Thursday, July 14, 2011

Buka Puasa Semalam - Mi sup

Semalam, entah hembusan angin kus kus mana tetiba tringin nak makan mi sup...
Mula-mula ingat nak makan apa je yang ada, tapi 30 minit lg sebelum buka, tekak ni gatal lak baru nak request...mujur bahan2 asas ade...

* smlm tringin lak nak makan telur tiga suku masak pecah dalam mi...
selalu, masak penuh...

Budak2 awal2 dah makan dah. 
Nasik dengan sup ayam.
Sejak selsema ni, makan sup2 ajelah depa ni,...

Alhamdulillah mama, masih gagah lagi...
& 
mama doa, anak2 cepat sembuh dan semoga mama terus gagah lagi...


Hmmm...
Hari ni tgh terpikr2 lagik nak masak apa la baki mi tu ye...

Monday, July 11, 2011

Our New Horse...=D

Setelah sekian lama menanti...
Akhirnya, sampai jugak kuda ni ke tangan tuannya sehari sebelum BERSIH...


Seperti yang aku cerita dulu, kuda ni tak la lawa mana...
Wajah depan kuda ni aku suka, tapi bontot kuda ni,...
Hmmmm...aku kene tutup mata la...=p
Apesal la mitsubitshi tak bagi tukar design bontot kete ni eh??? 
Tapi macam yang aku cakap dulu, aku redha dah....

Chentaku pada 'buah hati lain' kene lupakan...
Bukan tak berkenan tapi sendiri mau ingat la...
Kancil mana boleh berak besar macam gajah...LOL...
So diri ni kene sedar, kene ukur baju ikut badan sendiri la... 

Pengalaman Naik
 Apak sampai petang hari BERSIH tu jugak...
Alhamdulillah, jalan tak jem.
Petang apak sampai tu, kami 3 beranak ni tgh makan mi,...
Nampak apak sampai je, trus bebudak ni lari...
Nak tengok kuda baru...
Lantas,
Mee di pinggan di tinggalkan kejap...
Akibat excited nak test naik kuda baru...

Sedap jugak la naik kuda ni...
Senyap.
Luas. 
Seat selesa la utk org yg berisi banyak cam aku...
Tempat letak air die banyak...
Bagus jugak untuk aku, sebab aku kuat minum air...
Untuk anak2 jugak bagus, sebab depa boleh capai botol susu masing2 sendiri tanpa perlu aku capaikan...:)
Ruang die luas, byk la brg kami boleh angkut pasni...hehehee...

(*aku banding ngan kelisa eh, ... bukan banding ngan BMW or Merc =p)

 Pengalaman Drive
Semalam, aku test drive...
Sedap la...
Smooth..
Overall, not bad a...

O ye, seat driver die boleh adjust atas-bawah...
so kalo korang ni kecik comel.... boleh la nak naikkan seat tu...supaya tinggi...

 Minyak?
Hmm...kalau highway, mmg jimat la...even bbdg kelisa.
Kalau travel kt bandar - jalan biasa,
Masih lagik dalam testing, tapi andaian kami maybe lebih sket la dr Kelisa kot 
Sbb yang dulu 1.0
yang ni, 2.0...

Sekian kisah kuda baru kami. 
Alhamdulillah, apape pun kami bersyukur dengan rezeki yang ada ni.
Lepas ni apak dah sedap sket nak travel jauh...

Tuesday, July 5, 2011

Jangan ditangisi 'Ikan' yang telah tiada, kerana 'Kuda' ada sebagai ganti, cuma masih ternanti-nanti lagi je...


Ni tiket bas minggu lepas....bukan aku yang naik. Tapi boipren ku yang kt kuantan yang naik, ...

Boipren??? Boipren mana nih?...

Haishhh, sape lagik, kalo bukan apak....lepas kawen apak sorang je la boipren mama, besfren mama, somi mama...mana la ade org lain lg...1 jer!

