Alhamdulillah, September tahun ni kami sekeluarga berpeluang ke Mekah dan Madinah sekali lagi. Doaku dulu dimakbulkan Allah. Kalini kami pergi berempat dan bersama sorang adik aku, 4 + 1. Kami dapat peluang pergi bawah rombongan UMPSA. Bagi budak - budak ni, ni kira trip pertama mereka ke Mekah dan Madinah.
Bajet trip kalini sederhana sahaja. Sepanjang 7 hari kami ber-5 semua enjoy je apa yang direzekikan Allah pada kami. Sepanjang program umrah ni, apa ustaz dah uruskan, kami ikut je.... Urusan semua lancar sepanjang perjalanan. Sebelum bertolak, mama sempat submit paper ke conference di Fakulti Oktober ni. Alhamdulillah...selesai 1 urusan.
Kami tempah 2 bilik. Girls duduk 1 bilik (3 orang). Boys duduk 1 bilik (2 orang). Pakej sekali dengan makan. Di Mekah kami duduk di hotel Anwar Al Deafah dan di Madinah pula kami dapat menginap di Arkan Al Manar. Di hotel Mekah yang kami duduk ni, saiz biliknya agak kecil. Tapi, kelebihannya ianya dekat dengan pintu depan Masjdil Haram dan tempat shopping. Ada peluang pergi ke masjid, kami pergi... Ada peluang shopping, kami pergi belasah juga. Kami tak shopping sakan souvinir. Tambah pulak kontrak aku akan tamat, jadi satu souvenir pun aku tak beli. πHanya merasalah susu untaaa, susu lembu berkrim...nasi daging untaaa, kambing, kebab, pizza, ayam goreng al bayt...Dan paling best, air buah! Peti ais kami bertiga sentiasa meriah dengan buah, air buah, pepsi (pepsi arab yang kurindui) dan laban...Ais krim pun pantang jumpa, kami enjoy sepuas-puasnya. Lepas berfikir - fikir, mama n apak decide sumbangkan 2 kotak kurma untuk sekolah adik, dan apak sedekahkan sebotol air zam zam bahagian dia utk pelajar tingkatan 5 sekolah adik utk SPM.
Masih teringat lagi hotel kami masa musim haji 2023, di Abraj Al Janadriyah.....jauh nun, ke arah masjid Jinn sana.... dan tak lupa dengan Swiss hotel yang kami pernah diami sekejap masa musim haji dulu. Tak macam dulu, harganya kali ni, 2 malam je suda boleh habis semua duit gaji bulanan mama...InsyaAllah, next time sapa tahu mudah mudahan Allah kurniakan diriku ni rezeki yang banyak dan kemampuan untuk datang lagi. Boleh duduk hotel dekat2..Amin.
Untuk persediaan sebelum pergi kami dah ambik vaksin. Semoga imun badan adik kuatlah untuk SPM tahun ni. (Banyak sekolah sedang dilanda Influenza A dan B sekarang)...Kelmarin, lepas conference, dapat call, cikgu bagi adik pulang sebab tak sihat. Lepas tu bawak g cek hospital pulak. Kene X-ray. Ada jangkitan sikit kat peparu. Dapat antibiotik. Sekarang dah tak demam. Selagi adik tak sihat, mama rasa baik mama pun stay kat rumah sahaja. Tak bawa kuman ke fakulti... Kat rumah pun boleh buat kerja. No problem.
Lepas balik dari umrah haritu pun, mama terus kemas barang-barang dan pindah lab. Start 1 Oktober, mama dah jadi student sepenuhnya. Balik semula ke lab ikut research group. Yang bagusnya ttg lab sekarang ni, tak de orang. Sunyi. Tak bising. Jauh dari gangguan. Luas dan lapang. Sedap nak menulis. Minda kita pun selesa berfikir. Yang tak seronok ialah bila lift rosak. jenuh mendakiiii....... dan satu lagi, mama tak boleh buat keje sampai malam. Dulu masa lab kat level 2, beranilah sikit nak buat keje sampai jam 10.30mlm sbb ada je kawan teman. Kalini, x boleh. Bahaya. So pukul 6 ke 6.30 kene balik, atas faktor keselamatan.





