Sunday, October 19, 2025

Umrah 2025 dan Pindah Lab

Masuk je September, beg - beg kami dah ready...entah entah dah hari hari depa ni dah bertalbiah ๐Ÿ˜…
 

Alhamdulillah, September tahun ni kami sekeluarga berpeluang ke Mekah dan Madinah sekali lagi. Doaku dulu dimakbulkan Allah. Kalini kami pergi berempat dan bersama sorang adik aku, 4 + 1. Kami dapat peluang pergi bawah rombongan UMPSA. Bagi budak - budak ni, ni kira trip pertama mereka ke Mekah dan Madinah.

Majlis doa selamat... 

Bajet trip kalini sederhana sahaja. Sepanjang 7 hari kami ber-5 semua enjoy je apa yang direzekikan Allah pada kami. Sepanjang program umrah ni, apa ustaz dah uruskan, kami ikut je.... Urusan semua lancar sepanjang perjalanan. Sebelum bertolak, mama sempat submit paper ke conference di Fakulti Oktober ni. Alhamdulillah...selesai 1 urusan. 

Kene susun beg betul-betul, kalau tak tak muat dalam teksi. Teksi ni pun dah book yang besar  


Kami tempah 2 bilik. Girls duduk 1 bilik (3 orang). Boys duduk 1 bilik (2 orang). Pakej sekali dengan makan. Di Mekah kami duduk di hotel Anwar Al Deafah dan di Madinah pula kami dapat menginap di Arkan Al Manar. Di hotel Mekah yang kami duduk ni, saiz biliknya agak kecil. Tapi, kelebihannya ianya dekat dengan pintu depan Masjdil Haram dan tempat shopping. Ada peluang pergi ke masjid, kami pergi... Ada peluang shopping, kami pergi belasah juga. Kami tak shopping sakan souvinir. Tambah pulak kontrak aku akan tamat, jadi satu souvenir pun aku tak beli. ๐Ÿ˜Hanya merasalah susu untaaa, susu lembu berkrim...nasi daging untaaa, kambing, kebab, pizza, ayam goreng al bayt...Dan paling best, air buah! Peti ais kami bertiga sentiasa meriah dengan buah, air buah, pepsi (pepsi arab yang kurindui) dan laban...Ais krim pun pantang jumpa, kami enjoy sepuas-puasnya. Lepas berfikir - fikir, mama n apak decide sumbangkan 2 kotak kurma untuk sekolah adik, dan apak sedekahkan sebotol air zam zam bahagian dia utk pelajar tingkatan 5 sekolah adik utk SPM. 

Masih teringat lagi hotel kami masa musim haji 2023, di Abraj Al Janadriyah.....jauh nun, ke arah masjid Jinn sana.... dan tak lupa dengan Swiss hotel yang kami pernah diami sekejap masa musim haji dulu. Tak macam dulu, harganya kali ni, 2 malam je suda boleh habis semua duit gaji bulanan mama...InsyaAllah, next time sapa tahu mudah mudahan Allah kurniakan diriku ni rezeki yang banyak dan kemampuan untuk datang lagi. Boleh duduk hotel dekat2..Amin.

Syahdu

Untuk persediaan sebelum pergi kami dah ambik vaksin. Semoga imun badan adik kuatlah untuk SPM tahun ni. (Banyak sekolah sedang dilanda Influenza A dan B sekarang)...Kelmarin, lepas conference, dapat call, cikgu bagi adik pulang sebab tak sihat. Lepas tu bawak g cek hospital pulak. Kene X-ray. Ada jangkitan sikit kat peparu. Dapat antibiotik. Sekarang dah tak demam. Selagi adik tak sihat, mama rasa baik mama pun stay kat rumah sahaja. Tak bawa kuman ke fakulti... Kat rumah pun boleh buat kerja. No problem. 

Lepas balik dari umrah haritu pun, mama terus kemas barang-barang dan pindah lab. Start 1 Oktober, mama dah jadi student sepenuhnya. Balik semula ke lab ikut research group. Yang bagusnya ttg lab sekarang ni, tak de orang. Sunyi. Tak bising. Jauh dari gangguan. Luas dan lapang. Sedap nak menulis. Minda kita pun selesa berfikir. Yang tak seronok ialah bila lift rosak. jenuh mendakiiii....... dan satu lagi, mama tak boleh buat keje sampai malam. Dulu masa lab kat level 2, beranilah sikit nak buat keje sampai jam 10.30mlm sbb ada je kawan teman. Kalini, x boleh. Bahaya. So pukul 6 ke 6.30 kene balik, atas faktor keselamatan.

