Sunday, December 6, 2009

Playdough Time!!!


Kelmarin suhu kat sini mencecah sehingga 37 darjah celcius ... jadi budak - budak ni main dalam rumah jer la...

Jadi, aktiviti indoor pilihan kalini, main playdough...Playdough ni bagus utk merangsang kreativiti & penggunaan motor tangan anak - anak .

Mama buat sendiri playdough ni... mama dapat resipi dari State Child Development Center. Nak beli yang komersial kat sini, mahal...pulak tu saiznya kecik. Jadi kalau nak main, kene beli banyak - banyak. Tambahan lak, lama - lama playdough komersial tu pun akan keras jugak. bila dah keras, buang dalam tong sampah lah jawabnya...

So far hasil experimen resipi pertama kali ni, lembut, tak melekat jari, murah, boleh dapat banyak. Homemade playdough ni tak toksik. Paling best, dia boleh tahan selama sebulan atau sebulan setengah. Lepas main, simpan balik dalam bekas atau plastik kedap udara & letakkan dalam fridge. Nak main, bawak keluar dan main... ( Kalau tak letak dalam fridge walaupun cover, nanti berkulat. Kalau biarkan kat luar, tanpa cover pulak lelama dia pun akan mengeras jugak macam playdough komersial tu...)

Kalau mak - mak yang mati kutu tak tau nak buat aktiviti apa dengan anak - anak kat rumah, boleh lah cuba ...

Dua ekor alien, (sorang abang, sorang adik) yang mempunyai banyak ular atas belakangnya,
tengah memegang pistol yang macam ular jugak rupernya.
50l3h panggil 'snake look alike guns'


-------------------------------------------------

Resipi Playdough

Playdough (Masak Atas Dapur)

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan garam
1 sudu besar minyak
1-2 sudu besar serbuk 'cream of tartar' (1 sudu utk kenyal sket, 2 sudu utk lembut)
1 cawan air
beberapa titis pewarna makanan.

  1. Masukkan semua dalam periuk.
  2. Kacaukan sehingga rata sehingga tak berketul.
  3. Masak atas dapur selama 3-5 minit hingga menjadi doh yang tidak melekat. (Perlu kacau selama di atas dapur )
  4. Biarkan sejuk. Bila dah sejuk, sepatutnya ianya dah sedia untuk diuli dan main.

Microwave Playdough


1 cawan tepung gandum

1/2 cawan garam
1 sudu besar minyak
1-2 sudu besar serbuk 'cream of tartar' (1 sudu utk kenyal sket, 2 sudu utk lembut)
1 cawan air.

beberapa titis pewarna makanan

  1. Masukkan semua dalam periuk. Kacaukan sehingga rata sehingga tiada ketulan.
  2. Masukkan dalam mangkuk.
  3. Masak pada suhu tinggi selama 5 minit.
  4. Kacau sehingga menjadi doh.
  5. Biarkan sejuk. Bila dah sejuk, sepatutnya ianya dah sedia untuk diuli dan main.
p/s: aku try playdough yang masak atas dapur tu ajer...yang guna microwave tak pernah lagik...tapi aku share jugak lah resipi ringkas tu...

Tuesday, December 1, 2009

Hasil Laporan Projek Telur Masin

Huduh plak telur itik (sepasang telur bahagian bawah) tu aku potong...keras giler kulitnya, tu yang jadi gitu...Tak macam telur ayam masin (sepasang kat atas) tu,boleh kopek tau, macam telur ayam rebus jugak...cantik licin je...

