Thursday, August 4, 2022

Tawau 2022

Destinasi 2 

Destinasi seterusnya, Tawau. Masa kt KK, kita menghadap laut China Selatan. Kt Tawau, kita menghadap laut Sulawesi. Flight ke sini dari KK, amik masa 55 minit. Flight kami ada delayed. Sampai Tawau, di waktu malam. Kawasan hotel kami di Tawau ni juga tak jauh dari kedai - kedai. Senang nak cari makan & beli barang. Tapi agak jauh dari lokasi - lokasi tumpuan utama pelancong ke bandar/pekan Tawau. 

Sini, banyak makanan orang Bugis. Malam pertama kami sampai, kami ke kedai makanan bugis...

Sotong bakar stail bugis. Lupa dah nama apa...
Nasib baik sempat snap gambar sebagai kenangan...


Kat sini, maghribnya awal. Isyaknya juga awal. Subuh pun awal. Bayangkan kalau start kerja jam 8 pagi tu, terasa macam eh banyaknya masa aku kat sini...panjangnya waktu kat sini. Tak terasa terkejar - kejar. 

Masa kami kat Tawau, Allah mudahkan jalan kami, dengan pertemuan dengan ibubapa student apak. Kedua-dua dah bersara. Asalnya, lepas check-out hotel, kami nak jalan-jalan sendiri macam kt KK. Kalini, siap ada tourist guide, entertained sampai balik ke airport Tawau. Dibawa kami berjalan-jalan menjelajah Tawau dan pasar- pasar sekeliling. Siap jumpa ikan tuna lagi! Maklumlah, kami ni tak pernah tengok ikan tuna,....Tu yang excited giler tu 😁...(Bukan yang hidup) 

Masa kat Tawau ni, sempat kami beli belah makanan laut. Yang ni memang kene check-in masa flight.  Terima kasih sangat pada ibubapa student apak ni. Semoga Allah balas kebaikan dan murahkan rezeki mereka berlipat ganda... 

Masa kat Tawau ni, telinga mama ni masih tak dengar sangat. Kang orang tanya lain, mama jawab lain. Apak ni memang betul- betul kene cover mama... Pulak tu, minyak wangi pun terlupa bawak. Maka habis buah limau kita kutip bawak balik hotel, habis buat sental badan supaya tak berbau....Ye la ko dah jalan sana sini, mau tak 'haruuuuuummm'! Angket je ketiak, pengsan...

Sekarang dah sampai semenanjung dah. Masih tak dengar lagi ni,...Semalam balik Pekan (dari KL) dengan bekal asam pedas...Sampai rumah, just masak nasik je & tambah lauk telur mata sorang sebijik. Harini, sibuk kemas rumah + basuh kain + setel2 urusan lain. Tak sempat nak usik kerja lagi ni. Esok la start usik kerja-kerja PhD semula. Cuti kalini, memang tak bawak laptop. Memang guna pen dan kertas je. Brainstorm idea. Lipat & simpan.       

Esok, harap dapat jumpa la dengan cikgu modeling....apa khabar agaknya dia lepas surgeri selasa lepas....Dari jauh, kita doakan dia juga.

--- 

Alhamdulillah. 

Kota Kinabalu (KK) 2022

Tak sangka hasrat nak berjalan - jalan ke Borneo tercapai tahun ni. Kene pulak masa time mama dah rasa tepu sangat dah ni. I reached my 'need-to-recharge' moment. Kebetulan, apak ada urusan kerja ke sini, jadi apak ajak lah mama ke sini. 

Plannya, lepas habis je conference aritu, kami berdua nak ke Sabah. Kebetulan kalini, apak kene pergi dua tempat kt Sabah. Oklah tu, timingnya tu sesuai sangat. Disebabkan kita nak kene travel multiple locations within short period (2 malam sahaja. 1 destinasi, 1 malam), jadi apak nak travel as light as possible. Senang katanya. Semua beg, masuk cabin sahaja. Beg apak comel je. Cenoet! Beg mama berganda lebih besar dari apak.πŸ˜„... Sampai sana nanti tak de kereta. Jadi, kaki kene kuat menapak sana sini... Makanya, barang- barang memang tak boleh bawak banyak...

"Kalau dinda busuk, abang kene cinta jugak yeee..."

Ujian! 

Masa nak ke Sabah ni, mama ada batuk -batuk & selsema sikit (no covid, no influenza). Tak sangka, masalah ni menjadi masalah besar masa flight. Tiba - tiba satu nikmat pancaindera kene tarik. Nikmat pendengaran! My ears were blocked! Bayangkan  tetiba telinga rasa macam tersumbat. Tak dapat dengar jelas semua. Dengar sikit-sikit je. Bunyi hujung-hujung je.  

