mana rezekiku, aku terima, aku bersyukur...🍀🌻🍀🌻🍀

Sunday, December 20, 2020

Karipap Birthday 2020!!!



Lama tak buat karipap... Kali ni yang ke - 11 kali dalam hidup.
Menggoreng karipap tu, biasa....Dah banyak kali...tapi order frozen punya, bukan home-made,... tapi home-fried je... 😁

Tahun ni, birthday boy senior request nak home-made & home-fried. Yang apak request kalini, bukan karipap orang lain,...tapi dia nk bini yang buat. My resepi, ... mcm dulu-dulu, tak berubah. Inti daging lebih dari kentang. Rempah kari + kurma, nisbah 3:1. Resepi kulit juga tak berubah, masih sama macam dulu : << my fav karipap daging >> . Rasanya bukan manis, tapi masin... savoury kan...

Disebabkan birthday boy senior request karipap, birthday day boy junior juga nak...Birthday dia ni, 9 hari lopaih apaknya besday,....Dia request inti sardin. Ok la, kita buat sekali harung je la eh....Nama je sardin, tapi yang dia maksudkan mackerel sebenarnya.🐟🐟🐟

Bagi anak - anak, ni pengalaman first buat homemade karipap... so mama share semua jawatan tu dgn anak - anak. Tukang kopek bawang ada, tukang potong bawang ada...Tukang kopek dan potong kentang ada, tukang masak ada... Uli kulit karipap? semua sama sama... kita buat mass production. Apak je tak de, besday boy g keje.... (sabtu ahad pun kene keje, sabo je la... apa nak buek, dah tuntutan keje)
Yang sebenarnya, anak -anak merindui donat bulat lembut mama dulu....
Yang last mama buat ms menulis dissertation master dulu...
Janjinya, nak buat lagi lepas siap thesis....
Tapi....
Karipap yang tak masuk dlm perjanjian, kita buat dulu,...
Donat yang diidam dalam tundaan....penantian satu penyiksaaaaaaaaaaan...komplennyaaa...
Hahhahaha... 
Saja je mama ni buat korang rinduuu yeeee.....
Hanya Allah je la yang tahu...
Senyum je laaaa mama niiii....😊💓

p/s: karipap je jadi hadiah hidangan istimewa tahun ni. happy birthday 🍰🍰 & happy anniversary 👰, apak...

nak layan lagu Kejora - Search la...





Thursday, December 17, 2020

Cuak sekejap! Kes Covid 19 naik semula!

Lepas siap draf kasar paper baru, aku decide nak take a break... Yang sebenarnya, nk bawak diri jauh jauh ubati hati cinta luka hampa kene reject...😆 Kan best, kalau lahir2 terus pandai!
Adui la...

So, hujung nov lepas,....di saat satu Malaysia tengah pkpb, kami yang kat Pahang  sempat amik kesempatan enjoy cuti cuti malaysia kat Cameron Highland, CH. Alhamdulillah... Tu lah kali pertama kami anak beranak bercuti bersama keluarga yang bukan atas sebab urusan kerja. 😂😂😂..... Tu jugak la first time cuti ke CH lepas kawen, Tu jugak la first time cuti ke CH dgn anak - anak,.......................Last diri ni g bercuti dgn family, ms bujang, belum bertunang, sekolah menegah! (cuti yg betul2 bercuti tanpa kerja, bukan yg sambil-sambil sbb urusan keje)............................ lama tak? Hahhaaa la ni, anak pun dah besar,.........kita dah sedap nak jalan2....Kali ni kami pergi, pakat 3 keluarga.  

"Hoi, perut ko muat lg ke? td kan baru lepas makan... kiterorg dah penuh weiii"🙈
"Hahahaa sy tak kira, kak....sy dah lama rindu scones, sy nk baham skrg jugak....akak g la petik strawberi dulu, nanti sy dtg..."😂😋

hasil kretiviti mak mak ... ni le, first time belajar buat stimbot sendiri...
(jauh lebih jimat, dpt makan lebih banyak, ikut tekak sendiri)
Barang2 makan sebenarnya, kami pakat2 angkut dr pekan, masak2 kt sini...

Entah bila boleh g lagi sesama mcm ni... yg sorang ni ex senior dulu, yg sorang ni student lakiku... ni le ahli mesyuarat tepi longkang... ptg2. Ms keje tak denye dpt nk berbual2, merapu rapu... ms lunch je la, kalo ada pun....( itupun x selalu... kdg aku mkn dgn diorang, kdg puasa, kdg dating dgn org lain plak,...kdg keluar...kdg x de mood nk makan, duk terperap dlm bilik je la...gitu la )

Sekarang, kes covid naik semula. Kuantan dah zon merah, Pekan pulak tadi asalnya hijau dah bertukar kuning. Hmmmmmmm... nasib baik sempat jumpa sv. 

Ni, kalu dah gini jumpa dlm alam maya je la nampaknya pas ni... 
Sejak detected ada kes kt Uni...
Kita dah cuak giler....
Ingat dlm Uni selamat. Rupa rupanya, tak... dengan keadaan skrg, mcm was was je...nk keluar.
Huhuhuuu... Semoga Allah mudahkan segala urusan, Amin. 

Friday, December 11, 2020

Gozleme

Teringin!...


Lama tak makan...ni antara fav aku. Ni kira macam ala ala murtabak, tp versi turki gitu. Ada orang suka letak feta cheese. Ada yang tak suka. Dulu masa lakiku buat Phd, kdg2 petang2 dia akan beli bwk balik gozleme,... Makan panas-panas! Sedapnyeeeee... alahaiiiii...  

Dalam budaya turki, kalau dah di jamu makan...kene doakan tangan orang2 yang masak tu sekali sebagai tanda terima kasih. It's consider rude kalau tak cakap apa apa... tambahan pula, kalau tak cakap tu, tandanya makanan tu tak sedap.

Hmm...Bila berkawan dengan orang yang berbeza budaya, antara topik yang boleh dijadikan perbualan ialah makanan, variasi resepi masakan, adab makan, tatacara makan, budaya makan.....Jadi, bila dikalangan kwn2 middle eastern, (selalunya laki)...yang sudi bg makanan,....aku akan bgtahu suaminya, kim salam pd isterinya yang sudi masak lebih tu... 

Selalu aku akan balas. Segan menjadi pihak yang hanya tahu mengambil sahaja. 
Nak masak bagai, bimbang tak kene dengan tekak dan selera. (balas dengan menulis paper lagi laaaaa BUKAN). tapi, aku akan balas dengan pemberian dalam bentuk makanan juga... Kadang kopi, teh, coklat, kek, buah, air..bahkan, pernah ku tinggal je kt pantry lab, utk sapa sapa amik free,... Selagi depa tgh study, selagi tu aku kira depa di jalan Allah... amik laaa...

Sekarang, ramai yang kukenali dah habis. (Alhamdulillah)...Sesetengah tu ku jumpa personal. Sebab dengan orang orang inilah yang sudi luangkan masa, share ilmunya denganku masaku bengap dulu...  

Ada yang pernah tanya, 

"are you nice because you want us to write paper for you?"

" Insya Allah, I will write my phd papers with my own hand... Just dua things are good for me, that s enough dude" 

Itulah jawapanku. PhD student, mmg jd first author...(nak harap terrer segala, mmg takla,...ada sv yg boleh berbincang, ada expert... tau la kita tak jauh merapu)

Kadang, ganaz guraunye...

"I don't write for free, pay me to write for you" sambil gelak gelak padaku

"Whoaa, you think I own goldmines, don't cha?... sorry gold digger, bad news. I write my own 🐌🐌🐌🐌🐌. Tq" 

lebih kurang gitu la jawapanku, banter balik, ganaz kembali, macam la terer sgt 😆😆😆

Sebelum ada silap sangka... terus terang je, kita tak. Lgpun tak salahkan depa, sbb dr pengalaman hidup depa mungkin lain. 
 
Inilah malam ni...
Sambil rindu gozleme,...
Sambil menaip, sambil terkenang kenangan sepnajang jd student sebenarnya...
Biarlah, walaupun tak cantik paper2 & thesis ku ini, tapi ni hasil kerjaku. 

p/s: makan kt youtube je la, 😋

KISS

Maksudnya "Keep it simple, stupid...". bagi sesiapa yang memang dalam bidang yg aku tgh buat ni, mmg tahu principle ni. Aku lagi best, tak tahu pun!...hentam sokmo!

Selama ni, aku cuba "keep it slow and sweet" ...tapi sweet tu tertapai plak...ada masa tu masam! Dah terKISS lain  pulak, langsung jadi "keep it slow, and sour" plak.... Hadoiiii la 😅 

Ku akan sibuk dan bertambah sibuk lagi lepas ni... Kerja banyak. Tu yang dalam list. Blom yang tetiba akan muncul secara magik, rupanya patut masuk dlm list!!!

Akan banyak orang rindu lepas ni...

(perasan! 😉)



Tuesday, December 1, 2020

Nasik Arab First in 2020


1. Setiaku bersama periuk ni, dah 9 tahun bersama...walaupun bukan berjenama, tak mahal, brand Wiltshire je  tapi masak gulai, asam pedas, kari, nasik itu, nasik ni, mmg superb! Aku mmg sayang kt hang... sanggup angkut balik msia, tak mo tinggal...Dah la senang basuh, anti-kerak pulak tu... Duk jaga dari kaler pink sampai kelabu bawahnya,(dah nama pun bontot periuk kan,...dah tak pink, sbb asyik terbakar je, kene api...tapi x pe, dia boleh mengata kuali bontot hitam 😁)...Kalau laki ku tak de tajuk research, nah! meh, aku bagi tajuk "My wife and her beloved pink pot : A single user study"... boleh kaji, mana la tau kot kot jumpa gap kan, nk propose hadiahkan periuk yg advance lagi ke, kan......kita suka je,😄

2. Aku byk keje. part yang dah siap tu tak pe la. part yang tak siap siap ni, aku risau... Tapi time makan kene makan. Lakiku nak makan sama sama...Dia nak tengok muka aku jugak. Katanya, kalau sehari dua, ok lagi...kalau 4-5 tahun makan sorang2, bini tak de apa citer?...ok ok .... ni bini awak ade ni... Time muka licin mulus macam telur rebus ada, Time muka banyak jerawat macam bulan pun, ada lagi......Koman koman sehari, ada satu kali, mesti makan sama-sama... Unless ada hal atau outstation la...

