Enjoying Life. Happily Married. Mother of two beautiful and lovely son & daughter. Manager of Domestic Engineering & Support Department of the family since 2004.
Tak perfect,...ada part part yang tercuai, hmmmπ.... Tak per la. Terima la hakikat. Apa nak buat, benda da lepas. Yang penting, siap n submitted, walaupun ada anak soalan yang termissed. Apapun, dah selesai 1 sem. Alhamdulillah...
Lama tak dengar born to be my baby.... meh layan jap.
Esok..... eh esok? apa plak esok, harini la. π.... ok, harini start bangun tido nanti, tak nak pegang kompiter. Hmmmm,...nak masak apa ye..... π
Kita ni minat cerita hindustan yang lama-lama dulu....... Tu lah, masa kecik kecik dulu mana ada internet,...henpon pun tak de.... dengar radio + tengok tv je la. Kotak hitam yang sering dikutuk dalam karangan bahasa melayu, punca kelalaian dan sumber hiburan masa tu jugak yang ditatap mata ni bila masa lapang.....Semua tv3 punya pasal π....Tiap-tiap sabtu tengok panggung sabtu, sampai tua melekat .... kalau cerita cina, Jade Theater...
Tapi dah tua -tua ni, nak tengok cerita pun tak sempat..... Minggu ni aku sibuk nak siapkan project math modelling...Dapat run algo tu rasa macam nak berjoget satu rumah!!!
Kalau la boleh joget cam budak ni kan best.... hahahhahahaa
Govinda punyaaaa la seronok tengok orang joget lagu dia dengan Karisma Kapoor...Husna hai Suhana....(jangan tanya lirik dia ttg apa ye, mesti ayat ayat org bercinta la kot dalam hindi, aku tak paham satu habuk pun, kecuali tajuk)
Nanti, aku nak carik cerita apa nak tengok lps siap projek ni.....Asal best & worth to enjoy! Bahasa, aku tak memilih...Tamil aku tengok, telegu, iran, azerbaijan, serbian, turki, rusia, jerman, perancis, italy,... semua aku bantai......π......
p/s:....kene celebrate dgn movie, bukan dengan makanan sbb diri ni dah semakin jauh dari berat badan idaman nampaknya...π
Char siu chicken...? Ha, kali ni kita ke dapur cina pulak...Ada orang makan Ayam Char Siu dengan nasik ayam, mi kicap cina atau jadi hidangan lauk nasi putih pun boleh...
Apa cerita tetiba selera ke chinese cuisine harini? Entah, tetiba teringin nak makan...Esok nak pergi beli la thigh ke kepak ke drumstik ke, perap semalaman......Lebihkan sikit untuk buat ratah.... Sayur? hmmm buat sayur campur la, tak pun kukus je kailan....tak pun salad je la...Pemalas kan...? Tak pe, dapat bini pemalas pun lantaklah, yang penting kenyang semua...π
Tengah-tengah pkp ni, tetiba teringin nak makan ketupat sotong... Nanti pas siap 1 paper ni, nak g buru bahan - bahan la...π
Resepi mana yang jadi faveret? Susah nak kata. Kadang kita suka ketupat sotong terengganu... Kadang kita suka ketupat sotong kelantan....Kalau ketupat sotong utara, macam ketupat sotong terengganu, tapi tak manis, & tak de halba. Cara masak pun berbeza. Kalau yang pantai timur, rendam semua sekali, letak atas api. Yang utara, masukkan bahan - bahan bila santan cair mendidih - halia + bawang merah + garam + daun pandan + sotong, nanti dah nak hujung baru masuk santan pekat. Gula buh sikit ja.... Lagi satu, sotong kita memang tak suka buang baju sebab kita suka kulit sotong... So jangan terkejut bila nampak sotong kita berbaju purple, tergolek riang dalam mangkuk ye.....π