Hasil ekseperimen pertama aku medapati :

  • Telur ayam yang aku gunakan dalam projek ini berjaya dimasinkan dengan jayanya. Rasanya pun boleh tahan. Aku sangat berpuas hati dengan hasilnya. Kalau tengok kat gambar diatas, pada sepasang telur bahagian hasilnya cantik kan?...rasanya memanglah tak macam telur itik masin sebab dia telur ayam, tapi rasa memang marvellous! Not bad at all...
  • Telur itik yang aku gunakan kurang menjadi kemasinannya. Masin pun hanya sikit. Dari 3 biji yang aku masinkan, tinggal lagi dua biji yang masin masin terus menjalani proses pemasinan. Andaian aku, agaknya sebab kulit telur itik ni tebal, maka dia perlukan masa yang lebih lama lagik agaknya. Hmmm entahlah...ataupun cara masinkan telur itik dengan air masin ni kurang efektif???yer ke? sebab tu orang guna tanah dan arang hitam tu ek?...atau air yang aku gunakan ni tak cukup masin kaw kaw lagik?...atau kene masinkan lebih lama lagik???...hmmm terlalu banyak kemungkinan disini,...aku pun tak dapat pastikan yang mana satu jawapannya...
Apaperpun aku masih berharap projek ini berjaya untuk 2 biji telur itik masin yang belum dibawa keluar dari jar berisi air garam tu...nantikan laporan bagi dua biji telur tu nanti ek...insya allah. ^_^

Sekian entry 3 serangkai malam ni...niat dihati teringin nak ziarah blog kengkawan, aperkan daya mata dah ngantuk...insya allah esok bila lapang aku nak ziarah blog kengkawan yang da lama aku tak baca...

Korban Raya Haji...

Alhamdulillah, Raya Haji kalini jatuh hari jumaat dan hujung minggu. Abang berpeluang lah tak beraya di opis...

Suasana Raya Aidiladha kat sini meriah...
Kat sini, ramai umat islam berkumpul kat padang-padang berpiknik sakan dari pagi sampai petang (agaknya kalau berkumpul kat rumah, tempat terhad kot dan lagi satu rumah pun tak sepah & anak - anak bebas dapat bermain)...masa kiteorang pergi padang...penuh woooo dengan orang muslim, berkumpul dengan sanak saudara dan kengkawan depa kot...sedap betul bau daging bakar & BBQ...(kiterorang pergi padang sebab nak bawak anak jenjalan petang, makan angin dan main kat playground, bukan nak beraya...baru tau style depa beraya...baguslah aku rasa, beraya dengan pot luck sumer)

Hari sabtu, hari pelajar M'sia lak berkumpul jamuan hari raya aidiladha...ramai lah orang m'sia...tapi satu kekurangan terasa, keramaian yang sama tapi suasana yang tak serupa...

Tak macam kat M'sia...tak dapat tengok korban ditumbangkan. Tak dapat tengok lembu, kerbau dan kambing kene sembelih. Tiada aktiviti melapah daging beramai - ramai...sebab semua penyembelihan dan pelapahan daging mesti dilakukan di rumah - rumah penyembelihan. Jadi orang islam kat sini tak dapat tengok kemeriahan tu...

Daging tu selalunya diedarkan dengan siap dah potong dan dibersihkan cantik...ada juga yang ditinkan dan akan dibawa ke negara - negara islam miskin macam afrika, pakistan, dan sebagainya untuk diedarkan...

Yang aku dapat tahu...rata - rata, kebanyakan tukang sembelih di WA ni orang islam. Sungguhpun begitu, ada juga sesetengah yang bukan. Jadi kalau nak beli daging ke, walaupun kita tahu ramai tukang penyembelihnya islam tapi keraguan datang dari rumah penyembelihan mana tu ada...jadi nak senang p beli daging kat kedai halal ler...tak yah risau paper, dah tahu insya allah halal...

Tahun ni, kami sekeluarga tak sambut meriah sangat hari raya...baik aidilfitri maupun aidiladha...biasa jer, x buat open house ... Tengah - tengah poket kering ni, masak sempoi je...aku masak rendang ayam je ngan telur masin yang aku buat aritu...haaa...nantikan laporan telur masin aku akan menyusul selepas ni wokeyh...