For me, setiap kali nak bercakap, memang kene pergi depan muka apak, face to face. Kadang-kadang kene tepuk2 dia untuk attention (supaya dia sedar yang bini dia ni dah kurang pendengaran. Bukan apa, takut terlupa). Tengok muka. Tengok mimik muka. Tengok bibir. Tengok the rest body language sambil cakap. Rasa - rasa aku tension tak? Tension la!!! Apa boleh buat? Sekarang, daku yang menjadi pihak yang 'kurang pendengaran'. Suka tak suka, kene sabar. Jalan pun, tak boleh jauh - jauh. Sebab kalau apa-apalah, memang aku tak dengar...

Nampak macam romantik je. Cakap sikit, kene pandang muka. Bila berdua, jalan dekat-dekat. Kene pimpin tangan. Cakap dekat-dekat. Kadang berbisik2 kat telinga. Walhal, kene jaga pasangan 'pekak' supaya tak hilang....πŸ˜†

Kami sempat jumpa doktor di klinik masa landing di Sabah. Doktor kata, sepatutnya kalau selsema tak boleh naik flight. Infact dia suruh tangguh perjalanan, rehat dulu, supaya bagi masa untuk recover. Tapi tiket perjalanan kita dah booked. So dia bagi ubat kurangkan symptom selsema. Sebab kalau tak setel ni, nanti takut lagi teruk. Sebelum naik flight kene makan ubat tu. Tak mampu elak, tapi hanya mampu kurangkan sahaja. memang terasa la pressure tu. Kene tahan sikit. Tempoh 'pekak ku' ni akan panjang lah tempohnya... Sabo je la kan. (Saat menulis ni pun, telinga masih tak berapa boleh dengar lagi.)

Destinasi 1 

Sampai KK, lepas checkin kt hotel & solat, kami berdua teruskan misi jalan kaki. Kebetulan hotel kami ni, tepi je pasar Filipina, Pasar Sinsuran. Kami pun jalan - jalan la sekeliling. Semua masuk! Pasar basah, pasar kering, gerai buah, gerai sayur, gerai makan tepi-tepi tu semua kami lalu. Sebelum ke sini, sempat la risik kawan-kawan yang pernah kesini dan pernah duduk sini. Dengan guide-guide melalui cerita-cerita depa dan encik google, sangat membantu kami meredah semberono je kat sini. Dah alang- alang sampai kat sini kan, kene la lalui, tengok dan alami sendiri. Baru banyak ceritaaaa....πŸ˜‚πŸ˜

Petang, lepas penat berjalan, kami ke KK Garden Seafood Restaurant. Kami main walk-in gitu je. Nasib baik, tak penuh. Kat sini, kita boleh pilih seafood segar hidup dari akuarium untuk dimasak oleh restoran. Harga berpatutan ikut selera, saiz hidangan, jenis masakan dan ketebalan poket ye...Ada banyak restoran yang best - best lagi kat sini. Tapi yang ni dekat dengan hotel dan sesuai dengan poket kami (tak tebal, sebab tu kene jaga bajet πŸ˜…). Mama memang teruja la kan. Ni lah first time nak try makan lobster. Ketam pun amik jugak, Giant Crab comel je. 

Ngam-ngam kita nak dinner, kat luar restoran mula ribut, hujan turun selebat-lebatnya. Nasib baik dah masuk dalam. Kalau tengah jalan lagi, mau basah lencun. Dari 5.30pm - 8.30pm, 3 jam encik suami teman bini dia makan dalam restoran. Dia tak makan seafood. Dia makan yang dia boleh makan aje, sambil layan berbual dengan bininya yang 'pekak' ni mengopek setiap inci isi dari cengkerang lobster dan ketam gergasi depan mata sampai licin selicin-licinnya!!! 😁

"Alhamdulillah...you are my rizqi..."

Spicy Buttermilk Lobster 

Cute Salted-Egg-Crab


Dah depan mata, dah atas meja, enjoy je la to the fullest. Seumur hidup ni la first time. Hahaha 😁.....Malam, dah sampai hotel, kami sambung turun lagi, cuci mata lagi & makan buah pulak. Kita layankan aje la. Esok lepas apak setel kerja dia, nak kene ready ke destinasi seterusnya pulak...   

---

“Tiga doa yg sangat mustajab; doa orang yg puasa, doa orang yg dizalimi dan doa orang yg musafir.”  (Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.)

Monday, August 1, 2022

Entry dari Pulau Ketiga Terbesar di Dunia

Saat aku menulis kalini, aku bukanlah dalam keadaan mode menulis macam biasa. Aku menaip entry ni, melalui sebuah fon cabuk kesayangan, dari sebuah pulau ketiga  terbesar di dunia ni.