3. Selepas nego, aku rasa aku nk masak 3hr je seminggu. Setakat ni dengan gotong royong. Sementara sekolah tutup, dengan dua pembantu chef, aku tinggal masak je. Lagi senang kalau resepi yang main hentam je masuk semua. Pastu tinggal, tunggu masak. Siap je, boleh makan terus. Da penat2, mmg tanak buang masa,... 

4.  Contohnya mcm ns arab kan... aku suka letak lada,...lagi pedas, kurang muak, lagi bagus. Tapi ats permintaann, kuturunkan standard pedas... Last last aku letak bell pepper je. Bell pepper kaya anti aging agents and anti cancer properties. Semua orang kene makan! 😏

5. Ni first nasik arab aku masak tahun ni. Tak yah kawen dengan arab pun boleh makan nasik arab. Tak de bau arab pun tak pe. Ok la tu. Tak yah kawen dengan orang italy pun boleh makan lasagna, bolognaise, aglia et olio... Tak yah kawen dengan orang india, dapat makan biryani,...Tak yah kawen dengan orang turki dapat makan kebab & pide...Ok la tu...(kedai ada, 😆😆😆😉)  Walaupun tak selawa jesica alba, bini hidung tak mancung ni ada, kan...?   

Sunday, November 29, 2020

Kiasan ibu rusa...

Kenapa rusa ni tenang je dan mata tak berkedip walau sedang dimamah oleh sekumpulan cheetah?

Foto hasil jurugambar Kanada ni telah menang anugerah Photo of the Year di Jepun.. Dan paling menarik adalah cerita di sebalik gambar ini..

Awalnya.. sekumpulan cheetah telah mengejar rusa betina ni dan 2 ekor anaknya.. Terasa bahaya kepada 2 anaknya, dia pun berusaha tarik perhatian kumpulan cheetah tu jauh dari anak2nya.. Sehingga 2 anaknya itu dapat melarikan diri jauh dari kumpulan cheetah...

Ibu rusa ni tidak sedikit pun melawan bila kumpulan cheetah itu berjaya memerangkapnya, matanya tetap tenang dan fokus mengawasi larian 2 anaknya tadi yang semakin jauh meninggalkannya...

 ------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itu kisah ibu rusa dalam gambar tu...

Ye, sedih. Selalu gitu la.  Jadi ibu ni kene berkorban sampai terkorban.

Kalau dia korbankan dirinya masa tu, anak - anaknya mungkin terlepas dari chetah tu...tapi boleh jamin dah tak jumpa chetah lagi di masa depan? singa ke? hyena ke? harimau kumbang ke? Sekarang, anak anak nya dah tak beribu...sapa nak jaga? Lagi senang, pemangsa nak serang.

Kalau ibu rusa bijak sikit, dia akan cari jalan, cari taktik lari dari chetah - chetah tersebut... elak dari kene makan...

Kalau ibu rusa bijak sikit lagi, dia dah plan siap siap ajar anak dia apa nak buat dan taktik lari dr cheetah...& plan nak jumpa kat mana incase terpisah...

Kalau ibu rusa bijak sikit dan pandang jauh, dia dah sediakan padang rumput khas yang selamat untuk dia dan anak anaknya makan tanpa perlu bimbang diserang pemangsa...

Kalau ibu rusa bijak sikit macam aku cakap tadi, anak anak chetah pula tak de makanan....susah pulak ibu chetah.... Pulak daaaaah, tak seimbang pulak sistem alam.

Bila pikir lagi...walaupun aku tak bijaksana (bijaksini je 😆😉), aku bersyukur, aku tidak berada di tempat ibu rusa tu...(ataupun ibu chetah). Aku dikira beruntung dilahirkan sebagai manusia, ada akal, mampu buat pertimbangan, dikurniakan rezeki mampu membuat pilihan, dan memilih keputusan yang kurang teruk dari banyak banyak pilihan yang mendatangkan mudharat yang lebih teruk...  Hmmmmmmmmmmm..........

Saturday, November 28, 2020

Jauh Di Sudut Hati...

Minggu ni dah masuk minggu ketiga dah ibu kucing betina kami, Kucang tak balik...

Puas cari....Hilang, tanpa jejak. Mati tak nampak bangkai...

Dulu, seminggu lepas anak bujangku masuk asrama, suamiku bawak balik anak kucing ni, lepas solat subuh, dari surau. Katanya, kesian, dr semalam menjerit2 cari mak dia, x de. Masa dia tunjuk tu, aku la orang yang pertama bising2...suh hantar balik anak kucing tu! tak nak anak kucing tu...Marah marah lagi, sebab kerjaku bertambah. Apa taknya, nak setel anak lagi, nak setel kucing lagi... nama je nanti, kucing depa....last last jadi kucing mama juga sudahnya.... Betul pun!

Setelah kucing jantan oren kesayangan mati, masa berpindah ke Pekan...hati ni kononnya dah tertutup nak sayang kucing lain. Tapi, menyampah menyampah pun, dah kita punya, mestilah sayang... 

Masa kecik2, sebelum pergi opis, aku bancuh susu, kasi minum,...balik rumah tghari, bancuh susu lagi, kasi minum,...petang balik...bawak main... macam macam aku training. training berak, training panjat tembok bila kereta nak gerak...training cabut rumput,...training bukak almari, training masuk rumah bila takde orang, training masuk rumah bila ada orang... Sebab dia membesar, x de ibu, jadi dia lain dari kucing lain...Balik kampung, dia memang ikut sekali...sampailah dia ada anak 3, dan semua dah besar... Kami tinggal. Dah besar, pandai jaga diri. 

Aku tak kisah kalau kene keluar duit lebih sikit untuk urusan vaksin, ubat, injection 3 serangkai, operation, makanan khas untuk bulu dan najis tak berbau... Dia jarang pergi jauh jauh. Selalu main kat sekitar rumah. Cekap tangkap burung! Lepas beranak anak 3, empat empat ekor kami 'kasi' kan... Tapi dalam banyak, yang emaknya ni la yang paling rapat. Pergi universiti, stay dr pagi sampai petang pun no hal....dia pandai bawak diri... time balik, dia muncul, masuk kereta, balik elok je. Petang2, selalu sambut apak balik. Suka naik motor jalan jalan. Kalau jalan kaki, dia pun join sekali...ikut je, mana kami p....

Sekarang, semua dah tinggal kenangan nampaknya...    

Entah la. Hati ni sedih belum hilang lagi...Duk terkenang kenang lagi...

Jauh dalam hati ni, masih mengharap dia balik...




Wednesday, November 11, 2020

Semoga ada rezeki...

Minggu ni ada buka geran kerjasama antara 3 universiti...ump, uitm n uia.
Hehehehe...3-3 uni aku pernah apply smbung belajar. 
Semua offer letter aku simpan.
Kenangan!

Insya Allah aku akan habiskan study ku. Semoga ada rezeki... 


p/s: movie minggu ni - love and monsters

Thursday, November 5, 2020

Kita semua diuji dengan set ujian yang berbeza...

Selagi Covid19 ni tak surut dan diatasi, susah nak kata macamana keadaan sekarang... Macam macam cerita keluar di Fb,...updates kisah-kisah yang ala - ala 'Bersamamu...' , tapi tak... Kalau duduk dalam kawan-kawan yang taraf hidup stabil, mungkin kita tak terasa... 

Sekarang,...Ada kawan-kawan yang terpaksa bercuti tanpa gaji. Ada yang kene buang kerja...Ada yang kene jual rumah, jual kereta, jual motor kesayangan...termasuklah burung, lembu, kambing, ayam, semua untuk dapat duit, sara famili...Yang ada bisnes, pun slow... Tu belum masuk cerita kalau dulu, ayam sekor utk sekali makan je...sekarang sekor ayam seminggu. Cubit2 la sorang sedikit...Apa? nak kfc? potong la kecik2 celup tepung kentucky sebaguna adabi....Mungkin ada yang dalam diam, ayam pun dah tak mampu beli. Makan kaki ayam je. Berselang dengan lauk telur... Kadang perasan juga, walaupun posting Fb tersebut ada icon gelak gelak...tapi disebalik tu, ada hati yang sedih disembunyikan. Kualiti hidup kini dah menurun. 

Dengan keadaan sekarang, manusia kene adapt cara hidup baru, sementara cari cara 'tame down' virus ni. Ekonomi makin teruk. Unless new normal dapat recover cepat la... Ada kata Msia, kira baik lagi. Indonesia lagi teruk...kerah tenaga, level abdi, menindas pekerja (sapa baca?...tragis!😞)... Bila keadaan nak pulih? Tahun depan pun belum tentu. Ada yang terjun ke bisness makanan...amik peluang cari duit dilubuk ni pulak. Ada yang dulunya pilot, sekarang jadi delivery boy... Isteri masak, suami jadi tukang hantar... Semalam keluar satu berita, << Hidup seorang pilot kini berubah >>

Terbaru ni, sorang orang kenalanku masa master dulu, tengah berkira nak tangguh belajar dulu atau berhenti terus, sebab diberhentikan kerja... Tulisannya di Fb, sedihnya aku baca... hidupnya, berubah langsung! Setahun yang lepas dengan setahun yang sekarang, jauh bezanya.   

Sesungguhnya memang hidup kita semua diuji dengan set ujian yang berbeza... Kita hanya boleh merancang, plan itu ini, usaha itu ini, kemudian itu ini, ready itu ini, tapi pengakhirannya, Allah yang tentukan... 

p/s: Tetiba insaf kejap rasa... 





Sunday, November 1, 2020

1 November 2020

Alhamdulillah, panjang lagi umur...bertambah satu angka lagi umurku...

Kalau tahun lepas, serabut jiwaku...dengan studynya, dengan sv nya, dengan sedih terima berita langit runtuh atas kepala lagi,... Tunggang terbalik hormon aku! Rasa nak give up je study. Masa tu pikir, antara nikmat yang aku teringin sangat..... Aku just nak balik rumah enjoy soto & asam pedas mak aku je...

