Monday, August 31, 2009

Coretan Ramadhan - Bhgn 2

Heheheee...Disebab entry ni tak de tajuk spesifik maka, aku namakan entry ni seperti tajuk diatas kerana coretan ni dibuat dalam bulan ramadhan ni...

Kali ni aku nak cerita tentang juadah berbuka pose kami kat sini...Sape yang kenal aku selalunya of course bleh teka apa diaaa....Ha, betul murtabak!

Satu juadah berbuka favourite aku...murtabak daging. Sejak berpose kat sini memang aku buat sendiri. Masa sambut ramadhan pertama kat sini, aku buat stok murtabak beku untuk sebulan, sepanjang bulan pose...Tapi bila masuk tahun kedua, aku tak gagah seperti sebelumnya...tapi nak makan. Jadi belilah...Mahalnye lebih, isinya taklah sesedap yang tekakku harapkan...apa boleh buat, nak buat tak larat maka makan ajelah apa yang ada. Kalau nasib baik, jumpalah kat umah2 atau majlis undangan berbuka pose...tapi x jumper pun tahun lepas...:(, kempunan ler E-m4n dalam perut masa tu ye...(ye ke??? atau aku yang kempunan??? ha ha ha)

Sekarang ni dengan keadaan yang tak menang tangan, aku buat murtabak guna kulit popia je ...heheheee...ngelat...senang pun senang. Tapi satu je yang aku prasan...kalau guna kulit popia dari M'sia, insya Allah kulitnya garing dan rangup sedap...tapi kalau guna kulit popia vietnam, dia jadi macam kenyal dan lembap serta berminyak bila digoreng...agaknya yang vietnam punya tu sesuai untuk popia basah dan bukannya popia goreng...tak per la, ni aku taip report finding eksperimen PhD (PeriHal Dapur, keh keh keh ...)berkaitan murtabak ngelat aku kat sini...

Alhamdulillah terubat rindu nak makan murtabak.

Bebaru ni kami pergi ke kilang tempat jual ayam halal - Steggles. Alhamdulillah, murah murah produk ayam halalnya...contohnya nuggets, finggers, chicken burgers, patties, dan macam2 ler lagik yang aku tak reti namanya...kebanyakkan bukan style asia lah yang aku tak ingat tu...heheheee...tapi ok lah tempat ni. Bersihnyer kilang proses ayam kat sini...tak berbau busuk. Adekah ini disebabkan cuaca atau pengurusan ek??? Hmmmmhhh...

Review aku bagi kat tempat ni - Not bad, insya Allah kami datang lagik sini sebab murahnya banyak jugak berbanding dengan pasaraya kat sini. Ayamnya pun lebih segar dan murah.

Sekian, kali ni...ade masa insya allah aku sambung lagik...kalau tak sekian je la...heheheee...

p/s: rinduuu M'sia...

Friday, August 28, 2009

Coretan Ramadhan...

Tahun ni kami berpuasa diperantauan lagi...hisk hisk hisk
Memang rindu sangat - sangat keluarga kat M'sia...ikut hati nak terbang je balik. Pastukan...aku rindu nak tunjuk - tunjuk kat Param...heheheee bukan pelakon komedi Param, tapi pasar ramadhan...

Teringat murtabak...teringat air katira...ayam percik...cendol...macam- macam ler...tapi tulah, memang rasa yang orang jual tak lah sesedap yang kita masak sendiri kecuali orang yang jual tu masak lagik sedap...hehheeee...

Dah duduk sini, kenela rajin bukak resipi...sebab kat sini x de param...kalu ade pun kecik je, takat 3-5 gerai dan pilihan tak banyak. Ada yang jual murah ada yang jual mahal...terpulanglah pada pengusaha gerai tu...Jadi senang cerita, masak sendirilah...puas hati dapat makan banyak dan mengikut selera kita sendiri.

Bulan Ramadhan ni, dah jadi kebiasaan hujung minggu memang akan penuh dengan jemputan berbuka...Ada tu dah siap dan rancang bila, turn rumah mana dan jemput dari sebelum ramadhan bermula lagik...terubat rasa rindu pada M'sia dengan kemeriahan berbuka beramai - ramai kat sini....Leh dapat makan macam - macam makanan sedap...[dah telan air lio da h ni...op cukup cerita ttg makanan....]

Bagi mengurangkan beban tuan rumah, selalunya tetamu basuh sendiri pinggan mangkuk yang depa guna pas makan. Suka aku dengan budaya ni...kalau dapat amalkan kat M'sia kan best...heheheeeee...

Thursday, August 27, 2009

Award dan Tag

Sekarang ni baru pas bersahur. Rehat jap(jenguk blog, curik masa buat tag jap sementara anak2 tidoo)...terasa mcm terover minum air lak pagi ni. Banyak sangat minum air nilah jadiknyaa...

