Friday, October 16, 2020

Alhamdulillah,...


 Minggu ni...

Minggu ni, aku syukur.  Byk perkara setel. 

Salah satunya, setelkan exam kemasukan sekolah menengah. Adik kata english & math susah. Hmm, kita dah usaha. Mama tak tahu kat mana rezeki adik, tapi mama doakan sangat sangat, biarlah baik, biarlah dekat. Sejak Covid 19 melanda, UPSR dibatalkan. Ni je la penilaian yang ada. Adik kehilangan pengalaman merasa UPSR. Bunyi macam sedih, tapi adik seronok je...kan? exam batal...mesti lah enjoy ^_^. 

Masa mama darjah 6, amik upsr, mama sempat merasa pengalaman straight A. heheheh... Ni je la pun, chance mama boleh berlagak depan anak anak....(tu je la pun, exam yg dapat straight A, PMR tak amik, SPM juga tak merasa). Disebabkan result mama baik & aktif kokurikulum, mama dapat masuk sekolah SMS Seri Puteri (tepi sek maxwell). Ha, ye. Sapa yang masuk sekolah tu, bukan calang calang. Antara sekolah elit, hingga sekarang. Tapi rezeki mama bukan kat situ.... rezeki mama jauh lagi. Seberang dunia. Mama gave up that school sebab nak ikut atuk (abah mama) sambung belajar kat Sheffield. Mama tak suka kene tinggal...(aku ni jarang buat perangai, sekali 'perangai' aku datang...aku tak kira, dengan drama airmata, mengayat abah aku tak nak kene tinggal) Hahahahaaa... kenangan!!! So atuk pun, angkut la semua...ke UK. Kalau selama 6 tahun di sekolah rendah belajar BI tak pandai pandai, kat sini, hamik ko......memang kene cakap BI sokmo. Suka tak suka, kene jugak. Pengalaman 1994 -1996 kat Tapton Secondary School,  ni jadi stepping stone mama masa sekolah menengah atas, bila dah balik Malaysia 1997... membolehkan mama join debate team....Nyaris menang trip g world cup 1998........huhuhuhuhuuuu....sipi je tuuuu... sebab dpt no 4. So bila teringat ricky martin, teringat lagu world cup, teringat tak dapat g marseilles & paris, kt perancissssss......huwaaawaawaaa...

Sebab mama nak apply keje & apply sambung belajar, mama relearn balik english utk ielts, kat UWA. Itu je la yang mampu. Tak dapat gading, tanduk pun jadi lah.... Mama kalau boleh nak anak mama dapat peluang tu...Mama buat english day, once a week, satu hari,seminggu kita cakap english fully....supaya anak anak tak kekok. Lidah tak tergeliat. Bukan bermakna kita lupakan bahasa melayu, bahasa ibunda kita... Tapi bila kita perlu guna skill tu, you can bring it out & use it...

p/s: Hari ini dalam sejarah. First time berjaya potong 3 lori balak sekali gus.... takut balak terlorot kene kereta punya pasal, dari takut jadi berani............apak terkagum sekejap dengar cerita adik...πŸ’ͺπŸ˜‰Selalu mama penyabar orangnya, beratur laaaaaaaaaaa belakang lori tu sebab takut nak potong. πŸ˜‚

Thursday, October 8, 2020

Bertambah 1 pengalaman

Semalam, aku attend interbiu.

Tema? Kaler coklat, beige & bunga pink. (apa punya tema daaaa...)

Aku sampai awal. Dup dap dup dap tak yah cerita la kan. Berdebar. Rasa nak lari...semua ada. Feeling yang sama ko dah penat penat panjat, sampai kat atas papan anjal dari ketinggian 15 kaki, pastu pandang bawah, nampak air kolam kedalaman 22kaki kat bawah papan anjal tu.............pastu ko tanya diri ko, nak terjun tak? ke nak turun balik...? 

Ni kalau aku terjun ni, timbul balik tak? boleh ke ni? ... sambil dengar jon bonjovi nyanyi dalam kepala... (rasa sorang panel pun tak dengar lagu ni dalam kepala aku...)


Akhirnya sampai depan bilik mesyuarat 2. Lepas buka pintu nak masuk,...Nampak ada orang lain juga attend sesi interbiu,...dan SVnya. Aku tak ready jumpa orang sebenarnya. Aku tutup pintu semula. Aku decide jalan jalan sekeliling dulu la... Amik angin ( tingkat 5 maaa, dlm bangunan mana ada angin? hahaha...well, I gotta get myself first). Sesi aku 9.30pg...Aku masuk 9.25. Semua yang lepas 9.25, aku face head on je. 

