Semalam hari ahad.
Kami sekeluarga duduk lepak kat rumah saja...
Apak ada kat rumah...(Sukenye hati ni, Allah je la yang tahu tapi .... buat buat lupa yang esoknya(isnin) pulak apak akan kembali sibuk tak hengat semula,huhuhuuu...;( ) Jadi mama mengambil kesempatan baik ni, untuk membuat satu hidangan yang cukup renyah, iaitu karipap atau juga dikenali sebagai epok - epok....Sementara mama sibuk, apak boleh tulong tengokkan budak dua beradik tu...
Mama buat kalini, karipap inti kentang dan daging. Daging banyak, kentang pun banyak...Ha ha ha ... My favourite! Dah lama teringin tapi asyik tertahan je sebab '
rajin tahap 0'...Last buat sendiri masa E-m4n dalam perut, 7 bulan... ha ha ha ...
Kat sini payah nak jumpa orang jual karipap. Kalau ada pun mahal yang amat, tapi rasa dan isinya amat menghampakan. Kenapa mahal? Huhuhuuu...kat sini selain kos bahan mentah, kos upah amat tinggi. Yer la, nak buat kemain renyah, alih - alih nak kene jual murah ,dah tentu tak berbaloi...Jadi sebab tu ianya mahal, sekalipun tak sedap.
Ada jugak yang murah, yang dah siap, tinggal goreng je. Tapi kilang punya lah,...sedap tak sedap ikut le pada tuan punya tekak, Tapi pada gua, sah a very very BIG NO! Tak sedap.
Dulu, banyak kali buat kulit karipap tak menjadi...Sampailah satu hari tu, surf kat forum CARI kat bod resipi tu, sorang forumer yang dikenali sebagai kak noor, share resipi karipapnya. Alhamdulillah, bila daku try, smenjadi dan boleh tahan sedapnye ... Jadi aku letakler kat sini untuk tatapan umum & rujukan aku sendiri disatu masa nanti.
----------------------------
Bahan-bahan untuk pastri/kulit:
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar majerin
air untuk menguli.} lebih kurang 1/4 cawan hingga 1/2 cawan
secubit garam masukkan ke dalam air
Cara membuat kulit karipap:
Masukkan majerin ke dalam tepung. Ramas tepung & majerin hingga rata. Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam, uli sehingga menjadi doh. Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.
Tips: kalau nak kentang cepat empuk dan inti cepat siap, kentang yang telah dipotong hendaklah direbus dahulu sehingga separuh masak. Baru lah di masukkan ke dalam kuali inti tadi.
Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup
***Resipi untuk intinya, bebas le ikut pepandai sendiri...aku tak copy lak...
p/s: Semalam, aku bancuh 2x ganda dari sukatan diatas, aku dapat buat dalam 26 ketul karipap yang sederhana saiznya.
----------------------------
Ada karipap yang lepuh - lepuh sket, tergoreng dalam minyak yang panas sangat
sebab tuan rumah tak sabar nak makan...hehehee
Bila buat karipap, memang takkan buat sikit punya. Kene massive production, heheheeee...
Semalam dapat 35 ketul. Kulit ada lebih, tapi inti dah habis...
Sebahagian karipap, dah simpan dalam peti sejuk.
Sib bek ada 'pembantu'...
Dari dalam kuali lagik dah terliur...Nyum nyum...
Bila rindu karipap teringat M'sia. Kat mana - mana ada orang jual karipap, tak yah sesusah nak buat sendiri.
Tapi itupun, ada jugak ketakpuasan hati terhadap sesetengah penjual karipap...Contoh, kata jual karipap daging, tapi dalam 5 ketul yang dibeli, baru satu jumpa dagingnya...itupun sepotong kecik cenoet. Kalau gitu, baiklah tak payah jual sebagai karipap daging, jual sebagai karipap biasa sudahlah. Toksahlah tipu pembeli. Berniagalah dengan jujur. Apadaaa...buat daku rasa nak sumpah orang je...(tapi masih terkawal)
Sekian sudah coretan seorang pembeli karipap yang kecewa...tapi sedang bergumbira dengan karipap hasil air tangannya sendiri...
p/s: buat sendiri jugak yang puas hati...