Tahun ni, Covid19 naik semula. Kawasan rumah parents aku sekarang zon merah. Dapat berbual dalam telepon je, wish. Jadilah! Itupun 3x call....hahaha, cakap macam tak cukup talipon... Minggu ni, atuk sedaraku meninggal di Kuala Terengganu. Nenek aku sangat sedih, abang dia dah tak de...Kalau tak sebab wabak, isu keluar masuk border, & kuarantin, aku rasa mau separuh spore tu turun KT minggu ni... Aku dah siap berkira kira kalau datang semua tu, aku pikir, aku akan sumbatkan semua kt Hotel Ancasa laaa...Masak makan, semua kt rumahku... (Jangan jadi cluster baru sudah...)...tapi dengan social media, di online sahaja semua berjumpa... air mata tak tumpah dibahu, hanya di baju sendiri sahaja...😢... Aku tak rapat sangat dengan famili atuk sedara ku ini...tapi sebagai keluarga yg plg terdekat (di belah nenek) disini, aku kene juga menjalankan kewajipan aku sebagai duta keluarga...online juga la. 

Jumaat, anak bujangku dibenarkan pulang bermalam minggu ni. Gara gara kes Covid 19 naik semula, semua outing dan pulang bermalam pihak sekolah bekukan. Lama terkurung di asrama, tersiksa katanya. Minggu ni baru dapat. Itupun, hanya pelajar yang tinggal di kawasan kuning dan hijau sahaja dibenarkan pulang bermalam. Yang zon merah, memang tak boleh langsung dapat kebenaran.....Alah budak ni, 15 minit je. Dokek yo....Terseksa apanya...Dia siap tanya, bam nak makan masakan mama boleh?... makanan asrama tak sesedap mama punya... 

"Boleh...". Heheheeeee...ada orang rindu kita rupanya. Patut la bulu mataku gugur... Bila tengok muka sorang - sorang, dengan apaknyeee sekali rupanya, rindu nak kita turun dapur.....Hmmm, ye la ye la... minggu ni birthday girl masak. Pastu anak-anak tanya, " Mama nak hadiah apa tahun ni ?..."

Tahun ni dengan kes Covid19 yang makin naik, baik berjimat. Aku tak nak anak anak kene korek tabung nak beli hadiah untuk aku. Baik simpan untuk keperluan penting. 

"Ok, mama nak rumah bersih....nak mintak tolong semua kemaskan kemas sekemas kemashnyaaaa....& kek la sikit... tu je, boleh?"

"Ok"... tiga - tiga orang setuju. (tengkiu 😘)

Memandangkan aku dah lama tak kemas rumah,(sikit sikit aje 😅)... Jadi, aku nak rumah bersih. Bersih sebersihnya & kemas sekemas-kemasnya... kalau boleh aku nak level, taik hidung atas lantai pun tak de....😆😆😆Tu hadiah harijadi untuk aku tahun ni. So, minggu ni aku dapat rumah yang bersih tanpa perlu buat apa apa....Yeay... Aku sangat suka....💓💓💓

Tadi, bam dah kembali semula ke asrama.... mesti lama x dapat balik. Hmmmh,....aku tak kira, dia dah masuk kereta pun aku suh dia masuk balik, peluk dulu sebelum pergi jugak.........

Hisk hisk hisk....Harijadi kita, nak tinggal kita... boleh dia tak nak peluk kita pulak!

(p/s: yang sebenarnya, mama dia yang sedih.... 15 minit jarak dengan kereta pun sedih tau! bukan dapat tengok muka.....huwaaaaaa)

Utk kawan2 bam yang tak dapat balik, apak belanja makanan sikit bagi gembirakan hati - hati yg tak dapat pulang di asrama...

Friday, October 16, 2020

Bukan rezeki...

Semalam, aku dapat tahu... jawatan yang kupohon tempohari tak berjaya. Dapat ke student yang datang interbiu dengan svnya tempoh hari...

Tipu, kalau kukata tiada rasa sedih. Tapi aku dah ready, dengan kemungkinan itu. Masa mock interbiu dengan suamiku sebelum tu pun, hampir semua soalan dalam interbiu tu dah keluar... bini dia jawab dengan jujur je. 

Kalau tanya pada suamiku, dia cakap, u r my darling, of kos sbg suami, abang sokong isyah..... tapi kalau dia sebagai dekan, ke tda ke, atau sapa sapa pembuat keputusan...dia akan concern pada progres aku. Pesannya lagi, kalau aku tak berjaya nanti, bukanlah sebab orang takut aku tak komited. (Dia dah suh aku brace for impact siap siap...). Tapi sebab bimbang, aku akan komited pada kerja, menyebabkan phd aku slow...bila tak siap phd, stress akan bertambah...

Hmm...aku tahu, suami aku bg jawapan yang jujur. Semalam dah dapat pun jawapan. Rezekiku bukan yang ni. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

<<Hari kejadian : Interbiu>>

Selepas 9.25pagi, aku masuk ke ruang menunggu. Masuk, ku beri salam. Yang menyambut salam svnya. Yang mula buah bicara juga svnya. Aku sambut baik.  Aku sign borang kehadiran, dan beri fail sijilku pada staf. 

Student tadi masih senyap. Dia duduk, membelakangiku. Nak bertegur sapa jauh sekali. Tak semanis ketika dia nak kutip duit untuk sambut acara programnya atau memancing kita untuk membeli barang jualannya.  

Bila tengok dia berdiam, aku tak berkecil hati. Malah syukur. Makbul doaku masa jalan jalan amik angin di tingkat 5 tadi. Janganlah hatiku disakiti dengan mulut atau perbuatannya... Nak jumpa lagi pun, aku kalau boleh, dah tak sudi. 

Setelah studentnya dipanggil masuk ke bilik interbiu, aku layan berbual dengan svnya. Svnya bekas lecturer subjek Graphic user Interface aku masa degree dulu. Masa nak sambung phd di ump, beliaulah orang pertama yang ku approach. Dulu dan sekarang, masih lagi antara lecturer faveret student....masih macam pisang goreng panas. Tapi masa ku berdoa nak pilih sv, keputusan hatiku masa tu tidak berat kepadanya...... 

Tak per la. Barang lepas jangan dikenang. 

Semoga Allah gantikan yang lebih baik. Mampu kutip pengalaman interbiu je kalini....heheheheeee...aku pernah g intebiu, lagi tough dr ni... Suamiku kata, tak dapat juga satu pemberian... Rezeki yang ada sikit ni, kalau aku manfaatkan dan bersyukur, lebih baik dari aku dapat banyak tapi tak mampu nak pikul...

Alhamdulillah,...


 Minggu ni...

Minggu ni, aku syukur.  Byk perkara setel. 

Salah satunya, setelkan exam kemasukan sekolah menengah. Adik kata english & math susah. Hmm, kita dah usaha. Mama tak tahu kat mana rezeki adik, tapi mama doakan sangat sangat, biarlah baik, biarlah dekat. Sejak Covid 19 melanda, UPSR dibatalkan. Ni je la penilaian yang ada. Adik kehilangan pengalaman merasa UPSR. Bunyi macam sedih, tapi adik seronok je...kan? exam batal...mesti lah enjoy ^_^. 

Masa mama darjah 6, amik upsr, mama sempat merasa pengalaman straight A. heheheh... Ni je la pun, chance mama boleh berlagak depan anak anak....(tu je la pun, exam yg dapat straight A, PMR tak amik, SPM juga tak merasa). Disebabkan result mama baik & aktif kokurikulum, mama dapat masuk sekolah SMS Seri Puteri (tepi sek maxwell). Ha, ye. Sapa yang masuk sekolah tu, bukan calang calang. Antara sekolah elit, hingga sekarang. Tapi rezeki mama bukan kat situ.... rezeki mama jauh lagi. Seberang dunia. Mama gave up that school sebab nak ikut atuk (abah mama) sambung belajar kat Sheffield. Mama tak suka kene tinggal...(aku ni jarang buat perangai, sekali 'perangai' aku datang...aku tak kira, dengan drama airmata, mengayat abah aku tak nak kene tinggal) Hahahahaaa... kenangan!!! So atuk pun, angkut la semua...ke UK. Kalau selama 6 tahun di sekolah rendah belajar BI tak pandai pandai, kat sini, hamik ko......memang kene cakap BI sokmo. Suka tak suka, kene jugak. Pengalaman 1994 -1996 kat Tapton Secondary School,  ni jadi stepping stone mama masa sekolah menengah atas, bila dah balik Malaysia 1997... membolehkan mama join debate team....Nyaris menang trip g world cup 1998........huhuhuhuhuuuu....sipi je tuuuu... sebab dpt no 4. So bila teringat ricky martin, teringat lagu world cup, teringat tak dapat g marseilles & paris, kt perancissssss......huwaaawaawaaa...

Sebab mama nak apply keje & apply sambung belajar, mama relearn balik english utk ielts, kat UWA. Itu je la yang mampu. Tak dapat gading, tanduk pun jadi lah.... Mama kalau boleh nak anak mama dapat peluang tu...Mama buat english day, once a week, satu hari,seminggu kita cakap english fully....supaya anak anak tak kekok. Lidah tak tergeliat. Bukan bermakna kita lupakan bahasa melayu, bahasa ibunda kita... Tapi bila kita perlu guna skill tu, you can bring it out & use it...

p/s: Hari ini dalam sejarah. First time berjaya potong 3 lori balak sekali gus.... takut balak terlorot kene kereta punya pasal, dari takut jadi berani............apak terkagum sekejap dengar cerita adik...💪😉Selalu mama penyabar orangnya, beratur laaaaaaaaaaa belakang lori tu sebab takut nak potong. 😂

Thursday, October 8, 2020

Bertambah 1 pengalaman

Semalam, aku attend interbiu.

Tema? Kaler coklat, beige & bunga pink. (apa punya tema daaaa...)

Aku sampai awal. Dup dap dup dap tak yah cerita la kan. Berdebar. Rasa nak lari...semua ada. Feeling yang sama ko dah penat penat panjat, sampai kat atas papan anjal dari ketinggian 15 kaki, pastu pandang bawah, nampak air kolam kedalaman 22kaki kat bawah papan anjal tu.............pastu ko tanya diri ko, nak terjun tak? ke nak turun balik...? 

