Semalam, aku dapat tahu... jawatan yang kupohon tempohari tak berjaya. Dapat ke student yang datang interbiu dengan svnya tempoh hari...
Tipu, kalau kukata tiada rasa sedih. Tapi aku dah ready, dengan kemungkinan itu. Masa mock interbiu dengan suamiku sebelum tu pun, hampir semua soalan dalam interbiu tu dah keluar... bini dia jawab dengan jujur je.
Kalau tanya pada suamiku, dia cakap, u r my darling, of kos sbg suami, abang sokong isyah..... tapi kalau dia sebagai dekan, ke tda ke, atau sapa sapa pembuat keputusan...dia akan concern pada progres aku. Pesannya lagi, kalau aku tak berjaya nanti, bukanlah sebab orang takut aku tak komited. (Dia dah suh aku brace for impact siap siap...). Tapi sebab bimbang, aku akan komited pada kerja, menyebabkan phd aku slow...bila tak siap phd, stress akan bertambah...
Hmm...aku tahu, suami aku bg jawapan yang jujur. Semalam dah dapat pun jawapan. Rezekiku bukan yang ni.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas 9.25pagi, aku masuk ke ruang menunggu. Masuk, ku beri salam. Yang menyambut salam svnya. Yang mula buah bicara juga svnya. Aku sambut baik. Aku sign borang kehadiran, dan beri fail sijilku pada staf.
Student tadi masih senyap. Dia duduk, membelakangiku. Nak bertegur sapa jauh sekali. Tak semanis ketika dia nak kutip duit untuk sambut acara programnya atau memancing kita untuk membeli barang jualannya.
Bila tengok dia berdiam, aku tak berkecil hati. Malah syukur. Makbul doaku masa jalan jalan amik angin di tingkat 5 tadi. Janganlah hatiku disakiti dengan mulut atau perbuatannya... Nak jumpa lagi pun, aku kalau boleh, dah tak sudi.
Setelah studentnya dipanggil masuk ke bilik interbiu, aku layan berbual dengan svnya. Svnya bekas lecturer subjek Graphic user Interface aku masa degree dulu. Masa nak sambung phd di ump, beliaulah orang pertama yang ku approach. Dulu dan sekarang, masih lagi antara lecturer faveret student....masih macam pisang goreng panas. Tapi masa ku berdoa nak pilih sv, keputusan hatiku masa tu tidak berat kepadanya......
Tak per la. Barang lepas jangan dikenang.
Semoga Allah gantikan yang lebih baik. Mampu kutip pengalaman interbiu je kalini....heheheheeee...aku pernah g intebiu, lagi tough dr ni... Suamiku kata, tak dapat juga satu pemberian... Rezeki yang ada sikit ni, kalau aku manfaatkan dan bersyukur, lebih baik dari aku dapat banyak tapi tak mampu nak pikul...