Friday, July 28, 2023

Memenuhi jemputanNya sebagai Duyufurrahman 2023

Alhamdulillah...
Saat menulis ni, aku dan suami telah pulang ke tanahair. 

Pergi mana?

Tahun ni, kami berpeluang menunaikan rukun islam yang kelima, menunaikan haji di Mekah, dan kemudian, ziarah ke Madinah.

Bertahun-tahun kami sabar menunggu. Dari anak masih baby sampai remaja. Kemudian, rayu dan rayu lagi tetapi masih tiada jawapan. Kalau ikutkan, turn kami sebenarnya, tahun lepas. Tapi kami tidak terima apa - apa panggilan pun. Khabarnya,  disebabkan Covid, kuota bilangan jemaah haji dikurangkan separuh. Dan kami pun teruskan ajelah bersabar. Tak pelah. Tunggu lagi. Dan akhirnya, Allah jemput menjadi tetamuNya pada tahun ni. Alhamdulillah. 

Masa dapat tawaran awal, kami berdua belum pernah berkursus haji.  Jadi, kami kene pergi kursus haji dulu disini. Selesai kursus haji, dapat surat tawaran yang full (ready dengan full check-up). Disebabkan panggilan ni adalah turn kami untuk menunaikan haji, kami tak dikenakan bayaran penuh macam golongan T20, RM30K. Alhamdulillah, kami dapat subsidi. Bayaran penuh ni dikenakan pada bakal haji yang ditawarkan atas rayuan (duit dah cukup, belum sampai turn, tapi nak pergi), atau yang Haji/Hajjah yang pernah pergi menunaikan haji tapi nak pergi lagi sekali, atau memang golongan T20. 

Selama 12 minggu, kami perlu hadir untuk kursus haji di Pekan. Dan masa Kursus Haji Perdana di masjid besar Kuantan, kami didedahkan lagi dengan praktikal haji - tawaf, saie, melontar jamrah, dan bermalam di Mina, Mudzalifah dan Arafah. Bakal haji yang datang, bukan takat Kuantan dan Pekan sahaja. Tapi juga yang datang dari segenap pelosok Pahang pada masa tu, Jerantut, Tmerloh, Bera, Chini, Mentakab, Lipis etc. Masa ni, nak solat memang kene ready awal, kalau tak terlepas sesi solat berjemaah. Beratur memang tak putus panjangnya... Whooooa.....Tandas dan tempat wuduk sama je, panjang barisan orang beratur. Masa awal-awal sampai, ok lagi. Tapi masa di hujung hari, ketabahan diri ini kalah juga. 

Saat ni, daku pandang muka suami, dengan muka penuh makna tersembunyi yang ala - ala 'aku tak tahulah macamana nak survive sepanjang malam ni dan solat subuh nanti'....

"Abaaaang...Ooo Abaang...."

Yang pasti, laki aku seolah-olah paham riak mukaku. Dia pun jawab, "...Abang dah sewa hotel dah kat tepi sana."

"Ha? Abg dah book ye?" (bersinar wajah dengan penuh harapan)
"Ha a. Minggu lepas", katanya.
"Yeay....Alhamdulillah..." ^_^

Sang bini pun girangnya bagai kanak-kanak dapat aiskrim! 
Nasib baik lah, sang suami dah dua tiga tapak kedepan tindakannya. 
Aku memang tengah tak larat masa tu. Memang lega dapat tido di hotel. Dah tak perlu kisah aurat. Tak perlu kisah Covid. Lepas makan ubat, bini dia ni tido macam orang tak sedar diri....Entah apa terselak, terbukak, kompem semua tak sedar dah... Nasib baik si suami ni dah book hotel awal-awal. kalo tak, mesti mahal atau kene cari tempat jauh la nak bermalam. Sebab sah sah dah penuh!  
 
