Tuesday, June 30, 2009

Ribut dan Tumbang...

Rebah menyembah bumi

Semalam lepas ribut, masa nak bawak budak main belon kat luar ...baru sedar, pagar kayu belakang rumah dekat ampaian tumbang...huhhuuhuuu...memang ribut kuat tapi tak de kemalangan jiwa direkodkan setakat ni...huhuuuu...takutnyaa...

Mangsa pagar runtuh telah dikenalpasti sebagai basikal jiran sebelah rumah

Friday, June 26, 2009

Kasut Oh Kasut...


Sejak berusia 11 bulan, E-m4n dah menunjukkan kemahuan berjalan.

2minggu sudah, ada sale kasut. Menjelang musim sejuk ni, mama dan apak becadang bawak dua beradik ni ke kedai kasut. Kasut abangnya pun dah teruk. Siap dah tercabut tapak tepinya.. dah lama tak bertukar. Adiknya pula, dah tak sabar nak berjalan. Jadi perlulah belikan kasut untuknya berjalan.

Tengah tengok - tengok kasut...mamanya terpegang lah satu kasut yang menarik dan cantik. Nampak macam sesuai dan sedap untuk adiknya pakai. Sekalik tengok harga, sepasang kasut kecik tu beharga AUD50 (Kasut abangnya jauh lebih murah dari tu). Malang tak berbau, bahagian dalam kasut tersebut diperbuat dari kulit babi... Alllllllllllllllaaaaaaaaaaaamaaak.... Mama dah terkena najis mughallazah!!!... kalau apaknya tak bagitau, mamanya pun lalai, dah leka nak shopping sampai lupa plak nak berhati - hati. Balik rumah, mama kenalah samak tangan yang dah bernajis walaupun zahirnya tak nampak...

Akhirnya abangnya sahajalah yang dapat sepasang kasut baru untuk winter ni dari kedai tersebut. Adiknya punya ditangguhkan seketika sampai jumpa yang sesuai.

Kesokkannya apaknya pergi membeli kasut adik di sebuah kedai lain, jauh lebih murah. Kalini bukanlah kulit, tapi kasut biasa yang bertapak getah yang sesuai untuk prewalker. Selepas sale, AUD5je sepasang. Murah giler...oklah tu, beli mahal-mahal pun tak berbaloi sebab adik pun pakai tak lama...kan? Janji bukan yang haraaaaammm...

Tuesday, June 23, 2009

My Beloved Daughter Is Now 1.

Abang dan dengan adik ketika adik berusia 5 hari.

Pejam celik pejam celik....dah setahun anak perempuanku ni...

Setahun yang lalu, harini merupakan hari ketiga aku dalam pantang dan aku dibenarkan pulang ke rumah dengan baby sekali.

Anak kedua ni pun aku kene bedah juga. Bezanya abang ada bersama aku masa dibedah. Abang dapat saksikan detik - detik bersejarah anak perempuannya lahir dari perut isterinya ni secara 'live'. Siap dapat peluang memotong tali pusat puterinya lagik...

Sepanjang kat hospital, aku dilayan dengan baik. Rasa murah rezeki sungguh sebab semuanya mudah. Dari masuk hospital terus ada labour room yang best available,...then pas bersalin dapat bilik best. Besar dan dapat tengok view cantik. Tak share dengan orang. Makanan sedap. Midwife yang jaga aku sangatlah baik dan supportive. Malam, midwife tulong jagakan baby supaya aku dapat rehat. Bila sampai waktu nursing, baby dibawa kat aku. Malah siap ajar dan bantu aku macam - macam. Siap dapat pinjam pam susu lagik. Dapat pam Medela Lactina. Pendek cerita layanan kat hospital tip top lah...bersyukur sangat, rezeki.

Tapi bila cerita tentang beranak ni, kadang tu meleleh gak air mata bila terkenangkan saat2 ni...bukan masa bersalinkan E-m4n je...50l3h pun. Huhuu, syukurlah semuanya dah berlalu dan berakhir dengan kesudahan yang baik.

Kadang - kadang pikir serik nak beranak lagi...huhuhuuu.

Thursday, June 18, 2009

Stok EBM Terakhir...


Ni stok EBM terakhir yang aku dapat kumpul tahun ni. Hisk hisk...pas ni dah tak de dah leh dapat simpan untuk EBM. Huhuhuuuu...E-m4n minum lah ye...penat mama perah tu.

