Ketam favourite 50l3h...Heheheee...
Sunday, March 8, 2009
Friday, March 6, 2009
'Lauk' Of The Day...

Hari ni aku masak sambal tumis telur. Lama tak masak sambal tumis telur. Anak bujang aku suka lauk - lauk bersambal ni. Sejak kawen, aku kene kurangkan paras pedas sebab kawen ngan orang yang kurang makan pedas. Dah dapat anak, lagik la kene turun standard kepedasan. Dalam gambar tu lauk ni kemain merah menyala, tapi tak pedas pun.
Kat sini, senang juga nak cari cili kering untuk dibuat sambal. Yang payahnya, nak tahu pedas ke tak cili kering tu. Ade yang kata kalau cili kering tu berkilat, pedas. Tapi pernah amik yang tak kilat pun pedas juga walaupun guna hanya sebatang dua. Cuba plak yang cili kering berkilat mana tau kot - kot terbalik pemahaman. Lepas try, pedasnyeeee. Makan sampai meleleh - leleh air mata. Lepas tu tak beli dah cili kering.
Memandangkan serbuk cili kering Babas ade dijual kat sini, aku guna je yang tu. Senang nak sukat pedasnya...Nak pedas letak lebih. Nak kurang pedas letak kurang. Tapi kalau tanya aku yang mana sedap, tentulah sedap lagi cili kering kisar.
Resipi ni main baling baling campak campak je. Aku jarang ikut sukatan bila nak masak - masak lauk ni. Tapi kalau buat kuih ke kek aku ikut sukatan.
-----------------------------------------------------------------------------
Sambal Tumis Telur (versi aku)
Bahan - bahan
Bawang merah
Bawang putih
Serbuk cili kering babas 2 sudu (ikut suka nak bubuh brapa banyak)
Sos tiram. (Aku suka sos tiram nona/adabi atau ayam brand)
Air asam jawa
Jus lemon atau jus limau (optional)
Garam
Gula
Minyak
Telur rebus dibuang kulit.
Cara :
Bawang merah dan bawang putih dikisar halus.
Campurkan 2 sudu serbuk cili kering dan digaul rata.
Tumis bahan -bahan sampuran tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.
Taburkan garam + gula secukup rasa.
Masukkan sos tiram sesudu - dua. Boleh letak lebih kalau suka.
Kacau rata.
Tuang sedikit air asam jawa dan kacau.
Masukkan telur rebus dan biarkan selama 5-10 minit. (mendidih)
Tuang sikit perahan jus lemon. Kacau rata.
Siap.
Hidangkan ikut selera.
Makan panas -panas dengan nasik panas.
Nak makan dengan nasik lemak pun boleh.
Nak ganti telur ayam dengan telur puyuh pun boleh.
Nak belah telur dan tuang sambal kat telur tu pun boleh... :)
One Man's Trash Is Another Man's Treasure...
Menunggu masa untuk dibersihkan...
Lawa lori sampah kat sini. Tak berbau busuk pun atau pun berair - air macam kat M'sia.Dah 4 hari, hari pembuangan sampah - sampah besar berlangsung. Kat sini, kalau nak buang barang, kene tunggu hari 'open day' buang barang. Tak boleh sesuka hati nak buang sana sini macam kat M'sia. Undang - undang sini agak tegas jugak. Lebih eloklah jangan buat pasal.
Selalunya notis akan dihantar ke setiap rumah oleh majlis perbandaran tempatan untuk bagitau penduduk hari - hari yang dibenarkan membuang barang - barang kat tepi jalan. Nanti adalah lori majlis perbandaran yang datang kutip dan angkut barang - barang tu.
Kadang tu, barang masih elok dan boleh pakai lagi diletakkan kat luar oleh tuan empunya kerana tak berkehendakkannya lagi. Buat semak je kalau simpan agaknya. Kalau sesape rasa nak ambil, ambil je la. Tak de sape larang.
Masa nilah ramai 'pemburu - pemburu harta terpakai' memburu....
Nak barang yang elok - elok, cantik cantik, dan berjenama, cuba lalu kat kediaman orang - orang berada dan kaya dalam tempoh ni. Macam - macam ada dieorang letak kat luar rumah tu. Sofa, TV, mesin basuh, peti ais, meja makan, kerusi, carpet....apape jelah.
Pernah dengar cerita beberapa orang student pakat - pakat sewa ute(lori kecik) untuk pergi kutip dan mengangkut barang - barang untuk diguna pakai sendiri. Almaklumlah, student kan....survive kat sini pun dengan elaun yang terhad. Barang masih elok, percuma pulak tu. Sapa tak hendak. Jimat, tak payah keluar sesen pun nak beli. Kami pun dulu antara 'peronda-angkut' juga masa mula - mula baru sampai. Kalau jumpa barang elok dan boleh pakai, kami amik . Tak rasa segan pun sebab memang dah budaya kat sini begitu.
