Thursday, April 28, 2022

Coretan sebelum sahur


1. Setelah 2 tahun, akhirnya macam dah boleh bebas dari Covid je bunyi nye......Mask yang dah beli banyak - banyak ni, kami pakai je la sampai habis... Scan MySejahtera pun dah tak perlu khabarnya. Hmm.....

2. Kelmarin ada majlis berbuka puasa di fakulti apak. Alhamdulillah, dapat jumpa wajah - wajah yang dah lama tak jumpa. Dah jumpa tu, macam tak cukup mulut nak berborak. Lama sangat simpan emas dalam mulut. Habis keluar semua emas - emas tu... pok pek pok pek! Majlis pun berjalan lancar & meriah walaupun dalam uni sahaja... Walaupun makanan utama dah ada, kita bawak juga la pot luck. (alhamdulillah habis licin!) Ni pun macam tak cukup mulut dan perut nak makan. Banyak yang sedap2. Habis majlis, dah gendut, balik rumah, terus mandi n basuh baju. 

3. Baju raya tahun ni mama setel awal. Dari bulan dua aritu dah siap. Tahun ni tema: Krim & Pink. Sepasang je. Itu pun simple je. Tak de labuci-labuci atau kristal swarovski atau batu permata tertepek kat baju. Spesis nak cepat macam aku kalau boleh nak express. Tak yah gosok lagik bagus. 

4. Alang - alang dah berjaga ni, nak p goreng nasik sat la...masak sahur. Nasik goreng apa? nasik goreng hentam sajalah.....asal lalu nak makan, ok jek... 

5. Tak banyak cerita kalini. Tak de mood. 

Tuesday, April 19, 2022

Ketuk Ketuk Ramadhan 2022

 Ramadhan kalini...

1. Berdua aje. 

2. Kadang masak, kadang beli. Kalau masak, masak simple - simple je. Tak nak spend masa lama - lama.

3. Sabar menahan diri dari balik kampung, sebab kerja banyak & anak - anak kat sini berdepan dengan macam-macam ujian. 

4. Sabar menahan diri dari membeli makanan yang anak-anak teringin di bulan Ramadhan ni... Sebelum pecah tembok asrama tu, mama & apak elakkan membeli makanan yang anak - anak teringin sangat. Sebenarnya, kami ni boleh je nak beli & enjoy makan kegemaran anak - anak tanpa bagitahu depa, tapi dimanakah keseronokan itu kan???...Untuk tease, memang best! 😆...Atas rasa tak sampai hati nak buat cenggitu, maka kita pilih untuk bersabar....Tunggu anak-anak balik, makan sama-sama. No one left behind...💓

5. Kita potong rambut. Dah panjang sangat! Tak dinafikan setelah sekian lama bela lambut panjang, rasa sayang nak potong. Tapi kalau tak potong, rimas pula rasa. Jadik, baik potong aje la. Dah tak boleh berlakon The Ring lagi...😆

6. Berat kita turun lagi. Ada chance cun balik macam Catherine Zeta Jones masa muda dulu ni.....💓😊.Hahahhaa...Macam ye iye je. Yang penting sihat.

7. Banyak - banyak berdoa...semoga Allah swt mudahkan urusan.....

8. Ramadhan kalini tak de apa nak ketuk. Ketuk kepala sendiri ada la...😄

Sebagai penutup entry ni, meh kita tengok resepi Buko Laici plak kalini. Tak pernah buat, tapi nampak sedap untuk hidang time buka puasa 😍

Apo cerita la anak sorang ni & sorang nu

Sekarang dua - dua beradik kat asrama masing-masing. Bam sekarang dah jadi senior. Seronok dia, sebab batch dia sekarang adalah batch paling senior. Suka bebenor jadi 'abang senior'. Hahahhahahaa... Dik pulak dah naik form 2. Dia tak suka jadi senior. Dia suka maintain jadi 'adik junior' je ...Sabo je la.😂... Kata dik, dia homesick. Tak sabar nak balik....(homesick apanya budak ni, rumah dekat je...😉). Sekarang ni, bila dah jadi senior tak boleh la nak homesick-homesick ni. Apapapun, mama ni lega hati sangat, bila tahu all is good kat kat asrama dik. 