Ni kalau aku terjun ni, timbul balik tak? boleh ke ni? ... sambil dengar jon bonjovi nyanyi dalam kepala... (rasa sorang panel pun tak dengar lagu ni dalam kepala aku...)


Akhirnya sampai depan bilik mesyuarat 2. Lepas buka pintu nak masuk,...Nampak ada orang lain juga attend sesi interbiu,...dan SVnya. Aku tak ready jumpa orang sebenarnya. Aku tutup pintu semula. Aku decide jalan jalan sekeliling dulu la... Amik angin ( tingkat 5 maaa, dlm bangunan mana ada angin? hahaha...well, I gotta get myself first). Sesi aku 9.30pg...Aku masuk 9.25. Semua yang lepas 9.25, aku face head on je. 

Lepas settle, lega.
Bertambah 1 pengalaman.  Another day to remember ........

Pastu Terus ke Ftkee... stay sampai jam 3. Tak masuk lab. Tengah Covid19 ni naik semula, duduk buat kerja kt compartment tertutup lebih baik.  

p/s: tgh kering plak idea nk tulis... park sini dulu...pastu smbg balik...
betui punya writaton niiiii...😅

Wednesday, October 7, 2020

Maaf, bukan aku...

Harini aku trace ada 6 orang "friends" bertambah dalam fb aku...

Siapa orang - orang ni? 2 orang hamba Allah ni aku kenal....4 lagi aku tak kenal...tapi enam-enam ada mutual friend. 

Seorang hamba Allah ni, aku tak nak ada konflik. Tambah pula nak mengganggu ketenteraman dan ketenangan... Maafkan aku. Aku tak tahu masa bila jadi. Intai fb pun tak. Dalam list aku ada berpuluh aku request friend yang aku tak pernah approved. Bukak pun tak. Aku ada ter-approve ke? Scroll atau hover nama pernah. Barangkali aku (tak sedar pun), tertekan friend request. Aku tak nak timbul sangka buruk. Skodeng aktiviti orang pun aku tak mahu... Jadi aku pilih, un-friend. Lebih selesa begini...

Sorang ni pun, aku tak ready nak jd friend, dalam fb. Aku klik juga unfriend. 

Yang 4 ni lagi hairan bin ajaib. Kenal pun tak. Apatah lg nak add friends... 

Ke ada tergatal jari ?

Pernah kawan kawan suarakan yang kadang FB akan teraccident add org...

Tak pernah jadi kat aku. Tapi kalini jadi...Maafkan aku. Aku nak undur unfriend kalian...Aku tak ready nak add sapa sapa setakat ni...

Maafkan aku...

p/s: di pihak dia pun, agaknya terasa yang sama.... 

Monday, September 28, 2020

21 Sept - First Day @ Faculty of Computing 's new building

Minggu ni masuk bangunan fakulti baru... Pagi aku siapkan menulis, lepas baca wassap kata boleh masuk, gedik plak rasa nak jalan jalan... Ish, mak budak ni...Dah la blom siap keje sepenuhnya... tapi i hold my horses, sampai jam 10, then baru la g... (ayat sedapkan hati)😏

I m sure...everyone has their own story when comes to pindah masuk fakulti baru. Well, let them have their story.... and i want to enjoy mine. 

Teringat lagi...Majlis pecah tanahnya, doploh tahun lepas... tak pernah terlintas yang pembangunan sebuah universiti selama ni, dari tahun 1999 sampai 2020. Masa tu, kosong je kat sini. Tak de apa. Sekarang dah ada banyak bangunan. Itu pun tak tinggi, rendah rendah je. Doploh tahun dulu, diri ni muda lagi, lepasan SPM... Lama kan? Dari zaman-kalau-kenyit-mata-sekali, -ade-yang-sudi-kenyit- mata-kat-kita-balik, sampai zaman-10-kali-kenyit-pun-belom-tentu-ada-yang-balas...,baru siap bangunan fakulti kita... Ha bayangkan? dari tak de uban sampai dah tumbuh uban 😂😂😂... kalau lambat sikit 10 tahun lagi, dah boleh jadi gandalf the white 😆😆😆

Ok, enough merepek....kita kembali semula pada cerita masuk fakulti baru. Masa first time masuk, kita ni jalan jalan kat luar je... Tak masuk. Belum siap kan...kang jatuh apa apa atas kepala ke apa susah pulak kang....tambah plak ada rumour tentang cerita hantu, entah betul entah tak betul....mungkin jugak tak betul sebab tak nak orang masuk kan... lepas tu timbul pula cerita sarang ular tedung selar. Besar ularnya, panjang!... Jerumun yang ditemui tu, semua tinggal kulit telur sahaja....Baru menetas gayanya, ikut cerita. Huhuhuuu.... Lebih kukuh cerita lagi, depa jumpa ularnya dan berjaya ditangkap. Betina katanya. Tapi satu je..........biasa  membiak sepasang kan? so mana yang jantan? ..........hmmmm, ada le somewhere kat dalam ump tu... dan anak anak nya. 😶.... tapi depa ni, kanibal. Jenis makan spesis sendiri....Doa lah supaya ramai yang kene makan, kene gelek kereta ke kot nanti... Kalau dah byk sangat tedung selar kat ump, susah pula...

Ok, jauhnya pula lencongan....kita kembali semula pada cerita masuk fakulti baru. Second time, jejak kaki masuk sampai foyer... Third time, minggu ni, 21 September, kita masuk sampai dalam dalam ceruk ceruk mana entah... rasa macam expedisi jalan dalam gua pun ada jugak cuma bezanya cerah dan luas...  

Sambil menyelam kita minum air. Tujuan utama asalnya kita nk g tengok lab. First time ada lab sendiri, kan... Kesian betul... orang dah nak habis, dia baru nak ada feeling.... Late bloomer sangat ni... hanya orang yang merempat je tahu perasaan tu...😆Lepas tu kita g jalan - jalan lagi. Tangga bomba pun kita belek...ok, anak tangga nya sekata tingginya...tak macam sesetengah fakulti...anak tangga ada yang tinggi, ada yang rendah di tangga yang sama....kalau orang tua, mau boleh jatuh, kalau tak aware....sangat bahaya.(Amboiii bab mengomen, cekap je) Lepas tu jalan2 bilik sv kejap. Niat kejap je, tp cerita ceriti je, kemain lama. Lepas tu kene balik amik anak sebab apaknya, ada meeting. Siap dia call ingatkan supaya amik anak, jangan lupa.....dia takut bini dia lupa.  Tak habis lagi jalan jalan sebenarnya.... tapi x pe, nanti sambung lagi. Next time nak caj telepon dulu,...boleh amik gambar banyak banyak...

Nak tepek gambar kenangan. First time masuk lab sendiri tau.  Kita orang first!!! Hahahahaa... nak jugak jadik orang first tuuuu.. tak kira! ...😉

Ni, baru siap setel laptop baru ( laptop dah KO pun phd x siap lg, huhuhu).  Sem depan ni, kira semua baru...lab baru, bangunan baru, fakulti baru, case baru, paper baru, suasana baru, ...
student je, student lama.
ancient 😇😄

Sunday, September 20, 2020

KL with love...

Anak-anak baru lepas periksa...Dan minggu ni apak ada kerja kt KL.Kami ikut apak ke KL. Bam? bam kene stay kt asrama. Sebelum bertolak, kami sempat tinggalkan bekalan makanan kt pondok guard. Walaupun kene tinggai kita tak lupa. Kita ingat. Mesej babai dari dalam kereta je, heheh... 

Sampai KL malam. Dah buka beg, cari - cari barang, baru sedar.  Ah, sudah...berus gigi lupa bawak la pulak. Aiseymen, dalam cekap2 tu, ada juga barang yang lupa...Lupa sungguh! Kalau tak de, tak gosok gigilah kami sepanjang kat sini. Adeiii la...Apak dah nak kene masuk bengkel. Mama n adik la kene setel...

So malam tu, kami jalan kaki, menapak cari berus gigi...Alhamdulillah, dapat.
Lepas tu, sambung menapak jalan jalan carik makan. Meriah! Macam tak pernah ada covid! ...ok, kita makan la cepat2, then trus balik hotel.

Tengok, tengok phone, Wow, capai jugalah dalam 5000 langkah!
Malam, lepas mandi, adik trus tido... Mama tunggu apak balik bilik, borak borak kosong, dating dating kat beranda, tengok keindahan KL di waktu malam, sebelum tido...  

Esok, g joli katak kt aquaria, klcc pula...
Kami menapak 10,850 steps lagi...
Tghari, kami balik rumah nenek, sambut besday nenek...
Sempat mama tumpang berurut jap. Nenek skali,...bundle skali hadiah besday!

Nanti lepas berurut, da tak sakit urat macam ni,...


"Mama, nanti dah boleh macam ni"

Mak aku balas "Haih!, tak kuasa aku menggedik, tak sedar diri!!!..." Hahahahhhahaaa,...tak nak jadi org tua kerepot tak ingat dunia, tambahnya...Aku tau, dipandangnya, part gedik tu...aku pula pandang pada kecergasan badan walau batas usia.

Aku pun usik lagi,"Ma, Jlo ni dah 50,...tak de komplen sakit urat pun (kalau sakit pun, aku bukan dengar jlo komplen, hahahahaa)...boleh lompat lompat sana sini lagi ni..."

Hahahhahaaaaa...bab sakat org tua tu, meh bagi kt aku. expert! Suka dia berurut.

Memang best pun, feeling lepas berurut....
Malam balik hotel, semula...sedar2 dah 11 000+ tapak dah kita berjalan...Aku tak sakit, krem atau sengal2 sendi pun...

Apa lagi yang aku boleh bagi kt parents aku? Nak taja g haji/umrah? Belikan hadiah gah gah? 
Taik hidung ada. Gaji tiada. Masak, makan, shopping barang sikit-sikit, boleh... Mungkin dari sebab masin doanya, dan insan insan yang sungguh2 mendoakan aku, menjadi rezeki aku, apa yang aku ada harini... Apa yang aku harini pun, belum tentu cukup untuk membalas...bukan takat hadiah hari jadi je...hmmmmmmmmmh

Friday, September 11, 2020

How i long for a beautiful garden....

