Sunday, September 19, 2021

Online Shopping on September...

Sejak covid melanda, nak tak nak aku terpaksa aktif buka akaun online. Selama ni, aku macam orang tua, kan....Masa awal2 jd student lagi la,...langsung takde akaun bank online. Kalau malas g atm, buat transaksi, tak la gedik nak beli barang kan? So duit aku selamat dalam bank....Kalau ada apa kene yang bayar online, laki aku la bayarkan atau bayarkan dulu. Then aku bayar balik kt dia. Lebih kurang tiga tahun ++ lepas ...aku dah start ada online banking... buat transaksi sbb nk kekalkan akaun hidup je. Kalau tak, akaun jd dorman....

Tapi sejak ada bank online ni, duk umah pun boleh shopping. Masa kuarantin, online banking jadi keperluan. Yang asalnya tak mo rajin pun boleh terajin pulak shopping. Ni pun masih belajar kontrol diri supaya tak hanyut membeli....Kang stress je beli..Stress lagi, beli lagi... takut ketagih pulak. Tapi kalau untuk urusan spesel aku tak berkira. Hujung ogos lepas, lepas mak aku selosai amik vaksin, aku order baju kelawar batik dari kawan aku (tauke baju), minta dia hantar straight kt rumah. Dapat baju baru, baik sakit urat dia....Tak pasti ni side effect vaksin ke sebab dapat baju baru ke 😅😉...Adik aku pulak tumbang 2 hari, demam amik sinovac. Adik ipar aku demam amik Pfizer. Mak aku pulak duk risau kot aku pun tumbang sama........Alhamdulillah,...aku jadi kuat tido je. Pantang membaca atau menulis. Terus ngantuk.... 

Semalam, birthday mak aku. Aku & laki aku order ayamas hantar kat rumah.... Order online. Ucapan besday dengan ayam ke pintu......Adik aku belanja lamb steak....Mak aku kata, kalau dia perap tak sedap. Tak macam aku perap. Ha iyo lah tu....Aku cakap, ni sebab tak nak share kambing tu dengan aku kan sebab tu lah dia cakap cam tu.......😆😆😆😆😉. Ke sebab nak aku balik? 😅 Kalau la boleh travel 'online', aku dah travel dah ni.....

Kalau aku balik, selalu aku akan masak. Mak aku kata dia dah boring dengan masakan dia. Dia nak aku pulak masak utk dia. So, kalau aku rajin aku offer la diri. Kalau aku malas, nanti dia suruh aku g dapur, dia bgtahu apa dia teringin nak makan. Tapi dia tak nak masak. Dia nak aku yang masakkan. Either way, aku jugak la yang kene masak😂... Tahun lepas, masa laki aku ada kerja kt KL, aku sempat la balik rumah. Tahun ni, tak balik. Ayam panggang je la pengganti diri.... 😇

Masa call, aku sempat share pembelian eksotik aku dengan mak aku... Haaa, ni plak untuk aku. First time nk try... 

"Eiii, boleh makan ke tu? Sedap ke?"
"Hahahahaaa ....Belum try, belum tahu..." 😆😆😆

Laki aku plak dah telan air liur dah tu. Seram nak try katanya....hahaha 😅 

Wednesday, September 15, 2021

Semoga dimudahkan semuanya....



Sekolah dah nak buka... Exam dah nak dekat. Antara part yang best duduk rumah, sebab mama masak la kan?....Ni sambil menaip ni, tengah pikir nak masak apa la dgn ikan sembilang yang baru beli. Boleh la buat asam pedas ke masak gulai ke... Tapi tengok la jugak...kalau rajin, mood tak ke laut dalam, ade lah 😋

Hasil tindakan muka tembok memohon vaksin haritu, kita akan dikira fully vaccinated pada 20 sept, insyaAllah. Dah lengkap vaksin, boleh la masuk kampus....Most likely kita plan nk stay kat bilik kecik ftkee, buat kerja kat situ je. Terpencil. Tak jumpa sapa - sapa. Tak kacau sapa - sapa. Tak de keperluan masuk fakulti, kita tak masuk la. Kalau nak meeting dengan sv, online pun boleh je dr situ.....kurang risiko. Perlu ke ke uni? Pada ku perlu, utk progress ke depan.........sebab bila jauh dr dapur, tak nampak semak2 depan mata, senang fokus.... 

Ramai orang dah hip hip horray, seronok boleh makan kt kedai, bebas sana sini....Kita tak. Kita ada anak nak exam. Seboleh - bolehnya kita nak maintain selamat. Nanti 27 sept, semester baru akan start. Semalam selesai upload paper di lubuk repository universiti.....Next, insyaAllah, ada dua lagi on da way...

