Nanti pas siap 1 paper ni, nak g buru bahan - bahan la...π
Thursday, May 20, 2021
Tupak Sutong
Nanti pas siap 1 paper ni, nak g buru bahan - bahan la...π
Wednesday, May 19, 2021
PKP? and an offer I can not refuse?
PKP ni...
1. Sambutan raya singkat dan kurang distraction raya...
2. Boleh selektif dalam jumpa orang.
3. Masa ni juga lah online sharing lebih banyak. Seminar & workshop online lebih banyak....(Kalau nak harap boleh attend fizikal, mmg rabak la poketku nk bayar, flight, hotel,......tapi tu lah, ilmu tak datang sendiri ye...bersyukurlah hidup di zaman ilmu boleh klik di hujung jari)
4. Ada masa aku kat rumah. Ada masa aku kt uni. Kt uni, bilik tertutup. Tak berkongsi. Solat, makan, semua solo. So, no problem. Balik, tak yah pegang keje. Lebih baik, untuk kesihatan mental.
5. Anak - anak ada dekat dengan kita. Sekolah atas talian.Yang mana tak reti, mama & apak cuba bantu. Sebelum ni gajet share, tak sangka outbreak berlarutan dan jadi masalah bila masa nak buat ujian. The best part, aku terasa sangat sangat suka bila anak ku dapat anugerah pengetua...pointer lebih dr 3.5,...usaha dia sendiri (bukanlah maksudnya, tiada guru. Ada.....Cuma aku kurang campur tangan dah. Dia yang urus sendiri ). Sekarang, aku monitor je. Dah boleh study sendiri. Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki lebih sket untuk anak-anak ada work desk (+ pc) sendiri... Semoga dengan adanya support ni, anak - anak boleh guna untuk belajar, manfaatkan untuk pembangunan diri sendiri...
6. Sakit pula gigi ni...Bila berdenyut, tak lena tido,........Bila tak cukup tido, mmg senang je aku jadi crabby....π¦π¦π¦......
7....... Oh, another offer I can not refuse?....terima je la ye. Tetiba lagu 'speak softly, love' π― main dalam kepala....πΆπΆπΆ....
Saturday, May 15, 2021
Raya 2021- Raya dalam PKP
12 mei - 7 jun 2021, PKP start semula.....
Sejak PKP, memang tak dinafikan ramai merungut. Yang menjadikan modal lawak/sindiran pun tak kurang juga. Peniaga makanan raya yang banyak terkesan. Yang mana terima tempahan makanan, banyak dah keluar modal dengan harapan pelanggan akan bayar kemudian. Sekali, PKP. Hamik ko! Ziarah langsung tak dibenarkan. Ziarah dalam rumah shj yang dibenarkan. Peniaga makanan yang amik order makanan macam kuih, lemang, masakan lauk raya la yang susah hati. Order dah ambil. Duit dah keluar........Sekali orang kensel. Mau mcm ayam berak kapur.....
Salah satu pelanggan yang terlibat, kami lah. Plan 'open-table-on-street-eat-at-home' yang asalnya nk dibuat pd raya pertama di taman perumahan ni terpaksa batal.... Hmmm, Lemang dah tempah. Bila contact orang lemang tu, belum sempat nak cakap yang kita nak batalkan tempahan, sayu je dia... Dia bukan bekerja makan gaji, pendapatan utama memang dari berniaga. Kita yang niat nak batal tadi, terkensel la. Kita simpan je ucapan kensel tu. Kita teruskan. Apak & mama decide, kita kekalkan tempahan.Tak dapat buat jamuan, kita htr kat jiran2 taman di malam raya....... Dengan cara ni, ramai pihak gembira di hari raya...
