Wednesday, March 18, 2009

Gatorade, Minuman Isotonik Boleh Tambah Susu???

Sejak aku amik Gatorade (jenama sejenis minuman isotonik), aku perasan susu aku naik sikit kuantiti perahannya. Aku selalu pam selepas makan.Tiap kali sebelum nak pam aku minum Gatorade segelas dua. Alhamdulillah, adalah penigkatan dalam 1oz-2oz.

Aku rasa minuman isotonik yang lain pun boleh jugak kot menambah susu. Aku amik Gatorade ni sebab, die tak bergas. Bancuh je dengan air sejuk, terus minum. Senang dan cepat.

Memang sejak E-m4n makan makanan pejal, production susu jatuh. Tak semeriah dulu. Betullah kata orang production susu ibu ni ikut permintaan. Susu aku sekarang cukup - cukup untuk E-m4n dan stok fresh kat peti sejuk je.

Kalau nak mintak aku terangkan secara terperinci macammana minuman isotonik ni boleh menambahkan susu, terus terang aku katakan aku tak tahu. Aku pun nak tahu jugak tapi tu di luar jangkauan ilmu aku buat masa ni. Kene la tanya ahli ilmu bidang ni.

Susah payah hasil perahan pam.

Sekarang ni, aku masih lagik berusaha mempertahankan production susu...Target kedua aku, nak usaha sampai E-m4n setahun. Kene giatkan usaha lagi...nampaknya.

p/s: Eksperimen ni aku hanya jalankan atas badan aku sahaja. Jadi aku tak leh jamin 'outcome' serupa pada badan ibu lain.

Tuesday, March 17, 2009

About my blog...

1. Kenapa Kelkatubiru?
Nickname ajelah. Aku bukanlah manusia jelmaan kelkatu, kelkatu jadian atau manusia berperangai seperti kelkatu yang bewarna biru. Tak de kaitan apa - apa selain hanya untuk ID kat blog. Tak payah jugak sibuk nak kaitkan dengan apa - apa personality test ke hape. Macam aku cakap tadi, nick saje.

2. Apesal baru sekarang ko tulis blog?
Saje suka - suka...

3.Apasal blog ko ni hitam dan 'dull' je ?
Sebab aku suka warna hitam. Tak sakit mata, bila tengok kat monitor. Tak kuasa aku nak tangkap nangis depan kompiter. Heheh. Sebenarnya, aku ade perancangan nak menukar template ke template yang lawa sikit. Insya allah bila ada kelapangan akan aku tukar. Buat masa ni aku survey - survey dulu, mana mana template yang best. Nak buat sendiri, aku kene tengok masa lapang yang ada. Tentang gadjet, aku lum jumpa yang aku berkenan untuk serabut semakkan blog aku. Biarlah dulu, aku jumpa yang berkenan kang aku bubuh.

4. Apesal tak femes blog ko ni?
Ha'a, tak glemer, beb! Aku keep low profile. Aku memang tak buat promo atau advertise blog aku. Jadi aku tak terkejut kalau aku letak feedjit ke hapa ke, visitor aku sikit.

5. Apesal ko kurang letak gamba ko?
Aku tak selesa gambar aku ditayang kat internet sebenarnya. Kalau aku letak pun kecik kemetot je gambo aku. Adepun yang dedulu kat fotopages lar. Sikit je. Sape nak tengok muka aku sangat jumpa in person.

6. Entry ko kadang - kadang tu boring la nak dibaca...
Aku tulis sebab aku nak tulis la, bukan untuk sedap ko baca la. After all, this is 'A place i write what i feel like'.

Sekian.

Hari Keluarga 2009


Gambar Hari Keluarga MYPSA 2009

Sejak akhir - akhir ni bz banyak...tak sempat nak update blog ni. Ni pun curik curik masa. Anak - anak dah tido, barulah ada kelapangan.

