Monday, January 11, 2010

Kalau boleh tak mahu...

Hujung minggu lepas, sesekali angin sejuk bertandang terasa nikmat sejuk di musim panas ni... Seronoknya  rasa...

Tapi tadi tengok forecast, bermula hari rabu ni suhu akan naik dan naik dan naik sepanjang minggu ni...sehingga ler sampai mencecah sehingga 43' celcius pada hujung minggu nanti dan awal minggu depan...huwaaaaaaa huwaaaaa...cemano niiii...

Sehingga saat ni aku masih lagik mengharapkan forecast tersebut silap...keadaan akan berubah ... cuaca tak panas sangat...

Terus menharap dan berharap...itu hanyalah forecast saje...ramalan yang belum pasti betul... Berubah le ... berubah le... berubah le...


Ya Allah tabahkan lah & mudahkanlah urusan aku & keluarga ku dalam menghadapi musim panas yang amat panas ni... Amin.

Saturday, January 9, 2010

Ketam Oh Ketam...

Aktitivi : Tangkap Ketam.
Lokasi : Peel - Harvey Estuary, Mandurah

Intro

Ni ler pertama kali kami g menagkap ketam setelah 3 tahun kat sini...tahun lepas kami dah beriya - iya dah nak pergi...dah siap bangun pagi masak bihun goreng...sekali tayar kereta kami dipancitkan oleh budak - budak nakal...kensel plan! Tak jadi pergi...bukan rezeki kot pada masa tu...Rezeki kami di tahun ni rupernyer...

1. Seawal jam 4pagi, mama dah bangun dengan semangatnya menggoreng nasik goreng untuk bekalan sarapan secara pot luck di mendurah, tempat menangkap ketam nanti.Apak pun bangun awal, turut mencemar duli, membantu apa yang patut. Tengkiu apak...

Memandangkan kereta kami sudah tidak semput lagi (dah baiki pada awal minggu ni), apak dah tak perlu keluar awal 1jam -1.5jam awal sebelum waktu bergerak, untuk memastikan enjin kereta tak semput- semput di tengah jalan dan terus hidup enjinnya...kalau tak alamatnya terkandas ler kami anak beranak di tengah jalan lagi ... Teringat masa terkandas nak beli ikan kembung gara - gara nak makan kepok leko kat mirrabooka dulu...

2. Jam 6 pagi kami tiba di destinasi perjumpaan,berkumpul ramai - ramai para penangkap ketam yang terdiri dari kengkawan lain. Alhamdulillah, pengurusan masa mama & apak kali ni, berjalan dengan licin. Masing - masing bekerjasama dengan baik bagi memastikan kami anak beranak dapat sampai ke tempat berkumpul tepat pada masanya.(Kan antara azam aku nak on time)...kengkawan lain juga 'on time'. Smooth betul program hari ni...Semangat sungguh nak g menangkap ketam!

3. Jam 6:30 pagi kami bergerak secara konvoy dan sampai ke Mandurah, pada kul 7:30 pagi.

4. Setelah encari port mana nak duduk, sarap sket...aktiviti mengejar dan menangkap ketam pun bermula sehingga 11 pagi...Mama & apak dah kenyang, sarap kat rumah sesiap. Budak2 tak sarap lagi...pagi sangat nak ajak mereka sarap. Sah tak nak makan masa tu...jadi sesi suap menyuap-kejar sarapan pada anak bermula sebaik sahaja sampai kat sana...Pepaham jer la bila budak-budak dapat keluar, jumpa kawan, ade nak ingat makan?

5. Jam 11 pagi total ketam yang berjaya apak dapat adalah 4 ekor...oklah tu, bilangan tu masuk kategori 'boleh tahan' memandang hasil tangkapan ketam pada musim tahun ni agak kurang memberangsangkan. Ramai pemburu ketam pada minggu - minggu lepas, tahun ni, mengeluh hasil tangkapan almost zero...Bersyukurlah dapat 4 ekor ketam, tangkap ketam sampai patah sauk ketam...

