Thursday, January 5, 2023

My new work station

Dah sampai monitor besar. Gigih angkut naik sampai awan (sbb bilik kat nun di atas)...πŸ˜ƒ (monitor, keyboard, mouse + laptop - harta sendiri, bukan uni...kene declare siap-siap.)

Kat sini, semua daku guna yang berwayar.
Sebenarnya, kalau guna wireless mesti lagi kemas.
Tapi tak pe la. Ada ni pun dah cukup baik. Bukan ada apa pun atas meja tu.
Serabut pi lah,...

Ok lah. Cukuplah, update break kalini.
I πŸ’˜πŸ’»...πŸ˜‰ 

Bilikku kat sini sejuk macam masa musim panas di Switzerland... 

Monday, January 2, 2023

My first entry in 2023...

My first entry in 2023 - Masuk Kerja.

1. Tahun ni aku dah start kerja. Macam tak percaya plak. Tetiba, dapat surat dari HR (aku pernah apply kerja ni sebelum ni). Dalam kelam kabut dengan urusan anak & semua, aku ambil masa 3 hari nak hadam. Setelah 17 tahun tak mengajar, tetiba kene kembali mengajar semula. Rasa janggal pun ada. Mampu ke aku? Aku tanya laki aku, dia tanya balik,

 "Dah tu nak tunggu bila lagi?"

"Ye lah, rambut pun dah keluar uban dah ni..."

2. Lepas lapor diri, aku dapat bilik, pigeon hole, bakul sampah, alat tulis....kad je lambat, printer rosak. Dan selang beberapa hari....buat pertama kalinya dalam hidup aku, ada nama aku kat pintu...Masa baru pasang nama aku kat situ tu, adalah dalam 5-7 minit jugak aku berdiri sambil menatap pintu tuuu sendiri..........sebab tak pernah tengok nama sendiri di pintu sendiri kan... Nasib baik tak de orang tengok...πŸ˜„

3. Setelah sekian lama menumpang teduh di bilik FTKEE, tahun ni aku ada 2 bilik. Yang baru ni, kecik dan comel je. Bilik ni hebat,...Kalau tak pasang wayar internet, memang kebal! Kalau dah masuk, aku tak tahu kat luar tu, siang ke malam ke, hujan ke panas terik ke, ada banjir ke...Terasa sama je pada aku. Bilik ni, tak de tingkap, jadi aku tak boleh tengok luar. Pernah sekali tu aku terlajak sampai 6.50pm baru balik...Sampai dirumah, dua - dua anak sambut kat pintu,..."Ish ish ish teruknya mama ni gi kerja, sampai maghrib baru ingat balik" ...Tersengih-sengih sambil tolong buka pintu + angkat beg. Baru sampai, dah kene sindir manja...πŸ˜„ Sorry mama tak sengaja...Kene letak jam la, besar2 kat dinding. Nasib baik mama balik dengan makanan...Kebetulan barang-barang dapur juga habis. Nasib la anak-anak,....Minum la milo untuk alas perut.

4. Sejak lapor diri, kalau lepas sarapan aku start golek2 peluk bantal, laki aku mesti sound....."Ooooiiii pergi kerjaaaaa..."  Hahahahaha...πŸ˜„. Dia takut aku lupa. Kemungkinan untuk tertido tu ada. Sebab tak biasa lagi kan. Alah, golek-golek kejap jeeee....

5. Kalau kat rumah, aku ada monitor besau. Kalau kt opis baru ni, tak de. Duduk sekejap2 tak pe. Tapi, kalau dah berjam-jam, sakit juga tengkuk ni. Jadi tahun ni laki aku belikan laptop stand untuk aku. (aku anggap je ni hadiah annibersari....tahun lepas dapat mouse yang senyap πŸ˜‡) Bagi ergonomik sikit. Try dulu solution ni. Kalau tak ok, nanti boleh try survey monitor besar secondhand ke, atau tunggu sales ke....beli, letak sini...

6. Harini, budak - budak dah balik asrama....tinggallah berdua semula. Hmmm...

Surat 'Cinta' dari KPT

 


Kelmarin, surat dari unit biasiswa dari KPT sampai. Hmmmm....Memandangkan aku dah mengambil biasiswa bawah kerajaan Malaysia, aku akan bertanggungjawab atas biasiswa tersebut, dan habiskan pengajian....Ya Allah mudahkanlah. Amin.

Oh OtakKu!

Saturday, December 31, 2022

Last entry 2022...

Tinggal lagi 14 minit sebelum masuk 2023....Saje je nak tulis, ni post entry terakhir 2022...πŸ˜„

Friday, December 2, 2022

Kekecewaan yang hampir tonggeng



Hahaha...busy busy buzzy bee harini tapi dan nak layan lagu ni sat.
Teringat kekecewaan yang hampir tonggeng, tapi tak. 
Hidup mesti terus πŸ’ͺ

πŸ’»πŸ“š

Friday, November 25, 2022

Ya Allah murahkanlah rezekiku...

Siakap Stim ala Thai sebagai tatapan kalini.

Semalam aku dapat berita Dato' Seri Utama Haji Anwar bin Ibrahim menjadi PM Malaysia yang ke-10. Dari 1998,....2022. Akhirnya beliau dapat jadi PM, pada usia 75 tahun. Tengah tunggu list siapa menteri kabinet kalini...Tak mahulah yang tak reti buat kerja, hanya pandai berkata-kata sahaja. Lepas pilihanraya, ramai menjangkakan harga barang akan melambung, minyak akan naik...πŸ˜₯
Sebelum pilihanraya harga telur omega kat area rumah parents aku kt KL, sepapan 30 biji mencecah RM20.50. Yang biasa-biasa, dah cecah RM 17.00😲. Telur ayam sudah menjadi makanan kayangan tau! Itu baru telur, belum masuk barangan lain...
Kalu dulu2, tak de duit, makan nasik dan telur goreng dengan kicap. Tu level susah dulu. Sekarang? Ni kira mewah. Kayanganlah sangat bila mampu beli telur. Tunggu lagi lama....dan lama. Lama - lama nak beli makanan yang lebih berzat dari tu semakin tak mampu.  

Sedangkan badan perlukan makanan yang berzat untuk sihat. Tak kiralah tua ke muda.

Sorry mama n abah.
Dah tua-tua pun, anakmu ini tak de kerja tetap.  
Dia dah tua esok - esok tak tahulah macamana nasibnya. Nasib baik suami panjang umur...Kalau Allah ambil masa Covid tahun lepas, tak tahulah apa jadi...........masih tak boleh lupa feeling tu sampai sekarang.

p/s: Ya Allah murahkanlah rezekiku...

Saturday, November 19, 2022

Pak Ketipak Ketipung

Harini siap 2 kerja yang tertangguh. 
Siap satu...Next...siap lagi, Next...Next...

Yang siap, alhamdulillah...lega, boleh move on to next...
Yang belum siap-siap ni...bila lah nak siap niiiii..Adeiii...lamo bonar haaa...

Harini rakyat Malaysia mengundi...Berderet kereta atas jalan. Berderet juga orang beratur kat sini...I think bukan sini saja lah kan. Utara Selatan Timur Barat, tol free...merata!
Apak ke utara. (Walau sapapun apak undi, mama tetap cinta....πŸ˜‚)
Mama stay kat pantai barat, belah selatan...
Anak-anak? Semua kt mama. 

Ni tengah merepek sorang - sorang sambil layan lagu pak ketipak ketipung...♩♪♫♬♭♮♯π„žπ„‘π„’π„ͺπ„«πŸŽ΅πŸŽΆπŸŽΌ