Saturday, April 24, 2010

Hasil Seni Kerastangan Pelukis Di Galeri Lukisan Kami...


Pada suatu hari yang agak tak panas sangat dan tak sejuk sangat...
Mama, selaku pihak menganjur telah mengadakan aktiviti melukis di galeri kami,lokasinya di ruang tamu rumah kami. 


Terapan seni kali ni tak menggunakan berus, tapi putik kapas...
 Hanya ada 2 warna je yang ada, merah dan biru...
Dengan mencampurkan kedua -dua warna tu,
dapat la warna ketiga, iaitu ungu. 
Ni antara benda baru yang dipelajari pelukis di galeri kami hari ini (masa aktiviti di buat)...

Owh,sebelum terlupa,
Meh kita berkenalan dengan salah seorang pelukis di galeria lukisan kami...
Pelukis dalam gambar ni, sangat cermat orangnye.
Dia tak suka comot.
Dulu, kalau tanganya comot sket, die menangis...die geli...
Makanan pun die tak nak pegang sebab tak nak comot. Kotor katanya...
Jadi pihak penganjur saja buat aktiviti ni supaya die belajar bercomot-comot...
Alhamdulillah, ada perubahan yang positif...
Kami ade lagi sorang pelukis, tapi masa ni die sedang nyenyak tido dibilik...;D

Seni Kerastangan Pertama:
Ni sebenarnya gambar air terjun. 
Kat air terjun ni ada beberapa ekor obor - obor 
& ikan (merah) yang sedang  mandi & jatuh bersama air terjun...
Di bawah air terjun tu penuh buih...Ha ha ha

Seni Kerastangan Kedua :
Ni adalah gambar seekor ketam ...
tapi disebut oleh pelukisnya, TEKAM... 
ha ha ha

Seni Kerastangan Ketiga:
Ni adalah gambar sebuah rumah yang sedang dilanda hujan batu & ribut kuat...
Benda yang terjuntai dari awan tu, adalah kilat yang sabung menyabung... 

Seni Kerastangan Keempat:
Ni adalah lukisan sebuah kereta yang parking di tepi taman bunga dan ladang epal. 
Tapi ladang epalnya hanya ada satu pokok sahaja...
Kat tepi tempat parking tu, ada seekor lipan berwarna ungu...
Lipan itu tersangat abstraknya, sampai mama sendiri ingatkan itu adalah pokok...LOL


Tak lama pastu, pelukis kami yang kedua itu muncul, kemudian dia pun mengambil bahagian melukis...
Ni antara lukisan yang dilukisnya...

Hasil Kerastangan pelukis kedua:
Ni adalah gambar ribut & hujan batu...
Ada dua ekor ulat bulu sedang bertempiaran lari mencari perlindungan...
ha ha ha ...
p/s: kaki ulat bulu itu, cantik sebab mendapat bantuan pihak penganjur(mama)...

Hasil Kerastangan kedua pelukis kedua:
Ni adalah gambar ular pelbagai jenis di merata rata tempat...
 
Ni gambar dimana semua lukisan - lukisan para pelukis ditempatkan
untuk dikeringkan...
Tak lama lepas tu, kedua - dua pelukis ingin berehat. Mereka nak minum susu...
Jadi, sekian saja aktiviti seni di galeri kami. 
Sehingga berjumpa lagi...
Ta Ta... Ti Ti.. Tu Tu... 

Friday, April 23, 2010

Gastroenteritis a k a Tummy Bug...

Permulaan minggu ni memang mencabar...

Dua beradik ni demam panas serentak. Suhu panas badan sampai mencecah 40'c...
Adik demam dulu pada Isnin malam Selasanya, Kemudian abangnya pulak mula panas dan tak larat pada selasa petangnya.

Demam adik disertai dengan cirit -birit. Abangnya pulak, demamnya disertai dengan muntah - muntah. Mulut jugak sakit...pecah. (selalu dengar orang panggil mata ikan eh, betul ke???) Dedua tak lalu makan. Itupun mama terpaksa le 'kejam'kan hati ni paksa jamah...

