Wednesday, October 14, 2026

Malaysia ada hutan sendiri

Setahu aku la...
Malaysia ada hutan sendiri...
Hutan terbesar di semenanjung Malaysia terletak di negeri Pahang...Kalau di Pekan, Pahang ni, lokasinya di tepi laut... Kalau asap jerebu dari Indonesia sampai, maknanya oksigen dari sana juga sampai sini lah, ya? Jadi, selama ni kita semua kat sini ada ter-import oksigen dari hutan Indonesia ke?

Ke Indonesia ni saje saje buat statement aneh aneh gitu...

Secara sainsnya, kita tidak pernah "mengimport" oksigen dari Indonesia. Oksigen bukan komoditi, barang dagangan untuk import export. Kenyataan yang tular daripada Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Indonesia, yang mendakwa Malaysia dan Singapura menerima oksigen dari hutan mereka sememangnya tak tepat, walaupun dengar seakan - akan macam logik.

Oksigen di dalam atmosfera bumi ini bersifat global dan sentiasa bercampur. Oksigen dalam udara memang boleh bergerak. Tapi, bukannya dialirkan secara terus dari satu hutan di sebuah negara ke negara seberang laut lain sebegitu aja. 

Kalau ikut ilmu alam, secara saintifiknya, penyumbang oksigen terbesar adalah lautan. Peratusan terbesar oksigen dunia sebenarnya dihasilkan oleh fitoplankton (tumbuhan mikroskopik) di lautan, bukannya hutan darat ek! 

Kita minta jangan bakar hutan, jangan cemarkan udara. Jagalah hutan tu...Dia pi claim dia penghantar oksigen pulak... 
Nasib baik kita tak bodo...😉😆
Tak sia-sia baca buku ensiklopedia sains dan geografi dulu...

Buat tanah airku Malaysia, jagalah hutan kita dengan sepenuh jiwa. Mempunyai hutan yang luas tidak memberi sebarang makna jika kita sekadar memilikinya tanpa kemampuan untuk memeliharanya.

Saturday, October 10, 2026

Tahniah SS & BA

Tak minat sangat pun.
Bukan juga follower kedua-duanya.
Tapi bila dua orang ni nikah hari ini, aku tumpang bahagia. 
Cantik dan segak kedua-duanya...
Semoga kedua-duanya bahagia dan kekal di dunia dan akhirat... Alhamdulillah.



I like the theme - Growing Old Together. 

I like all his gifts to her...Recap hantaran SS kpd BA: 
1. Insurans PruBSN (perlindungan kesihatan, nyawa, dan penyakit kritikal untuk Bella, Ayden, dan Ara).
2. Emas dan Cincin (tempahan khas bentuk Gunung Kinabalu menggunakan emas tulen AU999 dari Goldfish Jewelry sebagai pelaburan masa depan).
3. Pakej Pengajian Sarjana (Master) di Taylor's University.
4. Simpanan KWSP sebanyak RM100,000.
5. Gim Keluarga (Gym kat rumah).
6. Basikal (Road bike).
7. Pakej Umrah (disertakan kasut dan beg tangan)...
8. Haaaa...kerusi urut kan lagi satu...

BA kpd SS pulak: 

Cincin perkahwinan, Kasut, Al-Quran dan sejadah, Minyak wangi, Buku elektronik (e-buku) dan cermin mata, Coklat, Emas tulen AU999 tempahan khas (bertema Iron Man Malaysia), Tiket penyertaan Larian Ultraman Australia 2027, Beg + laptop...

Make up BA pun kalini lebih fresh. Berseri. (Tak macam sebelum ni, masa tunang. Apasal solek bagi tak cantik? Nak sabotaj dia ke apa eh?)....Yang kalini, style make-upnya ala - ala Maia Estianti, masa anak-anak dia, Al ghazali & El Rumi kawen. Dah tua pun cantik. Aku suka.  

ok, done kaypo-kaypo.  
esok, kita sambung keje kita balik. 

Love Takes Time...

Kita hanya boleh merancang, tapi Allah yang menentukan...Tak semua yang kita rancang tu jadi. Kadang tu, terbantut di tengah jalan. Tak pun dicantas. Kadang tu, berhenti kejap, pastu sambung balik. Kadang tu plan tu hanya kekal di bibir dan memori sahaja, tak berubah ke dalam bentuk tindakan atau pelaksanaan pun.

Yang terbaik, cakap je, terus terbentang pelan tindakan untuk dilaksanakan. Buat! Untung nasib, dapatlah tuai hasil yang cantik dan elok. Tapi untuk sampai ke level ni, perlukan ilmu, kepakaran, duit, komitmen dan masa. Tu belum termasuk apa yang dikorbankan dan terkorban sepanjang tu...Bukan cakap kosong sahaja...Sepanjang aku buat phd ni, macam nilah. Hasilnya, sekarang, aku hadap je la tesis aku dengan apa yang aku dah laksanakan.....lompong pun lompong laaa. Harini, take break sambil layan Mariah Carey - Love Takes Time jap.

