Tuesday, April 14, 2009

Cengkodok...


Cengkodok???
Cekodok???
Cucur???

Aku selalu confius dengan cengkodok, cekodok, dan cucur...yang mana satu nak digunapakai...pada aku sama je. Ye ke? Entahlah tak pernah aku buat kaji selidik mendalam tentang ni.

Dulu aku tak berapa minat cengkodok manis...pada aku, macam tak sesuai je...cengkodok ni manis. Agaknya sebab aku dah biasa dengan cengkodok yang tak manis macam cengkodok bilis, cengkodok bawang, cucur udang (aku panggil ni cengkodok udang)...

Bila kawen ngan laki aku, laki aku dan anak aku suka lak cengkodok manis macam cengkodok pisang ni. Aku pun jadi suka gak...Masa mengandung dulu, tekak aku lalu benda - benda manis je waktu pagi. Baru ku tau sedap jugak ek cengkodok yang manis ni...tapi cucur manis macam cucur jagung ke aku tak berapa nak makan. Sebab pada aku masih pelik lagi di tekak ni...

Lidah ni makin fleksibel lak walaupun tak sepenuhnya...:)

Sunday, April 12, 2009

John Graham Reserve, Woodman Point, Cockburn




Jumaat lepas cuti. Jadi malam jumaat tu, kami decide nak pergi ke John Graham Reserve, Woodman Point kat Cockburn. Tengok ramalam cuaca, dijangka jumaat tu cantik. Alhamdulillah, dengan izin Allah cuaca jumaat tu cantik, jauh sket la langkah kami kali ni.

Ni kali kedua kami pergi ke sana. Kali pertama kami pergi, 50l3h tak puas main kat sini. Frust sangat dia masa tu. Jadi ni kire tunai janji yang dulu, bagi dia main puas - puas la sebab dah janji dengan dia, nanti kami datang lagi sini...

Kali ni kami pergi berkonvoi 2 famili. Orang M'sia juga.

Air kat sini cantik. Ombaknya pun tak besar. Rasa selamat sikit nak biarkan anak - anak main kat gigi air. Pantai lain kat sini kebanyakkannya ombak besar, sesuai untuk water surfing. Air kat sini dalam juga. Beberapa langkah je dah paras dada.

Tak jauh dari tempat kami mandi manda, ada satu jeti yang menjadi tumpuan kaki pancing. Ikan apa yang dieorang pancing tak tahulah tuuu...

Berdekatan dengan pantai ni, ada kawasan taman permainan kanak - kanak, tempat picnic dan BBQ. Tapak untuk caravan pun ada. Kalau nak buat BBQ, kene datang awal la cop tempat. Pagi-pagi tak ramai orang. Anjak ke lewat pagi dan tengah hari memang penuh orang kat taman ni dan pantai.

Masa kami datang sini pagi...kami orang first bentang canvas, picnic kat pantai. Masa nak balik tu penuh orang...parking yang awalnya banyak kosong dah penuh ngan kereta...

So far, ni port pantai paling best kami rasa kat Perth ni setakat ni. Ingat nanti, ade masa, insya Allah nak datang lagi...

Location on Google Map

Saturday, April 11, 2009

Catch Up of The Week...

  • Selsema dah makin kurang walaupun belum sepenuhnya sembuh lagi,...alhamdulillah,...

  • Production susu aku tentunya drop bila saat - saat gini. Tak pe la,sabar ...Dak E-m4n pun kurang nak minum sangat ...agaknye tak selesa bila selsema. Selera makan pun kurang. Makan berapa suap je. Pastu menangis - nagis meronta - tak nak makan. Terpaksalah aku bancuh minuman bijirin baby + susu (macam nestum) dalam botol supaya berisi sket perutnya.

  • Remote DVD player hilang pulak. Dari hari isnin sampai la hari ni baru jumpa. Terselit celah sofa rupernye selama ni....50l3h tensen sangat sebab tak dapat rewind/replay balik babak kartun yang dia minat. Nak tak nak kene tengok terus sampai habis ...DVD player kami kat sini hanya ade button stop, play, pause dan eject. Takde button forward dan rewind. Harap kat remotenya ajer la.

