Wednesday, January 20, 2021

Penat Mikir.

1. Pendaftaran Ting 1 jadi kalut.
Bila KPM umumkan ting 1, kene belajar face to face. Ada sekolah, daftar pun sekolah pun dia nak buat face to face juga. (tengah2 wabak covid ni....tak takut ke?) Tapi lepas tu, bila KPM umum buat online. Sekolah kalut. Tapi ada sekolah lain dah amik initiatif awal, buat pendaftaran online. Kan senang? Apa salah belajar berubah dengan keadaan? 

2. PPD kata keputusan kemasukan sek sbp atau mrsm akan bertangguh sebab Covid.
Susah hati mikir,...nk masuk sek rangcangan khas siap2 ke...atau stay kat sekolah yang diberi by default ni. Kalau ada rezeki kene panggil Sbp ke mrsm, boleh pertimbang untuk pergi. Tapi dibuatnya lama lagi panggilannya, mau pening juga kalau stay kt sekolah yang penuh dengan budak2 tak mahu belajar. Tu belum kira faktor guru. Guru pun manusia. Bukan serba sempurna. Semua pun pernah berguru kan? Pernah tak berguru dengan guru yang kurang mahir mengajar, dan student put off dengan cara dia mengajar? Pernah tak berguru dengan guru yang suka mengajar tapi put off nak mengajar sebab perangai muridnya?..........dan pernah tak berguru dengan guru yang memang tak suka mengajar, tapi tapi terpaksa dan dia mengajar pun sekadarnya saje? Mesti pernah kan jumpa situasi tu? Yang bertuah, dapat yang memang suka mengajar, kita boleh 'rasa' semangat dari tindakannya. Student yang gagal boleh lulus, yang lulus jadi cemerlang, yang cemerlang kekal cemerlang dan yang paling best sekali, yang sangat lemah boleh jadi cemerlang, & top scorer! Sapa yang pernah alami, pernah lalui, paham la apa yang aku cakap ni. Sebab itu sekolah kita belajar tu penting. Suasana sekolah, guru, kawan-kawan... dan paling penting diri sendiri. Kalau kita sorang je menongkah arus, jenuh woooo... lama lama semangat pun boleh luntur, kalau tak di semai dan dibaja selalu. Kita penat!

3. Buku sekolah.
Tak tahu nak beli ke tak...Kalau lama lagi nk stay sekolah tu, kene la beli kan....kalau dah cikgu memang guna. Tapi kalau cikgu bagi kerja byk online, kene print. Buku tak digunakan, buat apa beli..... Kalau takat belajar sekejap je, tak perlu la, membazir. 

4. Bila semua belajar online. tahu tak sapa yang kene paling banyak nak kene jadi guru? Mama. Sapa yang kene jadi guru besar yang kene pantau semua tunaikan tanggungjawab kelas online? Mama. Sapa yang akan dirujuk bila jumpa soalan yang tak paham? Mama. Mama la yang jadi guru dan guru besar tanpa gaji dan pencen atau kwsp, dalam rumah ni. Tengah mikir, kalau Covid terus mengganas, mama kene jadi guru tingkatan 1 & spm 2022 juga ke? Eh apak buat apa? Setup2 fasiliti pembelajaran, apak. Readykan alatan/bahan pembelajaran, apak. Yang bayar semua? of course, apak... ( dari rumah, letrik, gajet, komputer, internet, buku, softwares, subscriptions , etc ) Certain subjek yang apak lebih terrer dr mama, apak la yang amik...

Mama bimbang mama tak mampu cover semua. Ada yang anak anak kene setel sendiri. Dah sekolah menengah, kene asah pegang tanggungjawab sendiri.... Cuma tak dinafikan, belajar online untuk jangkamasa yang lama memang letih.......mama sendiri pun sama. Nak marah je, rasa tak adil....

Ya Allah, sabarkan aku, tabahkanlah aku & mudahkanlah aku dalam menunaikan amanahku...

 p/s: benarlah kata orang, menanam pokok atas tanah, menjaga lembu sekandang, jauh lebih mudah dari menjaga tanggungjawab 

Thursday, January 14, 2021

PKPB + Sesi Persekolahan 2021

 


Kes Covid, naik lagi. 
Msia antara negara yang start pkp semula. (13 Januari pkp start semula).
Hmm...cuma kalini, tak seketat masa tahun lepas. 