Saje simpan gambar ni buat kenangan di masa akan datang.

Dulu baca tentang breastfeeding tak terbayang kepayahan nak menyusukan anak ni. Dah lalui sendiri...baru tau kenapa sampai dalam Al Quran pun ade sebut tentang kepayahan seorang ibu melahirkan(yg ni sedia maklum, susah...) dan menyusukan anak ni.

Teringat masa awal - awal aku mula berjinak - jinak nak susukan anak masa anak sulong. Banyak tak tahu. Kurang ilmu. Ralat sampai sekarang. Rasa bersalah dengan anak sendiri pun ada...sebab GAGAL bertahan lama.

Alhamdulillah, Allah bagi peluang kedua. Kalini, aku usaha korek ilmu dari kelas2 di hospital dan pembacaan forum dan internet. Puas hati sebab berjaya jugak walaupun tak direct feeding. Yang penting anak dapat susu aku. Lama...sehingga sekarang walaupun dah tak sepenuhnya.

Buat ibu baru dan belum ade pengalaman atau pernah gagal macam aku sebelum ni tapi berhasrat nak menyusukan anak sepenuhnya (sama ada untuk anak berikutnya), nasihat aku, bersiap sedialah diri dengan ilmu dan sokongan mental. Dapatkan sokongan orang2 yang pro-breastfeeding. Kadang kala kene tutup telinga dek kata - kata orang yang melemahkan semangat. In fact tanpa sokongan positif, mmg leh down semangat tu...

K lah...kalah lak lactation consultant. Ngantuk dah ni. Nak masuk tidooo...

Sekian semua, Selamat malam.

p/s: Ade lagik entry nak post ni..tapi gambar tak siap process lagik. Insya allah di lain kali pulaklah akan di post.

Garlic Squid

Ade satu malam tu aku lapar sangat. Tak nak makan nasik...jadi aku baham ni la...ratah saje ngan sos.

Aku goreng je sotong yang dah diperap ngan bawang putih, garam, cili sket dan chopped parsley...Sebelum goreng tu aku gaulkan sket serbuk kunyit supaya nampak kuning dan menyelerakan sket.

Kejap je masaknya tak sampai pun 10 minit. [ikut saiz hidangan gak lah ye dan ketebalan sotong]

Pastu masuk pinggan. Voila...siap! Tadaaaaaa...


Lamb Rib Bakar


Lama sungguh tak update.

Byk entry ni nak masuk...bersusun susun...tapi tak tau la bila leh dpt post. Insya allah...akan dipostkan secepat mungkin.

Haaaa, gambar kat atas tu gambar kambing bakar paling sedap yang aku pernah rasa seumur hidup aku[di tekak aku lar, tekak orang lain mungkin lain kot citarasa]...Sejak ku merasa lamb rib bakar ni...memang aku jatuh chenta!!!...Ni resepi jiran aku. Mmg sedap. Aku pernah cerita kot tentang kambing bakar ni dalam entry awal jan dulu. Cuma gambar x de masa tu, ni gambarnye...lambat lak follow-up gambar ni<<Ceritanya Disini>>

Resepi dia pun ada kat sana. Silalah ...jamu mata...hehehheeee...:)

p/s: pas aku makan lamb rib ni, naik production susu...naper ek? takkan sebab kambing kot...hmmmmm aku masih musykil...tapi jugak mungkin sebab aku gembira dapat makan kambing yang sedap ni. Faktor emosi je kot....hmmmm...

Saturday, June 13, 2009

In The Night Garden...

Event Yang digemari, semua berkumpul menari beramai - ramai...

Makka Pakka, watak yang gemarkan susun batu - batu kecik sampai 50l3h pun suka kutip batu. Habis dikutip bawa balik batu - batu kecik yang cantik yang dijumpainya ketika jalan - jalan makan angin.

Watak favourite 50l3h & E-m4n

Kedua - dua budak ni sangat suka cerita ni. Tak tahulah kenapa dan apa yang sangat menarik minat kedua - dua kanak-kanak ni sampai kedua - duanya gerenti khusyuk la bila cerita ni 'on air' kat TV. Kedua - dua mama ngan apaknya pun lapang sikit bila cerita ni ditayangkan kat tv.

Hehehheheeee... Bilamana semua watak watak dalam cerita ni kene panggil menari kat gazebo, dedua kanak - kanak ni pun tak ketinggalan datang ke depan tv, menari goyang - goyang macam kat bawah ni.