1) Sile copy award ini di blog anda: Setel...


2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini (Zue )
i) X course-mate...masa kat UTM.
ii) peminat The Last of the Mohicans
iii) dikenali sebagai amoi...dulu aku tak tau orang panggil dia amoi...aku ingat zuriani orang lain, amoi ni orang lain...
iv) Kawan aku yang kawen dengan kawan lakiku
v) Penulis novel (Karya sulungnya : Aku Bukan Untukmu) - aku tak pernah kawan dengan penulis novel sebelum ni...ko lah first. heheheee...
vi) Baru menjadi ibu...


3)Nyatakan 9 fakta tentang diri anda sendiri:

i) Mama kepada dua orang anak...
ii) Tengah berusaha turunkan berat badan...ish ish ish, abang makin melidi, aku makin berisi...
iii)Not very friendly n lambat warm-up, terutamanya kalau baru kenal...tapi kalau dah kenal, you can tell how 'warm' i am...
iv) Tak minat menjahit,... kalau ade kain koyak, aku temankan abang jahit, sebab abang jahit lagik lawa dari aku...bini dia tengok jee...
v) Sekarang ni duk rajin berkebun kat facebook plak,...
vi) Suka duk rumah n kemas rumah...
vii) Suka masak dan try resipi baru...
viii) Suka basuh baju tapi tak suka aktiviti lipat baju.
ix) Peminat asam pedas dan sambal tumis...


4)Pilih 10 penerima award seterusnye ... heheh, seperti biasa, x de...:D

Tuesday, August 18, 2009

Bicara Malam...

Malam ni antara malam yang sangat sedap bersantai di tilam sebenarnya tapi tadi terdetik plak hati rasa nak mengarang blog ni. Abang tak de, anak - anak pulak dah tido. Idea pulak mencurah - curah membuat aku seronok, laju je jari menari di keyboard...Kalau tak tulis sekarang bilalah lagi...Nanti dah masuk Ramadhan entahkan sempat entahkan tidak nak menulis entry...


Rancangan Tercantas...

Semalam pagi, rancangan asal nak bawa budak - budak join playgroup bagi membantu perkembangan komunikasi budak - budak ni tapi tercantas pulak sebab kereta meragam ditengah jalan. Tetiba je semput dan merajuk terus tak nak hidup. Nasib baik tak jauh dari rumah.

Sudahnya, aku bawak anak - anak jenjalan kaki menikmati permandangan sekitar UWA dalam perjalanan balik ke rumah jer lah...budak - budak ni suka je, jenjalan...Abang tunggu kat kereta, ...kereta yang sempat kami tolak tepi masuk ke stesen minyak berdekatan.

Dalam tengah cek-mengcek kereta, datang pulak kereta polis ... singgah jenguk tanya 'khabar'... tanya tentang lesen dan keadaan kereta...huhuhuuu...sape yang tak dok lesen sure kecut punya ler...ramai kat sini yang tak de lesen memandu WA, atau International. Abang dah lepas amik lesen WA, jadi tak de masalah. Aku?...masih lesen M'sia lagik...tapi dengar cerita dah boleh je nak pakai lesen M'sia, just kene buat terjemahan BI jer la...hmmm details tentang tu tak pulak aku tahu dan amik tahu...Lagikpun memang payah nak lepas. Malas aku nak membazirkan duit...utk ni, abang dah ade cukup la...

Kereta yang merajuk itu, tak tahu lah masalah ceritanya...harap penyakitnya itu bukan 'major'...risau jugak ni...huhuhuuu...janganlah robek lagi poket ni hendaknya. Saat begini terasa bersyukur rumah buruk kami ni terletak berdekatan dengan kedai barang kering dan basah termasuklah daging halal...Kereta ni mungkin kene 'rehat' dulu...


Dua 'sebab' yang mengganggu perasaan...

Harini, aku pergi klinik.

Ada dua sebab aku g sana, satu sebab masalah telinga satu lagi Pap Smear.

Aku tak tau ape masalah telinga belah kiri aku ni...tapi asal bangun tidur je mesti dia rasa cam bengang dan cam tersumbat. Sebelum dah pergi cek dokter, dan dokter kata ni bukan masalah taik telinga keras membatu ke hapa (siap puji lagik telinga aku bersih,heheh) tapi ade mukus yang block. Selalu jadi bila orang kene 'cold' atau flu masa sejuk. Well, aku tak de flu...tapi common cold tu ade...tp dah berlalu dah.