Dua harini rasa macam ramai pulak updates tentang kebun... Bestnye...
Tumpang seronok mataku tengok... Dari terung, timun, bendi, tomato, cili, peria, sawi, bayam merah, kacang botol...macam macam lagi... ada juga yang rajin pi bagi teh & kopi kat pokok bunga.... rajin nye la korang korang ni. Semoga kerajinan tu berpindah hinggap ke diriku juga nanti... (Hahahahaha, bila tu tak tahu la 😄) Aku tak pasti kenapa sayur2 depa sangat cantik... Tghari td, kugatalkan juga jarini bertanya, rahsia kencantikan sayur sayur di laman...harini baru belajaq tentang cuka kayu... Tak pernah dengaq pun benda alah ni selama ni... kewujudannya pun aku tak tau...
Tengok youtube, dah lama orang guna rupanya...
Boleh la try beli, spray kt pokok-pokok nanti...
Kelmarin, tengok orang kutip hasil hydroponik & akuaponik... yang ni pun aku suka jugak! 😍 Ish ish ish, haku ni, dari tadi duk suka tengok jaaa...😅.. Diri ni yang tengok saja ni pun dah terasa suka, yang empunya hydroponik/aquaponik tentu lebih lagi la sukanya...

Aku dah lama tak update tentang kebun. Berkebun last, masa kt kuantan...Sekarang, dah dapat penyewa,...semoga pandai dia jaga...Alhamdulillah...Sekarang serai ungu, kantan dan manggis dah tak kesunyian... Kesian, dah 2 tahun kene tinggal, kawan dengan lalang...
Masa duduk di kuantan, rajin juga jadi pekebun...
Sekarang tak mampu nk commit.
Mampu lihat, likes & komen kebun orang shj. 
Kat sini, sebahagian tanah ku masih kekal gurun... 
Kat belakang rumah, ade lah sikit2 tanaman...
Rumput gajah yang diimpikan pun blom tercapai... Bila lah ye...
Ini...
Batu masih banyak...
Proses mengutip2 dan membuang batu dr dalam tanah blom selesai selesai lagi sampai ke harini. (paham paham je la, bukan buat tiap2 hari)
Tak per la,... pelan pelan 

p/s: serai ungu tu bukan tempat org dpt batu serai buat pelaris tu yeee.....ni batangnya yg warna ungu...masak pun harum wangi serainya.... mintak batu serai kt aku,  aku lempang kang

Tuesday, September 8, 2020

Sejarah Melaka & Hang Tuah

Harini deactivate fb. 
Nak fokus menulis, kononnya. 
(Tak pandai pun menulis, tp nak kene juga tulis. Dah tahu tak pandai, kene sedar diri lebih sket)

Dah capai target writing, aktifkan semula. (Byk rewriting aku buat semula...tak pe la, buat aje.) Dah aktif, dirini pun terus view news feed yang ada.  Selain kisah hangat student UMS, Veveonah Mosibin,....ada satu lagi news yang menarik, aku nak tahu... Kesan akibat tiba tiba mata terpandang newsfeed cerita tentang sejarah Melaka... hmmm, macam best je bunyinye...(aku memang suka subjek sejarah...)

Hasil google di youtube... 


Ooo...ada buku ye selama ni?...Rasa macam nak beli kedua - dua buku ni, baca... kenapa kt big bad wolf tak ada? Kalau ada dah angkut dah. So entry malam ni, kita nak parking buku nya kat sini. Incase lupa, boleh teringat. 😏

  


Saturday, September 5, 2020

Aku decide...

Aku...

1. decide tak ikut g genting. Abang sorang je la pergi. Lagipun, aku banyak kerje nk setel... 

2. decide nak masak sarapan hari ni... anak girl aku kata dah lama dia tak makan sarapan berat yang aku masak. ok lah, as u wish... i will be genie in the kitchen this morning then... kalau tahun depan dia ke asrama, dah tinggal aku berdua je dengan apaknya... tak dapat dah nak cenggini...kan...

3. decide nak makan ns ayam tghari ni... 😋

4. decide untuk buat pilihan yang satu ni... Hmmm... since pilihan aku ni akan terkait dengan study aku, aku kene discuss dengan svno2 ni.  

5. decide nak submit 2+1 paper ni dlm ms terdekat.... tengok la camne.... 

6. decide nak contact svno2 nanti. Skrg cool off dulu...sbb fakulti tengah sibuk pindah ke bangunan baru di pekan...  

7. decide nk g exercise sekitar kampung esok.

8. decide stop tulis sampai sini... 😏😉...  sambil layan lagu ni....hahahahaaa...💖💖💖




Friday, September 4, 2020

Model aku...

Semalam masuk uni...Dah lama giler tak masuk uni...
Minggu depan aku buat keje kt uni la...
Tukar suasana...Dah lama sangat terperuk di rumah...
Semalam lakiku bawak g jenjalan tengok fakulti baru....
Hihihi...dapat masuk foyer....nanti la, aku jenjalan kemudian...
Dia punya kedudukan lift tu, buat aku teringat opis abah aku dulu dulu...

Masa kecik kecik, aku suka g opis abah...ada 2 sebab aku suka g opis abah aku. Satu sebab aku suka naik lift, Satu sebab aku suka main model...
Dulu kt opis abah aku, ada model planning bandar....kalau aku datang, proposal model meeting planning bandar dia habis aku main...  dari bandar meeting datuk bandar, jadi model town planning aku... pendek kata, lebur keje dia...dikerjakan aku.... Last last, abah aku bagi satu platform...pergilah aku sendiri bina model guna model2 lepas.... (dia tak nak bagi aku kacau kerje dia sebenarnya)....pucuk dicita ulam mendatang kan, aku pun design la sesuka hati aku...

Bukan model aku, gambar hiasan je aku buh sini 

Sekarang, model aku yang aku godek2 bukan macam model dalam gambar ni...
Hahahahahaa...i wish,...😄 Tapi still, godek godek model lagi la jugak nama perbuatan kata kerjenyeee..... Bunyi sama, tapi kerjenya tak serupa...😂

K lah,...santai je celoteh hari ni... nak g makan la...lapo

Saturday, August 29, 2020

7000 - 10 000 langkah satu hari

Antara usaha untuk capai 7000 - 10 000 langkah satu hari. 

- guna apps utk kira langkah. org kata boleh mengelat kalau pakai apps kt phone. Ye betul, tapi buat apa nak tipu diri sendiri? guna la apps dan jujurlah pd diri sendiri.

1. sblm pkp, jalan-jalan keliling fakulti...g library...g beli air buah ke...g atm ke...g kacau kawan kat lab ke...Hahahaha .... Slps pkp? still boleh cuma kene ada penjarakan fizikal la... 

2. jalan kaki keliling tasik ump...

3. pilih tangga berbanding lif...

4. jalan-jalan keliling kampung. (tapi tak berani g sensorang, takut...jalan dengan kucing je la...pimai pimai tang tu 2-5km...jd cat walking!)

5. jalan dalam rumah...tawaf dalam rumah banyak kali pun x pe. janji gerak...

6. bergerak setempat, depan komputer...zumba dgn youtube, floor dance exercise ke, joget lambak ke, pocho2 ke...hahahaha...siap boleh berenti minum air, sambung balik,...orang tak nampak, x pe...lantak la kan ...janji keluar peluh.

tik tok?... tengok nora danish je la...aku nak simpan bakat aku. 😉😁


...kutulis sampai sini dulu sebab setakat ni yang terlintas...

-----------

Harini,
Tak tahu nak rasa apa.

Thursday, August 27, 2020

Anak bujang I...

Setelah 2 hari sepi tanpa berita akhirnya malam tadi anak bujang call...

:
:
bam    : hello assalamualaikum 
mama : yeeee, waalaikumussalam....mana pigi....lama tak call mama niii...
bam    : bam ada banyak keje, mama,...
mama : ooo banyak sangat ke?
bam    : ha a, bam nak push siapkan sebelum balik cuti ni

(Hwaaa...dia copy ayat mama nampak)

mama  : baju bam macamana? semua ok?
bam     : ok
mama  : baju ada lgi nak pakai?
bam     : ada,... baju sekolah semua ready, bam dah ready awal dah

Sejak balik sekolah, parents tak boleh jumpa.... baju kotor semua setel sendiri. mesin basuh plak rosak, jadi penat la sikit basuh guna tangan...kene berebut ampaian...kene angkat sebelum jam 6, kalau tak kene buang baju kt tong sampah pulak dek warden.....last time cadar tak kemas, tilam kene baling kat luar....habis, kene cuci cadar n sarung tilam semua.......hmmm, tula sapa suh buat cadar tak kemas?
kelako plak rasa masa dia cerita, (notty mama dia ni).... pandai pandai la awak la bam....anak boy kene kuat sikit....

bam     : mama dah apply  kt e hostel blom?
mama  : dah, awal awal lagi mama dah apply...
bam     : mama apply untuk yang mana?
mama  : 28-31 haribulan, betul kan?
bam     : Haa ok, betul dah tu...sampai situ je kan?
mama  : Ha a sampai situ je
bam     : Nanti mama apply awal sangat nanti famous bam satu sekolah lagi...
mama  : HAHAHAHAHAHHAHAHA

Awal awal tahun, aku terbuat anak aku famous dengan apply awal2 semua cuti dalam sistem......aku ingat senang buat in advance, supaya aku tak terlupa.............................sekali jadi bahan pulak kat perhimpunan sekolah,....baru hari pertama masuk sekolah, dah ada student apply cutiiiii trus in advance sampai mid semester (cikgu siap papar sistem, kt skrin 😅😆)........terus terkenal di persada dunia 😂😂😂 (walhal itu keje mama diaaaa....🙈🙊) Nasib awak lah bam...

Saturday, August 22, 2020

Don't want to say good bye in September

September ni, Uni akan start semester...

Ramai ex classmate sekolah musim panas lepas berat hati nk tamatkan sesi belajar... (ceh, kata orang...aku pun jugak berat hati sebenarnya...) Kalau boleh nak 'expert-mentoring' session diteruskan...Sebab banyak kiteorang belajar... (Bayar one off, lepas tu freeeeeee je manjang. Sedangkan kalau kita enroll the course, the fee beribu dollars 😶)...

