The moment when the news hit...
Twas jam around 1 pagi. Tgh berkemas nk tido. My husband hand me his phone. Suh baca wassap, from his sister. Pas tu dia lari mana entah. Aku pun buka la. Baca - baca semua. Nampak video belum buka lg. My husband tak sanggup play the video. Nevermind,... sedih, pahit, kelat macamana pun, i still want to play the video.... video apaknya tengah diselamatkan oleh paramedik. Ye, memang sedih. Sedih tak sedih, kene face jugak feeling tu. Malam tu, sebelum gerak, kami amik wuduk. Solat & doa, semoga Allah mudahkan urusan...
"Kemas sekarang, yang....kita balik KL malam ni. Kejut anak anak...abang nk g balai polis amik surat kebenaran rentas negeri"
Alamak, ada baju yang belum basuh lagi... Sebab basuh ikut turn kan....Sorang-sorang bajunya dah segunung. Ampaian n sesi basuh memang kene catu. Kubungkus n lipat je la apa yang ada. Tak cukup 90 darjah lipatan pun lantak lah, janji masuk beg.
Masa kejutan pertama, anak-anak lalok, mengantuk... Masing masing belum tercabut dari katil. Punya la payah gerak. Boleh pulak dia sambung menonggeng tido kt katil.... Aduuuuh,...
"Cepat!...cepat amik baju 2 pasang baju biasa + 1 pasang baju jalan, kita kene balik KL skrg!"
"kenapa, mama?..."
"Atuk,...Atuk jatuh, tak sedar diri... Eiiii, cepatlah bangun..." masa ni tak sebut lg atuk dah takde...walaupun hati kuat mengatakan atuk depa dah tak de.
"Eiiii, BANGUUUUN!!!... CEPAAAT! CEPAAAT KEMAS BAJU... mama dah tulis kt whiteboard apa yg nk kene bawak. LEKAS!!!! "
Dah tukar nada hulk, baru bangun...Hiiiiii....
Gedebak gedebuk....berjaya kemas juga akhirnya. 1jam 15 minit. (Kucing terpaksa makan apa yang ada. Kene mintak jiran2 tolong letakkan makanan dieorang)
Jam 2.20am, kami bertolak ke KL.
Dah masuk kereta,... baru apak depa kabo yang atok dah tak de. Cuma belum sah lg dengan doktor & polis... Last time masa dapat balik kampung, itulah last kami bersama atuk masa atuk masih ada. Apak dah lama nak balik lagi. tapi bila PKP, niat tu tertangguh sampai la malam tu. Kami balik kalini, atuk dah tak de. Apak sekarang ada opah sahaja.
----------------------------------------------------------------------------------
Transit at my parents house...
Kami drive bergilir-gilir. Sampai KL, kami pergi rumah my parents dulu. Solat subuh n sarapan. Masuk rumah je, terus ku ke dapur. Masak sarapan. (Nasik putih telur dadar je). Tak nak susahkan my mom. Gagahkan diri masak jugak. Tak nak anak anak bising kelaparan kt rumah maklong depa. Datang rumah orang buat perangai je kang nanti!
Tak tahu lagi kt sana macamana keadaan. Yang pasti bila perut kenyang, kurang meragam. Lepas makan, kami terus gerak. Tak mandi, gosok gigi je. Pakai baju yg sedia ada. Masa ni la sedar macam macam tak cukup rupanya.... itu tertinggal la ini tertinggal la (kita p beli nanti laaa...)
-----------------------------------------------------------------------------------
A sorrowful experience.
Sampai rumah my SIL,...apak la orang yang paling nk tengok apaknya. Then, bam pun naik tingkat atas tengok atuk. Setelah sekian waktu, bam duduk kt tangga. Kepala kt lutut. Menangis. Teringat kenangan bersama atuk barangkali. Ku peluk kejap.
"Bam sedih ke? Semua yang hidup akan mati bam.... sampai masa, mama n apak pun satu hari nanti akan mati jugak...Kita yang hidup ni, boleh doa yang baik - baik untuk dia. Doa kita sampai kat dia."
Aku pun naik, jumpa ayah mertuaku.
Kalau dulu, dia akan mengusik sekarang tak lagi.
Kalau dulu, dia suka menduga, sekarang tak lagi.
Kalau dulu, dia suka bercerita, sekarang tak lagi.
Kalau dulu dia suka bergurau, sekarang tak lagi.
Sedih, tapi biar ku simpan gembeng ni. Tak pe, menantu apak ni kuat...
Keadaannya di kekalkan pada keadaan asal sebab nak tunggu pengesahan kematian. Cuma berselimut, dan dah berikat dagu. Lepas tu jenazah diangkat turun ke ruang tamu,... Ku suruh budak budak ni tatap jenazah atuk... Adik tak mahu dekat. Dia nak tengok dari jauh. Bam berani, duduk dekat.
In fact masa mandikan jenazah, bam & apak ikut masuk di tempat mandi jenazah, mandikan atuk. Adik teman mama. Mama pilih duduk kat luar. Biar cucu-cucu dan anak-anak ke dalam.
Mama jalan jalan sekitar masjid. Kemas, bersih. Tempat mandi jenazah juga kemas, bersih, teratur. Pakaian plastik untuk juru mandi lengkap. Pendek kata, kelengkapan semua moden. Tak macam yang biasa aku tengok kat masjid kampung - kampung. Set - set kelengkapan jenazah lelaki dan perempuan ready-made tersusun kat rak yang disediakan.
Bagus masjid ni. (aku lupa dah nama masjid ni)
Lepas solat jenazah, bam nak stay sama pak ngah dgn atuk dlm van jenazah utk bergerak ke tapak perkuburan. Mama, apak n adik follow dengan kereta kt belakang. Semua cucu - cucu lelaki tolong kuburkan atuk. Kami duduk kat tepi, teman opah. Kebetulan tukang gali kubur tu juga ada pertalian keluarga juga (bau-bau bacang kata orang) Sebelum kami tahu kubur atuk kat mana, dia dah tahu dulu. Zaman canggih, teknologi komunikasi moden...semua tu dah tak mustahil. Dia dah select lokasi yang baik untuk kubur atuk. Hebat, kan kuasa Allah... Tak rancang pun.....tapi semua aturan Allah cantik je. Dari masa sakitnya, lepas satu, satu sampai la masa saat kuburnya...Alhamdulillah.
"Saat kita semua sampai je kat kereta, dah lebih 7 langkah dari kubur atuk....... Atuk dah start kene soal jawab dengan malaikat dah ni"
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa atuk. Mudah mudahan atuk tergolong dalam golongan orang orang beriman...
Amin.