Esokkannya, lepas mandi, kami berjalan ke masjid untuk solat subuh dan sambung praktikal haji depan masjid dan hadir majlis rasmi sebagai penutup program. Lepas majlis, kami terima RM500 sorang (sumbangan pada bakal haji) dan wang ni kami terus tukar kepada Riyal pada haritu jugak. (Berbekalkan RM500 ni aku buat belanja di Mekah) Jemaah haji juga dapat bekalan pek makanan nasi berlauk ayam merah, ayam masak kari dan ayam masak kurma untuk masa haji. Masa ni pek makanan ni tidak diberi pada hari tu. Jemaah kena datang ambil sendiri di lokasi yang diberi (pada hari dan waktu pejabat). Tapi kami let go je pek makanan tu. Aku memang tak mahu menambah serabut dalam kepala. Tak per la. Rezeki orang lain lah tu...Bila la masa boleh datang ambil kalau dah sibuk nak setel kerja dan urusan lain di Pekan? 

Hmmmm...
(tak tahu lagi bila nak sambung...)

Thursday, May 11, 2023

Penat

Kerja penat.
Belajar pun penat.
Tapi kalau duk saja tak buat apa - apa pun penat jugak...
Mana pil dalam citer limitless tu, meh bak sini...πŸ˜‚

Bila tak boleh, semua sedap-sedap!

Minggu ni nak parking resepi kuah lodeh. 


Sedapnye lontong. Masa makan di jamuan Aidilfitri kat fakulti aritu tak puas. Walhal dah makan penuh semangkuk...Tapi nak lagi. Kalau tak jumpa la yang jual kat mana-mana lepas ni, nak kene masak sendiri jugak ni nanti... Ada sesetengah orang letak udang dalam kuah lodeh. Ada yang letak isi ayam...Ada yang tak letak pun. Letak ke tak letak ke, semua - semua aku belasah...πŸ˜‚

Kalau ada sambal sotong, sambal udang, lagi double sedapnyeee...tak pun sambal telur puyuh ke (ni boleh naik giler kolestrol dalam darah), paru goreng ke...hmmm mesti aku tak naik - naik bilik, duk nyum nyum nyum kat kaki lima tepi tu.......susah nya nak sedar diri ni dah bila jumpa makanan sedap - sedap. πŸ˜‚

Tu pun, sempat belasah juga cendol 1 cup besar. Hmmm....Dah kawan amikkan, kan? Kita minum je la, kan. Plan asal memang aku tak nak amik minuman manis masa raya. Tapi aku tak janji tak terima. Dah depan mata, aku belasah je lah. (kalau dah nak kan? takkan lagi mau mengelat πŸ˜†)

p/s: Tak boleh duduk dekat dengan makanan lama - lama. 

Nak rendang ayam hijau? 

Thursday, April 27, 2023

Aidilfitri 2023

Tahun ni, sepanjang ramadhan aku tak sihat. 

Masa ada student kene covid, aku dah cuak dah. Beberapa kali jugak aku buat covid test. Alhamdulillah, bacaan semua negatif. Sebab aku kene serang selsema, sakit tekak dan batuk-batuk yang teruk. Level tersumbatnya, sampai boleh sesak nafas....

Dalam masa yang sama aku kene buat medical checkup, beri jawapan pada Tabung Haji. Reda je demam, aku terus amik tripple shots of vaccines yang perlu ambil. Lepas cucuk, sengal-sengal satu badan. Jadi, panjang lagi la siri badan tak laratnya. Dalam masa yang sama, laki aku kene fly ke Jerman atas urusan kerja. Dia setelkan urusan ambil anak girl awal dari asrama.  Dia packed baju sendiri. Dia juga yang drive sana sini termasuklah hantar aku ke opis. Dia jugalah yang drive balik raya dan menghantar diri sendiri ke airport. Sebab kalau nak tunggu aku betul-betul sihat untuk drive balik raya, tak tentu bila. Maka, sepanjang minggu akhir ramadhan-raya, aku amik cuti terus. Dan apak pun dah tak perlu risau sebelum nk fly ke Jerman.