Semalam Ahad, ada Hari Keluarga MYPSA (Malaysian Postgraduate Students Association). Mula pukul 9 - 2.30 ptg. Mujur juga hari tak terik sangat sebab banyak awan walaupun cuaca agak panas( Max - 36.7 darjah celcius). Angin pun sepoi - sepoi bahasa.

Meriah, ramai yang datang. Orang baru, orang lama beramah mesra.

Pagi tu, kami sekeluarga sarap mac & cheese with beef. Aku dah siapkan malam sebelum tu lagik sebenarnya supaya tak kelam kabut pagi ahad nanti. Bakar pagi ahad tu. Tak guna oven, tapi guna microwave. Abang suka tapi anak bujang kiteorang tak suka. Jadi terpaksalah mamanya ini gagahkan diri masakkan mi goreng sikit untuk dia sarap. Tak nak anak perut kosong. Kesian. Nak harap dia makan masa majlis, janganlah. Main aje yang dia tahu. Tak per la, yang penting perut 50l3h kenyang. Meragam pun kurang bila perut kenyang dan cukup tido.

Untuk majlis, kami sumbangkan kek coklat. Hidangan semua secara pot luck. Air je ditaja oleh MYPSA. Kalau cerita bab makan, masa - masa ginilah kalau nak merasa citarasa Malaysia. Macam - macam ada, nasik tomato, nasik lemak, mee goreng, nasi goreng, kuih muih melayu lama dan moden etc.

Kek coklat yang dah siap dipotong dan disusun rapi

Cadangnya nak datang awal, tapi sudahnya mamanya, 50l3h dan adik sampai lewat juga. Pukul 11 kalu tak silap. Acara kanak - kanak yang bermula awal pagi dah terlepas. Apaknya pergi dulu, sebab kene tolong uruskan hal hal logistik majlis.

Sampai je kena daftar dan dapat pelekat nama. Senang nak kenal dan ramah mesra tujuannya. Dan tak pasal-pasal jugak aku ter-didaftar-kan menjadi ahli pasukan tarik tali ... pepandai sungguh kengkawan ni! Tak per la seronok jugak...Tu je la yang aku masuk pun. Itupun sebab kengkawan masuk. Kalau tak, tak denye aku gatai nak p tarik tali. Abang pun masuk jugak acara tarik tali. Bergilirlah kiterorang jaga anak. 50l3h pun seronok tengok orang reramai pakat main tarik tali tu. Bila tamat acara, die pulak try main tali tu dengan kengkawan.

E-m4n, si kecik ni pun tak banyak ragam. Alhamdulillah, senang bila anak - anak tak buat perangai. Lega...

Petang tu, sampai rumah dah penat. Anak - anak tido.

Resipi 'Orang Rajin'...main campak - campak bahan

Aku amik kesempatan yang sekejap waktu ni masak ayam Deli Wave. Sebenarnya sedap kalau guna kepak ayam, tapi aku cuba tukar dengan peha. Bolehlah tahan. Kene tambah masa siket la nak masaknya. Kenapa namanya Deli Wave? Sebab aku masak guna microwave. Nama tu aku pepandai bubuh je. Ramuannya, kicap, garam, gula, serbuk bawang putih, serbuk paprika sikit, serbuk lada hitam sikit, serbuk kayu manis sikit, serbuk lada sulah sikit. Gaul dan perap. Biarkan semalaman lagik sedap. Nak bakar dlm microwave, letak marjerin siket. 10-18 min utk kepak, 10-25 min untuk peha (bergantung pada saiz kepak ayam atau peha ayam). Senang & cepat. Terutamanya untuk mama yang penat ni. Heheheee... Ok lar, tangan ni still terasa lagi tegangnya urat menarik tali semalam. Sampai sini sajelah kali ni.
Sekian.

Friday, March 13, 2009

Tag : First Born

This tag is from iu - Germany.

Here you go moms - a different kind of survey for a change - it's all about your first born! Just copy and paste it in a new note for yourself!Let's see how much you remember!

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
No

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?
Yes, of course.