Dalam pada itu, 
Sesi persekolahan juga akan bermula.
Bam & Dik akan ke sekolah.
Tinggal berapa hari je la...



Sawah jadi tasik, Jalanraya jadi sungai

 


kelako plak tgk gambo kartun ni...
cara dia gambarkan negeri-negeri dlm msia berdepan dgn banjir...
kredit pd encik yoo mat...

Nasib kami baik kot. Saat air laut pasang tinggi, hujan kejap ada, kejap x de. 
Paras air naik di hilir Sungai Pahang, sebagaimana dijangka. Harapnya air dr hulu sungai sampai sini ms air tgh rendah laaa.....time laut tgh surut. Semalam, air naik lagi. Kalini, lebih tinggi dr sebelumnya. Setakat ni, kawasan rumah ni selamat lagi, alhamdulillah...

Cuma bila tengok air deras yang mengalir ni....seram plak rasa. Sawah dah tak nampak. Tenggelam jadi tasik! Habis pokok pokok beras! (my family in oversea panggil padi, pokok beras......sampai harini anak anakku geli hati tak habis 😄😄😄) Jalan raya dah jadi sungai mengalir... Deras! Kalau tadah jala, rasa ade ikan tak??? kalau kt Canada ada salmon, trout, pike... Sini ada apa ye? patin? kelah? tenggalan? << Ikan Sg Pahang Mahal wooo...>> Lepas tu terbaca berita tentang << Buaya Sungai Pahang >>  .... Alamak, jangan yang ni dah la. Ni yang lomah ni....Buaya, kita tamau. Buaya darat pahang ke, buaya sungai pahang ke, ku tak mo jumpa...Sang bedal pi main jauh jauh naaaa... 💨

Masa anak anak da tido, aku n lakiku keluar jalan jalan....Berdua, naik motor letrik, tgk kawasan sekitar...Dating tgh mlm mlm buta...Sunyi je sekeliling. Bunyi cengkerik & air je dengar. Setelah sekian lama terperap kat rumah, dapat la jalan - jalan...Snap snap gambar. Sambil jadi reporter tak berbayar...(sambil buang tebiat...stress, model tak siap siap 😅) 

Sebahagian dr gambar, ku susun atur.....Jd homework karangan anak anak...👍

Saturday, January 9, 2021

94 days before Ramadhan



94 hari sebelum Ramadhan 2021 menjelang...
Mama ni masih ada hutang puasa belum bayar...
Tahun ni, mama ada orang teman qada puasa sama sama... 
Apak puasa penuh! Dia tak de hutang.
Bam pun penuh! Tapi dia nak join sekali sekala puasa sama...

Semoga Allah mudahkan urusan bayar hutang puasa...
Semoga Allah mudahkan dan lapangkan urusan bayar hutang2 yang lain juga...

Setakat ni, banyak hutang hutang dah berjaya habis bayar... 
Walaupun ada part part dalam hidup ni mengalami kekurangan, Allah cukupkan dengan sumber yang datang dari arah lain pula. Alhamdulillah...   

Semoga Allah mudahkan dan lapangkan urusan lain-lain juga...
Antaranya termasuklah study mama & anak-anak...
Buka 2021, adik nak masuk sekolah... satu pun belum beli.
Bam pun akan masuk sekolah, baju lama dah kontot. Yuran igcse pun blom bayar lagi... Tgh tunggu pengumuman rasmi maktab, apakah jadi exam atau tidak tahun ni...Hmm...



Thursday, January 7, 2021

Hujan terus turun....

