Monday, April 22, 2019

Besut 2019

Tengah tengah sedih ttg study mama ni...mama amik kesempatan nak
enjoy je the moment attend pertandingan robotik si adik kt besut.
Ha besut?

Hahahhaaaa balik kampung sendiri sebenarnya.
Sejak moyang mama berhijrah ke singapore, mmg mama balik singapore je.
Tak balik belah sini dah. Nenek mama je yang balik kampung belah sini,...kalau dia tahu ni, habis laaa...gerenti berderet rumah dia suruh ziarah. Senang cerita, mama tak cerita laaaa.
Kalau tak cerita, tak de susahkan sapa sapa.

Ok, berbalik pada pertandingan robotik...Trip kali ni, tak de pengiring cikgu perempuan, hmmmmm...nak tak bagi adik pergi, rasa kesian pulak. Last last adik g dengan mama dan apak walaupun bas dah bayar...kite book homestay. Cikgu cikgu dan murid2 lain (sekolah sekolah Pekan) datang dengan satu bas khas dari Pekan. Sekolah adik hantar 2 team (4 orang). Satu boys, satu girls. Yang ni, open 9-17 years old. Sekolah rendah n menengah campur.

Alhamdulillah, cikgu cikgu sangat supportive. Tip top! Dari peralatan, training, knowledge, skills... perrrrrrrh mmg padu! Apak siap join lagi cikgu cikgu ni. Dia pulak yang semangat... (balik dari pertandingan mmg GB buat open table...gigih dia menjala udang, n masak kat kedai..aduiii) Mama tak la join. Mama tak tahu mendaa robot robot ni...Mama tukang sorak, tukang sibuk tanya tu tanya ni, tukang cek makanan semua cukup, tangkap gambar,...

Bam kat asrama tak boleh ikut. Hahahahhaaa...tapi sepanjang minggu sebelum g besut, hari hari mama datang piknik kat depan pagar sekolah waktu petang. Balik dari opis apak, mama lencong jap, terus singgah...Compensate sedih dia tak boleh ikut tengok adik bertanding robotik. Kalau tak buat macam tu, ada yang kecik hati tak sudah nanti... Jadi minggu tu, dia tinggal la kat asrama. Tak balik rumah. Sebab sekolah dia ada event lain, makanya sekolah dia tak bertanding kat besut.
Dia join pertandingan robotik kat dalam maktab je katanya...

Dipendekkan cerita team adik akhirnya settle down kat no 5 dari 250++ sekolah yang bertanding dari seluruh malaysia. Team adik satu satunya team girl among top 20, dan satu satunya sekolah dari daerah pekan yang top 10. Kalah dengan group senior boys tingkatan 4, mrsm jeli.
Hehehehheeee...tak per laaaa...banyak group dah team adik kalahkan....

Walaupun kene lekeh sbb team budak kecik, perempuan pulak tu...tapi tak nafikan,
bila kene lawan dengan sekolah menengah mmg mencabar. Sbb group abang abang sekolah menengah lagi panjang akal...Hmmmmmmm.........Licik! Pandaiiii...memang pandai...

Tapi mama enjoy je moment moment tu... Especially, moment dengar suara yang kene ejek "alaaaaah budak kecik je...belasah! jangan tak belasah...kita belasah habis habisan!!!!" Bab sorak mmg tak kalah! bergema dewan! Tapi, suka tak suka akhirnya, depa terpaksa akur bila team adik yang menang...hehehehee Somehow mama plak enjoy tengok muka abang abang tu ternganga dan melopong sekejap. Kekecewaan tergambar jelas bila tangan depa naik atas kepala...
(jahatnya mama...heheheheee)...ish ish ish naughty nyeee mama ni. Mama tak kira, mama nak jadi jurugambar free...snap je moment- moment tu...

Tulah...abang abang, jangan lekeh orang. Mentang mentang la lawan abang abang kenit-kenit, tudung pun comot2, kene sos, muka innocent je... Senang senang abang abang underestimate kekuatan lawan kenit kenit tu...  (Tapi sebelum pertandingan lagi, cikgu cikgu robotik dah pesan...
apa apa lawan kita kata, jangan dengar...fokus kontrol pada robot kita. Tutup telinga!)