Lepas settle, lega.
Bertambah 1 pengalaman.  Another day to remember ........

Pastu Terus ke Ftkee... stay sampai jam 3. Tak masuk lab. Tengah Covid19 ni naik semula, duduk buat kerja kt compartment tertutup lebih baik.  

p/s: tgh kering plak idea nk tulis... park sini dulu...pastu smbg balik...
betui punya writaton niiiii...πŸ˜…

Wednesday, October 7, 2020

Maaf, bukan aku...

Harini aku trace ada 6 orang "friends" bertambah dalam fb aku...

Siapa orang - orang ni? 2 orang hamba Allah ni aku kenal....4 lagi aku tak kenal...tapi enam-enam ada mutual friend. 

Seorang hamba Allah ni, aku tak nak ada konflik. Tambah pula nak mengganggu ketenteraman dan ketenangan... Maafkan aku. Aku tak tahu masa bila jadi. Intai fb pun tak. Dalam list aku ada berpuluh aku request friend yang aku tak pernah approved. Bukak pun tak. Aku ada ter-approve ke? Scroll atau hover nama pernah. Barangkali aku (tak sedar pun), tertekan friend request. Aku tak nak timbul sangka buruk. Skodeng aktiviti orang pun aku tak mahu... Jadi aku pilih, un-friend. Lebih selesa begini...

Sorang ni pun, aku tak ready nak jd friend, dalam fb. Aku klik juga unfriend. 

Yang 4 ni lagi hairan bin ajaib. Kenal pun tak. Apatah lg nak add friends... 

Ke ada tergatal jari ?

Pernah kawan kawan suarakan yang kadang FB akan teraccident add org...

Tak pernah jadi kat aku. Tapi kalini jadi...Maafkan aku. Aku nak undur unfriend kalian...Aku tak ready nak add sapa sapa setakat ni...

Maafkan aku...

p/s: di pihak dia pun, agaknya terasa yang sama.... 

Monday, September 28, 2020

21 Sept - First Day @ Faculty of Computing 's new building

Minggu ni masuk bangunan fakulti baru... Pagi aku siapkan menulis, lepas baca wassap kata boleh masuk, gedik plak rasa nak jalan jalan... Ish, mak budak ni...Dah la blom siap keje sepenuhnya... tapi i hold my horses, sampai jam 10, then baru la g... (ayat sedapkan hati)😏

I m sure...everyone has their own story when comes to pindah masuk fakulti baru. Well, let them have their story.... and i want to enjoy mine. 

Teringat lagi...Majlis pecah tanahnya, doploh tahun lepas... tak pernah terlintas yang pembangunan sebuah universiti selama ni, dari tahun 1999 sampai 2020. Masa tu, kosong je kat sini. Tak de apa. Sekarang dah ada banyak bangunan. Itu pun tak tinggi, rendah rendah je. Doploh tahun dulu, diri ni muda lagi, lepasan SPM... Lama kan? Dari zaman-kalau-kenyit-mata-sekali, -ade-yang-sudi-kenyit- mata-kat-kita-balik, sampai zaman-10-kali-kenyit-pun-belom-tentu-ada-yang-balas...,baru siap bangunan fakulti kita... Ha bayangkan? dari tak de uban sampai dah tumbuh uban πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚... kalau lambat sikit 10 tahun lagi, dah boleh jadi gandalf the white πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Ok, enough merepek....kita kembali semula pada cerita masuk fakulti baru. Masa first time masuk, kita ni jalan jalan kat luar je... Tak masuk. Belum siap kan...kang jatuh apa apa atas kepala ke apa susah pulak kang....tambah plak ada rumour tentang cerita hantu, entah betul entah tak betul....mungkin jugak tak betul sebab tak nak orang masuk kan... lepas tu timbul pula cerita sarang ular tedung selar. Besar ularnya, panjang!... Jerumun yang ditemui tu, semua tinggal kulit telur sahaja....Baru menetas gayanya, ikut cerita. Huhuhuuu.... Lebih kukuh cerita lagi, depa jumpa ularnya dan berjaya ditangkap. Betina katanya. Tapi satu je..........biasa  membiak sepasang kan? so mana yang jantan? ..........hmmmm, ada le somewhere kat dalam ump tu... dan anak anak nya. 😢.... tapi depa ni, kanibal. Jenis makan spesis sendiri....Doa lah supaya ramai yang kene makan, kene gelek kereta ke kot nanti... Kalau dah byk sangat tedung selar kat ump, susah pula...

