Thursday, December 23, 2021

Bah 2021 - bertujuh tanpa apak

Jumaat 17 Disember, apak bertolak ke Genting sorang. Anak - anak & mama vote untuk tak ikut....Banyak kerja. Petang jumaat tu mama ada meeting. Jadi, tenghari tu tergerak hati nak stock up makanan trus sampai isnin. Time apak tak de, mama memang malas keluar, kecuali terpaksa. Selesai beli barang, masak cepat2...Lepas makan, trus duduk depan komputer. 

Masa tu tak sangka hujan dari khamis malam mencurah-curah tak henti-henti. Sabtu 18 Disember tu, hujan masih lebat lagi. Sepanjang hari, ribut tak henti. Baju siap terbang....Masa ni tak tahu lagi ada taufan. Lepas buka facebook, tengok newsfeed dari kawan - kawan baru tahu. Ingatkan satu, rupanya dua. Kt Selat Melaka satu, kat Laut China Selatan satu. Sejak bilalah Malaysia dah jadi laluan angin taufan eh?.....Kalau tak silap, masa belajar geografi dulu, kata Malaysia ni, selamat dari gunung berapi, gempa bumi dan laluan angin taufan.................................ilmu tu dah outdated ke????😕

Selagi air tak naik, tak memaksa kita pindah, tak perlu bimbang. Makanan cukup. Makanan kucing & ular (pet baru) cukup. Tapi kene watchout level air sekeliling. Lilin, torch, lampu kecemasan semua kami standby. Phone charged. Powerbank semua charged. Kalau tak de letrik, kita ready. Kalau tak de internet, mama akan guna mobile data. Kalau internet tak de langsung, kita teruskan je la hidup tanpanya. Kalau tak de air, kita jimat2 la air tangki. Kumpul periuk belanga, baldi & besen, tadah air hujan. Dalam kepala, dah plan macam - macam. Kalau kene lari, nak lari kemana eh?......Kita berenam lari ke UMP la. (6, sebab dengan kucing 3ekor, kalau ular ikut, bertujuh la) Kita menumpang teduh kat bilik apak, tempat mama buat kerja tu. Senang. Toilet banyak. Nak mandi pun senang. Balik nanti, apak nak carik kita senang......Bilik tu memang berguna. Kene marah dengan sv, merajuk gi situ. Lari dari rumah yang tak berkemas, writing ke situ. Rumah panas, tak de ekon, lari ke situ. Lari dari banjir pun, menumpang teduh ke situ. 😁

Bermesej2 juga dengan jiran. Ada yang scouting tinjau kawasan. Report, laluan mana boleh lalu dan laluan mana dah tak boleh lalu. Kami rasa kawasan kami selamat lagi. Tapi tengok gaya derasnya air tu, macam - macam boleh jadik. Dah pesan kat jiran, kalau air naik & nak kene pindah, mintak ketuk pintu bgtahu, jangan mesej je. Bimbang time tido kita tak baca......Tak pasal-pasal kang bangun esok, sorang - sorang hanyut kt tengah-tengah laut china selatan.......😉😄

Masuk 19 Disember, hujan dah mula reda. Masa ni, kuantan dah banjir besar. Kawasan rendah di Pekan pun dah naik air. Macam - macam cerita tentang mangsa banjir. Masih terkandas atas atap pun ada. Dah selamat di pusat banjir tapi makanan tak de & terpaksa berlapar pun ada. Cerita tentang banjir di Selangor pun tak berkurang jugak. Ada yang terkurung, tak de makanan. Bantuan tak sampai. Ada tu, bantuan tak dapat nak sampai sebab macam-macam masalah. Sampai kene pecah pasaraya....amik makanan. Dalam masa yang sama, terbaca juga tentang bangkai2 haiwan peliharaan mati dalam banjir sebab lemas, sama ada bebas, atau terkurung dalam sangkar dan terikat dileher.... Hmmm, innalillahiwainnailaihirajiun......Ada anjing yang talinya panjang, bertambat, dapat panjat tembok. Kesian. Takut. Sejuk. Lapar...dalam masa yang sama setia mengharap tuannya balik. Harapnya tuannya masih selamat & dapat balik bagi makan.......Kisah haiwan liar yang panik, pun ada....Antaranya, kisah tenuk dua beranak. Kesian. Tu blom campur kecoh dalam wassap, ada buaya........ 

Hmmm....harini, air dari hulu akan turun. Masih kene berjaga dengan sejumlah air banyak yang akan ke hilir. Kelmarin apak bawak anak bujang bantu bersihkan rumah-rumah staf apak yang terkena banjir... Dia punya semangat, sampai putus selipar. 😄....Mama & anak girl duduk rumah je. Semoga Allah mudahkan urusan mangsa - mangsa banjir dan diberi ganti rezeki yang lebih baik dari harta benda yang telah rosak/ musnah sebab banjir.....Amin.

