Wednesday, July 15, 2020

Sekolah dah buka... :)

Hari adik dah ke sekolah...
Bam plak akan balik ke asrama ogos nanti...
Huhuhuhuu...
Rindu rindu lah mama ni nanti...
Masa apak buat PhD, anak anak yang jadi tukang sambut masa balik rumah...
Tak sempat duduk, dah kene terkam!
Kene panjat! ajak main...
Masa mama?
Tak de sapa sambut...
4 ekor ni je la...
Berlari dari jauh, balik sambut kita kat pintu...
Tak pun tunggu kat tembok...
Hahaha...Masa apak buat PhD dengan mama buat PhD lain...😉😄


Thursday, July 9, 2020

Back to school...

15 july 2020

Anak anak akan kembali ke sekolah. 
Barang back to school anak-anak?
Dah setel beli minggu lepas.
 Sehari lepas pengumuman, Khamis terus g Kuantan. 
Apak dah start keje. So mama la incharged. 
Rabu malam tu anak anak semua kene buat list semua barang2 yang kene beli. 
Sebelum pergi kene interbiu dulu sorang2 cek...kot kot ada termiss ka...
Sabtu, mama qada' masa keje mama yang mama off ms khamis.
By this time, sah ramai ibubapa lain shopping kat kedai juga. Tapi kita dah settle awal, tak perlu bersesak sesak di tengah orang ramai. less risk and much safer.   

This week mama dah sibuk. 
Dah start preschool. 
hahahaaa...macam kindy plak. 
tapi kan, bila jawapan aku lain dari lain, tak kompiden plak rasa
is my brain wired differently? 
hmmm...


Tuesday, June 30, 2020

Preparation For After Major Operation : Apa nak buat?

Hmmm...aku kongsi pengalaman aku la ye...

Aku paham. lain org lain. Yang mana rasa applicable, boleh la nak adopt ke adapt ke ye...Mcm aku, pengalaman operation pd bhgn perut. Bukan selalu org ada dengan kita. lepas dah banyak kali operation, aku pun dah agak reti jaga diri sendiri. So, kalau kene duduk sendiri, nak buat macamana ye???

Lepas major operation, doktor akan galakkan kita berjalan (bukan right away, lepas 24 jam atau 32 jam gitu...ni aku la, org lain aku tak tahu). Nak biar blood circulation dalam badan supaya lancar dan nak elakkan blood clot.

1. Masa nak bangun ni, memang mencabar ye...ko akan rasa pening2, melayang atau tetiba je rasa nak muntah. Biasa kalau kt hospital, ada mcm tiang yang berkaki tiga untuk ko pegang/berpaut gitu. Biasa, dgn tergantung dengan beg air glocose/garam ke skali tu... Ni masa kat hospital la. Biasa lepas 3-5 hari, dah boleh balik rumah...kita boleh pegang perabut, atau kalau ada duit lebih sket beli la tongkat kaki 4 yg boleh support org tak boleh jalan tu. (keadaan ni temporary je, jd aku tak beli)

2. Bengkung yg support perut.
Aku guna bengkung yang support perut. Lepas operation memang terasa macam nak terkeluar je semua isi isi perut ni kalau tak pegang....(bg org perut tak buncit ok sket kot. tp kalau lepas bersalin ke atau perut buncit, pd aku perlu support)... Bila nak bangun ke, nak duduk ke...terasa 'terletak' perut kita. Kita tak rasa 'wobbly'...

3. Stokin kaki yang grip the whole leg...tanya nurse, depa tahu. Penting utk elak deep vein thrombosis. (Sila google yea...Deep vein thrombosis ni apa). Masa baru lepas operation di galakkan pakai...

4. Ready friendly support pd katil kita.
Aku ikat satu tali pinggang buat pemegang utk aku hold, bila bangun. Make sure kuat ye, kalau tak ko akan tersembam kt lantai. Boleh terkoyak balik jahitan perut. Sbb kita tak dapat bangun guna otot perut, mostly support dada n bhgn bwh perut & kaki.