First time dalam hidup aku kene 'blocked ear'...'blocked nose' biaser lah ...Huhuhhuuu...x selesanya rasa. Keadaan ni menjadikan aku rindu dengan nikmat pendengaran yang Allah kurniakan kat aku sebelum ni...Tak per, sabar. Baru sket je ujian Allah bagi berbanding nikmat yang diberi...aku harap telinga ni kembali pulih macam sediakala. Amin.

Kisah sebab yang kedua pulak iaitu PAP SMEAR...Buat pertama kalinya dalam hidup aku g buat Pap Smear test ni...Takot...huhuhuuu...lama dah bertangguh...seram sejuk rasa nak menjalani ujian tu sebenarnya...search kat internet, tengok prosesnya camne ...ok lah tak complicated mana...baca gak reponds orang yang berkongsi cerita tentang pengalaman Pap Smear, heheheee...jadi minggu lepas, gagah jugak tangan ni pergi dial, buat temujanji. Akhirnya .. hari ini dalam sejarah, aku dah buat...

Lega dah lepas...Hampir setahun lamanya...klinik itu memanggil - manggil mengingatkan aku agar buat ujian ni...

Harap result semua ok.


Salam buat semua...

Akhir sekali,...aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua kawan - kawan dan pembaca blog ini. Semoga segala amalan dan ibadah kita diterima Allah bukan takat di bulan yang istimewa ni aje tapi sepanjang bulan - bulan lain yang kita dah lalui dan akan lalui sepanjang perjalanan hidup kita. Amin.

Friday, August 14, 2009

Awards from Europe


1. Accept the award, post it in your blog together with the name of the person who granted you the award.
2. Pass it on the other 15 blog that you've newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know you have tagged them.

-------------------------------

Award yang serupa dari dua orang teman yang berada jauh di benua eropah sana...iaitu :-
kak kin (dr Limerick, UK)
dan
iu(dr Jerman)
Terima kasih banyak - banyak...

Seperti biasa, award ini akan disimpan dan dijaga rapi dalam blog ini
(buat pekasam kat sini...sebab ramai dah dapat.)

Wednesday, August 12, 2009

Sup Ayam : Kelmarin? Semalam? Hari ni? Esok? Lusa? Tulat?

Sejak kene selsema ni...menu kat rumah ni asyik sup ayam + nasik panas...Sejuk-sejuk gini mmg sodap hirup sup...rongga hidung yang tersumbat pun jadi terbuka, senang nak bernafas.

Minggu aku tak rajin sangat. Nak senang dan berkhasiat(Ceh, alasan...:p), dengan rasminya tema minggu ni, sup ayam...

Bagi mengelakkan jemu...aku pun try ler pelbagai jenis sup ayam...sup ayam stail siam la ...sup ayam perap kicap lar...sup ayam herba cina ... sup ayam lada hitam dan putih la ...macam - macam...Yang tak try lagik sup ayam mat saleh tuuu...yang letak susu tuuu...Yang tu,kalau hirup gitu atau makan dengan roti bawang putih sedapnyeeeee...Semalam sup, kelmarin sup...hari ni sup ayam ...esok? sup lagik ke?...Nanti ler aku pikir nak masak ape lak...nak reka sup lagik ke...hmmmmm...

Sesekali tukarlah jugak... mac n cheese ke mi goreng ke ayam goreng ke...gitu, tapi bila dah bedal makanan berminyak senang gatal lah tekak ni...asyik nak batuk-batuklah pulak...

Tak per lah, rezeki jugaklah bila musim sakit ni...'rezeki' yang Allah nak ingatkan kita akan Dia.

E-m4n tahun ni kene kuat ye...
50l3h pun...
Mama ngan apak akan bertahan...(tahun ni kami berdua tak amik vaccine flu) Insya allah...
Bersyukur tahun ni tak tumbang macam tahun lepas.

----------------------------------------------------------------

Berita selitan...

Berita baik, semalam dapat surat...50l3h dah diterima masuk kindy bagi sesi depan...Alhamdulillah,....Terasa macam dah besar anak bujang ku ini, dah nak masuk sekolah makan - makan dah rupernyeee...

Pergi sekolah 2 hari je, kalau ikut sesi penuh...8:45am - 3pm...
Kalau amik separuh separuh...1 hari penuh (8:45am - 3pm), 2 hari lagik separuh - separuh...8:45am - 12:00tgh

Hmmmm nak pilih yang mana ni satu yeee...

Ttg toilet training, so far sangat bagus. Diaper pun dah tak pakai. Dah boleh pergi sendiri toilet tapi tak reti nak mambasuh air besar lagik...

Ttg makan, selalunya bersuap...kalau tak suap, x makan sangat...tapi kalau coklat ke jajan pandai plak boleh habiskan sendiri...ish ish ish..

Monday, August 10, 2009

Kelapangan yang kering...

Alhamdulillah kelapangan yang dinanti-nantikan sepanjang kesempitan masa lepas telah tiba.
Lega...