6. Selepas sauk ketam patah, apak pun naik makan...Pas makan tengahari, ramai lagi yang nak turun tangkap ketam...tapi kami decided nak balik dulu memandangkan anak 2 sudah menunjukkan tanda - tanda mengantuk...di hari panas ni, banyak ragam juga, tapi alhamdulillah dengan ada nya kengkawan dan ketam...mama dapat handle dengan baik walaupun rasa cam nak buat lomak cili api je sorang - sorang ni...heheheheheeeee...sabor je lah, dah jadi mak ni kene sabo bebanyak menghadapi kerenah anak sendiri...

7. Sampai je rumah, aper lagi...Ketam - ketam tu terus diproses dan di masak...Lomak cili Api...Peeerrrrgh sodap!! Fresh ler katakan...Letih sume diketepikan dulu, demi seleraku yang dah lama terpendam...



 Sebelum masak...


 Selepas Masak Lomak...

Thursday, January 7, 2010

Summer Sweet Tooth :Vanilla Creamed Rice


 Nak tengok gambar hidangan yang lagi lawa? klik sini, sini, & sini

Creamed Rice?

Senang je nak buatnyer...aku buat tak sampai 1 jam...40-45 minit je. Kalau malas, tapi nak makan... beli je yang dah siap sama ada yang dalam tin atau dalam pek cawan yogurt yang mungkin ada dijual di pasaraya berdekatan dengan rumah anda. Tapi pas dah buat yang homemade punya, aku lagik suka yang homemade punya...

Sapa yang suka makan pencuci mulut masa panas, sesuai ler makan masa baru masak...sapa suka yang sejuk, nak mengancam...simpan dalam peti dulu, dah sejuk, baru bedal...rasa cam makan aiskrim vanilla...sedaaaapnya payah nak diceritakan, kene rasa sendiri...Kalau mat saleh, depa selalu makan dengan buah, mcm pisang, kismis, strawberi, resberi...
 
Bagi sesetengah orang, mungkin akan berasa yang nasik ni tak sesuai dijadikan manisan.Terasa pelik pada dia. Itu juga boleh menyebabkan seseorang yang termasuk dalam golongan enggan mencuba rasa manisan yang berunsurkan beras ni...Mungkin dia dah set dalam minda pra sedarnya bahawa nasik adalah untuk dimakan dengan lauk , digoreng atau dikukus atau dijadikan santapan berat lain yang sengkatannya ...tak sesuai dijadikan pencuci mulut.

Tapi aku tak kisah...Asalkan sedap dan sesuai rasanya...aku ngap je.
Abang termasuk golongan lagi satu...dia jamah jugak sket, walaupun dia kurang suka...walaupun katanya sedap tapi dia masih tak boleh terima idea nasik yang dijadikan manisan.
Adik E-m4n satu team ngan mama...Yeay!
Abang 50l3h, satu team ngan apak...tapi dia bukan golongan yang tak leh terima nasik dijadikan pencuci mulut...Yang sebenarnya, dia mmg tak makan bubur2 atau makanan lembik2 ni...kecuali agar2...


Wokeyh, ni resipinya...

1/2 cawan beras.
1 cawan air.
1 tin susu sejat (approx. 400 ml)
Beberapa titis vanilla
1-2 sudu tepung jagung (dibancuh dengan susu segar)
200 ml krim segar (optional)
1 sudu besar kastad (optional) (dibancuh dengan susu segar)

Gula secukup rasa.

Masak nasik dengan air. Masukkan gula dalam 3-5 sudu...Tunggu sampai nasik kembang...kalau terasa kering, tambah lagik sket air. Tapi bukan banyak sangat jadi cam sup lak...Tambah gula lagik kalau nak manis.

Setelah nasik kembang, masukkan susu sejat + krim segar + kastard yang dah dibancuh dengan susu + beberapa titis vanilla.Kacau sampai pekat sket. Masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan susu. Kacau sampai pekat. Tutup api. Siap!

*** Nak adjust kemanisan kene buat sebelum kastad masuk...
*** tahan disimpan selama 3 hari dalam peti sejuk. 

Soupe Operaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!



Budak - budak berdua ni minat giler dengan Soupe Opera ni...
Depa suka tengok sayur & buah -buahan jadi macam - macam...