Tapi September ni, Expert yang jadi instructor kiteorang pun akan kembali mengajar kt uni masing masing (yang line akademik). Bagi yang line industry, mostly kerja dari rumah atau ada company sendiri... 

Mungkin rezeki masa Covid aku dapat jumpa orang orang ni, dapat kenal dan dapat belajar... Ada sesi yang aku join free dengan volunteer jadi committee... kalau tak kene bayar...

Ok la,...sebenarnya mentally penat jugak nak organize virtual, tapi suasana kerjasama tu 'fun'...jadi enjoy. Took my mind off kejap... Campak perkara sedih kt tempat lain.....

So malam ni, aku sign 'petition'...partner jerman & portugal aku join sekali. walaupun kiteorang macam ayam, itik dan angsa,...tapi kita boleh komunikasi dengan baik. Kadang tu sampai kene spend extra effort, lukis-lukis,...explain utk menerangkan atau menyampaikan mesej masa discuss sbb masalah english...tapi x jadi masalah,...3-3 belasah je...😅

Nak layan lagu sealed with a kiss... tengah nak seal a deal. Semoga sesi kelas ni dapat bersambung... 


p/s: Uni aku start semester oktober... tak sabar nak tengok bangunan baru.

Thursday, August 20, 2020

Tag : My Fav Aglio e Olio Videos

 Ok la jawab tag mak mak la eh...

1. pick 1 resepi.

Hmm...ok, ku pilih aglio e olio... selera mediteranean sungguh harini...😉

2. share video masak resepi yang anda minat tu...

Ok, nah amik ko...ada 7. 😄

3. ok, gambar masakan tak de, gambar tengah makan tak de, gambar tengah masak pun tak de, ku tak de masa nak buat video masak hahahahaaaaaaaaa.... tapi nak jugak jawab tag, boleh? 😎

dalam hati : sedapnyeeeeeeee... kalau boleh nak amik dr video suap mulut terus 7-7 tu semua...nyum nyum nyum... 😋

This is my no 1 fav aglio video






minus the wine, kalau dalam ni ada. (aku tak reti baca, so aku letak komen ni siap2) aku suka cara org ni present resepi dia je...





Wednesday, August 19, 2020

Asia Pacific

Minggu ni, sorang expert ajak aku tag along, meeting dgn experts di asia pacific region...isu ttg covid 19. Disebabkan msia ni terletak di asia tenggara, so kira bawah group asia pacific. Sesekali, aku gatai juga join yang europe punya dan US... extending network. Group africa selatan n america selatan je, aku tak join... Aku tak paham bahasa depa...macam tengok telenovela tanpa sarikata gitu kang nantinya...

Asia pacific cover, bukan takat negara asean, australia dan nz je... ni termasuk kepulauan polinesia - Fiji, Tahiti, French Polynesia, Tonga, Vanuatu, Samoa, Hawaii...maybe ada lagi kot. Tiap tiap tahun banyak busary dan scholarships utk postgrad students...in US Dollars...Kalau bursary, depa bank in one off to student's bank account. Last time, nama malaysia termasuk dalam list sebagai negara membangun, sekarang dah tak banyak......Adakah taraf hidup kita dah naik??? Rasa macam tak...wonder aku...5 tahun je kot bezaaa. Masa zaman laki aku study phd, masih lagi berlambak...

Bila baca ttg Polynesia, depa pun rumpun melayu juga. Di sekitar negara asean banyak yg muslim, belah belah timur sana ramai juga dah jadi kristian. Ada yang masih kekal budha, hindu, pagan atau atheis... Semakin jauh kearah timur, makin kurang yang muslim. Kalau baca sejarah, depa depa ni cekap berlayar kat laut. Kalau ikut pembacaan aku, Belanda & British dulu takut lalu perairan kepulauan melayu yang belah belah ni...depa tak nak jumpa "boogeyman"... takut kene 'makan'....i thought they were refering boogeyman for lanun,...tapi lanun makan orang ke???

Mungkin lah kot (entah la)...sebab puak puak ni juga dulu terkenal dengan kanibalisme.

Kalau berperang, yang menang akan makan yang kalah. Depa akan makan ketua musuhnya dan pahlawan pahlawan-pahlawan lawannya supaya kegagahan mangsa depa (yang kalah) tu dapat kat depa... bertambah power la konon gitu...

Kalau insan yang tersayang mati, depa akan makan jantung/hati dan otaknya...supaya kenangan hidup insan tersayang tu live in them...

Kalau silap cara greeting bini chief memang boleh kene penggal kepala...badan jadi lauk, kene perap dengan rempah & air laut n kene panggang huhuhuu... bini chief mesti monogamous. (Hanya keturunan chief je yg jadi chief)...bini dia tak boleh polyandry atau kawen lebih dr satu...(on certain case, exceptional)...the rest commoners, tak pe. Sukati...

Tapi, berdasarkan apa yang aku baca lagi, di zaman moden skrg, amalan kanibalisme ni dah tak jadi amalan. Tambah pula ramai dah ada agama.  Tapi lepas baca dua researcher jerman ditemui mati dalam keadaan tak sempurna, di khuatiri kene makan dengan kanibal, di salah satu kepulauan french polinesia, buat aku seram plak... 

Tu la, baca lagi banyak-banyak....lepas tu takut sendiri. Habis tu, kalau tak baca, tak tahu plak... kan?

Apela...k lah,... sekian entry merapu kalini...

Meh layan lagu moana,...


p/s: Duduk rumah je la, selamat... sambung belajar pun kat rumah je la, selamat... ha ha ha 

Wednesday, August 12, 2020

Perfume

Mine? I don't stick to one,...always change and wear my perfume according to my mood...but i always have my set of categories and combinations to my liking...

Kadang pakai 1 je, tapi tahan sepanjang hari...Ada hari teringin yang campur n that combination bau sedap la sangat... tapi kalau hari2 bantai bau sama, suka pun boleh jadi bosan....so tukar tukar, ikut mood,...kadang sweet, kadang suka fresh...

I love it when my scent is unique...you will not smell me somewhere else....hahahhahaa...'original me'....(wanna keep my recipe secret though...nanti ada copycat!😸)....so i give you chance to be yourself,  i share some best reviews for you guys to get or create your own smell, ok... this guy review is quite reliable...tapi, please check on other reviews too ya...sbb lain orang, lain taste...😏

p/s: baru nk start menabung...hahaha 😉

 

Monday, August 10, 2020

First weekend in August

 Weekend Part I

Jumaat petang lepas, sempat berjumpa dengan seorang teman ms study... Ni kira antara last moment kat sini la... Dari Perlis, setelkan urusan submit thesis.

Sejarahnya, perjalanan phd awalnya bermula dari usm... Sv pindah ump. Dia pun tinggalkan usm skali ikut sv mai ump,...Dia nak sv ni jugak...tak mau hat lain....sanggup berkorban. Gigih travel. Jarak jauh pun sunggup redah. Melalui akak ni jugak aku kenai ramai postgrad lain...termasuklah yang international.

Dalam banyak banyak student postgrad fakulti ni, yang ni lah yang rapat pun...Walaupun beza umur kami 6 tahun, tapi kami senang get along... "frequensi-wave" kami senang 'tune' barangkali.😊 

Setelah 7 tahun berusaha, dapat juga binding thesis phd akhirnya...1 salinan thesisnya, dia mintakkan hantar ke opis sv nya...Dia tak dan nak hantaq...Sebelum balik perlis, dia ajak jumpa ... Bila dah pok pek pok pek... dah lama x jumpa, macam macam cerita keluaq...Asal kita nak belanja dia makan murtabak...tapi dia insist dia nak bayar. Kita ni dan belanja ayaq nyioq kaw kaw ja... Katanya, belanja dia bila habis phd nanti... Haih, tak tahu la dapat bind ka dak ni thesis saya ni kak oiii,... Moga mulut kak tu masin la noooh... 


Weekend Part II

Sebelum hantar bam balik asrama, sempat singgah ziarah rumah mantan Dekan fakulti teknologi kejuruteraan letrik kuktem. Dia pernah ajar apak. Dia pernah jadi guru mama 1x je, subjek logik digital...masa mama tahun 1 ms kt utm. Senyumnya masih sama, gaya bicara juga masih sama, tapi keadaannya dah tak sama macam dulu. Sekarang sudah berkerusi roda. Berjalan pun bertongkat itupun tak boleh berdiri lama. Matanya dah tak nampak. Tapi suara dia mampu cam lagi...

Sebelum ke Perth dulu, dia pinjamkan map Perth zaman dia belajar disana...Bila balik kami pulangkan map Perth 2010/11 kami pulak pada dia...hehehehee... Masa mengandung dulu, isterinya suruh main dengan baby dalam perut masa siang supaya train baby berjaga siang. Kalau tak nanti baby tido siang. malam berjaga. Kita susah katanya...Sekarang baby dalam perut dulu dah tingkatan 3...Habis dia tangkap semua kucing yang ada kat sana, buat main...adeiii laaa. Sebelum tghari, kita beransur...Nak rush hantar baby tingkatan 3 balik asrama pulak...


Weekend Part III

Malam ni, malam first bam tido di asrama setelah beberapa bulan cuti pkp. Sebelum balik asrama, kita semua sempat makan kt kambing Guanzhou...Sebelum balik asrama jugak, semua sempat gotong royong kemas rumah...sebelum balik asrama jugak lagi, homework n projek semua dah siap...barang2 keperluan dah beli.

Sebelum balik asrama jugak lagi harini, rumah dah bersih n kemas. Yeayyyy....mama la insan yang paling nak berguling guling atas lantai lapang tuuu... Sekarang ni tengah mengenangkan yang esok, rumah akan sunyi kembali...Sayuu rasa...tak boleh datang ziarah anak, tak boleh jumpa weekend.

Hanya phone call sahaja jadi penghubung... 😢

Thursday, August 6, 2020

busy sampai tak sempat pikir tajuk apa nak letak

Aidiladha ni, sangat busy...
Punya la banyak makanan...tapi asam pedas juga aku request dr mak aku untuk aku bawak balik pekan. 
(raya aidiladha kt rumah aku dulu thn ni, pastu blk kmpung lenggong, pastu balik rumah aku lagi...macam biasa, aku punya turn mesti lebih 😉) Memang sengaja nak manja lebih.......