Sekarang rumah dah penuh, kami plak jadi penyumbang - buang kat depan rumah. Monitor dan karpet kami dah dah tak de dah kat depan tu. Dah 'selamat pulang bersama tuan baru agaknya'. Hehe he he ...
Dalam 'masa tempoh pembuangan' ni juga sesekali nampak lori mengangkut barang - barang mengutip barang - barang terpakai ni. Sama ada untuk keperluan sendiri ataupun untuk dijual. Kalau dijual, dapat juga duit. Selalunya ni lah pun saat tokey kedai - kedai jual barangan terpakai mencari rezeki. Dapat free, dijual agak mahal juga. Belum tambah upah lori mengangkut.
Rezeki...
Thursday, March 5, 2009
When Autumn In My Yard...
Masuk autumn juga bermakna aku kene stand by ubat - ubat selsema, paracetamol dsb untuk aku, abang dan budak - budak. Aku kene stand by menjadi tabib bila ahli keluarga sakit terutamanya budak - budak ni. Aku kene make sure campuran ubat dari pelbagai jenis tu selamat. Selain tu, makan. Kene banyakkan makan sayur dan buah.
E-m4n. Aku kurang risau selagi die minum susu aku. Tapi sekarang aku risau, sebab dah seminggu susu aku merudum. Mungkin juga sebab dah nak datang 'bulan'. Atau sebab aku stress (sebab abang lebih banyak duduk di office dari rumah, jadi aku kene kerja lebih bila die tak de). Atau sebab aku tengah dilanda 'down'? PMS? Er...entahlah...Semalam dapat satu lagik berita yang agak buat aku down lagik sket. Malas lak nak pikir. Happykan diri. Tapi aku tak
leh tipu diri. Badan aku tau sebab otak ni masih lagik berkomunikasi dengannya. Sedikit sebanyak ada kesan terhadap produksi susu.Sekarang aku tengah amik milk maid tea. Nak kasik up balik production. Aku plan nak tengok cerita light and comedy yang boleh mengundang ceria. (tapi bukan komedi yang 'bodo' macam senario ke hapa...buat aku menyampah lagik ader la). Bila amik milk maid tea ni, badan aku akan bau tengik sket la. Sebab ader halba(fenugreek). Tak per la. Sementara je. Aku minum bila production drop. Dah maintain up tu, aku stop.
50l3h plak, aku risau. Die akan lebih mudah dapat selsema sebab die ke sekolah. Caretakernya kata kalau sorang kene, maka semua akan kene lah. Gitulah yang biasa terjadi. Huhuhuhuuu...sekarang pun tengah selsema. Aku cuba kurangkan bagi ubat, aku bagi vitamin c lebih sket. Aku tak mau badannya bergantung pada ubat. Takut ade kesan jangkamasa panjang kalau amik untuk tempoh yang lama dan berpanjangan. Sekarang baru musim luruh, belum musim sejuk lagi. Jauh lagik tu perjalanan masa ke depan.

Untuk aku, aku ni ibu susuan. Tak leh amik sembarangan ubat. Aku plan nak amik Olive leaf extract untuk tingkatkan daya ketahanan badan. Pahit gitu rasanya. Tak per la akan ku tahan jugalah. Harap berkesan.Tak mahu jadi tak larat macam tahun lepas.
Start 2 bulan lepas, aku dah menyimpan stok beku EBM. Kalau ade rezeki lebih, sehari dapat 2 peket aku bekukan. Sepeket tu dalam 3oz - 5oz. Selalu dapat 1 peket. Sekarang ni dah seminggu tak de langsung. Chaiyok Chaiyok mama ... Chaiyok Chaiyok...
Cadang masuk April atau pertengah April baru nak amik flu vaccine. Kanak - kanak bawah 5 tahun free. By that time E-m4n dah 10 bulan. Dah boleh amik flu vaccine. Aku ngan abang pun patut gak amik. Flu vaccine ni penting nak elak nasty flu yang boleh membawa maut. Tak kire la kanak - kanak ke orang dewasa. Ish, takutnya. Semoga dijauhkanlah...Nauzubillahiminzalik.
[Note: Nasty Flu is not like common cold. Sila google bagi sape yang tak tahu tapi nak tahu beza flu dan cold].
Sekian dulu,ye ...
Wednesday, March 4, 2009
Tag Dari Zue
Intro : Heheh, nama aku start A...kalau guna nick i-syah, aku start ngan hurup i...tapi aku tak mo guna nick...aku guna nama sebenar. Senang banyak....heheheeee...