Berakhirnya 'Demam' Nur Kasih

Akhirnya 2-3 hari lepas, demam nur kasih dah kebah... Alhamdulillah, tak de lagi perasaan ternanti - nanti...tertunggu - tunggu menggangu perasaan.

Lega...puas hati.

Aku berpuas hati sebab jalan cerita drama ni berjaya menarik minat aku. Walaupun ramai muka baru yang aku tak pernah tengok dan tak tahu nama, kebanyakkan pelakon tu bawak watak mereka berkesan...macam tiz-zakiah, ummi nazeera, remy ishak...

Kalau tanya abang, pelakon mana yang bawak watak peling berkesan dalam cerita tu, dia rasa watak sarah, adik nur tu yang paling berkesan...kejap manja mengada, kejap meradang lak tak tentu pasal...pastu jadi api dalam sekam...Dalam sesetengah situasi, manusia pendengki kategori gitu unpredictable. Macam - macam dia boleh buat, bila hati die dah busuk. Pandai aje cari peluang... Jadi, abang rasa pelakon tu berjaya bawak watak die berkesan sekali...pelakon dia ummi nazeera.

Kalau tanya aku, jawapan aku tipikal ler...Adam, yang dilakonkan oleh Remy Ishak. Ni first time aku tengok dak Remy Ishak ni berlakon. Nama die pun, aku baru kenal sebab tengok cerita ni...Pandai die bawak watak tu, sampai aku menyampah giler lah ngan dia... Terasa jaki je ngan dia, dari awal sampai akhir... Bila nur amina tinggalkan dia, aku terasa padan muka...ha ha ha...bila dia kene tawan kat mumbai pun, terasa padan muka jugak... ha ha ha... penonton jenis apelah aku ni...

Tapi, truely aku look forward nak tengok dia berlakon lagi...best lakonan dia.

Lagik sorang aku suka, pelakon Mak Jah. Selamba je gaya Liza Othman berlakon. Lama tul tak tengok dia ni berlakon. Ni first come back dia ke? Last lakonan dia aku tengok dalam drama, Hayati kot...dia berlakon dengan zaidi omar...best!

Favourite scene aku, yang masa sarah lari bila tembelang fitnah dia pecah masa aliya bagitau aidil apa yang sarah bagitau dia...kelam kabut dia lari...dan lagi satu scene yang nur marah adam supaya jangan ambik kesempatan masa dalam kereta masa depa dua pergi site...Favourite scene abang plak, masa Adam teringat yang lukisan nur cinta adam dan Adam bagitau Adam pun cintakan nur...(sabolah jer lah lakiku ni, dia lagik karat dari aku ghopernyee, heheee)

Jujur cakap, tak banyak drama melayu yang aku berpuas hati,...Ada tu cerita bagus, tapi pelakon lak macam kayu...harap muka je cun/ensem, lakonan hampeh...

Sesetengah tu pulak bila tengok terasa tensen dengan kebangangan dan cacat cela dari segi jalan cerita...Tapi guna pelakon2 terkenal untuk tarik penonton (kononnya)... buat aku rasa kelat jer nak tengok drama melayu...

Tapi sejak duk perantauan ni, lama tak dapat tengok cerita melayu...aku layan gak lah bila dah lama mengidam tu, dengan harapan jangan ler hampeh jalan ceritanya...(tapi kesudahannya, frust gak...jarang yang tak frust)... aku cakap ni bukan nya aku anti drama/filem melayu...tapi aku merasakan aku patut luahkan kekecewaan aku...Habis tu camno?...bukannya aku tak sokong industri perfileman/pendramaan tempatan,...aku nak, nak sangat...tapi biarlah memang ye & betul2 best.

p/s: bila sesebuah filem/drama bagus orang ingat pelakon jer...orang tak ingat plak pada penulis skrip/cerita dan pengarah ek...

Wednesday, November 25, 2009

Penangan Nur Kasih...