Minggu ni memang plan duduk rumah je.
Buat keje pun kt rumah. 
Tak makan luar.
Anak rindu nk makan lauk mama masak kat rumah.
ok la, bahan dah kopek n potong, mama tinggal masak je....rumah juga depa kemas... 
alahai rasa macam sekajp je, minggu depan dah balik asrama. 

Malam ni siap tepek satu paper kat template ni... hopefully, dpt hantar dalam ms terdekat...
I m counting days now... Hopefully, banyak benda settle before 'that day' comes. 
Nak jumpa orang n layan orang pun tak dan. Keja berderet... 
K lah,... bye. 

Wednesday, July 29, 2020

Entah...

Dua tiga menjak ni tak reti nak cakap apa.
Kalau cakap gini, bunyi salah...
Kalau cakap gitu pulak, bunyinya salah juga...
Hmm, 'less-talking-more-doing-approach' is better...
Entahlah...
Apa yang aku boleh usaha, aku usaha...Ada rezeki, Alhamdulillah,...
Kalau x de, mungkin di tempat lain. Tak per lah...

Heheheee... cari cara nk happy kan diri sendiri jadi keutamaan sekarang.
ok, kalau hati dah suka, kita intai intai sembunyi sembunyi dulu...
Meh layan lagu hindustan klasik jap... 😊

Thursday, July 16, 2020

Minggu-minggu yang busy

Minggu minggu busy ...tapi aku suka...banyaaaak belajar... laki aku cakap aku patut g buat phd by coursewok laaa....

- minggu ni banyak assignments. sebelum kelas start, aku cuba siapkan supaya bila start kelas, aku akan tanya...tanya tanya tanya

- ada peluang masuk masuk kelas awal, aku masuk je. Sejam awal pun pernah. Sbb kadang dpt diskas homework ramai-ramai sebelum instructor start ajar. Tu yang best tu...semangat! 

- kene alert waktu kelas mana aku masuk. sebab ada kelas yang bukan waktu malaysia.

- aku belasah je g kelas pakai baju kelawar attend kelas. sorry bukan bau ikan ye,...wangi tau. 😆😆😆

- kelas aku are fully in english. nasib la tergeliat lidah, kan...😆

- aku sorang je muslim malay. awal awal ada juga bimbang. tapi so far, tak de pulak yang jenis anti muslim ke etc. aku get along ok je, dengan laki maupun pompuan. esp ms group work. Alhamdulillah... 😊

- rata rata classmate aku bersepah...ada dr china, jepun, afrika selatan, mostly europe. Tengah kelas, siap ada yang mohon excuse utk sarapan...ye la, time zon berbeza kan...makan la dia sorang depan depan kelas...Selamba je dia sapu mentega atas roti...no hal. Kalau aku makan bihun goreng ke roti jala cicah kari ayam aci tak? Keropok lekor ke...lapar tau! Hahhaahaahaa...ternganga plak semua nanti.😆😋

- Partner aku org jerman...since aku pernah belajar bahasa jerman dan budaya jerman, boleh la get along walaupun aku jenis lambat giler nak warm up. Karat daaa vocab jerman aku... tapi dalam masa yang sama bimbang juga, kot tak suka org islam ke etc. Kene alert juga body language org. Takut org tak suka, even kita ni tak buat apa apa...so, kene la pandai-pandai bawak diri. 

- Kelas online dlm msia, kita ok selesa la sbb kita sama sama kita...paham cara kita. Tapi bila kita dengan orang luar...terasa macam satu 'beban' besar bila kita bawak nama negara & agama kita.
Tambah plak, bila instruktor kita dah mentioned, "...this is my first experience having a female muslim student like you..." dalam hati, is that a compliment? ke bimbang? "jangan la halau sayaaaaaaa...saya bukan nak bom orang. kita nk belajar jeeeeeee" 😅

InsyaAllah ok semua. Semoga Allah mudahkan...💗

Wednesday, July 15, 2020

Sekolah dah buka... :)

Hari adik dah ke sekolah...
Bam plak akan balik ke asrama ogos nanti...
Huhuhuhuu...
Rindu rindu lah mama ni nanti...
Masa apak buat PhD, anak anak yang jadi tukang sambut masa balik rumah...
Tak sempat duduk, dah kene terkam!
Kene panjat! ajak main...
Masa mama?
Tak de sapa sambut...
4 ekor ni je la...
Berlari dari jauh, balik sambut kita kat pintu...
Tak pun tunggu kat tembok...
Hahaha...Masa apak buat PhD dengan mama buat PhD lain...😉😄


Thursday, July 9, 2020

Back to school...

15 july 2020

Anak anak akan kembali ke sekolah. 
Barang back to school anak-anak?
Dah setel beli minggu lepas.
 Sehari lepas pengumuman, Khamis terus g Kuantan. 
Apak dah start keje. So mama la incharged. 
Rabu malam tu anak anak semua kene buat list semua barang2 yang kene beli. 
Sebelum pergi kene interbiu dulu sorang2 cek...kot kot ada termiss ka...
Sabtu, mama qada' masa keje mama yang mama off ms khamis.
By this time, sah ramai ibubapa lain shopping kat kedai juga. Tapi kita dah settle awal, tak perlu bersesak sesak di tengah orang ramai. less risk and much safer.   

This week mama dah sibuk. 
Dah start preschool. 
hahahaaa...macam kindy plak. 
tapi kan, bila jawapan aku lain dari lain, tak kompiden plak rasa
is my brain wired differently? 
hmmm...


Tuesday, June 30, 2020

Preparation For After Major Operation : Apa nak buat?

Hmmm...aku kongsi pengalaman aku la ye...

Aku paham. lain org lain. Yang mana rasa applicable, boleh la nak adopt ke adapt ke ye...Mcm aku, pengalaman operation pd bhgn perut. Bukan selalu org ada dengan kita. lepas dah banyak kali operation, aku pun dah agak reti jaga diri sendiri. So, kalau kene duduk sendiri, nak buat macamana ye???

Lepas major operation, doktor akan galakkan kita berjalan (bukan right away, lepas 24 jam atau 32 jam gitu...ni aku la, org lain aku tak tahu). Nak biar blood circulation dalam badan supaya lancar dan nak elakkan blood clot.

1. Masa nak bangun ni, memang mencabar ye...ko akan rasa pening2, melayang atau tetiba je rasa nak muntah. Biasa kalau kt hospital, ada mcm tiang yang berkaki tiga untuk ko pegang/berpaut gitu. Biasa, dgn tergantung dengan beg air glocose/garam ke skali tu... Ni masa kat hospital la. Biasa lepas 3-5 hari, dah boleh balik rumah...kita boleh pegang perabut, atau kalau ada duit lebih sket beli la tongkat kaki 4 yg boleh support org tak boleh jalan tu. (keadaan ni temporary je, jd aku tak beli)

2. Bengkung yg support perut.
Aku guna bengkung yang support perut. Lepas operation memang terasa macam nak terkeluar je semua isi isi perut ni kalau tak pegang....(bg org perut tak buncit ok sket kot. tp kalau lepas bersalin ke atau perut buncit, pd aku perlu support)... Bila nak bangun ke, nak duduk ke...terasa 'terletak' perut kita. Kita tak rasa 'wobbly'...

3. Stokin kaki yang grip the whole leg...tanya nurse, depa tahu. Penting utk elak deep vein thrombosis. (Sila google yea...Deep vein thrombosis ni apa). Masa baru lepas operation di galakkan pakai...

4. Ready friendly support pd katil kita.
Aku ikat satu tali pinggang buat pemegang utk aku hold, bila bangun. Make sure kuat ye, kalau tak ko akan tersembam kt lantai. Boleh terkoyak balik jahitan perut. Sbb kita tak dapat bangun guna otot perut, mostly support dada n bhgn bwh perut & kaki.

5. Sebelum mandi, ready pakaian semua atas tempat yg mudah kita amik. Jangan dah lepas mandi baru nak amik, jenuh woooo... so kene ikut style jepun. Siap sedia sebelum. Bukan nak berak baru nak korek lubang.  Masa nak mandi, kalau boleh luka kita yang panjang tu, biarlah kering. Ada je jual spray "film" untuk cover jahitan kita. Paling ekonomi, kerat plastik cover dengan selotape bhgn jahitan. Then mandi lah. lepas mandi buka pelan-pelan. kalau ada sikit terkena air tu, lap lembut lembut biarkan 'open air' gitu...biar kering. Lagi satu, toilet, biarlah jamban yang mudah kita bangun dan duduk....senang nk mambuang air...dan bersuci.

6. Makan, soft food dulu. Mcm bubur ke...ikan pun, pilih bukan yg gatal. Ada orang tak boleh makan ayam. mcm aku aku belasah je, dada ayam. Kulit ayam aku tak makan. Seafood elakkan dulu, takut alergi, gatal ke atau bernanah ke etc. Ada orang dah ready julap, takut incase sembelit, Mmg nangis laaaaaa kalau lps opration kene sembelit...So, boleh la makan buah, mcm oren 2 biji sehari ke bg yang tak suka mkn sayur.

7. Ada sesetengah org standsby bantal utk cover n hold perut, bila nak bersin, batuk atau gelak. Aku buat yang ni,...duduk dgn laki aku, dia nak buat joke je...lupa yang aku tak boleh gelak...

8. Aku limitkan visitors. Satu, aku nak privasi. nak tenang2 je. Especially kalau kalau baru lepas terima berita "langit jatuh atas kepala'.....amik masa sket nk hadam...Selalu laki aku la benteng terakhir aku harapkan utk divert semua tetamu ke arah lain, atau blok semua dari datang.

Aku pernah suarakan yang aku tak nak terima tetamu...tapi ada sesetengah tetamu yang kecik hati. (so, based dr pengalaman aku, bab ni pandai2 la manage ye, susah aku nak cakap. Sesetengah orang mungkin memahami, alhamdulillah...mungkin sebab dia juga pernah alami atau famili pernah alami... Tapi tak nafikan, ada juga golongan yang kadang sakit jiwa dengar perkataan dr mulutnya...golongan ni, aku agak susah nak teka otak dia kat mana...Pendek kata, tak semua orang mempunyai kepekaan yang tinggi dalam hal macam ni)... Kedua, aku tak nak terkena selsema ke batuk2 ke masa lepas operation. Masa ramai orang datang, kita tak tahu kuman apa ter'datang sekali....Kalau kene, seksaaaaaa....nangis, woooooooo...sakit kt tempat jahitan....

