Friday, August 14, 2009

Awards from Europe


1. Accept the award, post it in your blog together with the name of the person who granted you the award.
2. Pass it on the other 15 blog that you've newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know you have tagged them.

-------------------------------

Award yang serupa dari dua orang teman yang berada jauh di benua eropah sana...iaitu :-
kak kin (dr Limerick, UK)
dan
iu(dr Jerman)
Terima kasih banyak - banyak...

Seperti biasa, award ini akan disimpan dan dijaga rapi dalam blog ini
(buat pekasam kat sini...sebab ramai dah dapat.)

Wednesday, August 12, 2009

Sup Ayam : Kelmarin? Semalam? Hari ni? Esok? Lusa? Tulat?

Sejak kene selsema ni...menu kat rumah ni asyik sup ayam + nasik panas...Sejuk-sejuk gini mmg sodap hirup sup...rongga hidung yang tersumbat pun jadi terbuka, senang nak bernafas.

Minggu aku tak rajin sangat. Nak senang dan berkhasiat(Ceh, alasan...:p), dengan rasminya tema minggu ni, sup ayam...

Bagi mengelakkan jemu...aku pun try ler pelbagai jenis sup ayam...sup ayam stail siam la ...sup ayam perap kicap lar...sup ayam herba cina ... sup ayam lada hitam dan putih la ...macam - macam...Yang tak try lagik sup ayam mat saleh tuuu...yang letak susu tuuu...Yang tu,kalau hirup gitu atau makan dengan roti bawang putih sedapnyeeeee...Semalam sup, kelmarin sup...hari ni sup ayam ...esok? sup lagik ke?...Nanti ler aku pikir nak masak ape lak...nak reka sup lagik ke...hmmmmm...

Sesekali tukarlah jugak... mac n cheese ke mi goreng ke ayam goreng ke...gitu, tapi bila dah bedal makanan berminyak senang gatal lah tekak ni...asyik nak batuk-batuklah pulak...

Tak per lah, rezeki jugaklah bila musim sakit ni...'rezeki' yang Allah nak ingatkan kita akan Dia.

E-m4n tahun ni kene kuat ye...
50l3h pun...
Mama ngan apak akan bertahan...(tahun ni kami berdua tak amik vaccine flu) Insya allah...
Bersyukur tahun ni tak tumbang macam tahun lepas.

----------------------------------------------------------------

Berita selitan...

Berita baik, semalam dapat surat...50l3h dah diterima masuk kindy bagi sesi depan...Alhamdulillah,....Terasa macam dah besar anak bujang ku ini, dah nak masuk sekolah makan - makan dah rupernyeee...

Pergi sekolah 2 hari je, kalau ikut sesi penuh...8:45am - 3pm...
Kalau amik separuh separuh...1 hari penuh (8:45am - 3pm), 2 hari lagik separuh - separuh...8:45am - 12:00tgh

Hmmmm nak pilih yang mana ni satu yeee...

Ttg toilet training, so far sangat bagus. Diaper pun dah tak pakai. Dah boleh pergi sendiri toilet tapi tak reti nak mambasuh air besar lagik...

Ttg makan, selalunya bersuap...kalau tak suap, x makan sangat...tapi kalau coklat ke jajan pandai plak boleh habiskan sendiri...ish ish ish..

Monday, August 10, 2009

Kelapangan yang kering...

Alhamdulillah kelapangan yang dinanti-nantikan sepanjang kesempitan masa lepas telah tiba.
Lega...

Sebelum hari ni, aku rajin jenguk blog ni...bahkan siap berjalan - jalan merata dunia membaca blog kengkawan dan orang...tetapi blog sendiri tak update. heheheheee...Masalahnya sekarang, kekeringan idea...tipis ilham untuk menulis...walaupun semangat tu ada.

Malam ni seperti malam - malam lepas, memang tak de idea nak menaip apa...skadar mengisi kebosanan yang teramat...Sempat jugak berkebun kejap secara maya di farmtown kat facebook, merisik berita sensasi isu pandemik H1N1...berita terkini kat sini...berita terkini kat M'sia...dan seluruh dunia.Ginilah orang dah tak de kerja kan...abang pun tak de kat rumah...anak - anak dah masuk tido awal...k, lah nak g tidoooo jugak laaa...selamat malam semua.

Sekian, wassalam.

Tuesday, August 4, 2009

"Where are you, apak?"

Sekarang ni apak semakin sibuk...

50l3h dan E-m4n sangat terasa kekurangan seorang anggota famili kami...mama tak sedih sangat apak sibuk, tapi kedua - dua budak ni mmg sedih bila apak tak dapat balik petang dan kurang jumpa apak.