Kerja - kerja phd ni byk lagi,...
Semoga dimudahkanlah semuanya.....Amin.

Thursday, September 9, 2021

Just us...

Dah genap 6 tahun sambung belajar. Bila la nak habis niiiii........

Setelkan phd musim pandemik ni mencabar. Semoga dibukakan jalan penyelesaian yang baik. Semoga Allah mudahkan urusan... Amin.  



Masa awal daftar dulu, apak bagi kebenaran, dengan syarat tak abaikan keluarga. There is no point utamakan phd, tapi famili tergadai, anak terbiar, jiwa sewel, nyawa melayang, .....  6 tahun banyak kenangan. Yang pahit memang kita tak lupa la. Pengajaran besar!!!!!!! Tapi, yang manis juga tetap sedap dikenang....😎

p/s: I m working one on one now... please bear with me 💻 ⛾

Sunday, September 5, 2021

Macam mana boleh terminat Paella

Malam ni, I m thinking about paella. The reason?....Deiii, sebab sinang kireje laaaaa.. Main campak je semua masuk....itu dalam masak laaaaaaa......First time aku try paella, masa kt UK...tahun 1995...masak untuk subject home economics. Dalam jadual, memang subjek tu last sekali...Hehehe, semua orang kene masak, bawak bahan (simpan dalam bekas sendiri & masuk dlm peti sejuk. cikgu siap buatkan compartment khas lg utk aku, bantu supaya tak bercampur dengan non halal stuff. hasilnya, lepas tu muslim student lain pun dapat guna) masak ramai2...Masa ni, kalau bahan kita tak cukup ke kita g la jalan2 ke counter kwn2 mintak sket atau kalau ada lebih n tak nak bawak balik, kita offer la kt classmate, guna... Bila dah siap masak, makan ramai2.....Sebagai homework, kita kene listkan resit bhn yang kita beli, kira kos, kira kalori makanan, kene cerita plak kenapa kita pilih nk letak bahan2 tu dlm paella kita, (resepi asas, cikgu dah senaraikan, yang kita tambah tu, kita kene explain kenapa).....haaaaa banyak kan kene pikir? masak pun macam projek...walaupun byk kerja 😅😇, it bring lots of good & sweet memories.....

Tu lah kisah asal usul ku minat paella. Sampai sekarang, minat. Next round lepas belajar masak paella tu, masak sendiri kt rumah plak. Paling sedap, masa panas2, baru masak. Kalau tunggu sejuk, muak! ku suka tambah hirisan cili api sikit. Ubat muak.
Some versions use wine. Well, kita boleh adapt je resepi mengikut selera kita. Minus the wine! Kalau yang kt tepi tepi laut, suka la seafood version paella. Yang jauh dr laut, biasa ayam atau arnab. Sesetengah letak chorizo. Kalau nak letak jugak, sebagai orang islam, kita boleh pilih halal beef chorizo atau lamb chorizo. Kalau tak nak letak pun, no problem. So, now I am gonna park some of my fav paella recepi here, ....nanti bila ada mood nak masak boleh try....😍😍😍😍





Friday, September 3, 2021

much ado about eating

1. Last time teringin nak merasa telur itik goreng!......So,....taraaa... Ooo telur kuningnya lebih besar dari telur ayam,...telur putihnya plak lebih kenyal dr telur ayam....tapi overall, sedap je, belasah dengan ns putih panas + kicap + cili api. Dah lapar kan, baham aje la. Ni gorengan asian crispy fried egg style.....suka ada garing2 sket sket kat tepi tepi tu....Pas ni nak try telur apa plak? telur angsa? telur burung unta? haa boleh boleh....jom! telurnya blum ada lagi, tapi kita jom je dulu....😊


2.  Hari ni, setel perapan kepak ayam sebesen. Sebesen ni sikit je kalau ikutkan. Kalau ada 100, 100 tu sekejap je licin! Jangan tak tahu, orang dalam rumah ni memang pelahap semua😅.....plannya, esok kita bakar, kalau tak nak esok, lusa pun boleh... Ni, mmg buat untuk ratah...sambil tengok movie ke, tak pun buat makan dengan roti nan! 😋


3. Tetiba nak makan laksa pahang yang merah tu. Rasa laksa pahang, guna mi laksa gandum, bukan spegetti. Nk buat tak reti, nak order tak tahu sapa yang buat sedap... Nak cuba masak, tak de mood. Kita dah spend banyak energy tang lain, kita tak mo serabut2. So, mood nak makan je ada.......Nanti bebila ada mood nak try masak laksa pahang, kita try....not this time. 😉😇


p/s: 7 September ni, genap 6 tahun jadi student,...