Bila dah sihat nanti, bersosial la mcm biasa... no problemo.

So, sekian sharing aku kalini. Sharing ni, lebih kepada aspek apa yang kene consider selepas operation. Aspek rohani, aku assume ramai lg expert dr aku...Harap membantu.

k bye. nk smbg keje

Saturday, June 27, 2020

20 june 2020

20 June 2008, Birthday anakanda kedua ku...

12 tahun dulu ingat lagi, mama hilang banyak darah masa nak boleh lahirkan dia ke dunia...
Setelah bertarung 12 jam cuba bersalin normal, ke operation room juga sudahnya mama ni...
Memang tak larat dah... Darah keluar banyak.

Apak take time off kejap dari lab. Sibuk masa ni dengan phd... Kita tengah sakit sakit ni, mampu lagi dia urut. tapi lepas tu dia pi tidoq dengan lenanyaaaaa atas sofa.....adeiii laaa, kita ni jugak sakit sensorang. Hi,...
Tapi apak, paling tak dapat lupa sekali masa dalam operation room, potong tali pusat anak girlnya & masa mama bawah pengaruh "laughing gas"...memang cakap omputeh habis!...kalau amik ielts la, boleh dapat band 9 trus! 😆😆😆 ... well i guess, my mind did store my old-english speaking mode afterall... kalau suh keluar sendiri, memang tak keluar!

2020,
Dah 12 tahun, dah besar, anak girl mama ni..
Dia dah boleh diharap utk masak nasik,...Dia juga jadi tukang buatkan mama air sirap, milo, limau, jus oren dan macam macam lagi masa mama tengah sibuk...
Syukur, Allah bagi dia...
Rezeki yang tak dijangka juga...
Dalam berjuta ovumku, hanya 2 je yang jadi manusia...
Satu lelaki, satu perempuan.
Telah ku redha rezeki ku....
Alhamdulillah...

Friday, June 26, 2020

Tak tahu nak rasa apa...

Semalam selesai sudah pengkebumian seorang teman rapat...
Pemergiannya dalam keredhaan... baik suami,ibubapa, dan kwn2...masa sakitnya juga, sempat berhubung ramadhan lepas, siap bergurau...(nak mati pun boleh nak gurau,sabo je la...tak boleh nak gelak kita ni, dengan air mata meleleh...)
Sekarang dah genaplah 24 jam dirinya di alam kubur...
Dengar cerita kawan kawan,...bau wangi, sampai ke kubur...
Rezeki Allah nak bagi barangkali...
Apalah amalan ko buat masa didunia dulu ya...


p/s: mudah mudahan kematian kita juga dalam husnul khotimah. tetiba rasa bersyukur yang Allah temukan dia dalam hidup aku... kawan yang baik juga rezeki.


Monday, June 22, 2020

..........Bila lah kasih nak sampai? :)






p/s: I m back at my desk today..... rumah semua dah clear, bersih...baju semua dah basuh n sidai... Petang sat gi nak kemas peti ais pulak la...lama tak audit,...😂

Monday, June 8, 2020

Moving on...

Last week berakhir my 10 semesters phd journey with svno1.
Setelah 1 tahun 2 bulan,...
Berdoa...
Kalau orang ni baik untukku, biar Allah mudahkan dan buka jalan orang ni dengan aku,...
Kalau bukan, biarlah diberi ganti yang lebih baik, yang boleh terima aku.
Waktu sekarang, adalah saat aku dalam keadaan memerlukan support yang amat sebenarnya...
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.” (QS. Al-Qasas: 24)
Dan hatiku lebih berat kepada tukar...
Sedih? Ralat? ada. mesti ada. tipu kalau aku kata tak de.
Kalau boleh aku nak dua - dua...
Sekarang aku fokus yang mana rezeki aku, aku jaga baik-baik.

Timing moment bertukar agak 'tajam' aku rasa.
Dekat pula dengan waktu abg former svno1 meninggal dunia.
Bimbang silap bicara, menjadi duri dihati pula.
Tak perlu menjadi manusia yang buta hati & perasaan.

So, 3 Jun 2020...belum ada orang lain didunia melihat perubahan sistem macam aku lihat : 1 hari ada 2 main sv. Pagi lain, ptg dah bertukar orang lain. Sempat lagi tu kan? melodramatic sungguh ni...
My svno1 is no longer my main sv. Svno2 is my current main sv.

Setelah berbincang ttg keadaan aku, situasi & kerja aku...svno2 aku boleh terima aku.
Aku siap cakap yang aku harap dia tak terasa hati kalau aku tak add dia dalam FB. Dan dia ok with that arrangement. Once commited, aku stay commited. So dia tak yah bimbang la part tu.
Sekarang tengah review bakal co-sv...
Semoga dapat yang boleh berbincang & bekerjasama dengan baik...
Bab writing, aku suka... kalini bukan sebagai ghost writer, tapi untuk diri sendiri...

Lessons learned.


Wednesday, June 3, 2020

Malam yang tenang, otak yang penat dengan hati yang redha

Ni gambar secawan milo yang dibancuh seorang anak untuk mamanya yang tengah sibuk...
Hati kita berbunga bila ada orang sudi buat milo untuk mama,...
happy sangat sangat 💖
---

Sekarang tengah sibuk. 
Otak tengah penat.
Apa yang boleh kita buat untuk kekal optimis :
  • jaga tidur supaya cukup,
  • jaga makan,
  • jaga kesihatan,
  • usaha apa yang boleh, 
  • jaga hati,
  • jaga solat,
  • doa supaya murah rezeki & Allah mudahkan urusan.

Friday, May 29, 2020

Things i can control and Things i cannot control





A Whole New World...♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯

I always love this version!
Made and match in heaven!
Brad Kane & Lea Salonga...
To me kalau penyanyi perempuan melayu yang boleh sama standard Dato' Siti Nurhaliza - Lea Salonga... (kalau mak aku, dia nak dia punya sharifah aini jugak 😆😆😆)
Lea Salonga - Melayu Filipina, dan dia lagi tua dr Dato' Siti...hahaha...
Masing masing ada identity tersendiri...
Original!👍👍👍

Bawah ni versi baru... But I m sorry la to say...
Tak harmony di telinga pada aku...
Macam out of tune...
ke telinga aku je?

I bet these two can't even menyanyi live pun...
Worse version la pada ku...👎👎👎 


Thursday, May 28, 2020

MCO-CMO : Raya 2020

Raya kalini...

Raya pertama,...
- simple
- tak de tema raya
- baju raya pun recycle, takat tayang utk kenangan  & masa bersama famili dlm whassap shj.
- masakan raya sikit je - ketupat + rendang daging + ns putih + lemang nan sebatang.
- tapi hidangan raya penuh semeja - banyak rezeki sampai depan pintu, bertukar makanan dengan jiran-jiran.
- hantaran kuih tat nenas (order, x beli 😅) setaman di malam raya - anak anak karang pantun raya, print & tampal pada bekas kuih. mama & apak jadi duta hantar ke rumah jiran-jiran.
- lepas solat sunat hari raya, sesi whatsapp dengan famili di pagi raya. senang guna phone, nak berjalan sambil cerita itu ini...

---

Raya ke 2
- ada ns goreng je...lain lain, semua lauk biasa mcm hari hari kebiasaan.
- dah start rutin harian mcm biasa balik...
- cuma raya kalini, pagi-pagi anak tido, ...selalu dah bangun sbb ada kelas. Mama & apak? dating main game kejap...

main game dengan suami dapat pahala kan,...
belasah kaw kaw dalam game tak dapat dosa...😆😆😆

Wednesday, May 20, 2020

Wild World...



Hahahaa...da lama tak pakai jeans dah...
Kalau berjaya kurus, i put on my fav boot cut jeans.
Hahahahaaa...what? flaunting my curves ? Hahahaa yeah melon curves... Macam sarung nangka sendat!!!

Tak payah la...
Got to go, for now...
Tp nanti i ll come back yaaa...

Monday, May 18, 2020

MCO-CMO : My Home Team

Hari ke 62...
Sedar tak sedar dah 62 hari kami berempat duduk sama - sama...
Rasanya ni hari paling terlama kami berempat duduk 24 jam bersama sambung esoknya esoknya dan esoknya bersama...sampai 62 hari.

Sepanjang 62 harini juga, aku mengaku tak terdaya nak handle semua sorang2.
Aku banyak bergantung pada hometeam aku...Orangnya tiga je bilangan, tapi jawatan dia banyak 😄(kadang, aku lupa cakap terima kasih...😔)
- tukang kopek bawang
- tukang potong sayur
- tukang bancuh air
- tukang potong daging
- tukang cuci toilet
- tukang sidai baju
- tukang lipat kain
- tukang lap kipas
- tukang kemas
- tukang sapu
- tukang mop lantai
- tukang vakuum lantai
- tukang kemas meja makan
- tukang buang sampah

tukang siang ikan dan tukang siang ayam dan tukang masak takde...
hahahaaa...selalu yang ni aku take over.
tapi harini tak...
aku demam + sakit tekak + sakit kepala (rasa bukan covid, nauzhubillah)
aku tido je, peluk bantal macam koala...
And for the first time laki aku masak bubur ayam....(dah berapa tahun kawen, baru boleh rasa bubur ayam dia) . Ok la, dari langsung tak reti apa apa sekarang dah boleh masak bubur.
Last dia masak sup daging, 10 tahun lepas. Rasanya memang subhanallah tak terjamah hahahahaa...tong sampah yang makan sudahnya. Lepas pada tu tak merasa langsung dah masakan dia....Ni, kalau komen tak sedap lagi ni, mau sedekad lagi aku kene tunggu dia nak masak...
Hahahahahahhaaa...Alhamdulillah, sedap, dan boleh telan...
Thank you, abang...💗

p/s: masih lg belum boleh byk bercakap.

Wednesday, May 13, 2020

Sabar...

Tarik nafas, relaks kejap.