Sepanjang kt rumah mak aku, keje aku tido & baca buku je. Yang kelakarnya aku baca buku system dynamics pulak tu. Boleh pulak buat peluk sambil tido. Hahahahaaaaa....tak tau la nak kategorikan ni sebagai pengalaman indah ke, kelakar ke... Kalau tak baca buku, tak paham. Tapi bila baca, mengantuk pulak. Dah berganda reinforcing loop ni. Pastu, dah la tak paham, bila mengantuk ,terus tidur dan dipeluk erat2 buku tu jadi peneman tido, sampai termimpi-mimpi...Bila bangun tido, try ikut step yang dibuat dalam mimpi, dan tup tup boleh run di dunia nyata...ilham barangkali. Rezeki juga ni...Alhamdulillah. Lepas ni, kalau nak pandai boleh tido je dengan buku....tak payah baca...πŸ˜†

Berbalik pada cerita raya,.........dah sihat sikit, daku amik tender kerja sental2 periuk & bersihkan toilet. Anak-anak aku tolong kemas rumah, tampal atap & anyam ketupat. Tender masak memasak aku tak amik tahun ni. Sehari sebelum raya, aku sihat sikit. Cuma, asal aku nak cakap je, batuk manjang. Dan atas sebab itu, aku rasa bertanggungjawab pakai mask supaya tak menjangkiti sapa-sapa. So far, belum ada sapa - sapa yang kene jangkitan lepas aku. Walaupun dengan kucing.

hasil anyaman ketupat tahun ni...

Lepas apak balik, sebelum balik Pekan, kami sempat la jalan-jalan IKEA. Hajat hati nak makan beef wellington ikea, sebab secara teorinya, hari raya di KL patutnya tak ramai orang. Tapi sangkaan tu meleset sama sekali. Penuh! Kensel terus! Dapat makan ice cream IKEA je. Sebelum balik ke Pekan juga, kami juga sempat mandi manda di Sungai Inki di Tanjung Malim. Apak budak, pakcik budak dan budak-budak la syok mandi manda. Mama main tepi gigi air sahaja, rendam kaki sambil biarkan digigit ikan-ikan kecik. Anak - anak kata, mama datang bawak rezeki. Kenyang ikan-ikan makan daki kaki mama. Sebab tu ramai ikan suka datang kat mama. Sabo je la...πŸ˜‚ 

Kawasan dalam,...kene pegang tali.

Jadi, habis raya kalini, aku mungkin akan menyendiri lebih lama lagi. Tambah pulak banyak kerja nak kene siapkan. Masuk kerja pun bukan jumpa orang. Kat fakulti sepi. Tapi tak per, ada kinder bueno dari jerman temani diri. 


Hadiah dari suami-multivitamin dari jerman perisa mangga.
Lepas ni nak kene makan buah banyak-banyak la. Tingkatkan imun badan.


Gambar raya tak de sebab tudung atap roboh ke? Hahahahhaaa...Gambar ada. Aku yang tak de mood nak up gambar raya. 

Tengah ready nk amik 1 lagi shot vaccine...Ya Allah, mudahkanlah urusanku dan akhirilah urusanku dengan kebaikan...

Aku dan tudung

My relationship dengan atap tudung memang selalu ada pasang surut. 
Masa cantik, cantiklah. Datang masa atap tudung tak menjadi, huh! Roboh terus, paling teruk pun beralun-alun macam ombak....Aku tahu atap tudung aku tak selalu 'on-point'...dan aku memang malas nak pikir. Asal letak atas kepala, aku ok je. Ada banyak benda, otak aku ni nak kene pikir.

Aku rasa jiran kt opis ni memang sedia maklum dah. Kalau ada anugerah 'tudung atap runtuh', memang terus dapat kt aku lah. Sebab staf-staf pompuan fakulti aku, tudung semua cun - cun. Kalau jatuh pun boleh hembus angin ke atas, terus on-point semula. 