Kenapa naik bas?...
Hmm...panjang ceritanya, tp dipendekkan cerita, sebab ikan kelisa kami dah tak de lg dah...dah selamat bertukar tuan baru...So, kene la travel dengan bas ... KL-Kuantan ...Lepas office hours, apak trus gagahkan jugak tenaga 4 keratnya mencarik tiket bas, jumaat malam sabtu, 1 hb july lepas sbb nak berjumpa dengan isteri & anak2 tercinta setelah 2 minggu tak jumpa...Alhamdulillah,tepat jam 2 pagi, apak pun sampai....heheheeee...mama la org plg gumbira...jam 2pagi, tak tido2 lg, setia tunggu kt pintuuu... ha ha ha

Sekarang ni kami tengah menunggu 'kuda baru'...
Tapi kudanya belum lg muncul2...adeiii, lamanyeeee...
Kutungu tunggu,...belum juga menampakkan wajahnya....haiiii...cepat la...cepat la...
Bak lagu kumpulan candy dulu, "Akan ku tungguuuuuuu bila tiba saat itu...akan ku tunggu..."(nyanyi la kalo korang nak nyanyi perabih...=p)

Kt m'sia ni susah tak de 'tungangan besi berenjin' kepunyaan sendiri,...Aku ni jenis tak kisah, buruk pon buruk la janji bleh jalan, hati pon senang... nak beli yang cantik2 pon bukan byk sgt $$$$$$$$$ nyeeee...so amik yang ni, baik buruknya aku dah redha,...

p/s: aku tau sumer mesti tertanya2, kuda jenis apa ye?...haaa...nanti aku sambung part 2 eh...insya allah...

Wednesday, June 29, 2011

Soliloquy : Every cloud has a silver lining........

Al Baqarah: 216

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Al Baqarah: 216)

Hmm...
Kepala mana?
Kepala...
Ye kepala...
Aiseyh,...bukan senang nak pikir guna kepala ni...
Habis neuron neuron dalam otak ni nak kene pecahkan gula, untuk menjana tenaga memikir...

Sabarlah wahai hati, saat ini kita kene lihat garisan perak kat awan kelabu...
Kalau tak jumpa sekarang, pun tak pe...teruskan memandang...pandang dan pandang lagi...
Tapi sampai bila?
Tak nampak-nampak pun...
Sangsilah pulak rasa hati ni...
"Berapa lama lagi nak tunggu ni??? Ye ke ada garisan perak kat awan tu?"

Heepppp! 
Hatiiii, jangan merungut...
Kalau tak cepat, lambat laun akan nampak juga...
Letih...tapi kene positif ye...positif...
Bak kata omputeh, "Afterall, every cloud has a silver lining........"
Jadi, silalah menjadi seorang penyabar...
Sabar menanti garisan perak di tepi awan kelabu itu...

Sekian,...soliloquy kali ini.

Sejak 2 menjak ni aku kuat merepek! Entah hapa hapa entah hahahahaaa...tulah pasal kuar entry pon cenggini...:p

Friday, June 24, 2011

I learnt "Being a Muslim & Act Like A Muslim is 2 different things..."

There are times,  i wish to meet good people around so i don't become a person that i am not supposed to be, as i am trying to be a good muslimah...But, sometimes Allah has better plans for me,.. He gives me chances to meet lots of kind of people in this world for me to learn valuable lessons and reflect back lots of things in life - me, myself, my life & my mistakes...


Have you ever heard  the famous sayings, "Dont Judge A Book by It's Cover" ? or "Show me your Friends, I'll tell what sorts of person you are"... 

Well then, think again...


me? i am still learning...


p/s: honestly, when i m sad or mad, the great two powers  (one is the good, and one is the 'bad & ugly'...)are struggling inside of me,...it is very hard for me to think clearly,huhuu... so i prefer to close my door and do the thinking & reflecting in my cave until i get my 'clear myself' back... And when things is good again, then i come back outside when i m ready...

My cacamerba entry...

Sejak sampai KL, beberapa menjak ni tak de mood nak update blog...
Bukan tak suka balik KL, tapi nak duduk jauh balik apak buat aku rasa tak seronok...
Tambah plak lepas kajadian kat lebuhraya aritu...