Asal ade orang lalu depan rumah kat luar, gerenti kedua - dua budak akan terkam ke tingkap nak tengok sapa...selalunya disangka apaknyalah...Kalau tersalah orang, siap mengamuk - ngamuk suruh bukak pintu, nak kompemkan tu apak...

Hari - hari 50l3h akan tanya "Where are you , apak?", "Apak ana?(Apak mana?)" pada mama...E-m4n lum reti nak tanya tp dia pun menyibuk juga seolah-olah nak tahu sama...

"Apak keje...nanti apak balik..." itulah jawapan yang selalunya akan diterima dari mulut mamanya.


Kali Pertama...

Pernah satu hari dalam beberapa minggu lepas, masa mama tengah bawak 50l3h dan E-m4n bersiar - siar petang, amik angin...50l3h tersilap orang...menangis - nangis,lari kejar orang yang tengah berbasikal yang berbaju serupa dengan apak...Disangkanya apak pergi tak pedulikannya, padahal orang tu tak tahupun ade seorang budak sedang mengjarnya sebab tengah pakai walkman kot kat telinga...

Penat jugaklah mama kejar 50l3h sambil sorong stroller (adik dalam stroller) dan cuba menenangkannya. Siap suh dia tengok betul - betul orang yang dikejarnya tu...bukan apaklah...orang tu tinggi, putih lak tuuu...bukan apak tuu...beg dia pun lain...topi keledar, baju dan basikal je serupa...

Lama gak dia perhatikan. Setelah berdrama sakan kat padang Uni, akhirnya dia akur la...yang tu bukan apak. Legalah sket sebab apak tak tinggalkan dia upernye...dia salah sangka.

Petang tu, mama pun cari public phone, call apak...cerita. Petang tu apak datang join kiteorang ...cukupkan korum brempat. Tapi berpisah semula kat padang uni tu, sebab apak kene balik semula ke opisnya yang tak jauh dari situ dan kami bertiga kene balik umah la sebab dah nak maghrib.


Kali Kedua...

Kali kedua pula ketika kat depan rumah...kalini orang ni memang memakai baju yang serupa dan memegang beg plastik (baru balik shopping lagaknya), sedang berjalan menuju kearah kami (tapi bukan nak datang kat kiterorang pun)...ketinggian lebih kurang, pakai spek, rambut hitam kulit sawo matang yang memang matang...

Kali ni 50l3h bukan main berlari ke arah orang tu...sambil beriya - riya, memanggil - manggil apaknya...Akan tetapi, sampai separuh jalan, dia pun menoleh kearah mama...sambil tergelak gelak, malu...

"Eh, Shilap...shilap".
..ketawa sambil berlari semula kearah mama dan adik...

Memang mama ni ketawa besar lah...x dapat menahan ketawa melihat gelagat dia ... orang tu pun senyum je...mama pun cakap sorry kat orang tu dan bagitau kenapa 50l3h macam tu...

Tulah, kesian rasa kat bebudak ni...At least mama ni ada ngan diaorang dalam ketiadaan apak yang tengah sibuk...(apaknya bukanlah tak balik tapi masa bersama meraka dah semakin terhad )

Bila anak - anak semakin besar, mereka bukan takat perlukan keperluan macam baju, tempat tinggal, makan dan kerperluan material lain sahaja, malah lebih nak belaian kasih sayang dan perhatian...

Terpikir pulak, kalau satu hari mama betul - betul join balik work force camne?...

Sedih dan sayu bila pikirkan.

Friday, July 31, 2009

Kisah seorang budak dari telur...

Minggu ni mama nak cerita kisah seorang budak yang sangat tinggi semangat ingin tahunya, namanya 50l3h. Dia ni sekarang rajin bertanya dan nak belajar tentang alam ciptaan Allah di sekelilingnya... baik tentang benda tak bernyawa, tumbuhan mahupun makhluk yang bernyawa seperti manusia dan haiwan.

Salah satu yang menarik minatnya ialah anak haiwan...dia merasakan anak haiwan ini sungguh istimewa...dia anggap anak haiwan ni macam dirinya juga...suka main, terlompat -lompat, rapat dengan mama, makan mama suap, tidur ngan mama...banyak yang serupa yang dia rasakan...agaknya pangilan 'anak' kot yang membuatkan dia ditimpa rasa 'sekapal' menjadi anak. - ANAK kepada mama dan apak.