Tudung aku? Tiuplah sampai keluar air liur, roboh serupa tu jugak....πŸ˜„
Takde hembusan magik! Dan aku terima komen-komen yang membina...
Dah kerja, kene presentable. πŸ˜…πŸ˜…  

Nantilah, pelan-pelan nanti aku baiki...

Tuesday, April 4, 2023

Salju Kasih-Nya


Sedap laguni,...

Monday, April 3, 2023

On My Way

 

Dear Tree, I missed you alot.

Bila gambar ni lalu kat FB, memang teringat zaman masa laki aku belajar. Aku buka balik, coretan lama - lama. Rindunya moment-moment tu.

Masa laki aku belajar, aku korbankan kerjaya aku (redha walaupun kecewa & pongoh-pongoh), support & teman dia & uruskan keluarga. Kami hidup dengan apa yang ada. Banyak kenangan pahit manis masa ni. Bila nampak gambar ni, teringat aku zaman tolak kereta tolak jalan - jalan di kawasan uni. Memang aku pergi universiti untuk jalan - jalan je masa ni....Jalan pagi atau jalan petang dengan anak. Sorong la kereta tolak baby. Kadang berteman dengan ibu lain, kadang sorang. Suasana laki aku belajar dan suasana aku belajar berbeza...

Minggu ni tarikh tutup hantar laporan biasiswa MyBrain15 KPT. Apapun aku bersyukur dapat biasiswa ni. Bak kata kawan aku, tak dapat banyak, dapat yang sikit ni, jadilah. (Batch awal-awal, rm2.3K. Batch hujung cuma 1.8K sahaja). Ramai suka biasiswa ni, sebab bayaran tu atas kita, kita dah tak perlu risau. Tugas kita belajar & habiskan pengajian sahaja. Betul katanya. Bab ni buat aku lega sangat. Duit nilah aku guna untuk keperluan pengajian aku & cover expenses penting yang lain. Kita tak perlu risau ada pihak ketiga nak manipulate bayaran penat (bayaran upah/sara hidup) kita untuk orang lain ke atau untuk tujuan yang bukan peruntukan untuk kita. Tiada juga label, "oh, awak dah ada suami, awak tak perlu lah dibayar sebab ada suami"....sedangkan beban kerja tu serupa tu juga. Tapi dilenjan free atas label 'ada suami tanggung'. Sedangkan masa & keringat kita, adalah atas usaha kita, maka bayaran hak kita. (Kalau bab kes-kes yang tak enak didengar ni, cerita dari uni utara sampai ke uni selatan boleh sampai berita di jari atau telinga. Tambah plak ada wassap). Tu belum masuk bab publication kene curi la, isu authorship, free ride etc....macam - macam cerita di dunia akademik ni rupanyaπŸ˜’. Jadi bila biasiswa ni tamat, pahamlah aku kenapa ramai student sedih...

Bila aku buka balik laporan-laporan MyBrain15 yang svno1 tulis masa lepas. Aku baca dengan kenangan pahit menari-nari dalam kepala. Meleleh air mata baca laporan-laporan ni. Pengajaran besar pada aku sampai bila-bila. I maybe slow, but I am not fake.

Penat tak payah cakap lah. Dengan muka tak malu, kene halau, kene herdik, kene bentak, aku usahakan jugak sedaya boleh untuk aku tamatkan pengajian (walaupun tahap kesihatan aku masa tu naik turun) Tak de expert dlm bidang yang nak kerjasama? Aku carik yang sudi kerjasama dengan aku. Tak de geran, sv buat geran. Hak expert yang kerjasama dengan aku, aku jaga, hak sv pun aku jaga. Svno2 kata tak boleh tumpang geran student dia yang lain, aku tak tumpang. Aku akur. Aku tak ambil hak orang/pelajar dia yang lain walaupun pada masa tu aku berada dalam keadaan sangat memerlukan. Geran svno1 dulu pun sesen aku tak tumpang. 

Sekarang ni fokus aku nak siapkan paper-paper yang ada, model & thesis. SEmoga Allah mudahkan urusan. Amin.

  I hope I can too, Aminnnnnn...