Petang selasa, mama decide nak call apak. Mintak apak balik, sebab mama tak cukup tangan nak handle kedua-dua budak yang sakit ni. Jangankan kemas, hatta nak masak pun tak sempat. Tambah pulak suhu badan budak berdua ni agak tinggi & membimbangkan. Mama jadi full time nurse. Selasa malam rabu tu jugak, kami sekeluarga ke ER, Hospital Princess Margarette...

Ketika saat cemas macam ni, kereta pulak tak berasap. (rosak)...Dugaan,...Segan jugak nak mintak tulong orang malam - malam buta. Tapi kene tebalkan jugak segan tu,...Apak akhirnya minta tulong kawan seperngajiannya di Uni menghantar kami ke hospital malam tu jugak...

Kedua-duanya disyakki mengalami Gastroenteritis... Disini Gastroentritis ni jugak dikenali sebagai Tummny Bug...bunyi cam serangga je...kenapa namanya gitu tak tau plak...
Sekarang ni tgh musim budak - budak tak sihat dan mengalami simptom yang sama dan dikalangan kawan-kawannya ada yang kene. Mungkin berjangkit dari kawan masa bermain sama... Kedua-duanya tak larat bangun...terbaring dan merengek je. Dah mula nak dehydrate kot...

Pergi kehospital, tak de apepun yang dapat dibuat...just doktor suh monitor je...jika suhu badan depa tinggi sampai ke 40'c & budak masih tak larat bangun, bawak ke hospital semula cepat, depa akan masukkan air...Jadi kami balik dulu & kene makesure, budak - budak minum air...setakat ni selain air , kami disarankan guna ORS(Oral Rehydration Solution). Tujuannya mengelakkan dehydrate...Nama pasarnya  pulak, air garam. Air garam ni boleh dibeli kat farmasi berdekatan...so, ORS ni akan aku sentiasa stand by jugak dalam koleksi ubat kat rumah.




Kat rumah ni dah ade dua jenis ORS...satu Gastrolyte,...satu lagik Hydralyte...
Yang Gastrolyte tu, budak2 tak suka...rasanya tak brapa sedap kot...tapi Hydralyte tu ok le sket...ada yang dalam bentuk aiskrim M'sia yang batang tu...so kita tinggal bekukan & dan budak hisap je...budak-budak kan suka ais krim...jadi mudah kerja bila ada yang ni.

Payah jugak nak paksa depa minum...dengan keadaan yang sakit mulut tu. kesian tu ada, tapi kalau dok kesian je manjang, sampai dehydrate, aku rela jadi kejam sat dan paksa depa minum...janji, selamat!!


Setakat ni tak de ubat yang diberi kecuali Paracetamol dan untuk si abang, berselang dengan Ibuprofen . Tapi si adik aku stickkan je dengan paracetamol, sebab ibuprofen tak sesuai untuk kanak - kanak yang sedang mengalami cirit-birit...


Alhamdulillah kedua - duanya kini dah beransur pulih. Harini dah tak de demam...tapi selera makan still kurang lagik...Semalam si abang order roti telur kat mama...hari plak die teringin nak makan koeyteaw... si adik hanya lalu makan roti ngan madu je. Nak order2...tak reti lagik...Hai, macam - macam kerenah layan kanak - kanak yang tak sehat ni...

Apaperpun, bersyukur sangat ujian ni dah berlalu...wokeyh la... Masterchef nak g prepare 'order'...heheheee

Monday, April 19, 2010

Akibat kurangnya ilmu...

Kelmarin aku ke kedai farmasi membeli barang. Antara barang yang aku beli SudoCream (nappy cream) untuk anak aku si E-m4n sebab dah habis, licin dah...
Kat situ ada dua saiz...satu 60g, berharga AUD10 dan satu, 125g, berharga AUD15. Disebabkan duit kat tangan tak berapa cukup(sebab nak beli barang lain lagi), aku decide amik yang 60g(AUD10)...