Berlainan plak kisah kat asrama bam. Di asrama bam plak,...habis satu batch dilanda serangan Covid. Dari sepenuh - penuh orang, tinggal la beberapa kelompok je yang ada. Beberapa dorm kene kuarantin, termasuklah dorm bam. Semua yang kene kuarantin, tak boleh pergi sekolah. Bam tak demam. Batuk & selsema je. Test Covid, pun negatif. Hmmm...(boleh caya ke test kit tu?) Katanya, dia stay je kat arasnya tu. Makanan berbuka di hantar, & sahur pun dihantar. Tinggal bangun je, bersihkan diri, tunggu je situ, semua sampai....Harap - harap badan bam kuat la lawan. Vaksin dah lengkap 2 dos. Tak de booster. Kawan - kawan yang positif dah balik, atau kalau yang duduk jauh kene kuarantin kt tempat khas. Terasing dari yang lain-lain. Ubat-ubatan pun ibubapa batch ni support, tong tong ramai2. 

Walaupun gitu, sebelum masuk asrama aritu, mama dah bekalkan panadol beberapa papan, ubat selsema, cair kahak & ubat batuk. Multivitamins pun dah bagi jugak. Tiap2 minggu hantar bekalan makanan. Bimbang terlajak berbuka ke, sahur ke, atau lapar ke tengah malam, adalah makanan untuk dimakan. Tak lah mewah. Cukup-cukup je. Bila ada kawan memerlukan, boleh tumpang, bagi... 

p/s: saat - saat macam ni penting ada alat komunikasi untuk berhubung...  

Friday, April 15, 2022

My short stories

Hmmmmmmm...update cerita pendek je kali ni. 

1. Busy the whole week...with home-study affairs, supporting faculty & escorting my husband sana sini... 

2. Now that my svno2 dah sihat dari Covid, rasa nak kene jumpa ni. Dah sebulan dah on hold...

3. Sejak Rusia lancar perang ke atas Ukraine, aku tak jumpa dah student dari dua negara ni dlm discussion group lagi. Hidup mati pun tak tahu. PhD sendiri dah tough. Tetiba berdepan dengan perang pulak. Tak sanggup dengar kalau ada yang kene bom ke, kene tembak ke...Walaupun tak seagama, aku still doakan dieorang are still good. Aku sumbang juga derma ke tabung misi bantuan ke sana...walaupun tak seberapa..............

Hmmmm...

Friday, April 1, 2022

Sepi sendiri lagi...

Hmmm...nak tulis apa eh kalini...

Hutang puasa dah habis. Dah qada dah semua-semua. Alhamdulillah. Lega. Dalam banyak - banyak puasa 8 tahun kebelakangan ni, 3 tahun hujung ni aku dapat puasa dengan baik, macam dulu-dulu. 

Tak lama lagi budak - budak dah nak kene balik asrama,...Masa apak dapat gaji aritu, kita dah belasah udang goreng kunyit. Yang nak makan kurma ayam dah dapat, yang nak makan kari ayam dah dapat, yang nak makan ikan masak sambal pun dah dapat. Esok tengah pikir nak buat ayam lemak cili api plak. Esok jumaat. Ingat nak shopping la barang2 rumah & keperluan balik sekolah sekali. Sabtu & ahad, kita enjoy buat benda lain. Nampaknya, Ramadhan ni aku akan menjalani moment moment sepi seorang perindu lah nampaknya....😢


Harini, aku kongsi video pensyarah, seorang prof dari uitm yang sedang viral tu dengan anak-anak. Aku pesan kat anak - anak, jangan terkejut jumpa guru yang mulutnya macam ni. Tu belum dengar kene maki dengan bos lagi. Aku tak suruh tiru perlakuan prof tu. Gaya bahasa dia sangat tak sesuai. Tapi aku tanya anak - anak, apa point yang nak disampaikan prof tu? Dia nak suruh student tu bersungguh dalam belajar. 

Untung la apak awak ada kerja. Ada gaji. Boleh beli makanan. Mampu beli buku, adakan komputer, untuk anak-anak belajar. Mampu adakan internet laju kat rumah. Bersyukurlah....Hargailah. Gunakanlah dengan baik....... Kadang terasa geram juga, bila depa asyik lalai. Nak main game sepenuh jiwa je kerjanya........Aku pun rasa nak guna mulut puaka jugak lah, (tapi bukan jenis mulut puaka-jamban la), boleh??? Dah kalau cakap elok-elok, melampau sangat. Kene bagi sedas-dua jugak ni...baru jalan... "Hah, kau! Kau buat apa?! Kau kan dah ada buku & komputer? Kenapa kau tak belajar? Baik kau belajar sebelum aku naik angin..."😆😜