Saturday, October 18, 2025

1 month b4 stepping down...@ Pulau Redang

Sebelum kontrak tamat...
Sempat ikut trip 1 faculty ke Pulau Redang...Seumur hidup nilah first time sampai sini...

Apa orang dah susun dalam tentatif tu kita selaku orang bawahan ni ikut saje...

Hmmmm...aku tetap berpegang, bila kita bermusafir sama - sama ni, ada adabnya.
Kalau dah pergi program sama2, atas tujuan team building, balik pun haruslah sama2. Buatlah aktiviti sama2, dari awal sampai akhir....... kecuali mmg acara bebas, sendiri2...Sapa nk join, join. Sapa pilih untuk tak nak, sukahati.... yang penting, tiada yang tertinggal atau diketepikan. No one left behind. 

Lain la kalau kita pergi sendiri-sendiri, duit sendiri, moment sendiri. Yang dalam trip ini, kita mahu ajak kawan terbaik kita sahaja di dunia ini. Tak mahu ajak orang lain. Asal bukan bawah agenda team building utk fakulti, persendirian, duit sendiri, x pe lah. Tak perlu ade phd pun kita boleh faham... tak susah pun logiknya... 😇 

Tak sangka di Malaysia ni ada pantai secantik ni....Sampai boleh jumpa baby shark - black tip!!!


Bawah tu tempat orang bersidai... Aku tak mau sidai-sidai. I tak boley panas - panas ni....!


Kawasan ni agak mahal. kalau ada duit, poket tebal sikit, boleh la mai dengan famili pulak....Aku pernah berbual dengan sepasang suami isteri dari Italy ni,...depa dua pernah mai sini 17 tahun lalu...kat resort yang sama. Sekarang ni depa mai lagi dengan anak depa 2 orang. Tak sangka aku hotel ni dah lama rupanya....Depa kata, Redang ni cantik. Aku pun tanya kat mana lagi depa pernah snorkeling di tempat yang cantik sekitar southeast asia....Selain Sipadan, Koh Samui, ada satu pulau kat Bali,.....depa kata jalan atas jeti, dah boleh nampak karang dan ikan-ikan karang macam lion fish dari atas....Wow!!! ada rezeki boleh la g 

Dapat pergi sini pun aku dah bersyukur. Cantik pun cantik. Macam kt oversea. Makanan pun sedap. Cuma puding roti dia je, aku terkenang - kenang, teringin nak rasa lagi...bila lah tu eh...hmmm....gaji aku bukan dalam dollar atau euro. 

Saturday, August 9, 2025

Face The Music

Face the music?

The phrase "Face the music" means you accept the consequences or criticism for your actions.

Ok, I face the music. 

Tengah layan lagu Hero, nyanyian Mariah Carey.
Aku dengar jugak versi masa tahun ni, > sini <
Tapi aku suka versi masa muda. 


Ngantuk dah. Babai.

Tuesday, July 15, 2025

'Bercinta'


Bercintanya nak siapkan thesis...💦💦💻📑🔖📕📖📗📘📙🕮📚




Sunday, May 25, 2025

Masa suri rumah vs Masa dah kerja

 Aku - Masa Suri Rumah 

1. Kalau nak cerita tentang duit, memang tak banyak la. Dah kalau keje pun tak, meniaga pun tak, pendapatan memang tak de. Harap apa yang suami bagi lah atau yang dapat dari mama n abah. Kalau hujung bulan, duit dah habis. Tak de lah simpanan. Selalu, aku rasa aku ni menumpang rezeki suami. Tapi suami aku cakap, dia yang menumpang rezeki aku dan anak - anak sebab rezeki yang datang ni Allah bagi, sebab kami melalui dia.  

2. Lepas subuh, aku g dapur sediakan sarapan. Sibuk uruskan hal - hal rumahtangga. Pikir nak masak apa. Kalau barang tak de, aku pergilah beli. Kalau ada, mulalah cairkan2 apa - apa yang beku, supaya bila nak masak nanti boleh masak terus. Sementara tu kemas-kemas lah, urus hal kain baju, sapu depan rumah dan macam-macam. Selalunya, memang nak setelkan seawal mungkin supaya boleh rehat cepat. Tengahari boleh lipat kain sambil layan tv atau membaca atau tengok drama korea,jepun atau telenovela. Baca apa? ikutlah novel ke, majalah ke blog ke atau surf internet, FB.....dulu tak de wassap ye...      

3. Masa nak jumpa-jumpa kawan, shopping - shopping, suka - suka nak berborak tu memang terhad. Anak - anak dan suamilah yg jadi teman borak. Topik borak hari-hari sama. How's your day? Nak makan apa harini? Harini ada cerita apa yang paling menarik...atau yang teruk. Gitu je la modal nak mulakan perbualan hari-hari...hidup ni jadi predictable kan? Rutin hari-hari. 

4. Rumah lebih cantik dan terurus. 

5. Masa anak - anak kecik, tak cukup tangan nak urus. 

6. Manjakan diri? Bila kita tak banyak duit, nak membeli pun kene pikir banyak kali. Beli yang murah-murah je. 

7. Kereta pun, pakai yang suami sediakan. Ada kereta utk bergerak dah bersyukur. Nak demand demand, kene intai balik poket dan cermin muka sendiri. 

