Monday, January 31, 2022

Tag : 3 Iklan drama...

Pilih 3 iklan drama yang anda rasa suka dan terasa dekat dengan hidup anda...

Ok, ni 3 iklan yang daku pilih...


Iklan 1 : The Gift of Opportunity


 Iklan 2 : Gelora


Iklan 3 : Hutang Tak Bayar

Tuesday, January 25, 2022

Menjelajah ke Rompin 2022

Minggu lepas apak ada bengkel kt Rompin. Tak larat - tak larat pun gedik ikut jugak. Lepas amik booster ni memang terasa kepala pusing, nak muntah & nak tido je memanjang. Kalau tak ikut, duk rumah bukan buat apa pun. So kita pi jalan - jalan, tengok sana ada apa. Salah satunya, pi tengok kedai makan. Kedai makan kat bandar Rompin ni, boleh kata semua menu ada udang galah. Ada yang mahal, ada yang murah. Kebanyakan kedai makan, boleh walk in. Ada yang kene tempah dulu, sebelum datang makan. Takut permintaan tak mampu ditunaikan agaknya....Ada satu kedai tu, kami nak mai, tapi org tu habaq udang dia dah habih. Jadi bukan rezeki la nk makan situ. Tak pa la. Lenkali. Malam plak, aktiviti tengok bulan naik dari arah laut.

Ni camera dr phone mama, kalau camera DSLR apak lagi cantik kot.

Hari ahad tu, apak kata dah boleh buat aktiviti bebas. Ingatkan lepas check out, kami terus balik Pekan. Sekali dia pi bawak ke Taman Negeri Rompin daaaaaa. Adeiii la....Mama ni dah la pakai skirt!!! Sampai sana, sarung seluar.  Habis kaki ni kita lumurkan dengan minyak angin cap yu yee....Takut pacat panjat!

Ni kalau shoot cantik2 ni boleh nampak macam Canada. Perasan je, tapi bukan Canada. Hakikatnya, ce tengok. Pokok kiri kanan kat jalan tu pun lain. Yang sama, suasana. Dalam kesunyian, penuh dengan bunyi-bunyi makhluk hutan. Bunyi sungai mengalir. Bau segar hutan. Di bawah langit biru dan awan nan putih ni, tersergam pokok - pokok hijau hutan negeri Pahang. Sumber oksigen dunia ni! Habitat semulajadi pelbagai haiwan. Ha...harini kita bawak saintis kecik, tengok hutan negara kita. 

 Dulu combined Endau-Rompin.
La ni, dah asing - asing. Jabatan hutan belah Rompin urus hutan belah Pahang ni. 
Yang kt Endau, bawah pengurusan Johor.

Ni, student postgrad melayan perasaan...
Model tak siap, dia lari masuk hutan...😂😂😂


Lepas penat jalan, kita g makan.
Dua kedai ni famous dikalangan bike riders. Orang datang tak putus - putus.
Tapi daku, tak boleh stay lama - lama, banyak sangat makanan.
Berat baru je turun dr 95 ke 92 ke 89kg ni....kita nak turunkan lagi...insyaAllah.

Mee udang! Ooops...alamak termakan tiga-tiga plak udang tu...😋😄
Apak? Dia tengok je anak bini makan.
Dia makan lauk lain...
Sokmo gitu.

Tuesday, January 18, 2022

Short update

1. Bam dah balik asrama. Tengah exam akhir tahun. Dalam masa yang sama, debaran semakin terasa. Esok keluar result, IGCSE.  Mama & apak ni hanya mampu doakan yang terbaik.  Amin.  Dalam masa yang sama juga tadi dah pesan, kalau dapat tak ok, its ok utk frust. Tapi jangan lama - lama. Terima hakikat, & move on....

2. Adik blom balik asrama. Dia pdpr je. Kemain seronok budak asrama-sekejap-masuk-sekejap-balik ni enjoy. 

3. Rabu ni, mama akan amik vaksin penggalak....kenapa la namanya 'penggalak'....macam gatai je bunyiknya ....Tapi mama percaya, vaksin penggalak bukan menyebabkan orang gatai....😆 Dengar cerita, ramai yang tumbang, pening-pening, sakit kepala & susah nak bangun. Nasib baik jugak adik ada ....Harap-harap badan ni kuat la...Amin. Kalau haritu dah amik Sinovac, jadi vaksin penggalak depa akan bagi sama ada Pfizer atau AZ. Erm...ok, nanti kita tengok dapat apa...

4. Kerja pun dah belasah awal...so, time tumbang nanti, slow la sket....atau maybe no progress at all.


Wednesday, January 12, 2022

Polisi baru : beli 10 free 1

 

WoW!
Beli 10 ayam percik, dapat 1 free...
Best polisi baru abang ni...
Harini, sy nak beli 3...Minggu depan saya mai singgah lagi naaa...Lama - lama nanti cukup la 10 tu. 20...30...pun tak per... 
Tapi kan, bang....
Saya tak nak ayam free je... 
Saya nak abang...
Eeehh,...Bukan untuk kawen lagi,...Bukan...Bukan...Ooooh...No...No...Merajuk suami saya kang...
Abang sekarang menteri kesihatan kan, apa kata...Abang supply data utk model saya, boleh?
Saya student je,...Bukan polis paling lawa di Malaysia....
Hahahahahahahaha....Terima lah entry angan - angan merapu di awal tahun...
Berangan no 1!

😁