Tuesday, July 26, 2022

Genting Highland 2022

Saat tengah menulis ni, daku sedang berada di salah sebuah bilik hotel di Genting Highlands. Pergi berdua je, sebab anak - anak kat asrama. Sebelum apak ke bengkel pagi, sempat dia paksa mama naik ke tingkat 41, melihat permandangan awan di celah - celah banjaran titiwangsa yang berbalam - balam, menghijau... 
  
Cuba bayangkan seseorang yang tidak kurus macam aku naik ke atas dengan tangga macamana? Dengan kaki tau! Satu langkah, satu anak tangga. Penat badan aku pecahkan lemak, iaitu dari tenaga kimia kepada tenaga kinetik, tenaga keupayaan, & tenaga haba untuk naik ke atas. Tak tahu la berapa Joule dah terbakar. Tu belum masuk tenaga bunyi, pok pek pok pek yang dijana mulut yang mengomel-ngomel dan komplen. "Lama lagi ke?" atau "dah tingkat berapa ni?" atau "dah sampai ke belum ye?", atau "ala bang, penat la " atau, "jom la naik lif, bang"...........πŸ˜„

Subhanallah...Cantik kan?


Dan hasilnya, tak jugak kurus. Tapi diri ni dapatlah tengok permandangan atas awan. Cantik kan? Mujur laki tak tiup whistle jerit2 macam askar masa naik tangga. Nak mendaki naik tangga, punyala slow. Tapi masa turun kemain laju, sebab guna lif! Hahaha...Sebab nak cepat sampai, gi sarapan punya pasal...πŸ˜†

Bab makan, laju je! 😎

Friday, July 15, 2022

Doa semampu boleh

Minggu ni, dah start solo kembali.😊

Harini banyak idea, mencurah2...Alhamdulillah...Lepas raya, terus sibuk dan sibuk dan lagi sibuk. Awal tahun ni aku dah secure scholarship untuk attend & join bengkel & conference bulan ni. Hadir secara online je. Aku nak join satu course online tu, tapi aku 'ter'fail pulak exam untuk kelayakan naik ke next level. Tak boleh naik darjah la pulak...Kene makan DHA banyak-banyak lagi ni... Alaaaa...😞Tak per la. Nanti kita try lagi. Ni, tengah berkira - kira nak pilih jalan yang mana kita nak ambik... semoga Allah bagi petunjuk dan mudahkan urusan...Doa jelah semampu boleh. Amin.

Monday, July 4, 2022

Me and 'the kids are sick' moment

Hujung minggu lepas, dua - dua anak dpt mc & kene rehat kat rumah. Khabarnya, wabak influenza tengah merebak kat sekolah-sekolah. Ada sesetengah sekolah kat Msia kene tutup terus. Selain inflenza, dengar khabar kes yang melibatkan H1N1 pun ada. Harap masih terkawal. Haish, dah nak periksa ni macam - macam ujian melanda... Semoga Allah mudahkanlah semuanya....Amin.

Dengan adanya dua orang sakit di rumah ni, maknanya dapur kene berasap la. Nasik panas, lauk panas.  Macam yang apak suka, 'home cooked food'...Dengar macam sedap nyeeee lahaiii....yang anak-anak, tekak tak sedap nak makan. Sabarlah...This 2 weeks, mama ni jd stay at home mom & student. Tak pergi fakulti. Tak jumpa orang. Buat kerja kat rumah sahaja....

Hmmmmh,... duduk lama-lama kt kerusi pun tak bagus. Kene stretching gak...exercise,...gotta watch my health meter too...