Sunday, December 29, 2024

Tumpang seronok - MyBrain 2.0

Baru - baru ni keputusan permohonan MyBrain 2.0 keluar...

Ada new postgrad PhD di fakulti dapat tawaran MyBrain 2.0.... Lega yang amat dia dapat berita tu...πŸ’

Elaun sara hidup, RM2.5k sekarang...Alhamdulillah,...rezeki dia. Elaun diterima RM700 lebih banyak dr aku terima dulu. Dengan serba serbi naik harga sekarang ni, aku rasa oklah untuk cover keperluan dia sepanjang belajar. Dia sedang berkira-kira nk belajar sepenuh masa supaya tak terganggu pengajian. Sv nya juga sudah menyuruhnya berhenti bekerja, supaya fokus. Dengan rezeki ni, dapatlah dia meneruskan niat tu... 

"Akak, nanti akak amiklah rak berkunci saya ni..."...katanya. 
"Orait, tengkiu..." Aku iyakan sahajalah. Rak yang ada untuk bahagian aku guna, semua tinggal yang tak leh kunci. Yang boleh kunci semua dah diambil orang. Dah bertuan. Jadi tu yang dia offer. Aku ni, sampai beli rak extra untuk simpan barang. Murah. RM 60. Boleh la. Asal mata aku tak semak. Aku ok. Kurang stress. Kalau ikut hati aku, wayar pun aku nk campak buang! Semak mata! πŸ˜†....In the end, walau apapun terjadi, dapat rak ke, tak dapat ke, aku dah urus keamanan meja sendiri. Ada rezeki, dapat. Alhamdulillah. Kalau tak de rezeki, meja aku masih terjaga... πŸ˜‰     

Berita 'gembira' student ni, mengingatkan kembali saat aku gembira terima biasiswa MyBrain dulu. Rasa seronok tu, memang tak tergambar dengan kata-kata. Walaupun masa aku terima dulu tu sikit, tapi nilah rezeki yang aku terima sehingga aku rasa bertanggungjawab untuk habiskan pengajian, bagi menjadikan aku seorang sarjana lulusan phd. Bila nak give up, aku cuba ingatkan diri. Aku tak terima biasiswa, untuk orang lain. Aku tak berhutang untuk orang lain. Aku buat untuk diri aku sendiri. 

By hook or by crook, aku memang kene habiskan pengajian!✨✨✨✨


Sunday, December 22, 2024

December 2024...

This month is the last in 2024,....cepatnya dah Disember. New year 2025 is coming...
I have student tests to mark, doctor appointments to attend, birthdays and anniversaries to celebrate, and, owh my, my my PhD work to do...I blom habih lagiii niii...haih! Hujung tahun lagu ni, ramai orang cuti nk celebrate krismas la, cuti sekolah la, cuti terpaksa sebab banjir la, nak cuti suka suka la walaupun tak cuti (ni student haku la ni, tak sambut krismas pun mau cuti, sabo je la)... tapi haku, cuti pun macam tak cuti je...duk berkepit dengan keje. 😎
Apak's and Bam's birthdays and my Anniversary are around the corner.....Minggu ni besday apak n anibersari kawen dengan mama....tak boleh lupa ni!!!
In case tak dan nk g mana - mana celebrate, mama dah standby beli aneka rempah beriyani....nk masak....kita still boleh celebrate kat rumah jugak..... so i decided to try few types and order from shopee...& cepat je seller hantar. 😍😍😍



Tinggal potong - potong bahan-bahan, letak - letak dan campak - campak je la dalam periuk kan? Nanti lepas try, kita boleh vote which ones are actually our favourite and buy it again....
Tak dan nak banyak celoteh kalini, nanti kita merepek and post lagi la ye,....janji nk post cerita haji tahun lepas tentang pengalaman kat madinah pun kita tak habis cerita eh? Ha a la....tak start tulis pun lagi. Masih duk dalam kepala lagi....

Monday, December 2, 2024

My dear dear room...

