Setakat ni, inilah keyboard dan mouse paling best yang aku pernah guna.
Dah setahun guna. Hadiah birthday tahun lepas. 💖
(Nota: ini bukan paid review ya. Tak ada siapa bayar aku untuk puji benda ni. 😆)
Yang aku suka :
Sedap guna. Selesa.
Jari senang capai key.
Tapak tangan tak sakit. Rasa macam tangan tu “terletak” elok masa menaip.
Senyap. Tak ada bunyi tak tak tak tak tak sangat.
Wireless. Meja nampak kurang serabut.
Keyboard dengan mouse boleh share receiver yang sama. Jimat USB port. Boleh pair sampai tiga device.
Saiz compact. Tak makan ruang banyak.
Pasal rasa tangan “terletak” tu, mungkin tak semua orang akan rasa sama. Bentuk tangan kita semua lain-lain kan. Tangan aku ngam, tangan korang belum tentu. 😆
Kekurangan:
- Kalau dah biasa dengan susunan keyboard standard, awal-awal tu mungkin tersalah tekan key.
Tapi masalahnya, bila dah terlalu biasa dengan keyboard ni, guna keyboard lain pula terasa pelik. Hahaha.
Dan… harga agak pricey.
Diriku ni dah semakin berusia kan…Sendi-sendi agaknya dah mula kurang kolagen. 😂
Sebelum ni memang selalu sakit tapak tangan kalau menaip lama. Kadang-kadang rasa lenguh sangat. Tapi lepas dapat hadiah ni, rasa lebih selesa nak buat kerja. Yang paling best, sakit tapak tangan tu sekarang dah tak ada. Alhamdulillah. Mungkin selama ni kedudukan tangan masa menaip memang tak ergonomik sangat.
So kalau ada yang tengah survey keyboard dan mouse untuk kerja lama-lama depan komputer, bolehlah consider set ni.
TAPI…
Aku tak jamin user experience korang akan sama macam aku. Sebabnya:
- Yang bagi hadiah ni kekasih hati sendiri. Faham-faham sajalah, feeling happy dia tu lain maciam sikit. Bias sikit tu mestilah ada ye, 😏
- Hadiah birthday pula tu. Sentimental value terus naik 200%. 🍰
- Bila tangan tak sakit, hati pun happy. Simple mathematics.
- Keyboard ni senyap. Sesuai untuk orang yang suka menaip tengah malam tanpa mengganggu orang tidur atau tengok movie. Kalau bising, takut nanti mengganggu. Aku suka level senyap sampai hantu pun tak tau aku tengah buat keje. Aku dah la penakut,...Bangun malam ni kira jihad ni...Hahahaha.
- Masa beli tu ada sale. Yang ni paling penting.
So, bagi aku memang berbaloi. Kalau jenis selalu menaip lama dan tapak tangan cepat sakit, mungkin boleh cuba. Tapi cuba dulu kalau boleh. Jangan nanti tangan aku suka, tangan korang protes pulak.
-------------------------------------------------------------------------------------
Tahun ni satu lagi gajet masuk rumah.
Sebab…Fon lama aku akhirnya dah kiok.
2018 sampai 2026. LAPAN TAHUN. Kalau fon tu baby manusia, dah darjah dua dah sekarang. 😂
Skrin pun makin lama makin banyak pixel hilang. Sepanjang lapan tahun tu, entah berapa kali dia jatuh pum pang pum pang sana sini tapi masih gagah juga berkhidmat.
Cuma kebelakangan ni memang dah nampak tanda-tanda uzur. Skrin makin lama makin banyak pixel hilang. Ada bahagian nampak, ada bahagian macam dah malas nak bekerja.
Sampai MAE pun dah bagi ultimatum.
Tak update, tak boleh guna.
Alamak.
Terpaksalah aku menunggu pengganti.
Tunggu…Tunggu…Tunggu punya tunggu…
Akhirnya Encik suami belikan juga. Hehehehe. 💖
Tapi…Bukan iPhone laaaaa.
Fon touchscreen biasa jeeeeeeee.
Asal boleh call.
Boleh WhatsApp.
Boleh Shopee...
Boleh banking.
Boleh ambil gambar.
Boleh baca benda-benda tak berfaedah tengah malam.
Sudaaaaah. 😂
Tak sanggup aku nak jual buah pinggang semata-mata nak beli iPhone.
Lagipun, berdasarkan historical data penggunaan aku, fon ni mungkin akan digunakan sampai 8–10 tahun lagi. Kalau panjang umur fon tu lah.
Lepas Encik Suami beli je, harga fon terus naik meroket!!! 🚀🚀🚀
Aduhhhhhh. Nasib baik beli awal.


.jpeg)

