1. Encem boi cakit...
Masa apak tak de, dia la antara peneman kami bertiga... lepas apak balik, dia pulak cakit. Dia tak macam selalu. Lain dari biasa. Mengiau, distress. Makan tak mahu. Minum tak mahu. Muntah - muntah ada la beberapa kali. Kita ni usap la dia. Tak reti nak cari punca. Rupanya dia ada masalah batu karang. Masa bwk ke veterinar baru tahu. Kesian la ke dia yang selama ni menahan sakit. Batu karang ni dah lama. Serasa mama, bab makan, kita dah jaga. Dokter kata, penyakit ni biasa terjadi pada kucing jantan yang dah di'kasi'......Hmmm....Masa sebelum pisah, doktor dah suruh bagi kata - kata terakhir sebelum operation. Hmmm.....nak nangis tapi control. Ramai orang kt luar klinik. Simpan dlm hati je la. Kami semua doa untuk dia, semoga operation berjaya.... Harini, dokter kata dia dah sedar lepas operation, tapi tak nak makan... Esok kita risik lagi, dia ni cemana.....
2. Health gadjets
Beberapa gajet kesihatan dah sampai ke rumah....
oh, ada satu lagi...pembaca gula dalam darah... Ni pun apak beli jugak la....memandangkan side effects dr ubat mama ni boleh menyebab gula dalam darah tinggi dr normal, jadi wajarlah kene cek.................huhuhu, tapi mama takut nak cucuk jari, keluarkan setitis darah n cek. Hahahahahahhaahaa.....Masa tak de gajet ni, boleh la cakap tak tahu............ni dah ada, buat buat tak tahu pula......😅
3. Vaccination : my first shot!
Minggu ni, entah macamana entah, tetiba rasa nak try dapatkan vaksin. Asalnya ada viral kata boleh walk in kt pusat ppv di UMP. Hati kita pun berbunga - bunga laaaaa....tapi sampai sana, pic kata tak de walk-in. Viral palsu! Apak dapat panggilan mysejahtera. Tak macam mama. 😔. Ku hanya mengiringi kekasih hati hingga ke pintu ppv sahaja....Keutamaan pada yang ada temujanji mysejahtera. Then, kalau ada kosong, most likely, UMP akan utamakan staf UMP yang belum ada vaksin. Sebab ni PPV kan, bila ada kekosongan baru diorang panggil org lain, isi kekosongan yang ada. Tapi, daku try je la. Mohon nak vaksin jugak. Malu, tapi terpaksa buat muka tembok juga, ...Mana tahu ada rezeki....Lama tunggu. Dah petang, baru boleh tahu ada kekosongan ke tak. Kalau ada rezeki, dapatla dipanggil masuk. Kalau tak de, tak de la. Nasib la....
Alhamdulillah, lewat petang kelmarin, ada rezeki (atas ihsan SUK Pahang). Dapatlah vaksin & temujanji untuk dos kedua akhirnya. Next appointment, boleh vaksin sama-sama apak. Dah tak payah jadi tukang iring sampai ke pintu lagi. Cuma, hajat hati I nak Pfizer....tapi tetiba terjodoh dengan Sinovac pulak.....tak perla, kan...... Janji dapat vaksin... Dah dapat ni pun, syukur sangat.




No comments:
Post a Comment