Oh my dear room,...

  gambar cermin tingkap je 😁

Masa dapat bilik ni, bersyukur rasa, dapat menumpang sini...tak la mewah, tapi selesa walaupun dengan kekurangan yang ada. Kecik, comel nuun di kayangan...Dulu, siling bocor. Sekarang dah tak lagi. Kalau lift rosak, jenuh mendaki!πŸ˜… Di sinilah diriku berjaya train naik tangga sampai atas, dan dengan tangga sampai boleh jalan 21km kt Mekah pun ok... Tapi sebelum sampai atas, sampai tingkat 2 pun dah penat! Rehat dulu, pastu sambung naik tingkat 3...rehat lagi.....naik lagi, sampai tingkat 4. πŸ˜†..........Tak de tingkap,...Tak de permandangan indah ala - ala Alps. Tapi sejuknya, macam kat Swiss...☃  Tak de gambar2 piala ke apa. Dekorasi yang ada, hanyalah jam dinding yang besar depan mata, supaya daku senang nk track masa ⌚. Kalau diberi peluang tak pindah dan stay kat sini, aku akan pilih untuk stay....Tapi pilihan itu tiada.

Minggu ni dapat perkabaran yang para felo akan kene pindah....
Tak tahulah lepas pindah ni macamana....but the less drama, less distraction, the better. 
My boipren dah ajak I pindah balik ke bilik lama FTKEE kalau rasa tak serasi dengan tempat baru....
That would be a good option.
Being alone is my need now....  

Friday, November 15, 2024

Leaving no stones unturned, Leaving no rewards unearned...

1. Ombak Kerja:  Semalam dah habis 1 test, 2 sections, minggu depan mai lagi 1 submission assignment masuk, quiz prehot pun tak habis lagi tanda...in total, 180 hasil jawapan pelajar kene tanda. Demi cari rezeki, dan untuk sara phd, antaranya untuk cover yuran PhD dan hasil2 kerja phd...aku tutup mata, terjun & buat je lah....  

2. Ombak Rezeki: Harini, bertambah rezeki,...sedikit sebanyak, boleh la update dalam resume. Alhamdulillah, asalnya aku ni hanya membantu je. Kalini, hasil usahasama dengan suami sendiri dan staf2 di fakultinya dapat anugerah & award...Along the way tu, macam-macam juga kita belajar...tengah-tengah sibuk ni, kita juga tak buang masa. Ni juga akan menjadi stepping stone untuk tembak KPI...bak kata iklan panadol, anda pikir saya ada masa nak sakit kepala? 

3. Ombak Rejection: Awal sem haritu, dah submit 1 paper. Semalam, teringat paper tu. Apa kabarlah agaknya. Tergerak hati doa, supaya dapat tahu result submission haritu...Tup tup harini, dapat emel. Paper kene reject pulak. Hmm,...disebalik gembira dengan kemenangan, ada cerita sedih dengan penolakan juga. Tapi tak pe la...Mungkin ada rezeki kat tempat lain. Amiiin. 😭... 

4. Ombak Ujian: Dalam masa yang sama, kes Tibi sedang naik di fakulti. Dah buat ujian mantoux & x-ray. Mudah-mudahan tak dijangkitilah....Ya Allah peliharalah aku dan ahli keluarga ku dan orang-orang disekelilingku dari dijangkiti penyakit ni. Amin. 

5. Kereta baru? Ha a. Kami beli kereta terpakai je. My driver sengal-sengal badan. Dah tua katanya. So dia beli yang ni untuk dia travel jauh selesa. Bini dia jadi ma'am besar je. Kalau incik somi mau bilikan kereta untuk bini, bini dia nak kereta apa? Kalau mintak BMW atau Mercedes, tinggi sangat. So, bini jawab Audi Q5 boleh? sportback tau...! Hahahahhaa, bini dia memang. Tak sedar diri. Gaji level B40, selera T5! Kesimpulannya, jangan tanya la.......😎

6. Ok, sekian angan-angan. Maafkan diriku kerana sangat sibuk dan akan bertambah tambah tambah sibuk lepas ni.............