8. Pernah juga ada kejadian bilamana kalau dengar kita cakap kita ni surirumah, sorang hamba Allah ni tak mahu duduk sekali, sama - sama bercakap atau berbual sebab tak sama level katanya....Hmm, selalu aku biarkan sahaja. Tak nak cakap dengan kita, sudah. Banyak lagi manusia di dunia ini selain dia...Dan pernah juga, ada yang tanya, belajar tinggi-tinggi, duduk rumah saja? worth ke? Tak takut ke kalau suatu hari suami tak de ke tiba-tiba, you dan anak - anak macamana? Mungkin orang ini sangat ambil berat. Ada betul juga kekhuatirannya itu. Takdir masa depan kita tak tahu kan? Hmmm, memang ginilah hidup seorang suri rumah yang bergantung pada suami. Kalau suami, kaya. Isteri tak payah kerja, tak pe lah. Aku pun bukan ada 5 juta dalam bank.

Aku - Masa Dah Kerja

1. Bila keje, ada la pendapatan sendiri. Jujur cakap, aku suka ada duit sendiri. Ada kuasa membeli apa saja aku suka. Dapat gaji ciput pun dah seronok. (Yang tak seronok, nanti orang ingat kita ni bank bergerak, atau pusat pinjaman wang. Sedangkan kita ni nak byr/elakkan hutang dan sangat memerlukan untuk setelkan urusan kita huhuhuu)

2. Kalau sempat masak, aku masak. Kalau tak sempat, beli je lauk kt luar, tinggal masak nasik je balik rumah atau makan siap2 kt kedai. Cepat. Pastu balik mandi atau sambung buat keje atau tido. Selalu, aku akan cubalah makan sarapan sama - sama. Bila anak - anak tak da, berdua je lah. Dah tua - tua ni, lagik la orang kata kene berkepit selalu. Takut laki lupa kita.....hahahhahaa...😆😉 . Kalau sempat masak, ada lebih, aku bawak bekal. Jimat masa dan duit. 

3. Masa kt ofis, punyalah banyak manusia aku boleh bercakap....😄. Kadang-kadang tu ada hari aku rasa macam banyaknye guna mulut, penat bercakap. Tapi pernah juga aku duduk diam-diam seharian buat keje sebab tak de benda yang nak dicakapkan. Bukan nak sombong. Dari berborak kosong, baik siapkan kerja PhD yang menimbun. Masa membaca dan memahamkan, membuat model, perlu fokus. Masa nak fokus, kene guna tenaga yang banyak. Balik kerja dah penat. Sebab tu bila bab nk terima tetamu, aku lebih suka tahu lebih awal supaya aku boleh bersedia dari segi masa, keadaan rumah, mental dan fizikal. 

4. Time sibuk, aku biarkan dulu lipat kain. Balik, selalu aku vakuum rumah supaya bersih. Nak kemas selebihnya, ikut mood. Tau tau je la rumah student postgrad camne....sepah dengan paper sana, paper sini kan...

5. Bila anak - anak dah besar, dah masuk asrama, kosong je rumah. Duk lah sorang-sorang. Nasib baik ada thesis, ada jugak benda aku nak pikir. Moga - moga bertambah kurang risiko nyanyuk....😂

6. Bila dah berumur, aku kene ingatkan diri ini yang urusan kesihatan/perubatan akan meningkat. So bila ada kerja, maka adalah peluang untuk aku ketepikan duit untuk beli ubat, dapatkan konsultasi pakar perubatan atau dengan ada duit kita mampulah nak masuk hospital swasta yang selesa bila memerlukan. Topik ni antara topik yang aku pernah tanya pada cikgu modelling aku, tentang apa yang drive dia untuk terus bekerja walaupun dah berumur....Ada banyak juga yang aku boleh belajar dan mendapat lesson learned dari pengalamannya. 

7. Dah tak tahu apa nk tulis lagi.....cukup la sampai sini dulu. Ada lagi nk tambah kang aku tambah. Mudah mudahan bertambah-tambah rezeki lagi yang datang dan sentiasa dalam kecukupan. Amin. 

Monday, May 19, 2025

Bunga

Lama tak menulis kat sini. Harini, ringkas je.
 InsyaAllah, ada masa lapang boleh tulis lagi sini.
Simpan coretan kenangan.

Semoga bunga - bunga idea masih terus menguntum, mengharum kembang untuk aku menulis dan terus menulis sehingga habis...
Amin.
 
Ni baru lepas layan 3 lagu yang tajuknya 'Bunga'
Tajuk sama, penyanyi, lirik, mood dan mesejnya tak serupa.
Berbeza sekali...
Tu lagu.

p/s: antara mimpi ngeri student PhD ialah bila ada orang yang buat research dekat-dekat atau serupa dengan research dia...

Bunga - Ara Johari

Bunga - Exists

Flowers - Miley Cyrus

Tuesday, March 25, 2025

"Deeply-in-relationship" ...

 


Hahhahaha......Raya ni, aku raya kejap. Pastu aku larilah, kene setelkan urusan yang tak siap lagi...


Sunday, March 23, 2025

'The Calling - Wherever you will go'


Lagu ni famous pada zaman Smallville. 
Layankan ajela....😎 

Lama tak merepek kat sini....
Kita parking 1 post sini. Ubat rindu....