Hmm...since tak byk benda yang menarik untuk dikongsi,  maka update kali ni, ku bundlekan semua sekali 1 entry ...
 

------Result Sem 2------

17 June lepas result sudah keluar. Semua result dihantar melalui emel. 

Alhamdulillah. Syukur dapat keputusan yang baik...walaupun lecturer kedua2 subjek sem lepas jenis 'tak murah markah'...Infact habis sem lepas tu, aku tak cara dah ttg result ni, yang aku pikir nak get back together as family je...Sem 3 depan, aku plan amik 2 subjek jugak. Ade 1 sem je lg, sem 4 plak akan menjelang, tapi hati ni masih duk berkira2 lagik camne...

Nak amik dissertation kaaa...full course ka?...
hmmmmmmmmm.....huwaaa penatnye nak pikir!


------Ganguan Air------


TARIKH/MASA GANGGUAN AIR
8.00 pagi, 22 Jun 2011 (Rabu) hingga 8.00 pagi, 24 Jun 2011 (Jumaat)
SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) bagi Kerja-kerja Penggantian Injap ’Sluice Valve’ DN 1350 Pam No. 8 di Rumah Pam Air Bersih dan Pencucian Kolam Imbangan ’Compartment B’.
Selama ni aku tatau pon ade announcement tak de air...huwa wa wa...thanks to FB and friends's updates, aku pon ter'tahu'....

Lepas tahu tu, sepantas kilat (exegerate je mcm kilat...tp lebih laju la dr siput, heheee) tadah air...dalam hati, keep berdoa,...biarlah tak jadi tak de air ni....sebab korang pon paham lah camne kan...esp ada anak2 kecik ni.

Alhamdulillah, ketiadaan air kali ni tak la seteruk yang aku bayangkan...lega, alhamdulillah, arini dah boleh menikmati air sepuas-puasnya...

Monday, June 13, 2011

Hidup Hanya Sekali,...

Hari : Ahad. (5 June 2011)
Jam : 10pm.
Lokasi : Km 75, Karak Highway.
Area : Mentakab


Hari Sabtu 2 minggu lepas merupakan hari gembira kami...apak dah selamat babai Korea...& kembali ke M'sia. Sejak Ahad lepas, kami sekeluarga dah selamat bersatu, menghabiskan sisa2 cuti sekolah di Kuantan.Cuma, cuti kalini tak seperti selalu, perjalanan kami ke kuantan kalini agak 'trauma' utk aku mengingatnya kembali.

Ahad lepas, kami accident di Karak.
Perjalanan malam tu, agak basah sebab hujan. Hujan tak lebat pon. Renyai-renyai halus, gitu...boleh jugak la kalo nak sebut gerimis halus...'Ikan kelisa' kami tunggangi tu tak laju pun. Memandu pon bukan dalam keadaan letih,...Rasa, malam tu, part2 dalam kawalan kami, memang dah cuba kawal seupaya boleh. Tapi tu la, kalau dah benda nak jadi tu, jadi juga.

Malam tu, aku selaku co-driver, tak tido. Memang niat nak teman kekasih memandu malam...Sebelum kejadian, aku memang ade feeling semacam. Dah lama tak de feel macam tu...Bagitau apak, tapi apak kata insya Allah tak de pape...ok semua. So aku pon, anggap tu perasaan aku je kot.

Nak dijadikan cerita, dalam 5-10 minit lepas tu, dekat2 nak habis Karak tu, ade 3 selekoh...selekoh pertama, lepas...selekoh kedua lepas...masuk selekoh ketiga...Tiba - tiba ikan kelisa kami hilang kawalan. Kami ber-'ice skating' atas jalan raya...

Apak cuba kawal kereta tanpa menekan brek. Gagal. Disebabkan nak elak dari melanggar pokok dari depan, akhirnya apak tekan brek juga...Kelisa kami memusing & akhirnya menghentam DIVIDER KANAN JALAN!!!Kami terhenti di tengah2 lane kanan tempat laluan kereta laju, MENGHALA ARAH KERETA DATANG!!!