Pastu, masuk pulak kat supermarket IGA, (x jauh, seberang tu je)...masa jalan - jalan ke kawasan baby, terjumpa lak SudoCream 125g yang beharga AUD10 JE!...

Mak Ai! beze 5 dolar tu...beli sekilo ayam kat sini, dah boleh buat lauk untuk satu hari!!!
Ikut hati nak pulang balik yang aku beli tadi, & beli yang kat IGA punya...tapi aku tak tau nak bagi alasan apa untuk pulangkan , sebab barang tu tak de cacat cela untuk aku pulangkan...Sebab kalau kat M'sia maunye kene gado - gado dulu kat kaunter atas alasan barang ni mahal daripada kedai hujung sana...jadi takmo beli sini la...nak beli yang kat sana punya...

Maka aku pun balik dengan perasaan yang kecewa...
Kekecewaan tu aku share le ngan my abe...

Sekali my abe tanya, kenapa aku tak pulangkan...???

Errr...boleh ek?

Upernye, selaku pembeli aku boleh nak pulangkan barang yang aku beli tadi atas sebab nak beli kat tempat lain yang lagi murah...Biasannya penjual akan bagi kita pulangkan barang tu, dengan syarat barang tu masih elok sebagaimana yang die jual & duit kita (pembeli akan dikembalikan) DAN urusan jual beli tersebut tak lebih dari seminggu kecuali ada dinyatakan syarat macam dalam masa 3 hati ke apa gitu lar...ATAU ... penjual tadi setuju nak pulangkan beza baki barang tu,...contoh macam dalam kes aku tadi, bezanya 5 dolar...Jadinya, aku dapat beli barang tu dengan harga murah dekat kedai tu.

Biasanya, orang kat kaunter tu akan tanya die punya manager. Dan keputusan akan dibuat oleh managernya, bukan casher/ staff tersebut unless die tu manager kedai tu.

Pengajarannya,...
Lain kali amik tahu hak pembeli / pengguna supaya kita boleh buat pilihan dengan tepat keatas barang yang kita beli...jangan jadi insan jahil cam aku kelmarin...aku yang hari ni dah bertambah ilmu...alhamdulillah.

TAPI...aku dah pakai dah... jadi tak dapat le nak pulangkan atas alasan diatas.
Tak pe le bukan rezeki. Rezeki farmasi tu ler...  

Friday, April 16, 2010

Bye - bye summer...

Sekarang ni dah masuk autumn. Angin sejuk dah datang. Malam dah semakin cepat. Maghrib awal...Isyak jugak awal. Sukenye...^_^...

Budak - budak jugak kurang buat kerenah. Alhamdulillah...Tapi sejak sejuk ni,dieorang miss nak main pasir & air kat Matilda Bay ...


Dulu masa hari panas terik, salah satu cara nak sejukkan badan & bagi dieorang main ialah dengan membawak depa bermain air & pasir kat Matilda Bay. Hari panas yang sehingga mencecah 42'c tak sesuai le duk dalam umah yang tak berhawa dingin tu...macam kene panggang! Jadi baik le lepak -lepak tepi sungai...Hembusan angin tepi air tak panas...sedap je rasa.

Mama ngan apak, lepak je kat tepi...rehat - rehat sambil makan - makan sambil menikmati keindahan alam sekitar sambil memerhati anak- anak main depan mata...(banyak kan 'sambil' nya?, hehehee)


Tetiba nampak lak ikan lumba - lumba main air kat sini...
Semua orang teruja le tengok dolphin main air...
Yang anak - anak aku plak sibuk duk kata shark...shark...shark datang...
Mujur le tak jerit kuat - kuat...
Ha ha ha ha...
die punya sirip pun nampak cam sama je ...
sib bek bukan kan?  