Sebelum hari ni, aku rajin jenguk blog ni...bahkan siap berjalan - jalan merata dunia membaca blog kengkawan dan orang...tetapi blog sendiri tak update. heheheheee...Masalahnya sekarang, kekeringan idea...tipis ilham untuk menulis...walaupun semangat tu ada.

Malam ni seperti malam - malam lepas, memang tak de idea nak menaip apa...skadar mengisi kebosanan yang teramat...Sempat jugak berkebun kejap secara maya di farmtown kat facebook, merisik berita sensasi isu pandemik H1N1...berita terkini kat sini...berita terkini kat M'sia...dan seluruh dunia.Ginilah orang dah tak de kerja kan...abang pun tak de kat rumah...anak - anak dah masuk tido awal...k, lah nak g tidoooo jugak laaa...selamat malam semua.

Sekian, wassalam.

Tuesday, August 4, 2009

"Where are you, apak?"

Sekarang ni apak semakin sibuk...

50l3h dan E-m4n sangat terasa kekurangan seorang anggota famili kami...mama tak sedih sangat apak sibuk, tapi kedua - dua budak ni mmg sedih bila apak tak dapat balik petang dan kurang jumpa apak.

Asal ade orang lalu depan rumah kat luar, gerenti kedua - dua budak akan terkam ke tingkap nak tengok sapa...selalunya disangka apaknyalah...Kalau tersalah orang, siap mengamuk - ngamuk suruh bukak pintu, nak kompemkan tu apak...

Hari - hari 50l3h akan tanya "Where are you , apak?", "Apak ana?(Apak mana?)" pada mama...E-m4n lum reti nak tanya tp dia pun menyibuk juga seolah-olah nak tahu sama...

"Apak keje...nanti apak balik..." itulah jawapan yang selalunya akan diterima dari mulut mamanya.


Kali Pertama...

Pernah satu hari dalam beberapa minggu lepas, masa mama tengah bawak 50l3h dan E-m4n bersiar - siar petang, amik angin...50l3h tersilap orang...menangis - nangis,lari kejar orang yang tengah berbasikal yang berbaju serupa dengan apak...Disangkanya apak pergi tak pedulikannya, padahal orang tu tak tahupun ade seorang budak sedang mengjarnya sebab tengah pakai walkman kot kat telinga...

Penat jugaklah mama kejar 50l3h sambil sorong stroller (adik dalam stroller) dan cuba menenangkannya. Siap suh dia tengok betul - betul orang yang dikejarnya tu...bukan apaklah...orang tu tinggi, putih lak tuuu...bukan apak tuu...beg dia pun lain...topi keledar, baju dan basikal je serupa...

Lama gak dia perhatikan. Setelah berdrama sakan kat padang Uni, akhirnya dia akur la...yang tu bukan apak. Legalah sket sebab apak tak tinggalkan dia upernye...dia salah sangka.

Petang tu, mama pun cari public phone, call apak...cerita. Petang tu apak datang join kiteorang ...cukupkan korum brempat. Tapi berpisah semula kat padang uni tu, sebab apak kene balik semula ke opisnya yang tak jauh dari situ dan kami bertiga kene balik umah la sebab dah nak maghrib.


Kali Kedua...

Kali kedua pula ketika kat depan rumah...kalini orang ni memang memakai baju yang serupa dan memegang beg plastik (baru balik shopping lagaknya), sedang berjalan menuju kearah kami (tapi bukan nak datang kat kiterorang pun)...ketinggian lebih kurang, pakai spek, rambut hitam kulit sawo matang yang memang matang...

Kali ni 50l3h bukan main berlari ke arah orang tu...sambil beriya - riya, memanggil - manggil apaknya...Akan tetapi, sampai separuh jalan, dia pun menoleh kearah mama...sambil tergelak gelak, malu...

"Eh, Shilap...shilap".
..ketawa sambil berlari semula kearah mama dan adik...

Memang mama ni ketawa besar lah...x dapat menahan ketawa melihat gelagat dia ... orang tu pun senyum je...mama pun cakap sorry kat orang tu dan bagitau kenapa 50l3h macam tu...

Tulah, kesian rasa kat bebudak ni...At least mama ni ada ngan diaorang dalam ketiadaan apak yang tengah sibuk...(apaknya bukanlah tak balik tapi masa bersama meraka dah semakin terhad )

Bila anak - anak semakin besar, mereka bukan takat perlukan keperluan macam baju, tempat tinggal, makan dan kerperluan material lain sahaja, malah lebih nak belaian kasih sayang dan perhatian...

Terpikir pulak, kalau satu hari mama betul - betul join balik work force camne?...

Sedih dan sayu bila pikirkan.