1. Pada aku, membaca penting. Tak boleh malas. Bersyukur bila dikurniakan Allah sifat suka membaca. Sungguhpun membaca tu jambatan ilmu, jangan perasan macam dah paham sangat. Sebab banyak kali juga aku salah paham, hehehehe...Pada pendapat aku, ada baik juga tanya orang, supaya tak sesat jalan...Lagi lagi pulak, lepas operation dulu, memang otak aku slow giler (tapi tak gila, =P).
2. Lagi satu, iye, bagus cari guru. Mana nak cari guru? Guru ni boleh jd golongan otai dalam bidang yang kita nak tahu, atau pasangan kita ke atau kawan kawan kita yang pemahaman/ilmu dia lebih advanced dr kita. Kadang tu guru tu tak semestinya current sv kita, kadang former sv kita, kadang sv orang lain. Ada tu boleh jadi juga orang yang mengajar kita masa kita datang ke kelas yg dia buat, atau pun dia rekomen kan kawan dia yang bidang lebih kurang sama dengan kita ke untuk kita contact. Selama belajar ni, aku tak pergi kat seorang je. Aku kutip ilmu sikit sikit. Sikit sini, sikit situ, sikit sana, dari insan - insan yang sudi share...(tapi belum pandai pandai juga budak ni ish ish ish, bukan kura kura dah ni, memang siput!)
3. Bila jumpa orang yang memang suka share ilmu tu, hargai. Bukan semua orang macam tu. Ada orang memang time dia nak bagi, memang dia bagi... Jujur cakap, bukan ramai orang macam ni dalam dunia ni, ye. Sapa nak bazir masa tenaga untuk something yang bukan in their favour? So boleh paham la kan...apa aku cakap. Bukan tak pernah aku jumpa orang yang pernah cakap kat aku..."kalau you discuss dengan i tapi nama i tak de dalam paper, x dapat apa apa, buang masa i je tau..."... so bila berdepan dengan orang macam ni, kita pun kene la paham priority dia...Kene peka sama. Masa dia berharga. Dia nak fokus urusan dia sahaja...Masa kita pun berharga jugak. Jangan bagi kat dia. Iye, sedih, tapi kita kene be fair and understanding....Masa kita pergi kat orang yang sudi terima kita, orang ni yang sudi invest resources (cth : masa, intellectual supports, emotional supports, knowledge etc) dia dengan kita...Ni MESTI Kene ingat! orang orang yang bersama kita masa kita susah, masa kita bodoh piang ye...!
4. Ada juga jenis yang suh kau BACA!!! USAHA!!! Jangan harap orang suap je! Nasihat aku, kalau ko spesis malas baca, jangan kecik hati. Cuba fikir, logik la kan, mana mana org pun akan meyampah kalau berdepan dengan orang pemalas! Nak kene suap jeeee keje nye,...kan? kan? betul tak? kalau kene kt batang hidung ko, ko pun malas layan parasit kan?
5. Ok,...kalau dah baca, dah tulis,...Dan dah ada usaha tapi tak paham, baru sesuai nak discuss...dan baiki, discuss dan baiki lagi etc. Teringat my former sv (masa study masters) punya style. Garang, tapi baik hati. Along the way masa my masters, mmg kene marah sokmo sbb merapu sesedap rasa...hahahaha...antara ayat kenangan, "Oiii makcik, cuba explain balik macam mana tetiba jadi macam ni ni kat saya? haiii u betapa kt gua mana niiii, sesat habis"....Hahahah kalau kne bahasakan makcik tu paham paham je la...ado la bondo yang tak kono eh tu...Biasa la kene marah, asal kita student tak terasa demotivated dah la...bab ni, pada aku penting. Perjalanan PhD, panjang...Carilah yang ngam dengan ko, ada character yang baik, akal dan hati perut (ke akal, hati dan perut eh? hahahaa, bab makan tak bley tinggal)... My former sv, x de PhD, aku tak dapat sambung belajar bawah dia. Tapi belajar bawah dia memang antara pengalaman yang sangat aku suka...best
6. Sorang lagi aku rindu,lecturer research methodology aku dulu...Hahahaha, dia pernah terangkat kening, bertepuk dahi dia baca cara aku jawab setiap research objective dengan satu reseach paradigm n methodologi rojak masa awal awal buat dissertation dulu...
"Heeey, research paradigm u ni boleh buat i darah tinggi baca tau!" Kah kah kah, sakit jiwa dia baca.