Satu budaya orang Australia ni, depa suka berkumpul ramai - ramai...lepak - lepak kat taman ke...tepi sungai ke...pantai ke...buat BBQ, dari pagi sampai petang...Kalau hujung minggu memang penuh le Matilda Bay ni dan tempat-tempat/taman lepak lain...

Budaya hujung minggu kat sini, digunakan sepenuhnya untuk 'cuti'...bukan kerja.

Alangkah bestnyer kalau kat M'sia jugak gitu kan? Hujung minggu kita gunakan masa betul - betul bersama famili...

Ekpress!!!


Semalam...

Sakit belakang aku datang balik...
Agaknya duk main lasak sangat kot kelmarin...
Mungkin jugak aku da tak bleh nak angkat atau dukung anak bujangku lagi...
Hmmmm...
Almaklum le dah tua...
Anggota badan ni mana de tukar ganti...
Jadi kene le hargai & jaga anugerah yang diberi...

Semalam aku masak lauk simple2 je...telur dadar, kailan tumis air & ikan bilis goreng bawang berlada. Sumer siap dalam masa 20 minit!...Dalam keadaan sejuk-sejuk gini dengan kombinasi perut  yang lapar, budak-budak ni makan macam tak cukup suap. Tambah lak dimakan ngan nasik panas...Memang sedap!

Suka plak aku dengan resipi yang ekspress macam ni...Sekarang ni, apape urusan pun aku nak ekspress je ... sume nak cepat macam bullet train! Ha ha ha ... namun aku harus akur, aku ni bukan bullet train, ... aku ni hanya insan biasa yang bertangan dua...

Thursday, April 15, 2010

Teringin laksa...

Ni sebenarnya entry lapuk...aku yang tak berkesempatan nak update...
Tapi hari ni dengan izin Allah, aku nak share betapa gumbiranya hatiku pabila bertemu dengan kekasih seleraku yang sekian lama terpisah dan dilupakan... Alhamdulillah....Buurrrrp!


2 minggu lepas, jumpa daun kesum kat kedai oriental kat umah ni...Nampak tu, terus sambar! Almaklumlah payah dapat. Even dah tanam pun tanaman kesumku musnah ditambah lak musim sejuk gini, memang payah nak hidup dan payah nak didapati di kedai - kedai runcit oriental...

Tak leh tahan sungguh...lamo dah den tak meghaso aroma lakso & asam podeh lotak daun kesum...
Kebetulan plak, mi laksa pun ada dalam stok makanan, setin tuna...dan .. jeng jeng jeng...aper lagik... ready get set go!!!

Laksa memang daku punya favourite...kalau ade ikan kembung ke parang ke...gerenti sedap lagi, tapi dah teringin sesangat...tak dapat nak menahan sabar untuk menunggu lebih lama, daku belasah je lah...

Sayur ulam-ulaman aku malas nak potong hatta sebiji bawang sekalipun, ... aku bedal ngan telur ayam sebijik...maka terimalah gambar laksa botakku ini eh...


Laksa Tuna

Sungguhpun laksa ni tak sesedap mana sebab bahan-bahannya tak le selengkap mana...aku dah cukup bersyukur dapat menjamah laksa ni...
Nanti insya allah balik M'sia, nak makan laksa yang lebih best!


Wokeyh la,...tak leh lama...malam ni my abe is at home...sukenye tak terkira...nak g dating 'together-gether' la...bye! Wassalam.

Wednesday, April 7, 2010

Pengalaman mendewasakan...

Malam ni aku nak berkongsi kisah aku dan permainan kutu...
First time dan last time aku main kutu masa aku darjah 3. Dulu aku kengkononnya join kutu hadiah besday... dalam group ni adelah dalam 5 orang termasuk aku...setiap bulan kutip le duit dikalangan kami untuk beli hadiah besday bila besday masing-masing ...

