Sunday, August 29, 2021

Sirih pulang ke gagang, ikan balik ke lubuk, kucing balik ke rumah.... ^_^

Apa khabar ngan encemboi? 
Lepas operation, Dr monitor dia. Cek, makan, buang air, makan ubat etc. 
Dr cakap masa stay kat klinik, dia tak lalu makan. Kalau makan pun sikit je. Agaknya tak biasa dengan susasana klinik & wajah2 tak dikenali. Mesti takut. Selalu, ada kita kemain garang dgn org dia tak kenal,....Semua org dia tak kenal kene marah. Kalini, mesti dia kompius, nak marah ke nak sembunyi. Nak sembunyi tak larat. Redha je la.....Sedih kene tinggal juga mungkin kot. (Dah pesan, jaga diri, dia yang tak paham bahasa, nak buek camno). 

Masa dia operation, sempat la jugak mama search internet, tengok anatomi kucing jantan. Tengok part yang Dr cerita masalahnya. Hmmm........ tengok n baca je la mampu, selain doa. Hopefully, semua lancar & speedy recovery.  

Hari dia balik rumah, nampak la dia kurus sket. Ada bahagian yang Dr terpaksa cukur utk operation. Sampai je pintu rumah, apak keluarkan dia dari carrier. Nampak mata dia bulat tengok tengok keliling rumah....cek cek rumah...Haaaaaa rumah akuuu......Nampak dia ceria bila nampak adik! Adik pandai usap dia. Dia sangat sangat laaaa suka kene usap! Kemain muka dia 'seronok kene urut'.........😄

Dr pesan makanan dia kene beli yang mmg spesifik. Haiyoo!...bantu dia senang buang air & kurangkan kesukaran kencing. Ubat jugak diberi. Utk ni, apak & adik take care urusan makan & ubat. Hari pertama kedua ok lagi nak bagi makan ubat. Masuk hari ketiga, dah cerdik. Macam2 taktik ada. kemam, tolak dengan lidah, luah balik, dan paling teruk sekali, dah pandai kunci mulut! 😆😆😆

Sebelum2 ni, masa anak-anak tak de, mama la yang urus bab makanan pet anak - anak ni. Bila pkp, anak - anak ada kat rumah, anak-anak la handle. Kadang2, mama tolong. Cuma bab makan dia lepas operation, mama memang sengaja tak urus. Tapi dia carik2 mama, datang kt meja. Duduk depan monitor, baring depan keybod...suh pegang dia. Ok, mama pun usap la dia.....ingat dia nak manja je. Tapi tak, dia nak minta mama bagi dia makan......siap kunyah tangan kita......Aiiiii....mamat niii....Hiiii, pandaiiii niii..... kalau dia pergi kt apak & adik, kene makan ubat dulu, baru dapat makanan. So dia pergi kat mama. Kucing pun pandai mantik ngelat....Dengan mama tak de ubat....Kalau mama juga handle ubat, dia hilang tempat manja nanti. Mana lagi mau tumpang manja............ Tau dah sifir dia ni...... ooo sebab tak mo makan ubat tak sedap, baru ingat mama ye....😁

Wednesday, August 18, 2021

Just a quick review

1. Encem boi cakit...
Masa apak tak de, dia la antara peneman kami bertiga... lepas apak balik, dia pulak cakit. Dia tak macam selalu. Lain dari biasa. Mengiau, distress. Makan tak mahu. Minum tak mahu. Muntah - muntah ada la beberapa kali. Kita ni usap la dia. Tak reti nak cari punca. Rupanya dia ada masalah batu karang. Masa bwk ke veterinar baru tahu. Kesian la ke dia yang selama ni menahan sakit. Batu karang ni dah lama. Serasa mama, bab makan, kita dah jaga. Dokter kata, penyakit ni biasa terjadi pada kucing jantan yang dah di'kasi'......Hmmm....Masa sebelum pisah, doktor dah suruh bagi kata - kata terakhir sebelum operation. Hmmm.....nak nangis tapi control. Ramai orang kt luar klinik. Simpan dlm hati je la. Kami semua doa untuk dia, semoga operation berjaya.... Harini, dokter kata dia dah sedar lepas operation, tapi tak nak makan... Esok kita risik lagi, dia ni cemana.....


2. Health gadjets
Beberapa gajet kesihatan dah sampai ke rumah....




oh, ada satu lagi...pembaca gula dalam darah... Ni pun  apak beli jugak la....memandangkan side effects dr ubat mama ni boleh menyebab gula dalam darah tinggi dr normal, jadi wajarlah kene cek.................huhuhu, tapi mama takut nak cucuk jari, keluarkan setitis darah n cek. Hahahahahahhaahaa.....Masa tak de gajet ni, boleh la cakap tak tahu............ni dah ada, buat buat tak tahu pula......😅