5. Sebelum mandi, ready pakaian semua atas tempat yg mudah kita amik. Jangan dah lepas mandi baru nak amik, jenuh woooo... so kene ikut style jepun. Siap sedia sebelum. Bukan nak berak baru nak korek lubang.  Masa nak mandi, kalau boleh luka kita yang panjang tu, biarlah kering. Ada je jual spray "film" untuk cover jahitan kita. Paling ekonomi, kerat plastik cover dengan selotape bhgn jahitan. Then mandi lah. lepas mandi buka pelan-pelan. kalau ada sikit terkena air tu, lap lembut lembut biarkan 'open air' gitu...biar kering. Lagi satu, toilet, biarlah jamban yang mudah kita bangun dan duduk....senang nk mambuang air...dan bersuci.

6. Makan, soft food dulu. Mcm bubur ke...ikan pun, pilih bukan yg gatal. Ada orang tak boleh makan ayam. mcm aku aku belasah je, dada ayam. Kulit ayam aku tak makan. Seafood elakkan dulu, takut alergi, gatal ke atau bernanah ke etc. Ada orang dah ready julap, takut incase sembelit, Mmg nangis laaaaaa kalau lps opration kene sembelit...So, boleh la makan buah, mcm oren 2 biji sehari ke bg yang tak suka mkn sayur.

7. Ada sesetengah org standsby bantal utk cover n hold perut, bila nak bersin, batuk atau gelak. Aku buat yang ni,...duduk dgn laki aku, dia nak buat joke je...lupa yang aku tak boleh gelak...

8. Aku limitkan visitors. Satu, aku nak privasi. nak tenang2 je. Especially kalau kalau baru lepas terima berita "langit jatuh atas kepala'.....amik masa sket nk hadam...Selalu laki aku la benteng terakhir aku harapkan utk divert semua tetamu ke arah lain, atau blok semua dari datang.

Aku pernah suarakan yang aku tak nak terima tetamu...tapi ada sesetengah tetamu yang kecik hati. (so, based dr pengalaman aku, bab ni pandai2 la manage ye, susah aku nak cakap. Sesetengah orang mungkin memahami, alhamdulillah...mungkin sebab dia juga pernah alami atau famili pernah alami... Tapi tak nafikan, ada juga golongan yang kadang sakit jiwa dengar perkataan dr mulutnya...golongan ni, aku agak susah nak teka otak dia kat mana...Pendek kata, tak semua orang mempunyai kepekaan yang tinggi dalam hal macam ni)... Kedua, aku tak nak terkena selsema ke batuk2 ke masa lepas operation. Masa ramai orang datang, kita tak tahu kuman apa ter'datang sekali....Kalau kene, seksaaaaaa....nangis, woooooooo...sakit kt tempat jahitan....

Bila dah sihat nanti, bersosial la mcm biasa... no problemo.

So, sekian sharing aku kalini. Sharing ni, lebih kepada aspek apa yang kene consider selepas operation. Aspek rohani, aku assume ramai lg expert dr aku...Harap membantu.

k bye. nk smbg keje

Saturday, June 27, 2020

20 june 2020

20 June 2008, Birthday anakanda kedua ku...

12 tahun dulu ingat lagi, mama hilang banyak darah masa nak boleh lahirkan dia ke dunia...
Setelah bertarung 12 jam cuba bersalin normal, ke operation room juga sudahnya mama ni...
Memang tak larat dah... Darah keluar banyak.

Apak take time off kejap dari lab. Sibuk masa ni dengan phd... Kita tengah sakit sakit ni, mampu lagi dia urut. tapi lepas tu dia pi tidoq dengan lenanyaaaaa atas sofa.....adeiii laaa, kita ni jugak sakit sensorang. Hi,...
Tapi apak, paling tak dapat lupa sekali masa dalam operation room, potong tali pusat anak girlnya & masa mama bawah pengaruh "laughing gas"...memang cakap omputeh habis!...kalau amik ielts la, boleh dapat band 9 trus! 😆😆😆 ... well i guess, my mind did store my old-english speaking mode afterall... kalau suh keluar sendiri, memang tak keluar!