"Research paradigm kene jaga betul2, kalau u buat DS, stick to DS, kalau IS, stick to IS, kalau Quali, stick to Quali, rojak teruk ni macam ni, x boleh pakai conclusion u nanti...Masak u dengan examiner"
"Macamana Prof boleh nampak ni...sy baca baca tak nampak nampak pun"
"Tak denye baca harini esok dah terer, (nama aku)"
"Nanti bila you dah terer, cara you tulis, cara you pandang nak tulis research problem, cara jawab research question tak macam sekarang....masa tu boleh nampak kesarjanaan you"
"hmmmm saya rasa macam blur totok seruper itu je, Prof"
"kan sy dah kata, bukan sekarang...tengok muka u pun dah tahu kelabu asap"
Hahah. LOL. Selamba je Prof ni mengata aku sambil gelak gelak...
Nota dia memang aku simpan.
Tengah bukak balik la ni...Ye, aku rasa bersyukur jumpa guru guru ni dulu...
HuHuHuHu tipu, tak rindu...Hati terlebih ditimpa perasaan sbb aku tengah rewrite semula study aku... Hmmmm...Belum terserlah lagi kesarjanaan aku nampaknya, huhuhuhuhuhuuu...kelabu asap lagi...
Harini bertangguh lagi jumpa sv. Anak demam. Sorang dah semakin baik, tp sorang lagi pulak terbaring demam. Harap aku tak tumbang la...banyak jus oren dan jus nenas minum ni...Apak dah la selalu tak da. Teruk la kalau mama pun tumbang sama...Huhuhuhuhuuu...
Saturday, October 19, 2019
Monday, October 7, 2019
Mama Selalu Ada Dekat...
Minggu lepas ikut apak kerja kat Terengganu lagi.
Kami pergi bertiga je. Bam, tinggal kat asrama. Dia nak periksa checkpoint form 2.
Jadi sebelum pergi...mama dah minta dia hantar baju kotor siap siap, supaya urusan baju semua dah setel sebelum exam. Dah tersedia basuh, gosok, lipat kemas. Dah tak payah pikir nak berebut ampaian ke, baju hilang ke etc.
Dia fokus exam je.
Selepas mock exam, mama n apak belanja aiskrim satu homeroom...ada parents lain pun sponsor jugak. Sudahnya yang sikit sikit tu lama lama jadi banyak. Asalnya minum petang, dah jadi dinner terus. X per la rezeki. Ish ish ish amboi amboi asal time kene tinggal, manis je mama ni ye...
Teringat dulu ms mana nk pergi kelas masters...bam cakap, "mama suka pergi school dari duduk kt anak2 kan? ha pergilah...pergi pergi...nak pergi sangat" (nada merajuk) sambil tolak tolak mama...Mama pun cuba la peluk dia kuat kuat...sambil dia lepaskan geram tolak tolak mama...tak nak kat mama. "Mana ada, mama lagi suka duduk kat bam laaa". Sehabis daya dia menolak...marah sungguh la kat mama ni, tak de kat dia.
"ok lah, mama nak pergi kat batu belah batu bertangkup la kalau gini" Acah acah lari ke pintu...
Tak nak mama dia kene makan dengan batu punya pasal, dia pun peluk la kita balik...hehehehehe marah marah sayang rupanya dia ni.
Sekarang taktik batu belah batu bertangkup tu dah tak laku.
Dah besar dah anak aku...Suara pun dah garau dah. Nak peluk2 depan orang pun dia dah tau maluuu...Hehehee mama tak kireeeee, mama nak peluk jugak!!! mama tak malu...hahahahaha
Harini, first day checkpoint.
Paper fav subject dia, Maths 1 & 2.
Lepas cikgu homeroom bgtau dia demam, hati mama terus terbang ke maktab bam rasanya.
Lepas exam, mama datang, ziarah. Kesian, lembik je.
"Bam tak rasa boleh dapat A la"
"Tak yah A la, B ke C ke mama dah happy dah bam lulus"
Dia sambung tutup mata. Badan panas. Tonsil bengkak. Mata merah. Nafas pun berbunyi. Batuk berkahak. Risau dah mama ni. Time exam pulak kesihatan diuji.
Terima kasih la atas budi bicara pihak sekolah, mama dibenarkan bawak balik budak demam ni.
Esok, kene hantar pagi pagi dia ke dewan exam.
Kalau tak larat juga, kene tangguh exam...
Nasib baik la duk dekat.
Semoga Allah sembuhkan sakit mu, wahai anakku...
Semoga Allah mudahkan urusan periksa mu. Mama doa sangat supaya Allah terangkan hati utk jawab periksa dengan mudah.
p/s: apak x de. apak cuti, dia ziarah adik dia sakit...semoga Allah mudahkan urusan cikda juga. Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)