Cecepat apak hidupkan signal lampu kecemasan.

"TOLONG!...TOLONG!!"...apak jerit.

(Serius, aku blank.  Masa tu. Tak ingat apa. Rasa cam di awang-awangan. Kosong! aku tak pikir2 apa2...Mujur, Allah bagi peluang lagi. Kalau kene 'ambik' masa tu, aku tak tahu lah macamana keadaan aku...)

Apak takut nak hidupkan enjin sebab kelisa bahagian belah kiri teruk,...Antara yang kritikal ialah tangki minyak, kene teruk...Pas tu, ade dua orang penunggang motosikal ke kereta...die tanya ok ke semua. Die suh gerak ketepi...sebab takut kenderaan lain tak perasan kami & langgar...

Apak tawakkal jugak la hidupkan enjin & bergerak ketepi. Mujur tak meletop,
dan mujur juga, kereta yang datang sempat elak kami,...kalau tak, tak reti nak kata. (sengaja aku tak nak tulis.)

Tak sampai 2 minit Trak tunda pon sampai.
Trak tunda tarik kami ke depan lagi, jauh dari selekoh tu...dieorang kata bahaya stay situ. Takut ade kereta lain datang katanya...

Memula aku ingatkan sebab takut kereta yang datang laju. Takut tak nampak kami yang berada di tepi.
Tapi sangkaan aku meleset bila, ade kereta lain yang terpusing macam kami gak kt tempat yang sama...Baru aku terpikir, patut lah beriya2 trak tunda tu tarik kami... Untuk elakkan kereta lain yang akan berpusing kat situ juga nanti rupernye....Sepanjang kami tersadai kat situ, aku dapat saksikan tayang LIVE depan mata , dekat 4 kereta jugak yang berpusing kat spot yang sama...

Sekali lagi aku ulang tulis, 4 biji kereta dalam ms terdekat terpusing di spot yang sama dalam masa sejam...LOGIK TAK??? Lepas kami blah dari situ, tatau brapa lagi yang 'ice skating' sama...


Orang trak tunda tu kata time hujan & lepas hujan, byk kereta accident kat selekoh2 area Karak. Head Callman tu, orang2 bawah die sepanjang Karak tu adelah dekat 20-30 orang. Total Callman area karak ade dekat 50 orang yang carik makan di lokasi yang sama...

Tukang tarik kereta situ, ramai India...ms aku kat situ, ade la dekat 15++ orang cakap tamil...( aku memang takut giler aaa...dalam hati x henti2,berdoa supaya kami semua terselamat...) Masa ni macam2 kat kepala aku. ( Lepas kes, Dato Sosilawati dulu tu, aku ngaku aku takut...)


Malam tu, kami terpaksa kami tinggal kelisa di tangan callman & balik ke Kuantan dengan kawan Head Callman tu,... Letih2 pon ni segar sepanjang jalan sebab takut & risau...tak dapat lelap sesaat pon sehingga sampai rumah.

Dah sampai pon, aku masih tak leh lelap,...macam kejadian tu duk ulang tayang dalam kepala lagik...Macam-macam "MUJUR" 2 berlegar2 kat kepala ni...(tak nak sebut, tp aku rasa korang paham2 je la eh...) semua membuatkan aku bersyukur, yang diberi peluang hidup lagi...'Jentikan' kali ni betul2 buat aku sedar erti HIDUP HANYA SEKALI,...banyak benda yang aku 'take for granted' dalam hidup..dengan amalan yang sikit & dosa yang banyak...

Ni minggu ni nak g amik kereta.
Cuti kami kat Kuantan, terEXTEND lagi seminggu.

Hopefully semua dipermudahkan. Amin.


p/s: sib bek telinga aku berfungsi dengan baik ms mak aku tak tak setuju aku nak travel sendiri KL-Kontan dengan budak2...syukur dari telinga, masuk ke otak & hati untuk aku ubah pikiran...kalau keluar telinga kiri macam selalu, aku tatau la nak kata apa...