Saturday, October 18, 2025

1 month b4 stepping down...@ Pulau Redang

Sebelum kontrak tamat...
Sempat ikut trip 1 faculty ke Pulau Redang...Seumur hidup nilah first time sampai sini...

Apa orang dah susun dalam tentatif tu kita selaku orang bawahan ni ikut saje...

Hmmmm...aku tetap berpegang, bila kita bermusafir sama - sama ni, ada adabnya.
Kalau dah pergi program sama2, atas tujuan team building, balik pun haruslah sama2. Buatlah aktiviti sama2, dari awal sampai akhir....... kecuali mmg acara bebas, sendiri2...Sapa nk join, join. Sapa pilih untuk tak nak, sukahati.... yang penting, tiada yang tertinggal atau diketepikan. No one left behind. 

Lain la kalau kita pergi sendiri-sendiri, duit sendiri, moment sendiri. Yang dalam trip ini, kita mahu ajak kawan terbaik kita sahaja di dunia ini. Tak mahu ajak orang lain. Asal bukan bawah agenda team building utk fakulti, persendirian, duit sendiri, x pe lah. Tak perlu ade phd pun kita boleh faham... tak susah pun logiknya... ๐Ÿ˜‡ 

Tak sangka di Malaysia ni ada pantai secantik ni....Sampai boleh jumpa baby shark - black tip!!!


Bawah tu tempat orang bersidai... Aku tak mau sidai-sidai. I tak boley panas - panas ni....!


Kawasan ni agak mahal. kalau ada duit, poket tebal sikit, boleh la mai dengan famili pulak....Aku pernah berbual dengan sepasang suami isteri dari Italy ni,...depa dua pernah mai sini 17 tahun lalu...kat resort yang sama. Sekarang ni depa mai lagi dengan anak depa 2 orang. Tak sangka aku hotel ni dah lama rupanya....Depa kata, Redang ni cantik. Aku pun tanya kat mana lagi depa pernah snorkeling di tempat yang cantik sekitar southeast asia....Selain Sipadan, Koh Samui, ada satu pulau kat Bali,.....depa kata jalan atas jeti, dah boleh nampak karang dan ikan-ikan karang macam lion fish dari atas....Wow!!! ada rezeki boleh la g 

Dapat pergi sini pun aku dah bersyukur. Cantik pun cantik. Macam kt oversea. Makanan pun sedap. Cuma puding roti dia je, aku terkenang - kenang, teringin nak rasa lagi...bila lah tu eh...hmmm....gaji aku bukan dalam dollar atau euro. 

Saturday, August 9, 2025

Face The Music

Face the music?

The phrase "Face the music" means you accept the consequences or criticism for your actions.

Ok, I face the music. 

Tengah layan lagu Hero, nyanyian Mariah Carey.
Aku dengar jugak versi masa tahun ni, > sini <
Tapi aku suka versi masa muda. 


Ngantuk dah. Babai.

Tuesday, July 15, 2025

'Bercinta'


Bercintanya nak siapkan thesis...๐Ÿ’ฆ๐Ÿ’ฆ๐Ÿ’ป๐Ÿ“‘๐Ÿ”–๐Ÿ“•๐Ÿ“–๐Ÿ“—๐Ÿ“˜๐Ÿ“™๐Ÿ•ฎ๐Ÿ“š




Sunday, May 25, 2025

Masa suri rumah vs Masa dah kerja

 Aku - Masa Suri Rumah 

1. Kalau nak cerita tentang duit, memang tak banyak la. Dah kalau keje pun tak, meniaga pun tak, pendapatan memang tak de. Harap apa yang suami bagi lah atau yang dapat dari mama n abah. Kalau hujung bulan, duit dah habis. Tak de lah simpanan. Selalu, aku rasa aku ni menumpang rezeki suami. Tapi suami aku cakap, dia yang menumpang rezeki aku dan anak - anak sebab rezeki yang datang ni Allah bagi, sebab kami melalui dia.  

2. Lepas subuh, aku g dapur sediakan sarapan. Sibuk uruskan hal - hal rumahtangga. Pikir nak masak apa. Kalau barang tak de, aku pergilah beli. Kalau ada, mulalah cairkan2 apa - apa yang beku, supaya bila nak masak nanti boleh masak terus. Sementara tu kemas-kemas lah, urus hal kain baju, sapu depan rumah dan macam-macam. Selalunya, memang nak setelkan seawal mungkin supaya boleh rehat cepat. Tengahari boleh lipat kain sambil layan tv atau membaca atau tengok drama korea,jepun atau telenovela. Baca apa? ikutlah novel ke, majalah ke blog ke atau surf internet, FB.....dulu tak de wassap ye...      