Ok, jauhnya pula lencongan....kita kembali semula pada cerita masuk fakulti baru. Second time, jejak kaki masuk sampai foyer... Third time, minggu ni, 21 September, kita masuk sampai dalam dalam ceruk ceruk mana entah... rasa macam expedisi jalan dalam gua pun ada jugak cuma bezanya cerah dan luas...  

Sambil menyelam kita minum air. Tujuan utama asalnya kita nk g tengok lab. First time ada lab sendiri, kan... Kesian betul... orang dah nak habis, dia baru nak ada feeling.... Late bloomer sangat ni... hanya orang yang merempat je tahu perasaan tu...πŸ˜†Lepas tu kita g jalan - jalan lagi. Tangga bomba pun kita belek...ok, anak tangga nya sekata tingginya...tak macam sesetengah fakulti...anak tangga ada yang tinggi, ada yang rendah di tangga yang sama....kalau orang tua, mau boleh jatuh, kalau tak aware....sangat bahaya.(Amboiii bab mengomen, cekap je) Lepas tu jalan2 bilik sv kejap. Niat kejap je, tp cerita ceriti je, kemain lama. Lepas tu kene balik amik anak sebab apaknya, ada meeting. Siap dia call ingatkan supaya amik anak, jangan lupa.....dia takut bini dia lupa.  Tak habis lagi jalan jalan sebenarnya.... tapi x pe, nanti sambung lagi. Next time nak caj telepon dulu,...boleh amik gambar banyak banyak...

Nak tepek gambar kenangan. First time masuk lab sendiri tau.  Kita orang first!!! Hahahahaa... nak jugak jadik orang first tuuuu.. tak kira! ...πŸ˜‰

Ni, baru siap setel laptop baru ( laptop dah KO pun phd x siap lg, huhuhu).  Sem depan ni, kira semua baru...lab baru, bangunan baru, fakulti baru, case baru, paper baru, suasana baru, ...
student je, student lama.
ancient πŸ˜‡πŸ˜„

Sunday, September 20, 2020

KL with love...

Anak-anak baru lepas periksa...Dan minggu ni apak ada kerja kt KL.Kami ikut apak ke KL. Bam? bam kene stay kt asrama. Sebelum bertolak, kami sempat tinggalkan bekalan makanan kt pondok guard. Walaupun kene tinggai kita tak lupa. Kita ingat. Mesej babai dari dalam kereta je, heheh... 

Sampai KL malam. Dah buka beg, cari - cari barang, baru sedar.  Ah, sudah...berus gigi lupa bawak la pulak. Aiseymen, dalam cekap2 tu, ada juga barang yang lupa...Lupa sungguh! Kalau tak de, tak gosok gigilah kami sepanjang kat sini. Adeiii la...Apak dah nak kene masuk bengkel. Mama n adik la kene setel...

So malam tu, kami jalan kaki, menapak cari berus gigi...Alhamdulillah, dapat.
Lepas tu, sambung menapak jalan jalan carik makan. Meriah! Macam tak pernah ada covid! ...ok, kita makan la cepat2, then trus balik hotel.

Tengok, tengok phone, Wow, capai jugalah dalam 5000 langkah!
Malam, lepas mandi, adik trus tido... Mama tunggu apak balik bilik, borak borak kosong, dating dating kat beranda, tengok keindahan KL di waktu malam, sebelum tido...  

Esok, g joli katak kt aquaria, klcc pula...
Kami menapak 10,850 steps lagi...
Tghari, kami balik rumah nenek, sambut besday nenek...
Sempat mama tumpang berurut jap. Nenek skali,...bundle skali hadiah besday!

Nanti lepas berurut, da tak sakit urat macam ni,...


"Mama, nanti dah boleh macam ni"

Mak aku balas "Haih!, tak kuasa aku menggedik, tak sedar diri!!!..." Hahahahhhahaaa,...tak nak jadi org tua kerepot tak ingat dunia, tambahnya...Aku tau, dipandangnya, part gedik tu...aku pula pandang pada kecergasan badan walau batas usia.

Aku pun usik lagi,"Ma, Jlo ni dah 50,...tak de komplen sakit urat pun (kalau sakit pun, aku bukan dengar jlo komplen, hahahahaa)...boleh lompat lompat sana sini lagi ni..."