Selama ni dia sedia maklum yang manusia mempunyai anak. Kemudian pengetahuannya berkembang, rupernya haiwan juga punyai anak. Tak kisah lah haiwan itu haiwan apa...asal rupa serupa tapi kecik, itu adalah anak kepada haiwan yang serupa tu. Kalau kecik sama kecik atau saiz lebih kurang tapi kecik dari yang dewasa, itu maknanya adik beradik haiwan tersebut. Itulah menurut pemahamannya buat masa ini...(entah tak tau nak cerita macamana dia kelaskan tapi itulah gayanyaa)

Sebab minatnya yang begitu kuat, mama pun rajinlah bukak youtube tunjukkan tentang macamana anak ayam menetas, macamana anak ayam dengar cakap mamanya(anak ayam datang kearah ibu ayam bila ibunya panggil)...macamana anak buaya menetas, macamana anak burung menetas, macamana anak burung makan(ibu burung suapkan makanan masuk dalam mulut anak burung)...dan lain lain yang berkaitan dengan anak binatang lain... Dengan penuh minat, dia tekun mendengar, bertanya dan gembira dapat belajar perkara baru.

Satu hari,dia pun ceritalah dengan gaya dan cara bahasanya sendiri, bahawa dia ni dulu berasal dari telur...mama ngan apak tunggu dia keluar dari telur...siap mengayakan lagik gaya dia keluar dari telur, sambil memanggil "Mama...Mama.." masa nak tolak kulit telurlah konon-kononnya...

Berdekah - dekah mama ketawa...tak tahan rasanya geli di hati ini...Pandai anak mama dan apak ni bercerita walaupun baru nak pandai bercakap dengan vocab dan tatabahasa yang sangat terhad.

Baru perasan selama ni asyik tunjukkan anak - anak haiwan yang keluar dari telur aje...tak pernah tunjuk haiwan beranak...hmmm...sesuai ke nak tunjuk sekarang? Pada pendapat mama, macam tak sesuai lagik nak tunjukkan sebab jenuh nak explain dan hal ini akan meleret ke hal yang lain pulak. Contohnya macamana anak ni bleh masuk dalam perut dan anak ini keluar ikut saluran mana...dan proses kejadiannya...Insya Allah, mama akan cari cara yang baik dan berhemah untuk ceritakan padanya satu hari nanti.

Hingga sekarang, mama masih duk teringat - ingat dan terngiang -ngiang suara dan gaya 50l3h bercerita dengan gaya - gayanya sekali...Kalau leh rakam saat tu mmg mama rakam. Apakan daya masa tak akan kembali. Yang tinggal hanya sebuah memori indah yang mama akan simpan dalam hardisk ingatan mama sampai bila - bila. Mama labelkan sebagai Memori Manis Yang Membahagiakan ...

Sekian cerita entry kali ni...

p/s: rindu membuak - buak pada blog ni, terhambur jugak malam ni, :D...

Sunday, July 19, 2009

Award dari Zue

Nie rules dia:
1. Copy gambar di atas:
2. Kemudian pilih 10 org sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yg sama.


Rule no 1 tak de masalah...

Rule no 2 x dpt ditunaikan tapi ianya dibiarkan menjadi open award, sapa yang sudi membawa award ni pulang ke blognya, saya alu - alukan. :)


Lastly, terima kasih banyak - banyak kepada pemberi award ni - zue

Saturday, July 18, 2009

Bowling Day Last Week...


Dah berminggu dah daku tak update blog yang bersawang ni...singgah jenguk sini, tapi jari tak berkesempatan menekan keyboard mengarang walaupun dah ada idea kat kepala ni nak mengarang apa...

Minggu lepas, ahad bersamaan 5 julai 2009, ada pertandingan bowling anjuran mypsa-wa di Cannington. Antara peserta, mama dan apak kepada budak-budak berdua ni...hehehee.

Kami berdua team yang berlainan. Bukan gado ke hapa...tapi saje je join team ngan kengkawan masing - masing...Apak lagi pandai main dari mama walaupun taklah teror sangat tapi dia lebih terorlah dari mama yang tak pandai main sangat. Maklumlah mama ni stage beginnerlah katakan...hehheeee

Sepanjang permainan, bila sampai turn masing- masing, masing - masing kene passing anak...bila sampai turn apak kene bowling, anak - anak akan diserahkan pada mama...dan begitulah juga sebaliknya. Nasib baik lane apak sebelah ngan lane mama je. Tak jauh. :)...Iman pulak, bila dah kenyang senang je dia tido. Jadi boleh katakan hampir separuh masa kat sana dia tidur dalam stroller tanpa menghiraukan hiruk - pikuk sekelilingnya.

Memang sentiasa kalau nak jalan keluar...perut kene pastikan kenyang dulu. Terutamanya anak - anak...perut kenyang, hati senang. Bila anak - anak tenang, mama ngan apak pun senang.Tu pun bawak jugak bekal untuk kunyah - kunyah. Bak seperti pantun dua kerat ni, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati...

Alhamdulillah, semuanya bejalan dengan lancar. Sungguhpun tak menang, seronok jumpa kawan - kawan yang sememangnya dah lama tak jumpa. :)