3. Vaccination : my first shot!
Minggu ni, entah macamana entah, tetiba rasa nak try dapatkan vaksin. Asalnya ada viral kata boleh walk in kt pusat ppv di UMP.  Hati kita pun berbunga - bunga laaaaa....tapi sampai sana, pic kata tak de walk-in. Viral palsu! Apak dapat panggilan mysejahtera. Tak macam mama. 😔. Ku hanya mengiringi kekasih hati hingga ke pintu ppv sahaja....Keutamaan pada yang ada temujanji mysejahtera. Then, kalau ada kosong, most likely, UMP akan utamakan staf UMP yang belum ada vaksin. Sebab ni PPV kan, bila ada kekosongan baru diorang panggil org lain, isi kekosongan yang ada. Tapi, daku try je la. Mohon nak vaksin jugak. Malu, tapi terpaksa buat muka tembok juga, ...Mana tahu ada rezeki....Lama tunggu. Dah petang, baru boleh tahu ada kekosongan ke tak. Kalau ada rezeki, dapatla dipanggil masuk. Kalau tak de, tak de la. Nasib la.... 
Alhamdulillah, lewat petang kelmarin, ada rezeki (atas ihsan SUK Pahang). Dapatlah vaksin & temujanji untuk dos kedua akhirnya. Next appointment, boleh vaksin sama-sama apak. Dah tak payah jadi tukang iring sampai ke pintu lagi. Cuma, hajat hati I nak Pfizer....tapi tetiba terjodoh dengan Sinovac pulak.....tak perla, kan...... Janji dapat vaksin... Dah dapat ni pun, syukur sangat. 

Tuesday, August 3, 2021

Sup Ikan Jenahak

Kelmarin, kuterima panggilan dari bilik gerakan. Keputusan swab kedua kami bertiga negatif. Alhamdulillah....Petang semalam, kami potong gelang secara rasmi. Macam masa swab test kedua haritu, suasana petang di situ, lengang. Tak banyak orang. 

Lepas tu, kami terus ke Tealive sebelah hospital lama pekan...Meraikan kebebasan dari kuarantin. Kami beli empat. Apak punya pun ada.....Tak tau la dia lalu ke tak, kami main belasah je........Lepas dia balik, nak habiskan sesenduk nasik pun payah....Ayam dia tak lalu. Daging pun tak mau. Telur tak lalu. Bilis tak lalu. Ni kira gamble je ...... Kalau ikut tekak dia, semua tak lalu makan.............deria rasa tak de, selera pun tak de. Alhamdulillah, dia minum sampai habis...Selalu, dia bukannya suka minum susu.

Dah tu? takkan lah tak nak makan langsung? ok, itu tak mo, ini tak nak, kita try ikan. Masa tgh kuarantin haritu, mama tebalkan je la muka pesan ikan dengan jiran. Antara tenggiri, merah dan jenahak, amik la mana yang fresh nanti. Last - last, jiran bawak balik jenahak. Jenahak pun jenahak la...... 

Selalu kalau ikan jenahak, mama buat kari, asam pedas, goreng kicap halia, goreng berlada atau goreng biasa je. Tapi kalini mama try buat sup. Harap - harap apak boleh makan la. Mama buat style sup siam sket. Perah limau sket & ketuk jugak la cili api sebiji dua buh dalam sup. Alhamdulillah, dia makan habis...

Hari ni mama ter-ngok-ngek sket. Tergoreng ikan kembung keras macam batu pulak! Aisey men....terlalai kejap... Tapi, anak bujang buat ratah je. Dengan tulang2 dia kunyah. Mama masak, mestilah sedapkan?...Batu pun, batu lah! Bukan sehari dua goreng ikan.....dah bertahun pengalaman goreng ikan...tapi harini, masih  lagi tergoreng keras macam batu........Syukur laki kita makan je sampai habis.  Tak baling kita ke dinding...sorry lah, sekolah tinggi-tinggi pun, masih goreng ikan keras macam batu bini abang ni... 

Sunday, August 1, 2021

Terkenang satu masa dulu...

 

Kenangan masa kecik.......
First time, aku dengar laguni masa cerita Pancha Delima kat Tv1 kot. Tayangan ni, malam gitu.... Disebabkan ayahnya tak nak kene makan (atau kene kacau entah aku dah lupa) dengan makhluk yang menyeramkan, maka ayahnya bagi anaknya pada makhluk tu, sebab anaknya sudi, jadi ganti......(at the end, turned out that makhluk, ular tedung sumpahan, yang asalnya putera raja hensem lakonan allahyarham tan sri datuk dr jins samsudin...Nasib baik la makhluk tu tak makan dia ).....Laguni, si anaknya itu nyanyi atas kereta lembu masa ayahnya nak hantar dia pada makhluk tu..........

Mak aku pun notty jugak....Sambil lipat kain, mata tengok cerita, mulut dia keluar modal mengusik....muahahahaha... mak aku aku cakap tu lah kene pergi sekolah, kalau tak mama bagi je la makhluk yang suka mintak mintak anak orang tu.....😆😆😆.....Aku siap cakap, tak nak la.....offer diri pun tak mo... Kemain aku pongoh. Siap merajuk, sedih hati lagi sebab mak aku tergamak nak bagi aku kat makhluk tu.......😆😆😆😆😆😆😆😆😆... macam iye iye je....

p/s: ni bukan sebab aku belum habis sekolah tauu...😎