Hari - hari depa tunggu rancangan ni tayang kat TV...siap tahu tu pas rancangan apa, Soupe Opera ni keluar...

Time suara pompuan tu tengah sebut "Soupe Operaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!..." masa awal-awal yang mana semua buah & sayur masih dalam bakul...abang dan adik ni pun jerit sama, "Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!"

Kuat giler lak tu...sabo jer la...
Sah tak leh tayang Soupe Opera ni waktu malam...
Terperanjat beruk jiran - jiran kang...;p

Cerita ni mini-series,pendek-pendek je, ...Sapa yang minat,boleh le acu cube tengok kat youtube...

Tuesday, January 5, 2010

Satu harijadi tapi hadiah mesti serba dua...



Entry kali ni nak cerita tentang hadiah ulang tahun kelahiran Muhammad 50l3h...

Hadiahnya, mungkinlah kalau ditengok taklah seberapa...tapi sangat bermakna pada dia...

Setiap kali pergi ke broadway shopping center, setiap kali itu jugalah dia akan mengajak mama atau apak singgah ke newsagent untuk, menziarahi In the Night Garden kat rak katanya...Tak dapat bukak & main, tapi dapat tengok & tatap kat rak tu pun jadilah ... Dapat pegang, senyum senyum berangan kejap dah terasa gembira...kejap je ziarah tu, sampai saat nak berpisah, dia letak balik dan ucap babai...

Memang tahu, kalau boleh dia nak bawak balik benda alah In the Night Garden ni...tapi hajatnya terbantut, bila mama atau apak cakap tu bukan 'kita punya, kita tak boleh amik barang bukan kita punya, orang punya'...

Sebenarnya tak pernah sekali pun dia mintak dibelikan. Agaknya dia tak reti mintak beli lagik kot,hehehee...Selalu kalau dia nak barang tu, dia menunjukkan minatnya sahaja...dan dia letak balik walaupun berat hatinya melepaskan...

Kesian juga dalam hati ni bila tengokkan...tapi kene coverlah sket. Kalau dia tahu jalan cara buat hati kita cair utk belikan apa saja yang dia nak, nanti parah pulak, jadi tabiat ...

Setelah berbincang ngan mama pada malam sebelumnya, maka kami telah memcapai kata putus hadiah  sempena hari jadinya kali ni...Apak belikan 2 set...(kalau tak gado laa...berebut)...bawak balik senyap2 tanpa pengetahuan dia...In fact, masa mama tengah shopping tu, 50l3h ade jugaklah pergi ziarah ke newsagent tu...habis mama shopping, jumpa dia (selalu mama shopping kat IGA, apak,50l3h dan adik akan pergi ronda2 bersama sekitar tu...kalau tak ke pet shop, ke newsagent tu ler)...50l3h cerita yang  In the Night Garden tu dah tak de dah, "Gone"...

"Tak per lah, nanti2 dia adalah tuu", mama cakap...

Balik tu,...masuk umah...

Mama & apak decide nak bagi kat dia & adik hadiah In the Night Garden yang apak beli tadi tu...



Haaa...tengok ler wajah sorang - sorang cemana...senyum tak sudah...

Dalam tu pek In The Night Garden tu  sebenarnya ada sticker untuk dilekatkan pada bod licin ... Ada bod yang sticker (sticker ni ala - ala sticker tampal kat cermin kereta) karektor In The Night Garden nyer boleh boleh dicabut dan dilekatkan semula bagi membina senario lain plak...

Antara tujuannya, nak meransang kretiviti mengarang cerita melalui imaginasi dan 'pretend play' 50l3h...mama sedar, 50l3h kurang diberi pendedahan tu...Hopefully, hadiah ni membantu perkembangannya tu...

Adik?...Hadiah ni sebenarnya sesuai untuk 3 tahun ke atas, tapi adik jugak enjoy tampal & lekat karekter In The Night Garden  tu,...dia pun bangga dapat create scene watak - watak yang dia suka pada bod set In The Night Garden nya siap sayang cium lagik...sabo je la...^_^...