3. Masa nak jumpa-jumpa kawan, shopping - shopping, suka - suka nak berborak tu memang terhad. Anak - anak dan suamilah yg jadi teman borak. Topik borak hari-hari sama. How's your day? Nak makan apa harini? Harini ada cerita apa yang paling menarik...atau yang teruk. Gitu je la modal nak mulakan perbualan hari-hari...hidup ni jadi predictable kan? Rutin hari-hari. 

4. Rumah lebih cantik dan terurus. 

5. Masa anak - anak kecik, tak cukup tangan nak urus. 

6. Manjakan diri? Bila kita tak banyak duit, nak membeli pun kene pikir banyak kali. Beli yang murah-murah je. 

7. Kereta pun, pakai yang suami sediakan. Ada kereta utk bergerak dah bersyukur. Nak demand demand, kene intai balik poket dan cermin muka sendiri. 

8. Pernah juga ada kejadian bilamana kalau dengar kita cakap kita ni surirumah, sorang hamba Allah ni tak mahu duduk sekali, sama - sama bercakap atau berbual sebab tak sama level katanya....Hmm, selalu aku biarkan sahaja. Tak nak cakap dengan kita, sudah. Banyak lagi manusia di dunia ini selain dia...Dan pernah juga, ada yang tanya, belajar tinggi-tinggi, duduk rumah saja? worth ke? Tak takut ke kalau suatu hari suami tak de ke tiba-tiba, you dan anak - anak macamana? Mungkin orang ini sangat ambil berat. Ada betul juga kekhuatirannya itu. Takdir masa depan kita tak tahu kan? Hmmm, memang ginilah hidup seorang suri rumah yang bergantung pada suami. Kalau suami, kaya. Isteri tak payah kerja, tak pe lah. Aku pun bukan ada 5 juta dalam bank.

Aku - Masa Dah Kerja

1. Bila keje, ada la pendapatan sendiri. Jujur cakap, aku suka ada duit sendiri. Ada kuasa membeli apa saja aku suka. Dapat gaji ciput pun dah seronok. (Yang tak seronok, nanti orang ingat kita ni bank bergerak, atau pusat pinjaman wang. Sedangkan kita ni nak byr/elakkan hutang dan sangat memerlukan untuk setelkan urusan kita huhuhuu)

2. Kalau sempat masak, aku masak. Kalau tak sempat, beli je lauk kt luar, tinggal masak nasik je balik rumah atau makan siap2 kt kedai. Cepat. Pastu balik mandi atau sambung buat keje atau tido. Selalu, aku akan cubalah makan sarapan sama - sama. Bila anak - anak tak da, berdua je lah. Dah tua - tua ni, lagik la orang kata kene berkepit selalu. Takut laki lupa kita.....hahahhahaa...๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‰ . Kalau sempat masak, ada lebih, aku bawak bekal. Jimat masa dan duit. 

3. Masa kt ofis, punyalah banyak manusia aku boleh bercakap....๐Ÿ˜„. Kadang-kadang tu ada hari aku rasa macam banyaknye guna mulut, penat bercakap. Tapi pernah juga aku duduk diam-diam seharian buat keje sebab tak de benda yang nak dicakapkan. Bukan nak sombong. Dari berborak kosong, baik siapkan kerja PhD yang menimbun. Masa membaca dan memahamkan, membuat model, perlu fokus. Masa nak fokus, kene guna tenaga yang banyak. Balik kerja dah penat. Sebab tu bila bab nk terima tetamu, aku lebih suka tahu lebih awal supaya aku boleh bersedia dari segi masa, keadaan rumah, mental dan fizikal. 

4. Time sibuk, aku biarkan dulu lipat kain. Balik, selalu aku vakuum rumah supaya bersih. Nak kemas selebihnya, ikut mood. Tau tau je la rumah student postgrad camne....sepah dengan paper sana, paper sini kan...

