Friday, December 18, 2009

Cara Berlauk



Rabu lepas, tetiba lak teringin nak makan kuih cara berlauk ni...alhamdulillah, dalam sibuk tak sibuk dapat jugak menyempatkan diri buat kuih ni, dibantu oleh pembantu kecik dua orang ni...nak tuang ler...nak ayak tepung ler,...nak kacau ler...nak letak cili jer mama tak bagi, sebab nanti pijar tangan pedih mata...

Aku guna acuan muffin...Acuan lak tu acuan muffin yang besar gabak punyer...jadi kuih caranya agak lebar ler sket... Daun bawang dan daun sup tu, aku gantikan dengan bawang goreng. Musim panas ni makanan cepat basi...jadi aku tak guna daun bawang & daun sup.

Overall sedap le layan ngap kuih ni...bila dah lama tak makan tu, sekali baham banyak lak tu...tentulah banyak, sebab kecik kecik...kalau besar - besar, tentu sikit...hmmm, jap ye aku pikir balik, yer ke?...Silap2 aku baham banyak jugak...eh eh, luper lak azam aku...kene kontrol napsu ...keh keh keh ...

aku dah tak ingat aku cilok mana, tapi incase tuan punya resipi ni baca, aku nak ucapkan terima kasih banyak sebab share resipi ni terbuka kat internet untuk orang yang tak pandai masak macam aku ni, cari dan masak bila rajin.


Cara Berlauk

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan santan
2 biji telur (kalau besar, 1 je dah cukup)
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa


Lauk Cara

Bawang merah cincang halus
Bawang putih cincang halus
serbuk kari + serbuk kurma
cili dihiris nipis
1 sudu air asam jawa
daging 300 g (ikut ler kalau nak banyak-banyak pun tak pe,)
daun bawang atau daun sup

Panaskan minyak dan tumis bawang. Bila layu masukkan rempah kari daging dan sedikit air. Kemudian, kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau hingga masak. Angkat dan sejukkan. Letak ler garam secukup rasa.

(Campur semua bahan, aku guna blender je)...Bancuh tepung gandum dan santan dan kacau hingga sebati. Masukkan garam dan gula dan kacau lagi supaya tidak berketul. Adunan ni memang cair sedikit. Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan acuan kuih cara yang telah disapu minyak. Kemudian, tuangkan adunan tepung ke dalamnya. Taburkan daging, daun bawang, daun sup, dan hirisan cili merah ke atasnya dan tutup. Biarkan hingga masak.

Nota: aku rasa cara kat atas dimasak atas api...tapi kelmarin aku bakar dan ianya menjadi juga...so kire mana - mana kaedah pun bleh jugak. Kalau guna oven...lepas tuang adunan tu terus masuk oven.

Injection...

Hari ni kene bawak budak duaorang ni ke immunisation clinic...

Huhuuu, harini plak terik...hohohooo...selain kene sabar kepanasan, kene juga bersabar dengan kerenah anak - anak yang macam2 ragam bila panas...

Sepatutnya appointmentnya jam 3 ptg, tapi semalam dapat reminder call dari staff klinik, katanya pukul 2...Oleh kerana apak nak kene semayang jumaat pukul 1, mama ke sana awal sejam dengan anak - anak...

Berpiknik le dalam bangunan,(ada air-cond, heheh) makan tengahari sana...budak2 jer...mama tak...Alhamdulillah, sana byk mainan, lega sket rasa bila tengok dieorang happy jumpa mainan...tak delah perangai...

Sungguhpun semalam mengandaikan hari ni adalah hari serabut & terkejar - kejar...tapi alhamdulillah...hari ni turned out good...lebih baik dari yang dijangkakan. Betullah kata orang, manusia hanya merancang & berusaha, selebihnya Allah yang tentukan...

Thursday, December 17, 2009

Dear Back Pain, Please Go Away...

Sejak dua tiga menjak ni, sakit belakang ni semakin menjadi jadi pulak,...

Aku wonder gak sebenarnya,...

Adakah ni disebabkan berat badan aku? Atau...