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
happy & worried about how to be a mother

4. HOW OLD WERE YOU?
24

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
My period was 10 days late. So I did the pregnancy test myself and the result was +ve. Then, me & my husband went to see the doctor to confirm that wonderful news.

6.WHO DID YOU TELL FIRST?
My beloved Hubby

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Yes, i was very excited but my hubby did not want to know. He wanted it for surprise.

8. DUE DATE?
02 Jan 2006

9. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
5 days before EDD.

10. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
3.5kg

11. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Yes.

12. WHAT DID YOU CRAVE?
Pomegranate(delima) & salt.

13. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Dirt & Messiness.

14. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Boy

15. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?
No

16. HOW MANY KG DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
10-12kg

17. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
No

18. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
-

19. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Yes, i did.

20. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
HTAA, Kuantan.

21. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOUR?
12hrs in labour room. (Total - 40 hrs.)

22. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
My Beloved Husband.

23. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Dr Yati (My Hubby's friend) + other doctors + nurses.

24. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
C-sect

25. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Yes.

26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Muhammad 50l3h

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
3 years old

Thursday, March 12, 2009

When Coconut Milk Curry Lover Married To Non Coconut Milk Curry Lover.


Gambar kari ikan tengah masak atas dapur

Hari ni aku masak kari ikan merah.

Sejak duduk sini kami jarang makan ikan. (Huhuuhuuu, aku suka ikan...)
Sungguhpun Perth ni dekat dengan laut, tapi harga makanan lautnya mahal. Kadang tu harga die tak masuk akal aku rasa. Jadi nak murah dan beli banyak, kami ke pasar borong makanan laut kat Canningvale. Banyak jimatnya (jangan convert AUD ke RM!, still mahal lagik banding ngan M'sia). Dulu pergi bertiga. Sekarang dah anak dua ni, abang je pergi sorang lepas subuh sebulan sekali.

Hari ni tetiba lak tekak nak makan kari ikan. Agaknya sebab dah lama tak masak kari ikan. Godek godek dapur ade kentang tapi tak de tomato. Nak pergi beli tomato, anak - anak tengah tido. Nak tunggu anak - anak bangun, malas la pulak nak keluar dengan bersiap bagai hanya nak pergi beli tomato walaupun kedai dekat. Macam - macam kerenah nanti. Pantang tengok mama bersiap. Dua beradik macam tak senang duduk sebab takut kena tinggal. Mulalah menangis- nangis walaupun mama dah cakap mama bawa dua - dua.

Tak per la, mama mengalah. Biarlah tak de tomato pun dalam kari tu. Dari buang air mata anak - anak, baiklah kita main hepi - hepi kat rumah, kita gelak tawa main nyorok nyorok sama - sama. (budak-budak ni suka main nyorok - nyorok, terutamanya adik)

Sebenarnya kari ni favourite abang. Tapi abang suka kari yang bersantan. Yang aku pulak, kari bukan favourite dish aku tapi aku boleh makan dan lalu makan bila kari tu tak bersantan. Ada masa aku akan masak kari bersantan bila terasa nak buat (sebab siankan abang). Selalunya tanpa santan, sebab aku boleh makan sama. Senang...

Teringat dulu masa bertunang, bila abang cerita yang abang suka makan kari bersantan. Disebabkan aku pulak boleh makan kari yang tak bersantan, sebagai usaha jalan tengah, aku pun bagitau die yang bilamasa aku masak kari aku akan buat dua kari. Satu bersantan dan satu tak. Perrrgh kononnya ingat senang la...yer lah aku ingat senang je masa tu.

Dah kawen, ada anak dan kerja kat rumah...apa yang kukatakan tu hanya aku kotakan sekali dua saja. Aku tak buat dua kari tu sudahnya. Hanya salah satu. Dah tentunya kari tak bersantanlah yang aku kerap masak bila masak kari. Sesekali baru bersantan. Kalau ku buat yang bersantan, aku masak lauk lain untuk aku.