Koordinat? rahsia....πŸ˜‰

credit gambar : https://www.bikeandtours.com/en/sabah-map

<update cerita kemudian>

 ( to be continued... ) 

Tuesday, July 26, 2022

Genting Highland 2022

Saat tengah menulis ni, daku sedang berada di salah sebuah bilik hotel di Genting Highlands. Pergi berdua je, sebab anak - anak kat asrama. Sebelum apak ke bengkel pagi, sempat dia paksa mama naik ke tingkat 41, melihat permandangan awan di celah - celah banjaran titiwangsa yang berbalam - balam, menghijau... 
  
Cuba bayangkan seseorang yang tidak kurus macam aku naik ke atas dengan tangga macamana? Dengan kaki tau! Satu langkah, satu anak tangga. Penat badan aku pecahkan lemak, iaitu dari tenaga kimia kepada tenaga kinetik, tenaga keupayaan, & tenaga haba untuk naik ke atas. Tak tahu la berapa Joule dah terbakar. Tu belum masuk tenaga bunyi, pok pek pok pek yang dijana mulut yang mengomel-ngomel dan komplen. "Lama lagi ke?" atau "dah tingkat berapa ni?" atau "dah sampai ke belum ye?", atau "ala bang, penat la " atau, "jom la naik lif, bang"...........πŸ˜„

Subhanallah...Cantik kan?


Dan hasilnya, tak jugak kurus. Tapi diri ni dapatlah tengok permandangan atas awan. Cantik kan? Mujur laki tak tiup whistle jerit2 macam askar masa naik tangga. Nak mendaki naik tangga, punyala slow. Tapi masa turun kemain laju, sebab guna lif! Hahaha...Sebab nak cepat sampai, gi sarapan punya pasal...πŸ˜†

Bab makan, laju je! 😎

Friday, July 15, 2022

Doa semampu boleh

Minggu ni, dah start solo kembali.😊

Harini banyak idea, mencurah2...Alhamdulillah...Lepas raya, terus sibuk dan sibuk dan lagi sibuk. Awal tahun ni aku dah secure scholarship untuk attend & join bengkel & conference bulan ni. Hadir secara online je. Aku nak join satu course online tu, tapi aku 'ter'fail pulak exam untuk kelayakan naik ke next level. Tak boleh naik darjah la pulak...Kene makan DHA banyak-banyak lagi ni... Alaaaa...😞Tak per la. Nanti kita try lagi. Ni, tengah berkira - kira nak pilih jalan yang mana kita nak ambik... semoga Allah bagi petunjuk dan mudahkan urusan...Doa jelah semampu boleh. Amin.

Monday, July 4, 2022

Me and 'the kids are sick' moment

Hujung minggu lepas, dua - dua anak dpt mc & kene rehat kat rumah. Khabarnya, wabak influenza tengah merebak kat sekolah-sekolah. Ada sesetengah sekolah kat Msia kene tutup terus. Selain inflenza, dengar khabar kes yang melibatkan H1N1 pun ada. Harap masih terkawal. Haish, dah nak periksa ni macam - macam ujian melanda... Semoga Allah mudahkanlah semuanya....Amin.

Dengan adanya dua orang sakit di rumah ni, maknanya dapur kene berasap la. Nasik panas, lauk panas.  Macam yang apak suka, 'home cooked food'...Dengar macam sedap nyeeee lahaiii....yang anak-anak, tekak tak sedap nak makan. Sabarlah...This 2 weeks, mama ni jd stay at home mom & student. Tak pergi fakulti. Tak jumpa orang. Buat kerja kat rumah sahaja....

Hmmmmh,... duduk lama-lama kt kerusi pun tak bagus. Kene stretching gak...exercise,...gotta watch my health meter too...

Tuesday, June 28, 2022

My emotional cup

This is children's emotional cup. 

How about my emotional cup?
I am an adult. Not a kid. (My inner child?)
Dah 40 tahun. Kalau ikut kat M'sia, 40 tahun ni dah tua. Pada usia ni, dah matang. Tapi kalau ikut cikgu aku, Eiiii....40 tahun ni muda lagiii....60+ pun kira muda lagi kalau boleh main basketball, racquet ball semua...Aku senyum je dengar dia bercerita. Aku yelahkan ajelah... Aku pulak lebih minat main volleyball. Tapi dah berumur ni, tak de sapa yang minat nak main. Last-last, aku jadi pejalan kaki solo jelah sudahnya. Ok berbalik semula pada point apa aku nak cerita tadi.....jauh nau lencongan ni.
Do I have to compete to fill my cup full?
I rather not. So, what makes my cup full, eh? 
I better start doing them...Macam dah nak kosong je rasa ha...

p/s: last main volley masa anak no 2 dalam perut 8 bulan, 14 tahun lalu