Rabu pagi sempat buru ayam baru sembelih utk dibuat rendang. Rabu malam Khamis, lemang habis, rendang hijau ayam pun tinggal sekadar untuk sarapan pagi raya..... Alhamdulillah. Tak de yang terbazir. Memandangkan jiran-jiran pun tak de lemang lagi, dan kebanyakkan pun memang plan nak masak pagi raya.......So, memang langkah kanan la....rezeki ke pintu di malam raya.
Hari raya, rezeki datang ke pintu kita pulak...πππ...sapa yang tak mampu balas pun tak pe. Kita paham... rezeki lain datang kemudian, insyaAllah....
Jumaat petang, aku dah busy kembali. Dari Laut China Selatan ke Lautan Pasifik pastu lompat ke Lautan Atlantik aku jelajah. Ada discussion online...
Sunday, May 9, 2021
Raya di rumah sendiri lagi tahun ni...
Saturday, May 1, 2021
Thank you, MyBrain15
-o-o-o-o-
2016, 5 Tahun Lepas...
Bila kenang balik, memang bersyukur dapat menjadi insan yang sempat menerima MyBrain15. Masa aku apply ni, ramai yang kene reject, yang resubmit tak dapat. Jadi kene apply semula. Since aku dah dapat, aku rasa sangat rugi kalau tak dapat habiskan...
-o-o-o-o-
Setelah 5 Tahun Berlalu...
Tahun ni, penutup program MyBrain15. Suka tak suka, 31 July 2021 ni last date boleh buat claim. Maknanya baki peruntukan untuk thesis yang disediakan akan burn gitu je lah. Ini juga bermakna, kene siap sedia untuk korek tabung, guna duit sendiri..........Bersabarlah wahai diri,....Jimat-jimat, apa yang ada... InsyaAllah, akan ada rezeki kat mana - mana nanti π₯
Dalam hati ni, Allah je la yang tahu....bimbang bila belum habis lagi... tu belum masuk perkara-perkara yang kadang tu buat aku rasa ralat je. Kadang terpikir, kalau aku pilih area yang menyebelahi skill aku, mesti dah grad..... ye ke? Sebenarnya, takdir Allah, tak de sapa yang tahu....the grass is always greener on the other side,.... Hmmmmmmmmm,...Bila sebut bab 'kalau' ni,.......'kalau itu', 'kalau ini'....... segala macam kemungkinan pun boleh ada. Tengah pikir apalah aku nak karang dalam surat kat KPT nanti ye.... π
"Saya suka belajar,....walaupun dah banyak saya belajar, tapi saya ni tak pandai-pandai lagi, Tuan KPT.........Hari-hari sy berdoa supaya hati saya terang, mudah paham, dapat guru yang baik dan dimudahkan urusan......Bagi saya masa sikit lagi untuk habiskan pengajian saya....boleh?"
p/s: hmmmmmmmmmmmmmh...
Friday, April 30, 2021
Mac N Cheese = Mac + Beef + Tex Mex Cheese
Hari tu dah cari telur itik kan,....Kalini, semalam, jauh sket merantau sampai ke Giant, g beli barang-barang nak masak mac n cheese plak.... Dulu, masa duk kuantan, tak heran sangat barang - barang kat Giant. Sekarang, rasanya semua rak aku nak pusing...mana-mana barang2 yang tak de kat Pekan tu....semua aku nak angkut!!!...πππ
Antaranya cheese Tex Mex...yeeppppaaaa andale andale aribbbaaaa.....Akhirnya termakbul hajat nak makan mac n cheese, guna TexMex Cheese.......So far this version is my fav mac n cheese. Ku suka letak daging sket. Alang alang buat, buat dua bekas terus....Satu bekas utk berbuka , satu untuk sahur.............. Tengah tengah lapar, makan masa panas - panas waktu berbuka, mmg nikmat!.....oh, ya kami tabur chili flakes! Nyum nyum nyum....πππ
Wednesday, April 28, 2021
♪ ♫ ♬ Poie Pekan, tak naik basikal... ♩ ♪ ♫ ♬
Dalam ghumah ni, duduk duo oghang....