Abang senyum je. Paham akan kesibukan aku kat rumah untuk masak dua lauk yang sama tapi tak serupa. Aku pun paham juga akan senyuman abang tu.
Aku pun senyum. Tersengih,

"Tak pe ek, abang...kita makan kari tak de santan ye?"
"Yer laaaa...", sambil gelak - gelak dengan gaya mengusik.

Sesekali tu die ajuk balik ayat apa yang aku pernah cakap kat die tentang masak kari tu. Jadi bahan gurauan pulak kata - kata aku dulu. Agaknya sampai tualah bilamasa aku masak kari, kata-kata aku dulu jadi bahan usikan ...

Terima kasih kekanda kerana memahami dan bertolak ansur dengan dinda dalam bab kari ni. :)

Tuesday, March 10, 2009

Hungarian Rhapsody No. 2




Hungarian Rhapsody No. 2 in C-sharp minor ni favourite aku.
First time masa aku dengar macam kelam kabut.
Second time dengar dah suka lah plak.
Third time, layan lagi...

Lagu ni susah nak follow...bukan susah dengar tapi nak mainkan.
Kagum Tom & Jerry dapat buat almost perfect.
Yang terror pun tersangkut jari.
Aku?Heheh...
Jauh sekali...

Monday, March 9, 2009

Tag Iu...

Senaraikan 5 produk dari senarai panjang di bawah yang telah anda boikot, dan senaraikan 5 produk yang anda cuba untuk boikot. Akhir sekali, senaraikan juga 5 produk yang anda dapati amat sukar untuk diboikot. Kemudian, tag 5 orang sahabat blogger anda yang lain.

Tag ni bertujuan memastikan mereka yang memperolehnya mengenalpasti produk yang dipakai yang telah memberi kesan pada hidup mereka dan hidup rakyat Palestin! Anda juga boleh membandingkan senarai anda dan senarai rakan anda dan lihat : jika mereka boleh memboikot sesuatu produk yang anda belum boikot, kenapa anda tidak boleh memboikotnya juga?

Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga,
Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut - KFC
Produk : Minuman
Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips, Milo

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney
Jenama : Disney, Kartun, Filem

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Jenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette, Biskut Tiger, Oreo

Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

Syarikat : IBM

Syarikat : L’Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan computer

Syarikat : Estee Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

Syarikat : Sara Lee
Produk : Pakaian, Kesihatan
Jenama : Hanes, Playtex, Champion, Leggs, Douwe Egberts, Bryan, DIM, Ambi Pur, Bali, Superior Coffee, Just My Size, Kiwi, Maison Cafe, Nur die, Pilao, Lovable, Outer Banks, Wonderbra, Sanex, Pickwick, Gossard, Body Mist, Brylcreem, Aqua Velva, Mandian Radox, Glade

Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger
GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman
COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic
Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz, Caltex

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selalu dapat tag dari Zue, tapi kali ni dari jauh nuuun kat German.
Ok, kite jawab ye, iu....


5 product yang saya dah boikot :
1. Milo.
2. Coca - cola.
3. L'oreal
4. Coffee Mate
5. Buitoni (senang sebab tak sedap di tekak aku, heheh)

5 produk yang saya dah cuba boikot :
1. Pampers
2. Oreo
3. Huggies...senang boikot bila mahal. Payah nak elak bila sale.
4. Johnson Baby...senang boikot bila mahal. Payah nak elak bila sale.
5. Palmolive

5 produk yang sukar diboikot :
1. Maggi. Aku suka megi la...tukar yg lain pun aku suka megi gak. Tapi tak leh makan selalu sbb tak elok.
2. KFC. Ingat nak try RFC kat M'sia nanti...tak tau ok ke tak.
3. Intel.
4. Huggies. (Anak bujang aku pakai yg ni bila mlm. Cuba pakai yang lain bocor. Selalu sale plak tu, aku beli berkotak - kotak sbb nk jimat)
5. Nokia. (Aku sendiri pakai nokia. Tahan lama.)

p/s: Tak de 5 orang untuk di-tag. jadi aku tak tag.