Aku baru tengok nur kasih ni...

Baru download sebenarnya...
Sekarang ni baru episod 16...(ha ha ha , punyer la ketinggalan kan?) Baru tiga malam tengok, dah sampai 16 episod...punyer lah laju kiteorang ni tengok kan?...aper taknyer...ceritanya tak banyak mana pun...iklan je yang panjang, kalau lah tengok ciput - ciput, gerenti aku tak puas ...

Tapi sebab dah download banyak2 episodnya tak ler tertunggu - tunggu nak tahu apa yang berlaku seterusnya...memang penantian satu penyiksaan...aku tak leh nak tahan ... jadi aku tunggu dulu dah banyak episod tu, baru layan tengok pepuas...

Best gak ceritanya eh...abang yang tengah sibuk pun menyibuk gak, nak tengok...heheheeeeee....jadi pengubat lelah lepas asyik terperuk je ngan hal - hal studynyer...

Satu yang aku surprise dengan sambutan drama ni, adalah sambutan dikalangan para golongan suami, depa pun tak ketinggalan gak melayan drama ni... biasanya drama cenggini, orang pompuan je yang rajin layan....

Ada tu, sembunyi2 tengok tanpa pengetahuan isteri...kalau bini depa tau yang depa tengok tak ajak bini, maunyer perang heheheeeeee...sabor jer la...

K lah, nak g bersiap untuk makan malam...
Malam ni, nak melepas rindu dendam lagi...kalau la leh tengok straight tanpa iklan, beshnyerrr...

Tuesday, November 24, 2009

Buat Aper Tu?...

Dua penternak muda memberi ikan makan di akuarium maya di facebook mama...

Makin besar anak - anak ni, makin mencabar lak mama rasa...

Makin terasa tak reti plak nak buat pengisian aktiviti budak - budak ni...masa kita untuk diri sendiri pun terkejar - kejar...malam baru kenal berhenti, rehat...

Setakat ni...Ni aktiviti terkini, bela ikan secara maya, Fishville...saja je bagi budak-budak2 ni seronok ternak ikan... time consumingnye tak lama, jadi depa ni tak ler asyik melekat kat komputer je sepanjang masa...

Yang bagusnya, buat masa ni secara tak langsung depa belajar 'cause & effect'...

Contohnya :
  • Kalau tak bagi ikan makan, ikan ni lapar dan mati...
  • Bila ikan dah besar, baru boleh tangkap...
  • Bila ketuk tanki, ikan lari...
  • Kalau nak ada ikan dalam tanki, kene beli telur ikan...baru boleh dapat anak ikan...
  • Anak ikan akan keluar dari telur...
Secara tak langsung juga anak aku belajar mengenal warna...jadi seronok plak nak tahu ni kaler apa...tu kaler apa...

~ - ~ ~ - ~ ~ - ~
Bila adik tido tapi 50l3h tak tido camne? Buat aper lak?...

Bila adik tido, tapi 50l3h tak tido...mama bagi 50l3h peluang asah bakat seni...eh mama bukan nak jadikan anak mama ni artis pelakon ke atau penyanyi ke...mama nak asah bakat seni lukis...

Tu gambar buaya, ... ni mama buaya, mama buaya ni garang, giginya tajam...
(jap lagi lukis anak buaya plak...adiknya masih dalam telur...)

Aktiviti : mama lukis titik-titik, 50l3h sambung - sambung titik tu...
...sambil tu reka lah cerita tentang lukisan tu...

50l3h sebenarnya tak suka melukis. Jenuh nak suruh die melukis atas kertas...dia juga tak suka krayon atau pensel warna, tapi dia suka conteng whiteboard dengan marker kat opis apak...Oleh sebab itu, apak pun belilah whiteboard kecik secondhand ni, letak kat rumah bagi nak menggalakkan anak bujang dia mencurahkan idea dan memupuk perkembangan kretivitinya melalui lukisan...