Aku main kutu ni senyap - senyap. Mak aku & abah aku tak tahu...Asalnya aku teringin sangat nak join sekaki kawan dengan kawan - kawan yang best ... Tak mau ketinggalan...Aku langgar pesan abah aku,...die suh aku jimat cermat, menabung simpan duit. Jangan buang duit tak tentu hala...

Besday aku last sekali di antara kalangan tu. Satu persatu besday berlalu. Semua  yang sebelum aku dapat yang best - best...Aku pun membayangkan yang aku punya pun tak kurang bestnya macam yang depa dapat jugak. Nak dijadikan cerita,ada seorang dikalangan kami yang besdaynya sebulan sebelum aku punya besday. Malangnya, aku tak tau, kutipan duit kutu tu dah dihabiskan semua pada hadiah besday kawan aku yang sorang ni...sampai la tiba turn aku.  Rupernye keempat kawan aku yang lain dah tahu tapi tak mahu bagitau aku,...Semua ambik pendekatan berdiam & menjauhkan diri dari aku. (perkara ni diceritakan oleh salah sorang dari depa pas ade sesi jumpa semula & terkenangkan kenangan lama dulu (masa ni aku bujang lagik, dah besar dah untuk gado2 benda kecik macam ni)...)


Setibanya turn aku, korang tau ape aku dapat?

5 batang pensel 2B, sebatang pembaris kilat - kilat,  2 buah buku latihan kosong, dan 2 buah buku cerita Enid Blyton dalam bahasa inggeris, yang dah kuning sangat kertasnya (kertas lama), kulitnya pun dah kembang hujungnya yang kalau dikopek memang boleh terbelah dua kulinya...(kawan aku kata, buku ni mak die nak buang, tapi die ambik bagi kat aku sebab die tahu aku suka buku)... 

Korang tahu berapa jumlah duit untuk kutu hadiah tu?
RM22...(masa ni 22 inggit manyak jugak wooo)

Berbaloikah?
Kalau dari segi nilai duit TAK LANGSUNG!!!
Kalau dari segi pengalaman, pada aku sangat berbaloi...
Aku belajar kenal perangai KAWAN yang suka mengambil kesempatan...Bukan semua kawan tu jujur, ikhlas & setia. Bila dirinya dah lepas, diri kita ditinggalkan...
Ini le balasan anak yang tak mendengar kata...

Kekecewaan ni aku simpan sorang...ekceli dah lupa dah pun...sampailah bila terview FB salah sorang dari 4 orang tu tadi...Pas peristiwa tu, aku pun jauhkan diri dari dieorang...
Aku pun maleh confront...hmmm...malas nak panjang cerita,...4 vs 1... not worth a fight. Lagik satu, sebab depa tu macam 'dominan' jugak lah...aku tak mo, hilang kawan...tak mo depa hasut orang lain supaya jangan kawan ngan aku...biase le budak - budak kan takut hilang kawan...

Kat mak abah aku pun aku tak cerita...ha ha ha...takut kene marah. Ekceli sampai sekarang aku tak cerita...bukan sebab takut kene marah, tapi sebab dah lama dah peristiwa ni...sampai dah lupa.

Masa zaman kanak - kanak dulu, aku jahil dengan rentak dunia, silap aku sebab terlalu mempercayai kawan. Sekarang tak lagi...itupun adamasanya aku silap menilai manusia. Mungkin satu hari nanti aku akan kongsi ngan anak - anak aku kisah ni...supaya jadi pengajaran pada mereka jugak...

Bila aku imbas balik hidup aku, buat aku terpikir dan setuju dengan kata - kata ni 'Orang yang kurang ilmunya tapi baik akhlaknya lebih baik daripada orang alim yang buruk akhlaknya' ...(aku tak ingat sapa punya kata -kata ni...tapi yang pastinya bukan aku...)

p/s:
Dah tetua ni, aku pun tak amik port dah...tak de nye nak gado-gado tentang ni. Aku anggap benda ni dah lepas & jadikan pengajaran.