Kemalasan aku exercise? Atau jugak ...

Side effect dari amik epidural masa nak bersalinkan kedua - dua anakanda beta...? Atau...

aper lagik ye...hmmm... haaaaaaa, salah posisi badan masa duduk dan tunduk masa mengangkat barang dari lantai ke??...

Pernah tu, 10 hari aku tak leh nak berdiri dan duduk dengan betul...seolat pun kekadang baring atau duduk dengan bantuan abang...tak leh buat kerja langsung ... sakit giler!...baru teringat nikmatnya ketika sihat, betapa aku leka nak menjaga aset kesihatan pinggang aku yang tak de tukar ganti itu... tapi tu cerita setahun dulu...

Dah pergi cek dokter, tapi depa kata masalah otot jer bukan tulang...kene banyakkan stretching & exercise,...jangan lupa amik kalsium. Tu jer...

Ni pun ade terasa macam nak kene lagik...huhuuhuu...nauzubillah...

Akan aku masukkan dalam list azam tahun baru aku gak lah, nak kurangkan berat badan & tanamkan semangat & usaha utk exercise... x berat pun ringan je, tapi sindrom malas ni kuat nak lawan...eiiiiyahhhhh...

Tuesday, December 15, 2009

Tag

Tag ni aku jawab dari blog sue...dah aku tak de nak coret paper pada blog ni...aku pun amik kesempatan ni menjawab tag ni...

Selamat membaca...

1. Name one person who made you laugh last night?
My husband & My children...

2. What were you doing at 0800?
Getting the children ready out of bed...

3. What were you doing 30 minutes ago?
Story telling...

4. What happened to you in 2006?
Our family had three members...

5. What was the last thing you said out loud?
NO!!!!
6. How many beverages did you have today?
Could not remember...hmmm..

7.What color is your hairbrush?
Orange

8. What was the last thing you paid for?
i paid for windowshopping last weekend...

9. Where were you last night?
home

10. What color is your front door?
wood colour

11. Where do you keep your change?
wallet...& my coin can...ha ha ha apesal ntah aku terasa macam budak - budak lak...tapi sebenarnya menabung ni bagus... tak kire usia...

12. What's the weather like today?
great...blue sky, sunny, gusty winds...lots of clouds...

13. What's the best ice-cream flavor?
i love vanilla flavour

14. What excites you?
cooking channel, travelling to new places, picnic & gathering with good friends, worth watching movies...

15. Do you want to cut your hair?
yes..still waiting for the right moment...

16. Are you over the age of 25?
yup

17. Do you talk a lot?
depends...

18. Do you watch the O.C ?
???

19. Do you know anyone named Steven?
yes

20. Do you make up your own words?
depends...

21. Are you a jealous person?
depends on situation...but not 'dengki' or busuk hati ...

22. Name a friend whose name starts with the letter ' A '?
Ain

23. Name a friend whose name stars with the letter ' K '?
Kay

24. Who's the first person on your received call list?
My darling...

25. What does the last text message your received say?
about evening tea & the 'children get together'...

26. Do you chew on your straw?
depends...

27. Do you have curly hair?
nope

28. Where's the next place you're going to?
bed...

29. Who's the rudest person in life?
dont want to remember...

30. What was the last thing you ate?
puding

31. Will you get married in the future?
I dont plan to...

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
Orphan

33. Is there anyone you like right now?
My family

34. When was the last time you did the last wishes?
During my last maghrib prayers...

35. Are you currently depressed?
Nope, i'm happy now... :)

36. Did you cry today?
Nope

37. Why did you answer and post ni?
Saje...

38. Tag 5 people who would do this survey.
Sesapa yang nak jawab tag ni...

Saturday, December 12, 2009

Panazzz...

Suhu kat sini semakin meningkat...

masa weekdays kelmarin sedap jer...masuk weekend, bermula jumaat suhu masa siang dah mencecah 33...harini 39...dan esok dijangka 39 darjah celcius juga...

malam dah tak sesejuk biasa...budak2 pun payah lelap(walaupun sebelum tido dah dimandikan). Siang pun tido kejap je...