Hmm…aku nak yang petik jari, terus siap. Boleh ke? (ni ayat mengundang kutukan...😆)



Monday, September 28, 2026

One step at a time...

Harvesting the low-hanging fruit first...


Friday, August 7, 2026

Close yet so far


Tenang - tenang aje, ye. 

Wednesday, July 1, 2026

Tough year

Tahun ni, dua orang adik aku kena cari kerja baru sebab tempat kerja masing-masing nak kurangkan pekerja. Tahun ni, buat pertama kali, kami adik-beradik semua jadi penganggur serentak. Tapi bermula Julai ni, dua orang ni akan mula bekerja di tempat baru.
Alhamdulillah. 
Sekarang, tinggal la aku sorang yang tak kerja... 
Walaupun tak kerja, aku sentiasa banyak kerja. 
Tak putus - putus pulak tu,...😂😂😂

p/s: tengah break menulis tesis...sambil layan Hanging By A Moment - Lifehouse.




Sunday, May 31, 2026

Peluang Belajar Bagi Anak - Anak T20.....

Sekarang zaman susah. Sampai masanya kita hadap kenyataan yang agak tak best...

Tahun ni bermulalah tahun yang agak terhad peluang untuk anak - anak T20 mohon biasiswa. Semua bantuan negara sekarang ni disasarkan untuk M40 dan B40 sahaja. Kelat juga rasa. Jangan kata pelajar T20 je kecewa, ibubapa pun terkesan sekali. Dalam media sosial pun ramai B40-T20 ber'perang' jari tentang ni.  Apa boleh buat... Anak aku apply biasiswa pun tak dapat 🌀

Bermula tahun ni, PTPTN hanya memberi pelepasan bayaran balik kepada M40 & B40 sahaja. Untuk pelajar dari keluarga T20, hanya diberi 50% dari bantuan penuh. Bantuan MARA pula hanya untuk yuran sahaja, dan jika mendapat kelas pertama, pelajar dari T20 boleh mohon pelepasan bayaran balik, dan kalau tak dapat kelas pertama pun, pengurangan bayaran balik diberi mengikut pointer. 
Selain yuran, anak - anak T20 tiada keperluan makanan? buku? tempat asrama? bil fon dan data internet? Dalam hal ni, ni ibubapa T20lah kene tanggung.

JPA pula tak kira pendapatan keluarga tapi pelajar kene cemerlang, dan perlu bersaing kerana tempat terhad. Yang ni, pelajar kene maintain GPA 3.5 setiap sem, kalau tak, pelajar kene dipanggil bersemuka beri sebab dan jika sebab diterima, tajaan akan diteruskan. Jika tak, tajaan akan diberhentikan dan dikenakan bayaran balik pada apa yang telah diberi. So apa lagi pilihan yang ada? Biasiswa - biasiswa lain mungkin ada syarat - syarat khusus lain (Nak lebih details korang study la sendiri tentang ni). 



Sumber : sini

Kalau tengok dalam jadual diatas tu, nampak macam 2 je subkumpulan bawah T20 kan? T1 dan T2. Meh aku share siapa itu yang sebetul - betulnya golongan T1 bagi yang tak tahu. Sebenarnya ada lagi subkumpulan yang lebih spesifik lagi bawah T20... sila tengok di bawah,...



Tak semua golongan T20 itu mewah. 

Memang adat dunia, bila sumber banyak dan melimpah, orang tak berkira sangat. Tapi kalau tak urus dengan baik, boleh jadi bazir. Dah tu, bila sikit tu bagus ke? Tak juga. Bila sumber sikit, terhad dan menjadi keperluan, masa itulah semua mula berkira. Sampai level taik hidung pun nak kira.... Jadi, kedekut nak mampus pun tak bagus juga. Sebab bila kita tidak menunaikan hak yang sepatutnya, kita dah berlaku zalim. 

Dah kerajaan tak nak beri, kita nak buat apa? Takkan nak golek atas jalan tunjuk perasaan? Sebagai orang Islam, berusaha mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah itu wajib. Antara sabda Rasulullah SAW, “Jika seseorang keluar berusaha untuk menanggung anak-anaknya yang kecil, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar berusaha untuk menanggung kedua ibu bapanya yang telah lanjut usia, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar berusaha untuk mencukupkan dirinya agar terpelihara daripada meminta-minta, maka dia berada di jalan Allah. Namun jika dia keluar kerana riak dan bermegah-megah, maka dia berada di jalan syaitan.”

Dalam berusaha itu doa juga, "Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal (sehingga aku terhindar) daripada yang haram. Dan kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu (sehingga aku tidak bergantung) kepada selain-Mu." Amin.

p/s: merenung nasib diri,....