Overall, mmg suka tengok budak budak sekolah yang datang bertanding ni nampaknya ni kreatif - kreatif belaka...Semangat!...Ni la generasi yang akan jadi saintis ke teknokrat ke engineer negara masa depan...Kerjasama team depa kuat. Mama enjoy tengok...Adik pun, da try...& kita tak menang pun x pe. Apa yang dapat ni, dah ok sangat sangat Allah bagi......

Tiba tiba je mama terasa tuaaaaa la plak...aiseyman... tua dah kan...rambut mama ni mama dah lumur macam2...santan la , minyak la, syampoo la....nak maintain lebat dan hitam. Eh dari robotik dah termasuk topik rambut plak....hahahhahahaa...k la tutup cerita. 

Wednesday, April 17, 2019

Template Thesis untuk Isteri...

Terkenang balik ms awal aku nak sambung belajar...
Aku tersepit antara kemahuan dgn permintaan laki aku...
Dia nak aku study sini je...
Aku tak nak. Aku suka stay kt KL...
Tapi dia tak nak travel jauh lagi. Penat.
Jauh dan kurang spend masa dgn anak anak.

Berat hati sebenarnya...sbb aku minat betul2 satu topik ni ms nak smbg kt uitm.
Tapi laki aku nanti tak redha,...dengan beratnya aku pun let go.
Tak perla, nanti bole start blaja balik yang aku minat...(aku tak risik langsung dah topik ni)

Merajuk la jugak. Penat aku approach. dah dapat, let go plak.
Template thesis uitm yg aku ada tu aku sedekah je kt kawan aku yang sekarang tgh writing...
rezeki ko, babe...=)

Topik yang aku minat tak de kat sini...masa tu, aku pikir, tak pe la nanti aku cari la minat aku kat mana...Hari aku tekan button submit application, aku terus demand nak laki aku buat template thesis khas utk aku...Aku takmau orang lain. Aku nak dia jugak!
Dia cakap ok, dia buat.
Dipendekkan cerita...
Entah macamana entah tetiba template untuk isteri dah terjadi template official IPS plak.
Masa tu kecoh...paling kemuncak bila kelas belajar template tak free.
Nak attend, kene bayar...student bising. sebab sebelum sebelum ni semua free katanya.
Dalam group wassap kecoh, kutuk2 betapa kejamnya pihak universiti kenekan bayaran pada student...

Antara pengajar template tu laki aku.
Kat whatssap group kecoh. Macam macam luahan tak puas hati. Aku senyap je. Aku tak cerita plak kat student2 ni sapa laki aku.
Macam biasa. aku mmg macam tu...

Sampai la, mata aku terbaca mesej yang mengutuk pengajar template tu...
Apalah salah pengajar template tu...
kene kutuk sumpah semua...
Dari geram giler kat laki aku, jadi sayang giler plak...

Malam tu aku bukak cerita...
Pembuat template thesis tu, sebenarnya laki aku...
lecturer entah pahper yang semua kutuk2 tu dan tak terkenal tu, sebenarnya laki aku...
Template thesis tu, sebenarnya untuk aku...
Sapa nak amik guna template tu, guna lah...
Sapa rasa nak attend, attend lah...
Sapa rasa tak nak pun tak de masalah.
Yang urusan lain2 tu bukan laki aku yg atur...tapi pihak universiti.

Aku tak ingat exact ayat aku macamana. tak tajam pun. tapi senyap trus group selama beberapa minggu. Bagus la...Tak sanggup aku baca kutukan2 tu.

Tapi tu kisah beberapa tahun yang lepas...
Student dulu pun ramai dah habis dah atau tgh writing...

Malam ni aku tatap template ni lagi...Yup, this template is mine. Pada orang lain maybe tak de nilai, atau nilai tu di tempat lain. Pada aku,...banyak...sbb template ni la aku janji nak habiskan mengaji kat sini. Cuma tak tahu aku boleh habiskan ke tak study aku ni. Huhuuuhuuhuhuuuuu...

Friday, April 12, 2019

Study aku tak seindah mana...

March lepas, kene approach oleh seseorang minta tulis tentang pengalaman sambung belajar kat sini. 
Aku senyum.
Aku tolak.