2020,
Dah 12 tahun, dah besar, anak girl mama ni..
Dia dah boleh diharap utk masak nasik,...Dia juga jadi tukang buatkan mama air sirap, milo, limau, jus oren dan macam macam lagi masa mama tengah sibuk...
Syukur, Allah bagi dia...
Rezeki yang tak dijangka juga...
Dalam berjuta ovumku, hanya 2 je yang jadi manusia...
Satu lelaki, satu perempuan.
Telah ku redha rezeki ku....
Alhamdulillah...

Friday, June 26, 2020

Tak tahu nak rasa apa...

Semalam selesai sudah pengkebumian seorang teman rapat...
Pemergiannya dalam keredhaan... baik suami,ibubapa, dan kwn2...masa sakitnya juga, sempat berhubung ramadhan lepas, siap bergurau...(nak mati pun boleh nak gurau,sabo je la...tak boleh nak gelak kita ni, dengan air mata meleleh...)
Sekarang dah genaplah 24 jam dirinya di alam kubur...
Dengar cerita kawan kawan,...bau wangi, sampai ke kubur...
Rezeki Allah nak bagi barangkali...
Apalah amalan ko buat masa didunia dulu ya...


p/s: mudah mudahan kematian kita juga dalam husnul khotimah. tetiba rasa bersyukur yang Allah temukan dia dalam hidup aku... kawan yang baik juga rezeki.


Monday, June 22, 2020

..........Bila lah kasih nak sampai? :)






p/s: I m back at my desk today..... rumah semua dah clear, bersih...baju semua dah basuh n sidai... Petang sat gi nak kemas peti ais pulak la...lama tak audit,...😂

Monday, June 8, 2020

Moving on...

Last week berakhir my 10 semesters phd journey with svno1.
Setelah 1 tahun 2 bulan,...
Berdoa...
Kalau orang ni baik untukku, biar Allah mudahkan dan buka jalan orang ni dengan aku,...
Kalau bukan, biarlah diberi ganti yang lebih baik, yang boleh terima aku.
Waktu sekarang, adalah saat aku dalam keadaan memerlukan support yang amat sebenarnya...
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.” (QS. Al-Qasas: 24)
Dan hatiku lebih berat kepada tukar...
Sedih? Ralat? ada. mesti ada. tipu kalau aku kata tak de.
Kalau boleh aku nak dua - dua...
Sekarang aku fokus yang mana rezeki aku, aku jaga baik-baik.

Timing moment bertukar agak 'tajam' aku rasa.
Dekat pula dengan waktu abg former svno1 meninggal dunia.
Bimbang silap bicara, menjadi duri dihati pula.
Tak perlu menjadi manusia yang buta hati & perasaan.

So, 3 Jun 2020...belum ada orang lain didunia melihat perubahan sistem macam aku lihat : 1 hari ada 2 main sv. Pagi lain, ptg dah bertukar orang lain. Sempat lagi tu kan? melodramatic sungguh ni...
My svno1 is no longer my main sv. Svno2 is my current main sv.

Setelah berbincang ttg keadaan aku, situasi & kerja aku...svno2 aku boleh terima aku.
Aku siap cakap yang aku harap dia tak terasa hati kalau aku tak add dia dalam FB. Dan dia ok with that arrangement. Once commited, aku stay commited. So dia tak yah bimbang la part tu.
Sekarang tengah review bakal co-sv...
Semoga dapat yang boleh berbincang & bekerjasama dengan baik...
Bab writing, aku suka... kalini bukan sebagai ghost writer, tapi untuk diri sendiri...

Lessons learned.