Hujan makin banyak turun...Kadang renyai, kadang lebat...Rasa kat sini, sehari je putus hujan tu...Lepas tu sambung balik...Setakat ni, air tak naik kawasan rumah ni.....tapi kawasan sekeliling dah ada yang tenggelam naik air... Overall, I m good. the kids n apak too. Apa yang daku buat masa ni :

1. Stock up makanan. Incase terjadi terasing-jd-pulau ke,...makanan ada. 👍

2. Me & kids decide to stay at home. Tak ikut apak outstation. Incase, air naik...kita sempat selamatkan & kemas2 dokumen penting, & angkat brg2 letak tempat tinggi. Apak tinggalkan kereta kt mama.  (Sekarang 1 kereta je aktif )

3. Alert info banjir FB & wassap....Kadang hati ni bimbang juga. Incase air naik tgh malam ke....huhuhuhuu,...intai intai juga kt luar... Minta jiran2 tetangga tolong share maklumat... 👍

4. Basuh baju & keringkan sebanyak mungkin. Ahad tu membasuh baju bertrip-trip...Ingat isnin tu kalau bawak g laundry masa orang bekerja, tak ramai orang....Sekali hamik kau! Sangkaanku meleset sama sekali. Lelaki yang penuh kat laundry..............I thought kaum ibu yang akan lebih mendominasi laundry,.......but, seee? meleset lagi..... 😕 Ni la peluang aku keluar rumah, tengok kawasan sekitar cemana. Dalam kepala ada seribu satu macam kebimbangan bersarang... (Tak plan nk share 🔒)

5. Setel penghantaran buku teks, pengambilan sijil berhenti sekolah, pendaftaran sekolah menengah...Ku risik - risik juga kt pejabat sekolah ttg panggilan kemasukan ke sekolah asrama penuh & mrsm...khabarnya akan delay yang amat tahun ni.........Sekarang, Januari.  I told the kids, walaupun sekolah belum buka, you guys kene start belajar sendiri ye.........tak mudah, tapi kene usaha jugak! Selamat duduk kt rumah ni. Tak sangka Allah makbulkan doa mama cara ni pula... dapat tengok anak - anak depan mata...😅

6. Habiskan my study. InsyaAllah, Amin. 📕📘📖💻.

7.  Selamatkan kucing sendiri terkandas.....Pandai dia jerit2 minta tolong amik dia seberang sana.....pandai pula dia panggil..... Bila aku tayang diri, kemain dia jerit2........kelakar pun ada, nengoknya. Aku pun amik la payung, amik dia balik....... Haiiiiiii....Tetiba tringat lagu ni, in my head... 😉



Friday, January 1, 2021

Come & get your love, 2021...

Hahaha... terrer daku hari ni ....menulis untuk 2 tahun dalam masa satu hari, x sampai 1 jam apart plak tu....😂😂😂...  Tahun ni, mmg aku sibuk... so,...Come & get your love ....come come...😉



Thursday, December 31, 2020

Post penutup 2020...

Coretan 15 minit terakhir 2020, sebelum masuk tahun 2021....

1. Tahun ni tahun last aku ada anak yang bersekolah rendah...Lepas ni sah dah tak cakna ttg upsr, atau apa apa berkaitan silibus sekolah rendah, kafa ke, surah apa nak kene hafal, bila ujian amali etc.....

2. Setakat ni si adik daftar dulu sekolah menengah yang diberi PPD. Walaupun mama ni kalau boleh nak push adik masuk sekolah pilihan mama....tapi,...bukan mama yang nak belajarnya. Yang belajar nanti, adik. Tak adil mama push. Memandangkan doa seorang ibu ni mustajab, biarlah mama doa untuk adik, x putus ...semoga mendapat sekolah yang baik, guru-guru yang baik, kawan kawan yang baik, fasiliti sekolah baik...  Amin.

3. Dulu ms baca surat tawaran ke asrama bam, mama yang meleleh air mata....apak plak gelak gelak terkekek jeee... katanya, nak sedih apa nye, bukan berpisah beribu batu...15 minit je dr rumah....... Bila kenang balik,...ye, kelakar plak rasa.... Tapi, cayalah... masa tu mmg tak kelakar,...dgn mcm2 kisah yang berlaku kat asrama, mama bersyukur dah berlalu.......... syukur, bam dah berdikari, kuat, berani! kalau la ada time machine boleh patah balik, i wanna thank myself for my patience, my strength..... walaupun ms tu aku rs mcm at the bottom of the sea je masa tu...org mengata macam2 pun, tahan aje lah, my commitment endured macam macam...
Back then, masa tak de Covid19 dulu, apaknya outstation sana sini...
Mama sorang2 je, dgn anak...
Hmmmmmmmmm....
Sekarang?
Hmmmmmmmmm....Yang mana rezekiku, aku terima, aku bersyukur...🍀🌻🍀🌻🍀