Baru pas tengok ramalan cuaca untuk minggu depan...isnin ni dijangka 33...dan kemudian akan menurun pada hari selasa dan berikutnya...dan akan naik semula pada hujung minggu kepada 36-38 darjah celcius kembali...huhuhuuu...

Mandi jer la kejenye duk rumah ni...tak leh keluar...UV tinggi kat sini, risiko kanser kulit pun tinggi...huhuuu...rindu musim sejuk...cepatlah kembali...

k lah , nak mandi sblm masuk tido kalau tak tak leh lelap ler jawabnyerr...

p/s: bila panas ni,...budak - budak pun senang buat perangai...mak budak pun senang naik temperature...

Monday, December 7, 2009

Tak de air...


Hari ni tak de air...
Harap tak berpanjangan ler...

Sunday, December 6, 2009

Playdough Time!!!


Kelmarin suhu kat sini mencecah sehingga 37 darjah celcius ... jadi budak - budak ni main dalam rumah jer la...

Jadi, aktiviti indoor pilihan kalini, main playdough...Playdough ni bagus utk merangsang kreativiti & penggunaan motor tangan anak - anak .

Mama buat sendiri playdough ni... mama dapat resipi dari State Child Development Center. Nak beli yang komersial kat sini, mahal...pulak tu saiznya kecik. Jadi kalau nak main, kene beli banyak - banyak. Tambahan lak, lama - lama playdough komersial tu pun akan keras jugak. bila dah keras, buang dalam tong sampah lah jawabnya...

So far hasil experimen resipi pertama kali ni, lembut, tak melekat jari, murah, boleh dapat banyak. Homemade playdough ni tak toksik. Paling best, dia boleh tahan selama sebulan atau sebulan setengah. Lepas main, simpan balik dalam bekas atau plastik kedap udara & letakkan dalam fridge. Nak main, bawak keluar dan main... ( Kalau tak letak dalam fridge walaupun cover, nanti berkulat. Kalau biarkan kat luar, tanpa cover pulak lelama dia pun akan mengeras jugak macam playdough komersial tu...)

Kalau mak - mak yang mati kutu tak tau nak buat aktiviti apa dengan anak - anak kat rumah, boleh lah cuba ...

Dua ekor alien, (sorang abang, sorang adik) yang mempunyai banyak ular atas belakangnya,
tengah memegang pistol yang macam ular jugak rupernya.
50l3h panggil 'snake look alike guns'


-------------------------------------------------

Resipi Playdough

Playdough (Masak Atas Dapur)

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan garam
1 sudu besar minyak
1-2 sudu besar serbuk 'cream of tartar' (1 sudu utk kenyal sket, 2 sudu utk lembut)
1 cawan air
beberapa titis pewarna makanan.

  1. Masukkan semua dalam periuk.
  2. Kacaukan sehingga rata sehingga tak berketul.
  3. Masak atas dapur selama 3-5 minit hingga menjadi doh yang tidak melekat. (Perlu kacau selama di atas dapur )
  4. Biarkan sejuk. Bila dah sejuk, sepatutnya ianya dah sedia untuk diuli dan main.

Microwave Playdough


1 cawan tepung gandum

1/2 cawan garam
1 sudu besar minyak
1-2 sudu besar serbuk 'cream of tartar' (1 sudu utk kenyal sket, 2 sudu utk lembut)
1 cawan air.

beberapa titis pewarna makanan

  1. Masukkan semua dalam periuk. Kacaukan sehingga rata sehingga tiada ketulan.
  2. Masukkan dalam mangkuk.
  3. Masak pada suhu tinggi selama 5 minit.
  4. Kacau sehingga menjadi doh.
  5. Biarkan sejuk. Bila dah sejuk, sepatutnya ianya dah sedia untuk diuli dan main.
p/s: aku try playdough yang masak atas dapur tu ajer...yang guna microwave tak pernah lagik...tapi aku share jugak lah resipi ringkas tu...