Thursday, December 16, 2021

KL & Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi


Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi...
Lama teringin. Masa balik KL haritu, ikut apak duduk hotel. Tapi dan la balik 'kampung' sat....sempat merasa,....Heheh, antara masakan hotel, dan masakan yang kita teringin nak makan, mestilah kita pilih makanan yang kita nak makan, kan?...Tambah pulak mak kita masak,... Petua nenekku, untuk bagi rasa lemak pada siput ni,...kita bagi makan kelapa parut dulu. Biar dua tiga hari... Nak lebih lagi pun tak pe. Lepastu baru masak. Peerrrrrrrrhhh...memang lemak n manis isinya! 

Dulu dah pernah buat. Masa buat tu zaman anak - anak kecik2 lagi. Kejap-kejap dibuka penutupnya, nak cek siput. Dalam sehari tu entah berapa puluh kali entah penutup tu dibuka-tutup untuk diintai. Sampai ada siput yang berjaya keluar dari bekas. Bukan sekor dua pulak tu....Sempat pulak siput ni pecut. 😄 Masa ni, yang untungnya, tak payah susah - susah lantik pengawal penjaga siput. Otomatik dah terlantik sendiri. Asal nampak je. dikutip la sekor, demi sekor siput tu masuk balik ke dalam bekas tu. Ada masa, sengaja dibiarkan sekor kt luar berjalan2, sambil dia lukis siput tu.....😆. Tak pasal-pasal jadi model. Hadoiiii laaaaa.....sabo je la. 
Tapi masa balik haritu, tak de budak. Hanya kita, lauk siput & kenangan yang terkenang, bahan gelak sama-sama...

Masa ikut apak g hotel, kita ni terperuk je kt atas....Nak turun sorang, malas. Alang2 beli makanan, beli 2-3 sekali bawak naik. Kayangan sungguh! Unless ada boipren hensem nk teman I, jadi bodyguard, tak pe la.......Apak kata, g lah nak jalan2 shopping apa - apa kat bawah tu. Ye la, bini pun dekat 90kg, sapa la yang nak ngorat kan?.....sentiasa secure je laki ku ini. Cuba bini dia 50-60kg,....Tak senang duduk nanti. Ni la kelebihan ada isteri bam-bam. Hahahahahhahaaaa 😉 Senang cerita, kita ni duk je la buat keje kt atas tu.  Senang. Tak serabut. Enjoy the "Get Away"...and the view dari tingkat 38.



Cuma hari nak balik tu ada sedikit haru. Tengahari ramai pulak orang nak check out. Lift penuh. Nasib baik kita awal tunggu lift. Tapi ruang menunggu tu penuh dengan manusia -manusia lain jugak. Ah, sudah........ Lakiku, kata dia nak turun bawah ikut tangga. Aku guna lift. Chances utk aku menyelit sorang dalma lift jauh lebih tinggi berbanding masuk berdua. Ok, aku dapat masuk lift juga akhirnya setelah hampir 40 minit menunggu. Dah sampai bawah, lakiku belum sampai lagi. 

Ah, Sudddah...
abang sayang, abang dimana...hati bini resah mengenang dikauuuu.....

♩ ♪ ♫ ♬ ♭ ♮ ♯ 🎼 🎵 🎶

Tingkat 38 tuuuu.......Jangan la terjatuh ke apa ke ... Akhirnya, sampai jugak. Dia tersekat kt tingkat 14 ke 15. Tangga dah lain, lakiku kata. Kene guna lif. dah penat dah. Ha? Bayangkan la kalau ada kebakaran. Mau panik sekejap. Aduuuh...nauzubillah...

Tapi tu cerita minggu lepas. Minggu ni sempat balik Lenggong plak. Kalini berempat. Budak- budak dah balik dari asrama. Of course, singgah KL lagi. Singgah hantar belut plak. Siput berbalas belut. Nak jugak belut yang kt pekan niiiii, sabo je la.... 😄

Friday, December 3, 2021

I wonder....

Ooo,... Hmmmm....... Now this song really got in to my head la kan..... 😎😉


Thursday, December 2, 2021

Berdua lagi...

Today I read about new variant, Omicron. Hmmm.... Seram pulak rasa. Last time Delta wave...ni ombak varian baru plak nak mai...Semoga dijauhkan darinya...amin.


Tapi nak terperuk je kat rumah, bosan jugak. Sejak Nov, hampir setiap hujung minggu x lekat kt rumah....Dalam negara je. Itupun sebab apak ada urusan kerja. Lama - lama sampai jealous anak - anak kt asrama dengar....

"Jaga diri baik - baik naaaa, babai noooo...."
"Amboiii, mama & apak ni tiap tiap minggu jalan - jalan je ni..."😄😄😄

Setiap kali nak bertolak, sempat la tinggalkan bekalan & barang2 keperluan kat pondok guard sekolah masing-masing. Pastu babai dalam mesej je. Pandai-pandai la mika jaga diri,...Nak jumpa, tak boleh. 😇 Redha je la, kene tinggai...😉  (aku tinggalkan anakku dalam jagaan Mu Ya-Allah. Amin).  

