Enjoying Life. Happily Married. Mother of two beautiful and lovely son & daughter. Manager of Domestic Engineering & Support Department of the family since 2004.
Kelmarin, aku bercakap dengan orang KPT, mengemas kini status pengajian. Pegawai tu kata, ramai batch Mybrain15 2016 dah grad dan dalam masa yang sama, ramai juga yang tak habis pengajian dan kena bayar balik biasiswa.
Memandangkan aku dah buat satu PhD dengan 2 case study, aku anggap kegagalan dan kekecewaan lepas sebagai rezeki juga. My stepping stones... Ada rezeki, aku nak publish hasil kerja aku dan adakan sempadan antara hasil karya keringat aku dengan yang bukan... Tapi sekarang fokus aku bukan di sini.
Sekarang aku dah dapat lampu hijau KPT, untuk submit tesis dengan tajuk baru. Bye bye tajuk lama. Selamat datang tajuk baru...Fokus aku disini, tamatkan pengajian, submit thesis dengan tajuk baru. 💪
Sambil menaip, kita layan lagu Flop Poppy, aku dan kamu...
Di saat Allah nak bagi ujian, kita harungi sahajalah kan? Right before Ramadan, I went for a medical procedure. Buat kat hospital kerajaan je. Dah nama pun hospital kerajaan. Bukan boleh main petik - petik jari je, meluru masuk gitu. Kene tunggu giliran. Kene sabar. Dan nasib baik, percuma.
Dan disebalik ujian masuk hospital itu, ada hikmah lain juga. Antaranya, aku dapat jumpa potential person yang boleh validate my phd model. So kalau expert ku tak cukup, aku akan include this person in my pool of experts. Dia ni isteri kepada bekas bos yang juga merangkap student phd laki aku. Dan melalui bantuan dialah aku dapat reach expert-expert yang membantu validate model aku. Bab ni, aku memang sangat berterima kasih. Dan raya kalini, model aku dah siap divalidate. Lega giler. Banyak kali sujud syukur.....syukur sangat - sangat.
Dan Ramadhan kalini, tiada sambutan beria-ria...Tapi yang seronok, semua ada kat rumah. Tukang potong dan sedia bahan ada. Apak pun tahun ni lebih banyak berbuka di rumah. Jadi lebih banyak masak sendiri dari beli. Cuma hujung minggu aku ada arrange berbuka best best sikit...sama ada order, atau book la makan kat mana2, bersama-sama berempat.
Dan raya kalini pun simple je. Tak de buat kuih raya. Baju raya pun tak beli. Recycle je baju sebelum ni. Simpan duit untuk keperluan lain pulak. Minggu ni, Bam dah masuk Uni balik secara fizikal. Sambung degree...
Dan semalam, hari yang ditunggu-tunggu anak bongsuku akhirnya tiba, iaitu hari keputusan SPM keluar. Seawal-awal jam 7.30 pagi dia dah semangat pergi ke sekolah. Mamanya ni datang lambat sikit. Lepas drop adik, apak ke opis. Dalam jam 9.30 baru mama join. Makin dekat jam 10 pagi, yang berdebar-debar dan tak sabar sebenarnya, mama & apak tunggu keputusan adik keluar. Adik, cool je. Keputusan adik, alhamdulillah. Tiada yang gagal. Dengan keputusan adik ni, adik nak masuk course yg adik nak tu sepatutnya tak jadi masalah. Mama doakan Allah permudahkan dan bagi rezeki yang terbaik untuk adik. Amin. Kalau compare result SPM antara kami berempat, result mama ranking yang terbawah sekali dalam rumah ni. Tak pelah, biarlah anak - anak lagi pandai dan dimurahkan rezeki yang berganda - ganda. Amin.
Dan untuk celebrate, mama belanja TeaLive. Apak belanja makan kat Secret Resepi & KFC. Harini, mama masak kurma ayam....Faveret adik.