Copy the questions below. Simply use the first letter of your name/nickname as your answer for each questions. You can't use any answer twice and don't use your own name for questions # 3 & 4. After you're done, tag 10 people.
1. What is your name? a.i.s.y.a.h
2. A four letter word: ayam
3. A boy's name : Amir
4. A girl's name : Amirah
5. An occupation : Astronaut
6. A color : Aqua
7. Something you wear : Anak tudung
8. A type of food : Abalone (aku nak jawab ayam, tapi aku dah jawab ayam kat atas)
9. Something found in the bathroom : Anak-anak aku tengah main air...heheheheeee
10. A place : Algeria
11. A reason for being late : Aku banyak keje nak siapkan.
12. Something you shout : Arrrrrghhh!!!(tengah tensen)
13. A movie title : Advanture of Elmo In Grouchland. (Fav anak aku sbb ade Elmo)
14. Something you drink : ABC
15. A musical group : Alleycats
16. A street name : Ash Ave.
17. A type of car : Alpha Romeo
18. A song title : Accidentally In Love
19. A verb : angan - angan

senang giler ek sebab 'A'...heheheee...
p/s: Aku tak tag orang sebab aku tak de 10 orang.
Rumah...
Cepat sungguh masa berlalu. Dah 3 bulan masuk 2009 rupernye.
Dalam bulan mac juga, tahun lepas aku tengah sarat mengandung E-m4n. Masa tu tengah sibuk mencari rumah nak pindah rumah.
Yer lah, Famili aku nak datang. 4 orang plak tu. Tambah lagik orang lain ader la dalam 7 orang. Rumah masa tu keciknya yang amat. Kami bertiga beranak pun dah penuh. Rumah apartment 1 bilik. Mujur lah dinding batu yang jadi pemisah ruang tamu dengan bilik. Ada rumah lain kat sini tu, pakai sliding door je. Ade yang lagi teruk...open semua. Kalau bujang sesuai lah kot rumah sebegitu. Kalau famili yang ada anak kurang kot.
Masa kami dapat rumah tu pun kira kami dah bersyukur yang amat. Sebab tak sampai seminggu kami baru sampai Perth dah dapat rumah. Gembira rasa kami tak perlu menumpang rumah orang lama - lama. By the time tuan rumah (orang yg menumpangkan kami balik ke Perth)sampai, kami pun dah dapat rumah tu. Memang teramat bersyukur masa tu. Sebab ramai setudent yang bekeluarga mengambil masa berminggu - minggu bahkan ada yang sampai berbulan tak dapat rumah. Terpaksalah menebalkan muka menumpang dirumah orang. (pelajar M'sia juga.)
Bila anak dah nak masuk 2, memang dah tak sesuai dah nak tinggal kat rumah tu. Berat hati nak pindah masa tu. Rumah tu walaupun kecik tp best. Ade cable, redup, dekat dengan laundry room, senang nak g sidai kain sbb dekat dgn ampaian dan yang paling best sekali, tak yah naik tangga sebab kami duduk di tingkat paling bawah sekali.
Tapi bila sewa naik, anak nak bertambah, tetamu (famili pihak aku) ramai nak datang, kami buat keputusan kene pindah cari rumah yang lebih baik.
Masuk mei 2008, kebetulan masa tu ada 2 rumah yang sama harga dan dibawah agent yang sama. Satu rumah tu cantik macam hotel. Satu lagik tu, biasa je. Kami bida rumah yang biasa tu je sebab kami tahu ramai nanti yang nak letakan harga tinggi untuk sewa rumah yang macam hotel tu. Kami tak mampu bida harga tinggi. Yang kami bida ni pun kami bida sama harga dengan yang ditawar.
Esok atau lusanya kami dapat tahu jawapan. Kami tak dapat rumah tu. Sedih sampai nangis - nangis aku sebab tak dapat rumah. Manalah famili aku nak tido? Macamana lah nak muatkan mama aku yang datang dari jauh sebab nak jaga aku masa pantang,....risau aku masa tu. Dieorang tahu umah aku kecik tapi depa tak tahu rumah aku memang kecik giler.
Sehari lepas dapat keputusan tu kami dapat call dari agent,...tanya kami masih berminat tak dengan rumah ni. OF COURSE! harga dah kira murah untuk rumah tu. Tambahan dekat dengan kedai, klinik dan Uni. Selalu harganya sewa $AUD400-500 seminggu ke atas. Tentulah nak! Famili aku pun dah nak datang 3 minggu lagi. Ngam-ngam je. Agaknya berkat doa mama aku n rezeki baby...