  • Sekarang ni cuti sempena Easter...Jumaat - Isnin...Kedai banyaknye tutup. Hanya sebilangan je la yang bukak tapi masa buka yang terhad. Sebelum Easter banyak sale. Dah lepas Easter ade ke sale lagi ye??...hmmmmh tak perasan lak sebelum ni...

  • Baru - baru ni, aku ternampak ... E-m4n, dah pandai bawa pergi barang sambil merangkak...aritu aku ngendap dia dan abangnye (50l3h) sedang berebut barang...Si abang cuba mintak barang tu cara baik...si adik tak nak lepas barang tu...Disebabkan dia tak nak barang tu dirampas oleh abangnye...dengan penuh tenaga dia bawak merangkak barang tu jauh dari si abang...(kalau kita yang leh berlari ni sebut 'bawak lari' tapi dia tak pandai lari lagik untuk bawak lari, jadi dia 'bawak merangkak' barang tu hehehehee...)...Ape lagi, marahlah abangnye sebab adik bawa merangkak barang si abang...Geli hati gak tengok. Abangnye membebel hapa ntah...adik pun menjawah entah hapa hapa entah.... Tapi masa aku kene step in campur tangan untuk meleraikan kekalutan tu, aku berlagak yang konon aku tak tau apape...dengar je la si abang ni merepot...entah hapa die cerita, siap tunjuk tunjuk action lagik...macam-macam hal...tengah tengah selsema pun leh gado gado lagik...

  • Cuaca minggu ni start panas balik...tapi malam tak panas sangat. Sejuk nyaman. Sedap je tidooooo...Seronoknyeer malam makin panjang kat sini...waktu syuruk pun makin lambat. :)

  • Bila sebut tentang cuaca panas....Awal minggu dengar berita ade buaya air masin(kat sini panggil 'Salties') sepanjang 3 meter berlegar - legar kat pantai northern WA...orang ramai dinasihatkan jangan main mandi manda kat pantai berkenaan. Takut kene NGAP ngan buaya. Bila musim panas ni kerap la dengar serangan - serangan makhluk air macam jerung dan buaya kat pantai...Dekat Eastern Australia masa musim panas lepas dengar gak ada shark attack tahun ni...Dekat Perth ni, last shark attack kat Cottesloe tahun 2005 oleh great white shark...Takutnya aku nak masuk air kat sini...

  • Semalam kami sekeluarga pergi ke The John Graham Reserve, Woodman Point. Takut takut pun p juga pantai...Cuaca baik, tak panas sangat nyaman jer...17 darjah celsius...angin pun tak sejuk sangat...Nanti ade masa, leh taip entry khas ttg ni...k...sekian.

Monday, April 6, 2009

Diserang???...

Hari ni aku kene serang...

Abang kene serang,...
50l3h kene serang...
E-m4n yang tak mengerti apa - apa tu pun kene serang...

Kami semua kene serang ngan selsema.

Aku tak larat nak bangun...tak larat nak buka mata...rasa nak tidoo jer...
Serangan ni berlaku sejak malam tadi dengan sejenis makhluk yang tersangat halus untuk dilihat oleh mata kasar. Mata halus macam mikroskop leh la tengok...

heheh...

sekian coretan kali ni...

Awards dari Zue




Ni award dari zue...zue amik dari jerman...sekarang, awards ni diangkut ke Perth lak...Thank you. :)...sebenarnye aku tak tau nak bagi sape...aku bagi kat Farah la..."Farah, O Farah...Aku nak bagi ko award ni..."

Tag : My Birthday Wishlist.

Tag ni dari Zue...

The rules are:
1. Make a list of what you want on your birthday
2. The list should be 10 numbers
3. Give it to 10 frens of yours

  1. Bila buka mata pepagi ade note/card wish my birthday atas katil ke atau atas meja. Siap ade rose merah sekuntum. Nak yang wangi tak nak yang busuk.