Kesan tragedi masih ketara di sofa sehingga ke hari ni oleh adik E-m4n...

Buat masa ni adik E-m4n tak lagi dibenarkan pegang marker...setelah insiden ni, diharapkan tiada contengan merata dijalankan secara haram tanpa kebenaran dalam rumah...tapi dia dibenarkan menconteng buku kosong atau mewarna dengan krayon & pensel warna dibawah penyeliaan dan pengawasan pegawai bertugas...sama ada mama atau apak...

Ini bagi mengelakkan seni grafiti yang akan diasah pada didinding dan juga perabot berlaku...aiyoo yo yoyoyoo...cukuplah hanya dikertas!


Eh yang ni aper pulak...

Owh ni tempat mama asah bakat mama main game...sekarang mama suka main cafe world...ni the highest score mama baru capai bebaru ni...heheeeee...

p/s: Bosan & tensen kan bila lapang, kita tak de benda nak buat...eh eh silap, bosan & tensen kan bila masa lapang, kita tak dapat buat apa yang kita nak buat...kalau nak kire benda yang kita kene buat, banyaaaaakkk...kalau ikutkan, keje sentiasa ada, tak de masa lapang lah kesudahannya...

Thursday, November 19, 2009

"Kang...Tak De Kawan Nanti..."

Antara laki dan perempuan, perempuan lagi banyak cakap dari lelaki. Malah ada ada kajian mengatakan perempuan bercakap sebanyak 20 000 patah perkataan setiap hari berbanding dengan lelaki yang hanya mengeluarkan 7 000 patah kata sahaja.

Er, maknanya secara purata kasarnya pompuan ni bercakap 3 kali ganda lebih banyak dari lelaki lah ek satu hari?

Kalau nak buat perbandingan dengan anak - anak aku dalam bab bercakap...Antara 50l3h dan adik E-m4n, E-m4n seawal 1 tahun dah bercakap. Tapi 50l3h mengambil masa 3 tahun untuk bercakap. Tak macam adiknya, becok. Mulut tak reti diam. pot pet pot pet...ada aje yang nak dikisahkan...Dulu, masa 50l3h 2 tahun, jenuh dah kami ni ajar die bercakap. sedikit pun dia tak mahu ikut. Malah masih mengamalkan bahasa tunjuk - tunjuk dan bahasa pelatnya sendiri.

Masuk tahun ketiga usianya, banyak perubahan. Dia mula bercakap. Banyak perkataan yang sudah jelas, walaupun pelatnya masih ada. Kamus perbendaharaan katanya mula berkembang. Dia belajar membina ayat, mengira, mengenal bentuk dan warna dan sebagainya...

Walaupun kemahiran bahasanya jauh ketinggalan dari kanak - kanak lain seusia dengannya, bagi mama & apak tu perkembangan yang amat sehat & positif kami harap - harapkan. Lama kami doa dan usaha merangsang untuk dia bercakap. Alhamdulillah, usaha ni akan diteruskan lagi, insya allah...


Ada satu kenangan yang tak dapat nak lupa,

Pernah satu hari, mama bergurau dengan apak kat ruang tamu...Mama pura - pura merajuk...

"Dah lah, kalau macam ni mama dah tak nak kawanlah dengan apak dah..."

Tetiba ada satu suara keluar dari bilik belakang,

"Kang tak de kawan nanti...!"

Tak sangka, rupa-rupanya ada orang memasang telinga dan memerhatikan gelagat kami...
Kami berdua pun menoleh,...eh, 50l3h rupernyer...Nampak kami nampak dia, dia pun tayang muka, tersengih - sengih...sambil menutup mulut dengan tangan, malu - malu...heheeee...

Alhamdulillah, anak bujangku sudah mahu membuka mulut, mengeluarkan emas yang ada. Hanya menunggu masa & benih - benih usaha untuk menyusun kata...