5. Bila anak - anak dah besar, dah masuk asrama, kosong je rumah. Duk lah sorang-sorang. Nasib baik ada thesis, ada jugak benda aku nak pikir. Moga - moga bertambah kurang risiko nyanyuk....๐Ÿ˜‚

6. Bila dah berumur, aku kene ingatkan diri ini yang urusan kesihatan/perubatan akan meningkat. So bila ada kerja, maka adalah peluang untuk aku ketepikan duit untuk beli ubat, dapatkan konsultasi pakar perubatan atau dengan ada duit kita mampulah nak masuk hospital swasta yang selesa bila memerlukan. Topik ni antara topik yang aku pernah tanya pada cikgu modelling aku, tentang apa yang drive dia untuk terus bekerja walaupun dah berumur....Ada banyak juga yang aku boleh belajar dan mendapat lesson learned dari pengalamannya. 

7. Dah tak tahu apa nk tulis lagi.....cukup la sampai sini dulu. Ada lagi nk tambah kang aku tambah. Mudah mudahan bertambah-tambah rezeki lagi yang datang dan sentiasa dalam kecukupan. Amin. 

Monday, May 19, 2025

Bunga

Lama tak menulis kat sini. Harini, ringkas je.
 InsyaAllah, ada masa lapang boleh tulis lagi sini.
Simpan coretan kenangan.

Semoga bunga - bunga idea masih terus menguntum, mengharum kembang untuk aku menulis dan terus menulis sehingga habis...
Amin.
 
Ni baru lepas layan 3 lagu yang tajuknya 'Bunga'
Tajuk sama, penyanyi, lirik, mood dan mesejnya tak serupa.
Berbeza sekali...
Tu lagu.

p/s: antara mimpi ngeri student PhD ialah bila ada orang yang buat research dekat-dekat atau serupa dengan research dia...

Bunga - Ara Johari

Bunga - Exists

Flowers - Miley Cyrus

Tuesday, March 25, 2025

"Deeply-in-relationship" ...

 


Hahhahaha......Raya ni, aku raya kejap. Pastu aku larilah, kene setelkan urusan yang tak siap lagi...


Sunday, March 23, 2025

'The Calling - Wherever you will go'


Lagu ni famous pada zaman Smallville. 
Layankan ajela....๐Ÿ˜Ž 

Lama tak merepek kat sini....
Kita parking 1 post sini. Ubat rindu.... 

Sunday, February 2, 2025

Garlic Butter Grill Lobster + Cheese

 Malam ni, kami gi pesta apa entah kat bandar Pekan. Saja jalan2. Tiba-tiba nampak ada orang jual ketam bunga besar-besar. Besarnya tu adalah dalam saiz tapak tangan orang dewasa. Lobster pun ada jugak. Disebabkan fresh dan agak murah, kami pun beli. Lama tak makan. Kebetulan adik cuti, ada kat rumah. Syok la sikit mama ni nak masak. Kami pun beli beberapa ekor ketam bunga besar dan 2 ekor lobster. Ketam ni, plannya nak masak lomak cili api. Lobster ni, sepanjang jalan mama dan dik bincang nak masak apa.... 

Balik, kami simpan ketam. Mama terus fokus pada lobster. Masa beli tu hidup lagi. Nak siang hidup2, mama tak mahu. Nak tunggu dia mati dulu. Dia mati je, terus siang. Disebabkan sesungut dan kaki dia besar, mama potong2 yang hujung sahaja. Dalam tu penuh isi. 

Mama decide buat Garlic Butter Grill Lobster. Adik jadi tukang potong dan racik bawang. Mama siang lobster dan tukang masak. Apak? Tukang bayar aje. Dia tak makan. Kami pun mesej bam dengan gambar lobster. Ajak balik rumah, makan kat rumah. (Dia duduk kt asrama. Minggu depan final exam)

Idea last minute, kita bakar dgn tabur cheese atasnya....belasah je la!

2 ekor ni baru je hembuskan nafas terakhir...kita ready nak siang!
Pengalaman pertama anak-anak makan lobster. 

Saturday, February 1, 2025

Kompilasi Tak Berjaya

Tahun lepas macam - macam tak berjaya...

Tak berjaya turunkan berat badan ke berat ideal. Dapat turun sikit je. Hmmm....susahnya nak maintain untuk berat tak naik. Tak perlah, gemuk pun abang still sayang kan? 

Tak berjaya siapkan model on time. Sad but true. Tak pe, pelan-pelan aku restart bina balik semula. Dalam seminggu, dapatlah 2-3 hari buat model. The good thing, kita dapat recall balik step2 development. Aktiviti ni membantu bila kita nak menulis Chapter 3. Kita revise balik rujukan-rujukan utama. Buang-buang trim part yang aku merepek melalut meraban.....Dalam otak ni ada banyak nak tulis, tapi tak terkeluar pulak. Aduhaiiii...........................

