Sunday, May 31, 2026

Peluang Belajar Bagi Anak - Anak T20.....

Sekarang zaman susah. Sampai masanya kita hadap kenyataan yang agak tak best...

Tahun ni bermulalah tahun yang agak terhad peluang untuk anak - anak T20 mohon biasiswa. Semua bantuan negara sekarang ni disasarkan untuk M40 dan B40 sahaja. Kelat juga rasa. Jangan kata pelajar T20 je kecewa, ibubapa pun terkesan sekali. Dalam media sosial pun ramai B40-T20 ber'perang' jari tentang ni.  Apa boleh buat... Anak aku apply biasiswa pun tak dapat 🌀

Bermula tahun ni, PTPTN hanya memberi pelepasan bayaran balik kepada M40 & B40 sahaja. Untuk pelajar dari keluarga T20, hanya diberi 50% dari bantuan penuh. Bantuan MARA pula hanya untuk yuran sahaja, dan jika mendapat kelas pertama, pelajar dari T20 boleh mohon pelepasan bayaran balik, dan kalau tak dapat kelas pertama pun, pengurangan bayaran balik diberi mengikut pointer. 
Selain yuran, anak - anak T20 tiada keperluan makanan? buku? tempat asrama? bil fon dan data internet? Dalam hal ni, ni ibubapa T20lah kene tanggung.

JPA pula tak kira pendapatan keluarga tapi pelajar kene cemerlang, dan perlu bersaing kerana tempat terhad. Yang ni, pelajar kene maintain GPA 3.5 setiap sem, kalau tak, pelajar kene dipanggil bersemuka beri sebab dan jika sebab diterima, tajaan akan diteruskan. Jika tak, tajaan akan diberhentikan dan dikenakan bayaran balik pada apa yang telah diberi. So apa lagi pilihan yang ada? Biasiswa - biasiswa lain mungkin ada syarat - syarat khusus lain (Nak lebih details korang study la sendiri tentang ni). 



Sumber : sini

Kalau tengok dalam jadual diatas tu, nampak macam 2 je subkumpulan bawah T20 kan? T1 dan T2. Meh aku share siapa itu yang sebetul - betulnya golongan T1 bagi yang tak tahu. Sebenarnya ada lagi subkumpulan yang lebih spesifik lagi bawah T20... sila tengok di bawah,...



Tak semua golongan T20 itu mewah. 

Memang adat dunia, bila sumber banyak dan melimpah, orang tak berkira sangat. Tapi kalau tak urus dengan baik, boleh jadi bazir. Dah tu, bila sikit tu bagus ke? Tak juga. Bila sumber sikit, terhad dan menjadi keperluan, masa itulah semua mula berkira. Sampai level taik hidung pun nak kira.... Jadi, kedekut nak mampus pun tak bagus juga. Sebab bila kita tidak menunaikan hak yang sepatutnya, kita dah berlaku zalim. 

Dah kerajaan tak nak beri, kita nak buat apa? Takkan nak golek atas jalan tunjuk perasaan? Sebagai orang Islam, berusaha mencari rezeki yang halal dan diberkati Allah itu wajib. Antara sabda Rasulullah SAW, “Jika seseorang keluar berusaha untuk menanggung anak-anaknya yang kecil, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar berusaha untuk menanggung kedua ibu bapanya yang telah lanjut usia, maka dia berada di jalan Allah. Jika dia keluar berusaha untuk mencukupkan dirinya agar terpelihara daripada meminta-minta, maka dia berada di jalan Allah. Namun jika dia keluar kerana riak dan bermegah-megah, maka dia berada di jalan syaitan.”

Dalam berusaha itu doa juga, "Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal (sehingga aku terhindar) daripada yang haram. Dan kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu (sehingga aku tidak bergantung) kepada selain-Mu." Amin.

p/s: merenung nasib diri,....

Friday, May 22, 2026

Langkawi 2026

 

Pulau Langkawi 


Lepas submit 1 paper, mama cakap kat apak, "Jom jalan? Lama kita tak jalan.

Kebetulan bam pun tgh cuti, kami pun amik kesempatan jalan - jalan ke Langkawi, 5hari, 4malam. Dan mengenangkan harga semua akan naik gara - gara perang di asia barat, kami redah je la. Memang sengaja tak nak tunggu cuti sekolah. Malas beratur dan tak nak menghadap jam. Kami rasa macam waktu nilah masa yang sesuai membawa tangan - tangan yang membantu potong bawang, sayur, masak nasik, cuci bilik air, buang sawang, sidai kain, lipat kain, siram pokok dan tukang kemas & vakuum rumah makan angin. Kalau tak sekarang (April), entah bilalah lagi boleh macam ni...

Kesian, generasi budak - budak ni,...apa pun tatau...Kalau tanya tentang Langkawi kat mana, depa tau la ada kat utara, tapi kalau cuba tanya lagi, kat Langkawi tu ada apa? Kenapa Langkawi ni terkenal? Mula lah keluar jawapan - jawapan macam orang tak pernah tahu sejarah dan apa - apa tentang Langkawi ni. Rasa - rasa macam pelancong luar lagi tahu Langkawi ada apa dari budak - budak ni, rakyat Malaysia sendiri. Mungkin silap kami yang tua ni tak dedahkan dieorang...So trip kalini, kami explore macam-macam di segenap bahagian pulau...atas darat, dalam air, atas gunung, bawah gunung, tepi gunung, kat sungai, kat pantai, dalam hutan, dalam bandar, pasar malam, pasar raya...pendek kata, semua la...Kalau la tak de sempadan, memang buleh sampai Satun. Tapi kami tengok ja la dari jauh tanah besar Thai. Paham la kenapa Siam duk asyik serang Langkawi, dekat je rupanya.  

Tempat buaya tu kami tak sempat nak pi. Takpa lah…...buaya Langkawi dan Pahang tak dak beza sangat pun kan? Underwater World, Dream forest pun kami tak dan pi....

Tak pa la nooooohhh,...Sekarang dah pernah jejak Langkawi, baru orang dah tak buleh nak kunun. ( tiru ayat dalam cerita PRamlee Masam-Masam Manis ðŸ˜†ðŸ˜†ðŸ˜†)