"sorry la, study aku blom habis..."
"tak pe, cerita jee...cerita mu mesti boleh inspire orang,...mu kan pandai cerita"
"huhuuhu... tak mboh la, biar orang lain cerita...dieorang punya story mory morning glory lagi best" 

Jujur cakap, memang tak best. aku hanya mampu baca cerita indah orang sahaja.
Tapi kawan aku nan sorang ni tak caya plak... Aku tak selesa nk cerita. Bila bab ni, mmg aku rasa macam kene hempas dari puncak everest. Aku cepat cepat minta diri sebelum kene push kaw kaw... 

I owned my shortcomings. 
Aku x pernah menyusahkan orang nak belajar. Nak menambah susahkan pun tak. Apatah lagi nak menambah serabut orang tgh belajar. Dengki kt orang belajar pun tak...
Masuk fakulti aku pakai topi student...
Mungkin ada yang tak percaya, kalau aku cakap yang ada masa, aku nak menuntut ilmu, rasa macam pengemis pun ada...Minta ihsan insan insan yg sudi bagi aku masuk kelas sbb nk belajar. especially kelas research method dan is research. Selalu aku duk belakang sekali, sbb aku sedar aku hanya nk tumpang je. Aku tak nak kacau pengajaran.  
Yang bagi tu, alhamdulillah...
Yang tak bagi tu, tak pe la...bukan rezeki aku.
Sekarang aku sponsor diri sendiri.
Duit biasiswa aku terima, aku jimat jimat. Ada yang aku belanja...mcm byr subscription journal, minyak kereta, kalau kene travel, join kelas, buku, beli keperluan aku, etc bukan la tak guna langsung. Masa beli rumah, aku x guna duit biasiswa. Kami guna "tabung lain"... tapi setting up rumah, ada la aku keluar duit juga... Lagipun, Future is full with uncertainties...baik sediakan payung sebelum hujan.

Lepas pindah sini, aku duduk kt fakulti laki aku. Laki aku suh dtg opis dia. Jangan duk sorang. So bergaul dengan postgrad fakulti dia. Kadang bila knowledge sharing, aku join bila aku rasa mcm sesuai. Hari hari, aku duk la kat bilik lama dia yang kosong tu. Hehehe...free aircond. 

Urusan ofis dia yang lagi satu aku tak kacau. Dalam lab dia byk student. Aku tak kacau. Aku masuk sesekali je, bila nak bersosial. Ms study, aku selesa duduk dlm bilik sendiri. Student lain pun tak le terasa mcm aku ni spy ke apa ke... susah jugak, jd bini supervisor orang ni. Mmg aku announce siap siap, urusan study depa, aku tak masuk campur. Research aku lain. Aku bukan nk tempel tempel nama kt research org. So, clearkan diri dari buruk sangka org kt aku siap siap. 

Pengalaman aku support phd orang...ada 2 je. Penulisan thesis phd abah aku dan laki aku....dan tak pernah sekali pun aku terpikir, feelingnya masa study tu cenggini...(sama ke? hahaha, aku rasa aku lagi teruk kot) ...(p/s: aku tak tuliskan, aku bantu betulkan ayat je) 

Sebab abah aku punya study ada yang jenis kualitatif, dapat la belajar sikit sikit dan apply kat master aku....Lain plak dgn laki punya phd. Dia lebih kepada style engineering approach. Lain. Aku hanya dapat bantu part grammar and struktur ayat je. Setiap kali aku ubah struktur ayat, aku list balik, dan tanya laki aku balik... Kang, aku sesedap rasa je pi tukaq jadi cerita lain...

Mmg sbg org kuali, thesis abah aku mmg tebal... dari tak de cucu, sampai dah bercucu dua baru siap. Bila dah jadi student, baru aku tahu senaknya laaa nak buat. Kesian plak rasa... 

Tapi thesis laki aku, dia aim nak tipis je...hahaha, mmg gini kot. Dekan lama fak aku pun gini gak....kalau tebal tebal, dia nak campak ke laut katanya...hahahha...

Ok,...malam ni celoteh panjang ye...
Jari aku gatal nak menaip. 
K, bye.