Tak berjaya publish paper hasil kompilasi data yang dikutip dan disusun. Adakah sebab lama? Aku rasa tak. Kemungkinan juga disebabkan cara aku tulis analysis. Hmm....nanti sambung pikir, next nak buat apa...Mungkin boleh tarik masuk, selit ke...atau mungkin kalau dapat cari cara, Aku teruskan usaha utk publish.  

Tak berjaya habiskan baca buku. (Bukan buku romance ya....ni buku teknikal yang boleh bantu modelling) Alasannya, kerja banyak.....Nak sambung baca, lupa plak haritu berhenti kat mana. Rasa baiklah restart!

Tak berjaya habiskan briskwalk keliling Uni....Sampai kt taman rusa, aku berhenti. Aku main - main dengan rusa. Aku tak nak susahkan orang. Aku call je laki aku amik bawak balik fakulti. Hehehehe, aku sampai di garisan penamat awal. Ngelat. Apa nak buat. Sampai situ je mampu. Dah lama tak jalan jauh. Tiba-tiba nk jalan jauh, hehehehe.....ok, kita sedar diri. Kita kene give up. Kita kene bina balik stamina....Silap sendiri jugak sebab tak maintain lepas balik dari haji dulu. 

Tak berjaya habiskan puasa qada' tahun lepas. Kene habiskan sebelum Ramadhan Mac nanti.

Tak berjaya meneruskan niat nak menjaga bunga ros jepun. Akibatnya, banyak ros jepun mati. Dalam - banyak - banyak pokok bunga, aku memang suka ros jepun. Macam-macam warna. Tapi nak menjaganya memerlukan komitmen. Aku pencinta bunga ros jepun yang tak komited. Teruk kan???

Tak berjaya menjaga kucing dengan baik. Baru-baru ni, aku terlanggar salah sekor kucing sendiri. Hasil X-ray menunjukkan sebahagian organ perutnya telah teranjak ke atas masuk ke kawasan paru-paru. Diafragmanya koyak! Kos pembedahan nak betulkan kedudukan organ-organ tu mencecah 5K. Tu pun doktor tak jamin dia boleh survive pembedahan tu dan survive lepas pembedahan major macam tu. Aku memilih tak teruskan pembedahan. (selfish ke aku?) Setiap kali pandang dia, ralat tak sudah. Sekarang dia dah boleh berjalan, makan, buang air, tapi doktor dah cakap, kapasiti paru-paru dia dah tak normal. dah tak macam dulu. Dia tak boleh berlari. Tak boleh bernafas dengan baik. Kalau kene selsema, mungkin masalah ni akan bertambah teruk....

So many faults, failures and frustrations... 

Entry sulong 2025!!!

 Alhamdulillah, akhirnya....setelah 11 minggu menghadap dan menanda assessment pelajar dari week 5 sampai week 16...akhirnya, selesai jugak. Lega rasa. 

Semalam, dapat jugak merasa menghadap study sendiri sehari suntuk akhirnya. Lama tak dapat nikmat tu. Korek balik thesis, ingat balik kat mana daku berhenti haritu. Bukak balik model, run testing case satu persatu. Catat value. Organize log. Aku buat cemana yang cikgu modelling aku pesan kt aku. Kalau dulu, aku pening jugak, apesal orang A buat cenggini, orang B buat cenggini, tapi sekarang tak lagi...Tapi kail aku baru sejengkal atau mungkin lebih pendek dari sejengkal. Lautan dalam, tak berani aku nak duga......aku banyak bermain jala di persisir gigi airnya sahaja. Cetek - cetek je. Tapi sampai masa, aku kene menyelam sorang-sorang juga. Kalau ada duit boleh beli tangki oksigen. Dapat la selam lama sket. Nak advance lagi, kene beli submarine ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚.... bila la tu ye...InsyaAllah, mudah - mudahan dilapangkan untuk aku naik lagi tangga yang advance lagi. Amin, mudah mudahan dibukakan jalan... (kita angan-angan dulu eh)

Semua officemate sambung cuti CNY, kita je masuk opis. Sunyi,... Sepi,...Tak de orang.  

Apak pun cuti. Biar apak plak merasa kene tinggal dengan anak - anak masa cuti. Hehehehe...Harini, kita masak asam pedas ikan sembilang...Meh review resepi...