Monday, November 4, 2024

H@ppy Birthday 2 M3...

November 2024...

Diri ni dah tak muda lagi...
Tarik nafas panjang-panjang...
Kita dah buat keputusan pilih jalan ni,...Hadap je lah. 
Kebetulan pula, topik di FB Public Health macam kene je...ok, kita sauk je posting ni tampal sini...😎  


Wednesday, August 7, 2024

Just me & my own world at the moment

credits pic: google

I gotta pull everything together. 

Gotta get the first draft done.
Semua tengah 'seksi-seksi' chapternya.
Isi tak kemas, bersepah, ada yang tak de kesinambungan, ada yang tak relevant, ada yang tak tutup kemas, sejemput sana, sejemput sini...Yang terputus tengah jalan, tergantung tak bersambung, terjuntai meleret, tergolek golek tapi isi tak de semua ada.
 
Nak siapkan tanpa stress. Boleh ke? πŸ˜‡

Saturday, June 8, 2024

Kenangan Bertamu di Mekah 2023

Minggu depan, jemaah haji 2024 akan bergerak ke Arafah...

Semalam, 7 Jun 2024, genap setahun waktu berlepas ke tanah suci Mekah...
Kenangan tahun 2023 lepas, masih lekat lagi di ingatan...Bila baca balik entry post lepas, terasa nak ulang balik momen tu...

Aku masih ingat pesan seorang teman, alang-alang dah sampai, pergilah cuba bertamu di hotel2 sekitar yang terdekat. Boleh merasa pengalaman baru dari sudut lain pula katanya... Jika bernasib baik, dapat book masa tengah murah. Masa booking ni, aku niat nk supaya suami boleh pergi solat jumaat dekat dan dapat pergi masjid dengan mudah. Masa kami duduk di Abraj, perjalanan agak jauh. Jalan pula selalu ditutup oleh askar. Masa ni, alhamdulillah, kebetulan ada rezeki aku & suami untuk bertamu di hotel yang lebih dekat Masjidil Haram...Kalini, rezeki kami di sini, SwissΓ΄tel Hotel Makkah...(Ada banyak lagi hotel boleh try. Ada sesetengah orang, tiap2 minggu bertamu di hotel-hotel berlainan)

Momen paling tak boleh lupa. Tulis idea phd depan kaabah. 


Sangat selesa. Memang kiteorang amik bilik yang dapat view kaabah

Boleh nampak dan lambai Abraj Al Janadriyah dari jendela πŸ˜ƒ...
Nampak orang kecik je, dot-dot halus yang bergerak...

First time solat, dengan kaabah kat bawah depan mata secara real.
Tak tahu bila lagi mampu ke sini...


Tak pernah try. Sapa nak try, silakan.


Tengah malam pun, masih banyak lagi orang...Ni gambar dari jauh.
Pernah masa habis tawaf, aku pergi kat kaabah sedekat-dekatnya...Doa.
Momen tu hanya melekat di sel-sel memori otak sahaja...
Tak terpikir nak snap amik gambar pd masa tu. Kiri kanan, orang saje.
Tapi dekat atau jauh, bila dalam berdoa, hanya aku dan Allah sahaja...


Macam-macam jenis roti ada. Aku amik gambar, sebab tak pernah tengok...


Tak pernah makan. Tengok je. Macam-macam jenis salad dan dressing ada...Tekak aku tak cukup arob la.
Tekak melayu & western shj nampaknya.


"Bang, bang tengok ni..."
First time masa aku jumpa ni, aku dah gelak sorang2 dengan laki aku....
Pas tu aku pun snap gambo hantar kat kekanda2 di bilik abraj sambil bertanya "anda nak haji mabrur yang ni?" πŸ˜†πŸ˜†
(Kami tak perlu berpanas ke mall. Kami lalu sahaja pintu hotel yang bercantum dengan shopping mall.)


Khabarnya, tahun ni bayaran haji naik lagi.
Bayaran penuh, RM33k....

Ya Allah, murahkanlah rezekiku supaya aku boleh kembali ke sini beribadah lagi ...