  2. Pastu ada note macam treasure hunt hadiah... kalau leh satu hadiah membawa klu kepada satu hadiahn selepas tu. Makin lama makin besar hadiah yang kita dapat...(banyaknyer dapat hadiah ...heheh.)Bila dah habis dah treasure hunt hadiah, nak ade lagik yang spesel lak yang tak dijangka - jangkakan sama sekali.

  3. Bangun tido pas solat subuh, on the way kuar bilik...Abang throw surprise. Abang dah buat sarapan ...Lunch & dinner order je nak makan apa. Abang sediakan...

  4. Tak yah buat kerja rumah. Rumah dah siap kemas dan teratur.

  5. Nak kene layan macam queen la hari tu...

  6. Malam2, pas anak - anak tido, nak makan dibawah cahaya candlelight dinner berdua ngan abang...keh keh keh.

  7. Kalau dapat g honeymoon berdua duaan kat France, Swiss, Turki, italy, best nyerrr...lama teringin g melancong ke negara - negara ni ni...bila la leh dapat niii...

  8. Kalau anak anak dah besar sket, nak anak - anak dan abang throw surprise birthday wish kat kite... Kalau dieorang nak masakkan kek untuk mama ni pun boleh. Suka je mama nak merasa...Tak yah party. Aku tak suka birthday party untuk aku. Aku lebey suka spend masa ngan my love ones on my special day.

  9. Bila sebut pasal barang kan, ... teringin nak microwave yang kawen ngan oven skali dengan grill. Aku suka buat daging atau ayam bakar berempah. Then nak set cadar dan langsir yang paling best untuk hias bilik tidur sebab aku suka bilik tido aku menjadi tempat paling selesa dan tenang sekali nak berehat. Pastu nak kabinet dapur yang modern n simple style tapi practical, optimize ruang - leh simpan banyak barang. Pastu nak ade home theater kat rumah. Then, nak ade small water garden kat laman umah. Leh ajar anak bela/ternak ikan macam tilapia ke lampam ke sepat ke bersama - sama kap jepun kat situ. Banyak nyeeer...hmmmmm... berapa bilion duit yang aku ada daaa sampai leh simpan banyak angan angan ni...

  10. Lastly, yang paling aku nak...panjang umur, murah rezeki, sihat walfiat, bahagia dunia akhirat dengan insan-insan tersayang.

Erm, quite a list kan???...dah redha dah yang tak semua akan dapat. Tak per la, janji siap assignment sensei zue ni...

Rules no 3, seperti biasa, tag ni terkubur kat blog aku. Heheh.

Saturday, April 4, 2009

Sotong Goreng Tepung Kentucky


Hari ni, tengok abang beli banyak sotong dari pasar Canningvale, tetiba lak tekak ni teringin sotong goreng tepung.

Sebelum ni, dah dua kali try buat sotong goreng tepung tak jadi. Rupenye macam segumpal tepung goreng yang berintikan sotong, :(. Senang cerita tak secantik dan sesedap yang hari ni punya lah...

Nak elakkan meletup aku tus dulu pas siang dan basuh sotong.Ada setengah orang goreng tanpa minyak atau rebus kejap dulu untuk buang air dalam sotong supaya tak meletup masa goreng. Tapi aku tak buat gitu sebab aku nak kekalkan kemanisan sotong tu. Aku tuskan aja. Bila ade letupan sket2 masa goreng tu, aku tutupkan aje kuali/periuk tu.

Sebelum ni aku gaulkan semua...sotong + telur + tepung gandum + tepung beras + serbuk kunyit + lada sulah + garam...dan goreng.

Yang harini punya aku ngelat sket. Aku guna tepung kentucky + tepung tapioca(ubi). Aku gaulkan sotong + telur ...kemudian gaulkan dalam tepung kentucky + tepung ubi + serbuk kunyit... dan goreng. (Aku cilok kat site mana ntah idea guna tepung kentucky ni, tapi tepung ubi tu aku tambah sendiri sebab nak bagi rangup)

Hasilnya lebih rangup dan sedap. Hmmmmmh...nyum nyum nyum...