Then die kata boleh datang saign contract n setel semua. Masa tu, aku siap lompat-lompat sebab gembira sampai lupa plak 'orang dalam'.(dah 8 bulan masa tu)
Terdetik pelik gak masa tu sebab orang yang berjaya dapat rumah tu tetiba je tak jadi amik rumah tu. Ruper- rupernya, pemenang tu jiran kiteorang seberang jalan. Tak lah jauh rupernye. Tuan rumah (yang die tgh duduk ms tu) tak bagi die break lease. Die kene habiskan contract duduk situ 6 bulan lagi. Harga rumah 2 bilik yang die duduk masa tu dah mencecah $AUD400 seminggu. Harga sewa akan naik lagi kepada $AUD450 seminggu. Tak tahu apa cerita tentang die sekarang ni. Masih duduk situ ke dah pindah. Kesian juga. Tapi nak buat macamana. Kat sini tak boleh main - main dengan undang - undang. Silap- silap masuk penjara sebab langgar contract sewa je. Pastu kene blacklist. Pergi la egen rumah mana pun. Tak de sapa nak bagi sewa sebab ada rekod buruk. Lagik naya...
Dah dapat berita gembira tu, masa tu gak kami inform agent rumah (1bilik tu) yang kami dah nak keluar. Prosidur kene bagi tau 21 hari sebelum nak keluar dan kene bayar sewa + bersihkan rumah selama tempoh tu. Dalam masa 3 minggu tu jugak, kami angkut barang sikit2 dan kemas - kemas rumah lama. Barang - barang besar kengkawan sini tulong angkat. (Terima kasih kengkawan!) Kene la spend duit sikit sewa ute sbb nak angkat barang besau - besau.
Rumah tu berjaya kami kemas dengan bersih. Bond pun kami dapat sepenuhnya. Sarat-sarat 8 bulan tu pu aku aktif lagik kemas itu kemas ni. Yerla mana aku ade bibik...Aku tau abang sibuk. Aku tak sampai hati nak tunggu die je semua...Walaupun aku banyak buat itu ini, abang pun tak lepas tangan biarkan aku sensorang. Banyak gak die buat walaupun sibuk. Syukur dapat abang. Kalau aku kawen ngan jenis suami 'semua bini buat', 'semua bini punya kerja'....naya aku...
Ni 2.5 bulan lagik genap setahun kami duduk rumah ni. Sekarang ni di bawah management baru. Agent baru. Risau ni...kemungkinan sewa nak naik tu ada. Kami harap sangat jangan la banyak sebab ni rumah Uni. Famili international student dari M'sia ni bukan mewah sangat. Semua hidup serba sederhana je kat sini.

Sunday, March 1, 2009
My Little Boy Likes To Visit Here...
Entry kali ni nak cerita tentang anak bujang aku yang sorang ni.
Die ada seekor spider. Die bela kat alam maya. Labah-labah digital. Nak tengok kat mana die bela...Ha ni link nye, S.P.I.D.E.R
Pada die, tu spider die. Dia selalu main tukar - tukar saiz badan, saiz kaki, jangkauan kaki, tinggi labah - labah tu dan macam - macam lagik la. Hari - hari bentuk spider ni berubah - ubah. Kejap gemuk gebu penuh bulu. Kejap lagi pulak kakinya keding, badan gemuk. Macam - macam. Spider yang lawa tu dah jadi macam spider alien.
Dia rajin la bagi spider tu makan serangga. Merata - rata budak ni tabur makanan spider tu. Terkedek - kedek lah spider tu jalan kutip makan satu satu...Tak puas dengan tu, die dera spider tu plak dengan drag kemana saja yang dia suka, jauh dari makanan spider tu supaya die dapat tengok spider tu jalan ke arah makanan.
Kat sini plak ---> S.N.A.K.E G.A.M.E budak ni main ngan ular.
Tapi, game ni 50l3h cepat bosan sebab ular die asyik mati je. Tak sempat tunggu ular ni besar panjang. Kecik - kecik dah mati. Mati bukan sebab apa pun, asyik sibuk nak main bola dan tercium ekor sendiri.
Ni Plak -->S.K.E.T.C.H & P.A.I.N.T tempat die asah bakat nak jadi macam Pablo Picasso(sila google sapa yang tak kenal mamat ni ). Ni tempat die lukis - lukis dan conteng - conteng ilhamnya yang entah hapa hapa.
Yang lain-lain pautan pada site tu, macam drum machine & prototype of ski game tu die tak berapa minat. Yang break dance tu, aku tengok macam menakutkan. So, aku tak pernah bukak untuk 50l3h.
Empunya site ni kreatif. Site die simple je, tapi menarik.
p/s: Sayangnya aku tak terror flash.

Subscribe to:
Posts (Atom)