Hahahhahaaaaa...bab sakat org tua tu, meh bagi kt aku. expert! Suka dia berurut.

Memang best pun, feeling lepas berurut....
Malam balik hotel, semula...sedar2 dah 11 000+ tapak dah kita berjalan...Aku tak sakit, krem atau sengal2 sendi pun...

Apa lagi yang aku boleh bagi kt parents aku? Nak taja g haji/umrah? Belikan hadiah gah gah? 
Taik hidung ada. Gaji tiada. Masak, makan, shopping barang sikit-sikit, boleh... Mungkin dari sebab masin doanya, dan insan insan yang sungguh2 mendoakan aku, menjadi rezeki aku, apa yang aku ada harini... Apa yang aku harini pun, belum tentu cukup untuk membalas...bukan takat hadiah hari jadi je...hmmmmmmmmmh

Friday, September 11, 2020

How i long for a beautiful garden....

Dua harini rasa macam ramai pulak updates tentang kebun... Bestnye...
Tumpang seronok mataku tengok... Dari terung, timun, bendi, tomato, cili, peria, sawi, bayam merah, kacang botol...macam macam lagi... ada juga yang rajin pi bagi teh & kopi kat pokok bunga.... rajin nye la korang korang ni. Semoga kerajinan tu berpindah hinggap ke diriku juga nanti... (Hahahahaha, bila tu tak tahu la πŸ˜„) Aku tak pasti kenapa sayur2 depa sangat cantik... Tghari td, kugatalkan juga jarini bertanya, rahsia kencantikan sayur sayur di laman...harini baru belajaq tentang cuka kayu... Tak pernah dengaq pun benda alah ni selama ni... kewujudannya pun aku tak tau...
Tengok youtube, dah lama orang guna rupanya...
Boleh la try beli, spray kt pokok-pokok nanti...
Kelmarin, tengok orang kutip hasil hydroponik & akuaponik... yang ni pun aku suka jugak! 😍 Ish ish ish, haku ni, dari tadi duk suka tengok jaaa...πŸ˜….. Diri ni yang tengok saja ni pun dah terasa suka, yang empunya hydroponik/aquaponik tentu lebih lagi la sukanya...

Aku dah lama tak update tentang kebun. Berkebun last, masa kt kuantan...Sekarang, dah dapat penyewa,...semoga pandai dia jaga...Alhamdulillah...Sekarang serai ungu, kantan dan manggis dah tak kesunyian... Kesian, dah 2 tahun kene tinggal, kawan dengan lalang...
Masa duduk di kuantan, rajin juga jadi pekebun...
Sekarang tak mampu nk commit.
Mampu lihat, likes & komen kebun orang shj. 
Kat sini, sebahagian tanah ku masih kekal gurun... 
Kat belakang rumah, ade lah sikit2 tanaman...
Rumput gajah yang diimpikan pun blom tercapai... Bila lah ye...
Ini...
Batu masih banyak...
Proses mengutip2 dan membuang batu dr dalam tanah blom selesai selesai lagi sampai ke harini. (paham paham je la, bukan buat tiap2 hari)
Tak per la,... pelan pelan 

p/s: serai ungu tu bukan tempat org dpt batu serai buat pelaris tu yeee.....ni batangnya yg warna ungu...masak pun harum wangi serainya.... mintak batu serai kt aku,  aku lempang kang

Tuesday, September 8, 2020

Sejarah Melaka & Hang Tuah

Harini deactivate fb. 
Nak fokus menulis, kononnya. 
(Tak pandai pun menulis, tp nak kene juga tulis. Dah tahu tak pandai, kene sedar diri lebih sket)

Dah capai target writing, aktifkan semula. (Byk rewriting aku buat semula...tak pe la, buat aje.) Dah aktif, dirini pun terus view news feed yang ada.  Selain kisah hangat student UMS, Veveonah Mosibin,....ada satu lagi news yang menarik, aku nak tahu... Kesan akibat tiba tiba mata terpandang newsfeed cerita tentang sejarah Melaka... hmmm, macam best je bunyinye...(aku memang suka subjek sejarah...)

Hasil google di youtube... 


Ooo...ada buku ye selama ni?...Rasa macam nak beli kedua - dua buku ni, baca... kenapa kt big bad wolf tak ada? Kalau ada dah angkut dah. So entry malam ni, kita nak parking buku nya kat sini. Incase lupa, boleh teringat. 😏