Sunday, October 30, 2022

My Guns N' Roses

2 days before my birthday...

Tinggal kami berempat je kt rumah ni...(me + 3 ekor meaw je yang ada). 2 kat asrama, sorang kat Sarawak... Nasib baik ada kerja tak siap lagi, tak lah sunyi sangat.😆 Sedar-sedar eh, dah malam? Cepatnye masa berlalu. Selain kemas rumah, basuh baju, hadap laptop, exercise, kita nak buat apa lagi eh? Haaaa layan lagu Guns N' Roses - November Rain, sambil menikmati November Sunshine...💖

 Lagu ni panjang...Sesuai utk DJ pasang, bila nak ke tandas...😄...


Memang tak de mood nak jalan - jalan. 
Gonna stick to my guns, and smell the roses...🌹

p/s: orang lain yang exam, orang lain yang gelisah...

Monday, October 17, 2022

Cherating 2022

Minggu ni, sempat landing di Cherating. Ikut apak kerja lagi. And I survived a super slow internet the whole weekend... Sebelum balik sempat 'cheat', singgah satu cafe yang viral kat sini. Hahahaha...Habis diet aku! This pic explains a lot lah kan... kenapa orang lain study kurus keding, aku pulak menjadi jadi gedempolnya...

Rambang mata kan? manis - manis semua - Marion Cafe.
Sempat practice cakap French sepatah je, "Bonjour" 😉

Sunday, October 16, 2022

Cikgu Fadli Salleh

Minggu ni, satu Malaysia kecoh dengan kisah seorang guru bernama Fadli Salleh. Sebelum-sebelum ni, aku sibuk. Aku tak dan nak amik pusing. Harini lapang sikit. Sempat amik pusing, dengan mengambil peluang membaca coretan Cikgu Fadli Salleh.

Realiti yang pahit : Tak semua orang suka manusia yang jujur. Kalau kt Belanda, "outspokenness" + "honesty" boleh diterima. Memang boleh sampai membulat mata, terangkat kening!!!

Di Malaysia??? 
Semoga Allah mudahkan & lapangkan niat baik cikgu ini.

-------[Sumber Asal : Intai FB Cikgu Fadli]

Saturday, October 8, 2022

Ayam masak kicap 🥰 😍

Awal minggu ni, opah masuk hospital. Lepas meeting dengan cikgu mama, dapat je berita, sepantas kilat mama berkemas-kemas, amik apak kt opis & terus ke sana. (Alhamdulillah, sekarang dah makin sembuh. Harini, apak belikan kerusi sedap untuk mudahkan opah solat.) Masa menunggu kat foyer tu, mama ter-suka main dengan vendor machinenya...Dua tua - tua pun, nak main lagi...😆. Output paling digemari, puding ni. Serius sedap! (Tengah lapar, apa ajelah yang tak sedapkan?) Lepas tu nak beli lagi, dah habis pulak... Tak perlah. Kita park memorinya disini...


Harini dua-dua anak balik rumah. Mama masak ayam masak kicap (takde hati, ayam sahaja, takde gula melaka) & sawi goreng tumis air. Makan dengan nasik panas. Tu je. Simple tapi sedap. Jadilah... 😍😍😍



Tuesday, October 4, 2022

Besut 2022

Alhamdulillah...team adik berjaya dapat no 1 di pertandingan sumo robotik di Besut kalini. Tak sangka. Ingat dapat sampai masuk level top 10, kira ok dah. Expectation tak tinggi, sebab team lain pun bukan calang - calang jugak terrer...Sekalik, dapat no 1. 

Sebelum bertanding, adik bina robot sendiri sepenuhnya. Robot yang adik buat sendiri ni, jadi benchmark kekuatan (beserta kemahiran jokinya juga).  Kalau robot yang team adik bina, boleh lawan robot adik bina sendiri, maknanya robot yang team adik buat tu ada chance la menang bertanding peringkat tinggi. So banyak kalilah kene tempur dengan robot sendiri dan robot orang lain sama...Terima kasih, pada guru - guru Pekan yang terlibat. Tak sangka boleh jejak ke sini lagi. 

Di dewan yang sama ni jugak, team adik pernah kene boo dengan pasukan lawan abang2 mrsm dulu. (Abang nak boo, boo lah....kita tak kira, kita lawaaaaaannn. Kita mesti menang 💪💪💪) Kalini, abang2 yang dulu tu dah tak de. (Dah masuk Uni dah laa kot)...tapi cikgu depa ada lagi. 

"Adik ingat cikgu diaaa". Oh MRSM Jeli!...😆

Partner lama adik (masa pertandingan lepas) pun masuk jugak pertandingan robotik kalini. Kalini, dieorang wakil sekolah depa. Adik team up dengan partner baru dari sekolah adik sekarang. Sempat la bergambar sama - sama dengan semua partner-partner dulu dan sekarang...Besar- besar dah semua. Walaupun rezeki bukan berpihak pada team depa, robot depa buat tu antara great challenger! Power ah...Kali ni tak de rezeki jumpa di medan tempur. Mudah-mudahan dapat bertemu lagi next time...

On da way balik ke Pekan, kita singgah di Penarik jap, makan sotong, udang & ketam celup tepung...Apak kene attend meeting. Jadi tinggai kami dua ngap ngap kat meja sambil menikmati keindahan alam dan makanan dalam pinggan...(oho, tu la pasai,... jangan ditanya kenapa tak kurus-kurus ye...aiseyman)

Tahniah team adik !!! Semoga terus cemerlang & maju. Tak per la jaguh kampung pun. Bukan kampung orang lain....kampung sendiri.

 Di Penarik. Ni kalau ngaku kt Koh Samui, Thailand, pun orang caya...😄