Depa ingat, mama depa ni serupa lagu depa kot....kalau dpt p ikut apak outstation, duk melekat dengan game la, youtube la, etc Walhal, mama ni terperuk je dlm bilik hotel, buat keje...

Friday, November 19, 2021

Dulu, bukan sekarang...

Dulu masa suami aku study phd di uni Oz, semua kawan - kawan labnya ku kenal. Aku tak datang labnya kerap. Dengan anak dua orang. Pepaham je la budak-budak ni. Ada DNA aku agaknya. Tak reti duduk diam. Bimbang mengganggu je. Jadi, aku memang extend perkenalan....apa - apa hal, depa - depa ni la ku mintak tolong. Terutamanya tahun terakhir ms suami aku pulun habiskan study....

Sebagai student antarabangsa di negara orang ni pepaham je la. Macam macam ancaman ada. Yang tak suka islam la. Yang racist la.......Sengaja pukul curi. Sengaja buli suruh beli arak. Tikam curi kat perut dengan pisau...sambil jerit "GO BACK TO YOUR COUNTRY!!!", Kene samun dengan Abo & polis susah nak amik tindakan kat Abo .... Aku & anak-anak kat Msia. Kat sana, dah la laki aku merempat kat lab. Tak de rumah. Elaun dah tak de. Alamat pun, alamat tumpang. Makan, tido pun tak menentu..... Jadi, kawan - kawan ni la kita bergantung harap. Masa ni, student msia berkeluarga ramai yang dah balik. Yang laki single berapa kerat je. Ramai student lain, pompuan. Single & bini orang. Takkan aku nk suh depa lawan & jaga laki aku kot................Yang single, lagi la aku tak bagi.......hahahahaa...

Masa aku sambung belajar lak, beza betul........memang lain! (Mungkin di entry lain aku cerita ttg kelainannya) Dulu, aku memang sibuk dengan anak2....sambil2 aku pening nak pahamkan area study aku, sambil tu jugak, aku kene setelkan depa....Sekarang, bila anak- anak ke asrama, mcm banyak masa plak....so aku buat la keje sorang2. Aku revisit balik apa aku tulis dulu. Hmm....aku relatekan area ni dgn IS melalui BI. Kelmarin timbalan dekan research fakulti aku kata group research ikut sv di bidang mana..........Sekarang main sv aku, svno2, di bidang AI dan multimedia. Hmmm, sejujurnya aku suka bidang IS....Masters aku pun dalam IS. Kalau stick je...tak boleh ke? Aku menulis pun style IS......orang teknikal-engineering tak tulis style mcm ni. (aku tulis kat sini bukan dapat solution kan? Hahahhahahaaaa....patutnya, aku pi la tanya hari tu.....apela...tapi aku malas tanya depan orang. nanti aku tanya la )


“Syarat mendapatkan ilmu itu ada enam. (Yakni) cerdas (sehat akal), semangat bersungguh-sungguh, rajin/istiqamah, cukupnya modal (harta, kemampuan), petunjuk dari guru, dan waktu yang lama.”

---------------------------------------- 

Harini last day exam IGCSE. 
Alhamdulillah. Saat - saat berdepan dengan 3 paper terakhir, anakku jawab dalam keadaan demam. Asal exam je demam. Asal exam je demam. Masa exam checkpoint masa form 2 tu pun gitu jugak. Demam. Macamanalah masa SPM nanti niiii? 

Tuesday, November 9, 2021

A week - Break away

Harini dah fully come back to my desk....nak kene recap balik kerja2 lepas.
Minggu lepas, I took a week off. 
Rest. I had to. 
Apak amik cuti. Ajak balik kampung. Tukar angin....Balik kampung berdua je kalini. Tanpa anak-anak....

Apa lagi, joget hindustan la kan...😄😉 Balik KL. Lepas tu ke Lenggong pulak. 

"Balik ni, kene exercise ye....." pesan apak. Health is wealth...

Esok ingat nak g cari brokoli...lama tak makan brokoli. Bukan mengidam. Teringin. Sebelum kene usik, declare siap -siap. 😎 


Saturday, October 30, 2021

Banyak setel dari tak setel...Alhamdulilah...

Minggu ni :

1. setel yuran pengajian. alhamdulillah...

2. setel semua claim. alhamdulillah...

3. setel beli barang kembali ke asrama. 

4. setel belajar satu skill yang aku mungkin perlukan utk model nanti.

5. setel polish kasar satu paper. alhamdulillah... 

6. nak kemas rumah bersih2...pastu nak enjoy saat2 baki sisa sisa 3 series yang ada.....

7. esok macam nak masak lauk ayam sambal hijau aka ayam sambal shrek...hmmmm nyum nyum...


Penat & letih. Tapi minggu ni banyak yang setel, dari tak setel. Mudah mudahan kerja phd aku pun dapat setel & selesai dengan baik...amin.