1. Sambutan raya singkat dan kurang distraction raya...
2. Boleh selektif dalam jumpa orang.
3. Masa ni juga lah online sharing lebih banyak. Seminar & workshop online lebih banyak....(Kalau nak harap boleh attend fizikal, mmg rabak la poketku nk bayar, flight, hotel,......tapi tu lah, ilmu tak datang sendiri ye...bersyukurlah hidup di zaman ilmu boleh klik di hujung jari)
4. Ada masa aku kat rumah. Ada masa aku kt uni. Kt uni, bilik tertutup. Tak berkongsi. Solat, makan, semua solo. So, no problem. Balik, tak yah pegang keje. Lebih baik, untuk kesihatan mental.
5. Anak - anak ada dekat dengan kita. Sekolah atas talian.Yang mana tak reti, mama & apak cuba bantu. Sebelum ni gajet share, tak sangka outbreak berlarutan dan jadi masalah bila masa nak buat ujian. The best part, aku terasa sangat sangat suka bila anak ku dapat anugerah pengetua...pointer lebih dr 3.5,...usaha dia sendiri (bukanlah maksudnya, tiada guru. Ada.....Cuma aku kurang campur tangan dah. Dia yang urus sendiri ). Sekarang, aku monitor je. Dah boleh study sendiri. Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki lebih sket untuk anak-anak ada work desk (+ pc) sendiri... Semoga dengan adanya support ni, anak - anak boleh guna untuk belajar, manfaatkan untuk pembangunan diri sendiri...
6. Sakit pula gigi ni...Bila berdenyut, tak lena tido,........Bila tak cukup tido, mmg senang je aku jadi crabby....π¦π¦π¦......
7....... Oh, another offer I can not refuse?....terima je la ye. Tetiba lagu 'speak softly, love' π― main dalam kepala....πΆπΆπΆ....
Sejak PKP, memang tak dinafikan ramai merungut. Yang menjadikan modal lawak/sindiran pun tak kurang juga. Peniaga makanan raya yang banyak terkesan. Yang mana terima tempahan makanan, banyak dah keluar modal dengan harapan pelanggan akan bayar kemudian. Sekali, PKP. Hamik ko! Ziarah langsung tak dibenarkan. Ziarah dalam rumah shj yang dibenarkan. Peniaga makanan yang amik order makanan macam kuih, lemang, masakan lauk raya la yang susah hati. Order dah ambil. Duit dah keluar........Sekali orang kensel. Mau mcm ayam berak kapur.....
Salah satu pelanggan yang terlibat, kami lah. Plan 'open-table-on-street-eat-at-home' yang asalnya nk dibuat pd raya pertama di taman perumahan ni terpaksa batal.... Hmmm, Lemang dah tempah. Bila contact orang lemang tu, belum sempat nak cakap yang kita nak batalkan tempahan, sayu je dia... Dia bukan bekerja makan gaji, pendapatan utama memang dari berniaga. Kita yang niat nak batal tadi, terkensel la. Kita simpan je ucapan kensel tu. Kita teruskan. Apak & mama decide, kita kekalkan tempahan.Tak dapat buat jamuan, kita htr kat jiran2 taman di malam raya....... Dengan cara ni, ramai pihak gembira di hari raya...
Rabu pagi sempat buru ayam baru sembelih utk dibuat rendang. Rabu malam Khamis, lemang habis, rendang hijau ayam pun tinggal sekadar untuk sarapan pagi raya..... Alhamdulillah. Tak de yang terbazir. Memandangkan jiran-jiran pun tak de lemang lagi, dan kebanyakkan pun memang plan nak masak pagi raya.......So, memang langkah kanan la....rezeki ke pintu di malam raya.
Hari raya, rezeki datang ke pintu kita pulak...πππ...sapa yang tak mampu balas pun tak pe. Kita paham... rezeki lain datang kemudian, insyaAllah....
Jumaat petang, aku dah busy kembali. Dari Laut China Selatan ke Lautan Pasifik pastu lompat ke Lautan Atlantik aku jelajah. Ada discussion online...