***mama kene supervise adik masa main supaya dia tak masukkan sticker dalam mulut...tapi dia mmg dah lama tak masukkan benda dalam mulut tapi tu lah kan sapa jangka, jadi berjaga - jaga jer la...monitor.

Sekian entry kali nih...wassalam.

p/s: hari ni sejuk sket dalam umah...tu pasal leh karang panjang - panjang...heheheeee...;p

Monday, January 4, 2010

Makin panas Makin malas...

Musim panas kat sini secara tak langsung menjana kemalasan aku nak update blog...Senang cerita musim panas ni berkadar langsung dengan mood malas aku nak update blog...

Menaip dalam keadaan panas, dalam bilik yang panas cukup buat aku rimas...kalau angin update blog datang, rasa cam nak taip panjang...tapi bila dah berdepan dengan kehangatan angin panas membahang... kensel, beb! serrender!!!

Azam tahun baru aku kali ni tak lah tinggi menggunung ... aku nak cuba baiki diri dalam pengurusan masa dan cuba rangka balik plan hidup aku ... berjayakah aku? Haaaaa...entahlah... sebab kenkadang ada priority lain aku kene utamakan dulu... ade pemberat lain yang aku patut ambil kire...

wokeyh sekian sahaja...

Sunday, January 3, 2010

Berhenti sejenak, toleh kebelakang...

Dalam bulan lepas di tahun lepas banyak peristiwa sejarah dalam hidup keluarga nukleus kami ni sebenarnya...Antaranya ialah...

***Ulang tahun kelahiran kekanda tercinta...
Tahun ni tiada sambutan yang meriah. Tiada juga hadiah yang mahal. Tiada makanan sehebat hotel lima bintang. Yang ada cuma masakan istimewa yang dinda sediakan di harijadi kekanda ... dan jemputan majlisnya hanya dinda dan anakanda - anakanda sahaja... Semua disambut sederhana, tak meriah... Hanya kami anak beranak jer yang tahu...orang lain tak tahu....heheheheheee...tak mention sket pun. Tapi paper pun kanda, dinda doakan semoga semua urusan di medan perjuangan kekanda dipermudahkan oleh Allah swt.

***Ulang tahun kelahiran anakanda yang kukasihi yang ke - 4, Muhammad 50l3h...Empat tahun lalu mama berjuang 12 jam nak jumpa dengan 50l3h... Walaupun pada awalnya banyak masalah, alhamdulillah, dah 4 tahun rupernye...terasa cam baby lagi jer anak bujangku ini...cepatnya masa berlalu...

Sebenarnya kalau diundurkan setahun sebelum kelahiran 50l3h, pada tarikh yang sama juga, masa tu hari mama bertunang ngan apak...heheheehheeeee...so ni kire ***ulang tahun pertunangan mama & apak ler jugak...heheheheheeee...

***Detik terindah dalam hidup penulis blog ni...ulang tahun perkahwinan daku dengan kekandaku yang ke 5... Alhamdulillah, dah mencecah 5 tahun dengan ratio perkembangan ahli keluarga : 2.5...heheheheee...Semoga Allah memanjangkan jodoh kami dengan kebahagian dan rezeki yang baik, berkekalan, serta menjadikan kami sabar & tabah dalam mengharungi rintangan yang mendatang.

Kalau nak ikutkan bulan - bulan lain pun ade jugak kenangan, banyak...ada yang indah, yang tak indah ... semua teradun dalam satu pengalaman heheeheheheeee...

Ni pun Esok dalam kenangan juga, ...dalam bulan ni, dalam tahun ni... genap sudah 3 tahun kami di bumi australia ni...Teringat lagik saat masa baru memula jejak kaki di Perth...bermulanya segala kat sini...huhuhuuhuuu...kenangan...

Pejam celik ...pejam celik, bila toleh balik kebelakang, dah jadi kenangan... kenangan yang jadi pengalaman dan pengajaran yang untuk kita simpan dalam album memori kehidupan .... sesekali memang kita perlu tengok dan nilai semua dah jadi kenangan supaya kita boleh belajar menghargai apa yang kita ada...belajar juga dari kesilapan yang pernah dilakukan dan/atau orang lain lakukan...